28 Okt 2016

Tolak RUU 355 Tak Jadi Kafir, Tapi Ahli PAS Dah Biasa Melabel Sana Sini....

PAS tak pernah kafirkan siapa tak sokong RUU Hadi

PAS hari ini berkata parti itu tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang membantah rang undang-undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat, Mei lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU itu hanya sekadar usul dan ahli Parlimen berhak menyokong atau membantahnya.


“PAS tidak terlibat dalam label melabel. Kalau orang PAS yang melabel, itu kenyataan peribadi dan tidak mewakili PAS.

“PAS memang tidak pernah bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan pihak yang suka melabelkan macam-macam,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas mengenai pertemuan pimpinan parti itu bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Pertemuan itu turut dihadiri peguam yang juga ahli DAP Pahang Zulhazmi Shariff, bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya dan penceramah PKR Wan Ji Wan Hussein.

Takiyuddin bagaimanapun enggan mendedahkan bila pertemuan itu berlangsung, sebaliknya hanya berkata ia diadakan di ibu kota.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata pertemuan itu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai tuduhan terhadap PAS yang dilakukan netizen di laman sosial.

“Perjumpaan ini tidak tertutup, memang terbuka. Ia dilakukan pengguna Facebook, tetapi saya bukan seorang pengguna laman sosial itu, jadi saya tidak tahu apa berlaku.

“Kita tidak pernah kata, kalau tolak adalah kafir. Ini proses demokrasi, siapa yang nak sokong, sokong. Yang tidak mahu sokong, tidak perlu sokong,” katanya.

RUU 355 antara lain ingin memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 2A yang menyebut:“Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen disebutkan di atas selain hukuman mati”. -FMT

ULASAN GB

Benarkan PAS tidak pernah mengkafirkan mereka yang menolak RUU 255?

Jika benar mengapakah tiada lansung tindakan diambil terhadap Yang Dipertua PAS Padang Serai yang terkenal dengan isu "tanam jirat jika tak sokong RUU 355"?


PAS tidak boleh berdalih itu sekadar pendapat peribadi, kerana menyuarakan itu ialah seorang pimpinan PAS Kawasan.

Itu tak termasuk lagi suara-suara ahli PAS yang berterabur di media sosial mengkapiaqkan dengan sesuka hati dengan alunan bahasa yang kasar seperti seolah-olah hanya mereka yang Islam orang lain yang menolak RUU 355 sebagai kafir.

Kata Takiyuddin lagi "PAS tidak terlibat dalam label melabel."

Kenyataan Setiausaha Agung PAS itu ternyata tidak benar kerana ini label-melaberl menjadi darah-daging pemimpin dan ahli-ahli PAS. Ia sudah menjadi budaya PAS semenjak "AMANAT Hadi 1981" lagi. Label-melabel ini telah sebati dengan ahli-ahli PAS.

Selain dari label kafir, banyak label-label lain dikenakan terhadap golongan yang tidak bersetuju dengan PAS seperti agen zionis, agen yahudi, balaci DAP, Pandap, pengkhianat, khadam, tolol, barua dan sebagainya.

Malah sehingga kini label-label itu masih digunakan oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Baru-baru ini pemimpin PAS sendiri menggelar kaldai dan anjing gila terhadap orang lain.

Teruskanlah melabel, kerana hukum kebenaran dan keadilan akan menterbalikkan segala label itu kepada si penutur dan penuduhnya nya.




FEATURED ADS


36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Udah udah le tu..mari kita cari titik persamaan & elakkn melebarkn jurang perbezaan sesama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Jika hudud itu hak Allah, maka bukankah memberikan hak Allah dengan berusaha melaksanakan perintah dan hukum Allah adalah wajib bagi umat Islam?

“Dalam kerangka undang-undang sedia ada, bukankah ia adalah wajib diusahakan? - Junam ke apa ke .. yang buat kenyataan tersebut.

Pokok Kayu Balak HAK Allah.
Kerusi Dewan DUN dan Parlimen
, HAK Allah.
Jawatan Mursyidul dan Presiden HAK Allah.
Isteri dan anak-anak HAK Allah.
Jari yang ketuk skrin handphone ini pun HAK Allah.


Kalau nak cakap pasal HAK Allah lah.

Tanpa Nama berkata...

Memang pemimpin PAS dari atas hingga kebawah kaki pusing 360 darjah serupa macam serban yang mereka lilit berputar berbelit-belit beri alasan.

Tanpa Nama berkata...

“PAS tidak terlibat dalam label melabel. Kalau orang PAS yang melabel, itu kenyataan peribadi dan tidak mewakili PAS.

Nak kelentong je PAS ini. Ahli yang ikut program AMANAH boleh disekat. Samada ahli PAS boleh sertai BERSIH atas kemahuan sendiri akan ditentukan oleh PAS.

Tapi mengkafirkan dan melabelkan, dibiarkan sahaja. Yang berdosa disisi Islam PAS lepas tangan.

Tanpa Nama berkata...

Ibarat ore berjimak dah bergate air...dah baru mu(Taki) kaba.puak mu rejus dah dok kapir ore.Aku pengundi parlimen KB menyesal undi mu.Pru 14 jange arap aku keluarga aku Dan saing2 aku undi mu(pas) Pade dah.

Malaysiabaru berkata...

Jangan mimpi

Selagi ularrrmak muda timur tengah otak is.is kuasai pIS dgn duit 1mdobi 90juta

Pas akan kekal bawah tontontvi din ayam mik abudoh utk 30 tahun lagi

BERTUHANKAN UMNO!!!

Tanpa Nama berkata...

tolak hukum hukum ALlah yang terang disebut dalam Al Quran jadi apa pulak ???
kenapa puak islam lain tak mau laksanakan hukum hukum Allah yang berkaitan jinayah ???

Tanpa Nama berkata...

Pro hudud, sila ambil perhatian.
Dalam sidang dewan, agenda hudud dari nombor 4 telah turun ke nombor 7. Sekarang dari menyebabkan orang jadi kafir telah jadi tak kafir pulak.

Dosa mengkafirkan orang yang telah di buat macamana ?

Tanpa Nama berkata...

Anon 7:54 PM, abistuh kafirkah Syeikh Yusof Al-Qardhawi yang menegaskan tegakkan kehidupan dan kebajikan Islam dahulu bukan hudud.

Kafirkah Mursi semasa memerintah Mesir tapi tak melaksanakan hudud?
Kafirkah Erdogan yang sehingga kini tidak melaksanakan hudud?

Lelaki Dicermin berkata...

Ala aku pernah di panggil anjing..jilat tahi kafir..balaci dap..di blog pro pas. dah byk pengikut pas melebel dan mengkafirkan org.. baru skg setiausaha pas keluarkan kenyataan. kalau melebel dan mengkafirkan org satu dosa.. dah berpuluh2 org yg jatuh dosa dah. aku pun sebenar tak tahu nak maafkan walaun2 yg mengelarkan aku tu.. sbb aku dah tegur.. fakta lawan fakta.. walaun rengan jari2 tu mengelarkan org kat alam maya ni..terfikir aku kat SANA nanti.. mahu walaun2 merangkak2 cari org yg di kafirkan nya.. kat alam maya tak kenal... apa lagi kat SANA..

Tanpa Nama berkata...


Jika hudud itu hak Allah, maka bukankah memberikan hak Allah dengan berusaha melaksanakan perintah dan hukum Allah adalah wajib bagi umat Islam?

“Dalam kerangka undang-undang sedia ada, bukankah ia adalah wajib diusahakan? - Junam ke apa ke .. yang buat kenyataan tersebut.

Pokok Kayu Balak HAK Allah.
Kerusi Dewan DUN dan Parlimen
, HAK Allah.
Jawatan Mursyidul dan Presiden HAK Allah.
Isteri dan anak-anak HAK Allah.
Jari yang ketuk skrin handphone ini pun HAK Allah.


Kalau nak cakap pasal HAK Allah lah.

Tanpa Nama berkata...

Jawapan nya, jadi RUU Hj Hadi lah.

Itu sebab boleh sokong atau tidak.

Masa PAS kata kena sokong jangan tidak, 7 54 berhujah sama macam itu.

Kini bila PAS kata boleh sokong dan boleh bantah, pun guna hujah yang sama jugak.

Sekarang 7 54 kena gasak lah PAS dengan pertanyaan macam itu.

Kalau hukum Allah berpendirian lah itu hukum Allah. Apa lah...

Tanpa Nama berkata...

Ulamak pas dan ostad-ostad pas dah terbiasa mulut mereka mengkafirkan orang yang tak sehaluan dengan mereka. Mereka merasa Islam itu milik mereka saja. Tapi bila keluar dari mulut umno tak pula dikafirkan malahan dibela.

Tanpa Nama berkata...

Kerana melabel dan mengkafirkan, PAS kata mereka yang di tuduh.. kira PAS yang di salahkan.

Hudud ini siapa yang punya? Suka atau tidak, PAS kena hentikan dosa yang di lakukan oleh pro hudud yang kebanyakan nya ahli PAS.

Oleh kerana ahli PAS wala apa salah pemimpin PAS keluarkan kenyataan kepada ahli supaya hentikan melabel dan mengkafirkan orang lain. Jangan lepas tangan dengan mengatakan itu kenyataan peribadi.

Kalau macam itu, PAS sekarang mengamalkan agama suku macam amanat Hj Hadi.

pak maun berkata...

Sebelum berbincang jauh, persoalan utama, benarkah bahawa ada pegawai dr jpm yang datang berjumpa Pas kelantan supaya bawa usul ini? Jika benar, maka mmg benarlah Pas dah kena game dgn ameno sbnya jika peringkat usul ini diluluskan, mesti kerajaan@menteri jgk kena bawa deraf ini ke parlimen. Habis kenapa ameno x bawa sendiri usul dan deraf RUU ini?

Tanpa Nama berkata...

Pandai jugak Takiyuddin belit.

Dia kata tak kafir jika tidak setuju RUU.

Walaupun walaunta melabelkan yang tidak setuju sebagai Kafir tetapi ikut hukum PAS yang tidak setuju itu tidak lah kafir.

Sebab tidak kafir lah, walaunta terus boleh mengkafirkan orang.

Tanpa Nama berkata...

Walaunta2 tu maksum. Hang tak maksum. Jadi hang maafkan ke, x maafkan ke, ada derang kesah? Dosa mereka terbatal begitu saja.

Sebaliknya hang terus berdosa sbb x maafkan atau terus serba salah tak maafkan walaunta2 tu.

Sumer hukum hakam keluar dari lubang jubur saja. Quran dan hadis diguna utk bodohkan orang. Petik sana petik sini, senyp bodo la siapa yg cuba melawan.

Tanpa Nama berkata...

Tengok lah pelbagai habuan yg diterima Nasha.. jawatan,pangkat, gelaran, dapat pakai coat dan tali Leher sepanjang masa.

Inilah trojan yg mendekati Umno.. sekarang yalah idola ulamak siku dan lutut dalam PAS untuk berqiblat kpd dedak dan pecah belahkan Pakatan.

Amanah rakyat ditinggalkan.

Tanpa Nama berkata...

BILA DAH KANTOI JE TERUS CAKAP "KENYATAAN PERIBADI".

PARTI ISLAM APA NAMANYA CAM TU??

Tanpa Nama berkata...

Nak buat hudud mcm mna kalu yg curi duit kayu balak pun tak buleh nak tangkap...

Tanpa Nama berkata...

Kat akhirat besok yg kena tanya presiden pas dulu, lepas tu timbalan, lepas tu naib, lepas tu pj2, lepaa ru yg ngaku ulamak sampai la pengikut2nya.

Tanpa Nama berkata...

SIA2 JE KO TEGUR PAS.
DERANG BUKAN BOLE DITEGUR.
KITA TEGUR DIA KAFIRKAN KITA BALIK

Tanpa Nama berkata...

Dulu umno pernah kena.
Skrg sejak dedak ni, dah terbalik plak.
Siap berpeluk lagi...

Tanpa Nama berkata...

Nak harap hadi nasihat??
Dia pun buat benda yg sama.
Siap ada amanat yg pengikut2 takfiri gantung kat dinding rumah....

Tanpa Nama berkata...

Semua walaunta klu boleh nak jadi penasihat mcm nasa

Ulamak $$$

Tanpa Nama berkata...

Tengok lah pelbagai habuan yg diterima Nasha.. jawatan,pangkat, gelaran, dapat pakai coat dan tali Leher sepanjang masa.

Inilah trojan yg mendekati Umno.. sekarang yalah idola ulamak siku dan lutut dalam PAS untuk berqiblat kpd dedak dan pecah belahkan Pakatan.

TERLALU RAMAI PEMIMPIN PAS YG HARAPKAN INI...
PERCAYALAH..

Tanpa Nama berkata...

Ahli pas kalu keluar dari pas baru nampak buruk pas. Dok dlm pas macam dah jadi ahli sorga. Bila lihat dari luar baru tau yg mereka dok dalam neraka.

Tanpa Nama berkata...

Penyeleyengan dana negara ,kenaikan barangan keperluan harian dan hutang negara yang bertimbun yang di sebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan korap dah tiada didalam agenda PAS nampaknya, yang ada hanya RUU 355 (undang undang ciptaan penjajah yang dijenama islamkan oleh mereka) .Kenapa tidak di perjuangkan Hudud Islam yang sebenar? Kenapa tidak dibuat penerangan,seminar dan taklimat yang menyeluruh berkenaan hukum hudud pada rakyat? Malahan RUU 355 pun ramai rakyat yang masih keliru dam kabur dan tidak faham.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya ahli PAS dah keliru dan pening kepala. Selama ini apa yang dia orang pertahankan hudud ke atau RUU sampai sanggup menghukum orang sebagai Kafir. Tapi ternyata mereka silap bila PAS kata kalau tak sokong tak menjadi kafir.

Cepat-cepat Al-germanii buat kenyataan biarkan mereka yang mempersoalkan RUU dengan kebodohan mereka sendiri.

Mana ahli yang nak belah tinggalkan PAS pun batalkan niat dan berpatah balik. Kah. Kah. Kah.

Al-germanii cakap bukannya mendakwa yang tidak menyokong itu benar-benar bodoh pun tetapi untuk menyedapkan hati walaunta.

Tanpa Nama berkata...

Apa hukuman kalau ularmakkk 'Tonton pay per view' dlm RUU355 ...???

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sama...next pru aku sbg pengundi di parlimen kota bharu tak akan undi PIS doh...

PIS akan hilang 20 undi aku dan keluarga di parlimen kota bharu..hilang 15 undi di parlimen kubang kerian (keluarga belah isteri aku)...

Selamat tinggal PIS...tiada lagi undi utk PIS selepas legasi TGNA

Tanpa Nama berkata...

Kena kaba deh...RUU 355 bukan hukum hudud deh...kaba retek...kata bodo kan marah...

Tanpa Nama berkata...

Tak yah peduli geng2 walaunta PIS.. biar dia dok dlm temperung mereka..lepas PRU baru dia org tahu langit tinggi rendah...berapa kerusi depa dpt...

Tanpa Nama berkata...

Err...tu kena tanya ahli parlimen Temerloh...beliau arif pasal tu...

Pencolekhangek berkata...

Lepas ni bila dengar kuliah oleh guru-guru ahli pas kita kena hati-hati. Apa yang meragukan kena semak. Kena tengok kitab. Kena tanya ustaz lain. Jangan main telan je kalau yang mrnyampaikan tu orang pas. Manalah tahu yang halal boleh jadi haram. Yang kafir boleh jadi tidak kafir. Yang zalim boleh jadi tidak zalim. Pesan hal ini kepada ahli-ahli keluarga. Jangan main telan je apa orang kata.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak putar belit bukanlah pas namanya..parti munafik semalaysia (pas).pas dah cukup bercelaru dari presiden hingga walakerbo2.