24 Okt 2016

PAS Hipokrit Tuduh Pembangkang Keluar Dewan Tidak Professional

Khalid Samad bidas Nik Abduh bela kerajaan zalim

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.

“Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.


”Ada pemimpin parti mereka yang sebut Pas mesti dijadikan pemimpin; bagaimana ingin diterima sebagai pemimpin sedangkan tidak diperlihat kepimpinannya? Duduk dan redha pada penzalim sambil yang lain bangun menentangnya?” katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata, tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan Najib walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Semalam, Nik Abduh menyifatkan tindakan pembangkang mengganggu pembentangan Bajet 2017 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak profesional.

Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar dewan setengah jam sebelum Najib selesai membentang bajet.

Tindakan itu ekoran ucapan Najib yang dilihat menyindir mereka dan menganggap mereka sebagai bersalah kerana memburukkan nama baik negara.

Pas bagaimanapun kekal di dalam dewan sehingga selesai pembentangan bajet.

Khalid juga mendakwa pemimpin kleptokrat seperti Najib tidak layak berucap di parlimen yang membahaskan kepentingan rakyat.

“Pemimpin kleptokrat tak layak berucap dalam Parlimen. Parlimen adalah dewan mulia yang melambangkan kekuasaan dan kepentingan rakyat. Pemimpin yang mencuri dari rakyatnya sendiri dan seterusnya berlagak tidak bersalah sambil menyindir wakil-wakil rakyat yang bersuara menentang pencuriannya tidak layak berucap di dalam Parlimen. Tidak wajar diberikan ucapannya penghormatan dan tumpuan oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia,” tegasnya.

Sewaktu pembentangan baejt Jumaat lalu, Najib mendakwa beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.

Ekoran itu, wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad berkenaan MO1 iaitu singkatan bagi Malaysian Official 1 yang sebelum ini disebut dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung kontroversi 1MDB sebelum keluar daripada dewan.

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

GB tertrarik dengan satu status di media sosial oleh Tok Abah:

Pas tidak pernah konsisten dengan apa yang dia cakap, ia sentiasa berubah-ubah mengikut selera mereka, contohnya seperti isu pembangkang keluar dewan sewaktu Najib membentangkan bajet 2017.

Nik Abduh, Pemimpin Pemuda Pas berkata "tiada hak ganggu ucapan bajet PM" mengambil keputusan bersama ahli Parlimen Pas yang lain tidak keluar dewan sewaktu pemimpin Pakatan Harapan masing-masing keluar dewan ketika Ds Najib, Presiden Umno membentangkan bajet 2017.

Tetapi lain pula seperti yang pernah berlaku pada tahun 2014, di mana ketika timbalan Presiden Pas Tn Haji Mohamad Sabu berucap merasmikan muktamar tahunan pemuda Pas yang ke-55, sebilangan 50 perwakilan Pemuda Pas bertindak keluar dewan kerana tidak mahu mendengar ucapan dari timbalan Presiden mereka.



Sebenarnya mereka ini adalah munafik dan sudah tidak ada lagi akhlak Islam, bertindak keluar dewan ketika pemimpin mereka sendiri sedang berucap tetapi sebaliknya boleh pula mendengar Ds Najib Presiden Umno berucap bagi pembentangan bajet 2017.

Walaupun melaungkan kononnya mereka pejuang Islam sebenar, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tindak tanduk, perbuatan dan memang ‘naluri Pas’ sejak dulu lagi.

Apa yang dilakukan oleh Pas adalah untuk memastikan cita-cita politik mereka tercapai walaupun terpaksa mengadakan hubungan dengan pemimpin Umno dan menukar pendirian parti yang diperjuangkan sebelum ini.

Pas hanyalah sebuah parti, mereka menggunakan Islam untuk menarik pengundi dan tidak lebih dari itu, sebenarnya mereka itu ada cita-cita untuk memerintah negara, bersama Umno/Bn.

Mereka menghalalkan apa yang mereka buat dengan memetik hadis-hadis dan ayat al-Quran mengikut selera dan kesukaan mereka supaya bersesuaian dengan kehendak atau apa yang dilakukan oleh mereka.

Tindakan yang dibuat oleh Pas itu membuatkan orang Islam keliru dan berpecah-pecah, dan bagi mereka yang taksub dengan Pas, mereka akan menerima apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin mereka walaupun perkara itu bercanggah.

Percanggahan serta kekeliruan yang dibuat oleh Pas menyebabkan usaha untuk menyatupadukan orang Melayu masih tidak menjadi kenyataan berikutan tindakan pemimpin-pemimpin yang sentiasa berdolak-dalik.

Dahulu, pimpinan dan ulama PAS sentiasa mengingatkan kepada para ahlinya dengan membacakan firman Allah swt:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Hud:113)

Kini, ayat itu sudah tidak kedengaran diucapkan oleh pimpinan PAS iaitu sejak pemimpin PAS kini mengambil sikap berbaik-baik dengan pemimpin UMNO, walaupun beberapa pimpinan PAS ada yang cuba berdalih di hadapan rakyat terhadap sikap berbaik-baik dengan UMNO itu.

Kita teringat pesanan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor.


Natijah dari menyendoroi penguasa yang zalim, Presiden PAS dilaporkan terus merajuk dan ponteng apabila usul persendiriannya berkenaan RUU 355 seolah-olah telah dipermainkan UMNO.



Apakah ini satu episod Lebai Malang versi moden?
Wallahu 'alam.




FEATURED ADS


40 ulasan:

Saiful berkata...

Tok sah la jd mp...dok saja2...juai minyak atar ..sapa pun tak ganggu..boleh hidup Aman ... pooodah...haprak punya mp my...ponteng ..cam Na..pro ka..lebai tail kucing

Tanpa Nama berkata...

Aku tak undi lg..tu janji aku...ularmak tak boleh pkai..pegundi binjai rendah.marang.

Malaysiabaru berkata...

Kenapa amanah di tubuhkan?

Sebab pas telah di rasuk oleh 3 ekor setan muda yg berjaya kuasai akar umbi hingga pemimpin pas

3 ekor setan muda ini akan kuasai pas utk 30 akan datang

Tontontvi. Din ayam. Nik abudoh

Visi : Rembat duit umno dan kumpul 10b utk rubuhkan is.is versi malaysia

Berkawan dgn umno asalkan MASYUUUK.

Target kumpul 10b dari umno . Balak Kelantan dan korpoeat Selangor !!!

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku sangat sayang Pas.
Kini aku paling benci Pas.
Sebab undi aku dikhianati.
Aku berdoa Pas lingkup sebelum Pru14.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan pemimpin utama PAS cakap berdegar-degar, tindakan PH tak baik padahal dia juga buat perkara yg sama sebelum ni. Pijak gambar org PAS buat, keluar masa pemimpin berucap pun buat jugak. Tak malu kah. Cuba kencing dlm tempurung dan tilik muka mu tuh. Malu gak retek ko penduduk Pulau Melaka dan Kota Bharu tuh. Kalu ada nilai diri malu nak balik kampong macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pas la ni jenis "BEWAK"kelas auta kaki smawit kecek blit ,guna ayat Quran hadis wat cari make :tipu ore bodo

Tanpa Nama berkata...

Akibat selalu memutar belit ayat quran,
Kini lebai malang sudah terbelit.....

Tanpa Nama berkata...

Nilah image parti Islam, sokong MO1 yang "kaya"

Tanpa Nama berkata...

Ambo ore pasir mas..ambo menyesal undi nik abodoh dulu..baso pengkhianat rakyat..bersama pemimpin zalim..mu jgn sombong sgt..ore pasir mas benci ko mu nik bodoh wei..

Tanpa Nama berkata...

apa hukum bersekongkol dgn perampok dlm ruu.

Tanpa Nama berkata...

Baso lebai munafiq..

Adam berkata...

Setuju dgn pandangan tok abah.
Sebab amalan dia u turn.

Daud berkata...

Hukumnya...matlamat menghalal kan cara.
Yg penting matlamat tercapai....samada cara mencapainya betul atau salah...halal atau haram...belakang kira....atau tak payah kira lansung.

abrarmujahideen berkata...

Menyalak Najib di sebalik bukit kahkah

Tanpa Nama berkata...

Selalu nya apabila ketua keluar dewan sebab tidak bersetuju atau hilang keyakinan pada parlimen yang dikuasai kerajaan.. yang lain-lain akan ikut sama.

Mana boleh Ketua terkonteng-konteng seorang diri.

Tapi lain pulak dengan PAS. Cuma Hj Hadi seorang sahaja yang 'ponteng' sebab hudud. Ini jelas membukti kan hudud yang di bentang ialah hudud Hj Hadi bukan hudud Islam malah bukan hudud PAS. Tapi hudud Hj Hadi se orang sebab cuma dia seorang yang kata kerajaan tidak serious dengan hudud.

Kalau Najib tidak serious dengan hudud begitu jugalah Najib tidak serious dengan belanjawan. Orang seperti Najib tidak boleh di percayai.

Rupa-rupanya bukan Najib sahaja yang bersendiwara tetapi Hadi pun bersendiwara.

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu lah Allah tak izinkan.

Jadi Pak Lebai-Pak Lebai PAS kena lah muhasabah, jangan sibuk pasal orang tinggalkan dewan.

Ingatkan Najib saja yang pandai bersendiwara, tapi Hj Hadi pun pandai jugak.

Tanpa Nama berkata...

Tiga setan muda?, pemimpin pas semua setan. Setan yang menyerupai manusia, sesat lagi menyesatkan. Untuk orang lain tak boleh untuk dia boleh, untuk dia halal orang lain haram. Ahli munafik, lain dimulut lain dihati. Untuk pemimpin dan ahli pas yang ada kesedaran, bertaubatlah. Tinggalkan lah pas yang sesat itu, pas dipimpin oleh nakhoda yang sombong bongkak. Akhirnya Allah menunjukkan wajah sebenar pemimpin kamu yang berselindung disebalik jubah dan title ulamaknya.

Tanpa Nama berkata...

Nak salahkan Najib pun tak boleh sebab dari dulu dia kata dia tolak hudud. Dan Najib juga lah yang kata RUU bukan hudud. Dan yang jadikan hudud dari perkara 4 ke perkara 7 pun Najib.

Masalah sekarang PAS dari tangga ke syurga naik ke tangga ke neraka.

Tanpa Nama berkata...

Nabi s.a.w bersabda akhir zaman nnti ramai ulamak suk...iaitu ulamak jahat...so x heran la byk yg nabi cakap tu skrg....bersekongkol dengn penzalim...spatutnya hang bela rakyat....tapi hang bela pok jib yg yerpalit 2.6bilion 1mdb...bengong tul

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal Pas. Cakap pakai kepala lutut nik abduh ni. Pakai serban, berjubah, hadis dan al Quran jadi ucapan di bibir aje. Perbuatan hampeh. Mcm lah dia org tu maksum. Org lain semua x betol. Peninglah dengan pemimpin Pas ni. Isu balak kelantan, menteti besar x keluar kenytaan. Timbalan je yg bercakap. Ada can jqdi mb kelantan ammar tu. Kalau menang le Pas. Tapi .....

Tanpa Nama berkata...

Heran tak heran sgt la. Sbb apa Ulamak dunia lanti jawatan tertinggi plak tu. Apa sbbnya ya? Ualarmak jgk ka derang tu bros? Bila kita rasa lbh ULAR dari Ulamak mcm ni la jd. Derang pun tak gelar diri, tp diberi atas dasar ILMU. Kita study mc derang tak? ke kita yg ULAU? hehe

Tanpa Nama berkata...

Pas dah jadi professional sejak dapat 90 juta dari najib..dah tak ada lagi haram..

Tanpa Nama berkata...

Hello Anon 6:55 PG

Jadi Naib ketua Ulamak bukan tiket ke syurga dan bukan tanda pejuang KEBENARAN. Pertubuhan pun namanya Ulama Se"dunia". Ya ULAMA DUNIA. Bukan ulama ukhrawi.

Orang yang menyokong dan melantiknya tu tahukah yang Hadi Awang tu kaki ponteng parlimen dan kaki caci maki?

Rasulullah saw pun pernah bersabda:

Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Karena itu, jauhilah mereka. (HR al-Hakim)

Dan Sayidina Umar Bin Khoththob ra berkata “Sesungguhnya paling mengkhawatirkannya yang aju khawatirkan dari umat ini adalah para munafiq yang berilmu”

Para sahabat bertanya “Bagaimana orang munafiq tapi ia alim?”

Sayyidina Umar menjawab “Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amaliahnya”

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi baru tau ke dia ditipu oleh umno? Lebih malang lagi, mungkin juga ditipu takiyudin & zuhdi yg menjadi tulang belakang ruu persendirian.. sehingga berlaku perpecahan PR.

Tanpa Nama berkata...

betul tu,anon 7;31,selain dari itu,kenapa keadaan ini berlaku berterusan,sebabnya,,pas mengamalkan sistem yg sama dgn iran yg diterajui oleh ayatullah khomeni.Dewan yg so called ulamak ini akan mengubah ikut sesedap hati mereka sahaja.Tujuan mereka untuk dapatkan kuasa.mereka menganggap bila ada kuasa,islam,iman datang dgn sendirinya.Jika dewan ini diterajui oleh sesaorang yg gila kuasa,maka beginilah jadinya.Al-quran dan Hadith cuma,sebagai penyedap untuk diberitahu pada pengikut2nya saaja.Tapi Aamalan yg dilakukan bertentangan,dgn apa yg ada dl al-quran dan hadith.

Contoh yg paling ketara sekali,jika dilihat raut wajah Hadi,tak nampak langsung penyerinya,sebagai ulamak yg menjadi pewaris nabi.senjata orang2 mukmin adalah doanya,bila berdoa dapat direct dari Allah.Tak payah nak minta pada Najib,nak bodek najib pasal ru355,nak songlap balak nak cari duit,ataupun nak menempek kat selangor yg dikata dap kkafir harbi tu.

ITU sudah jelas,ulamak-ulamak dlm pas,hanyalah ulamak dunia sahaja.Takda bezapun dgn ulamak2 dlm umno.Banjir besar di kelantan,adalah contoh yg nyata,murkanya Allah pada mereka2,tapi sampai sekarang masih lagi nak menuding kesalahan pada orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Ahli parlimen PIS ni mcm spesis udang. BODOH piang!!!.. Otak di kepala. Bontot pun di kepala. Tahi pun di kepala. Kata2 yg keluar semuanya busukkk...

Tanpa Nama berkata...

Nik Abodoh & PAS lupa diri ..mereka pun pembangkang juga ....maklumlah dah tersedak dedak yang disuap oleh UMNO..

Tanpa Nama berkata...

Nik ABodoh & PAS dah lupa diri ,,, mereka pun pembangkang...maklumlah dah tersedak dgn dedak yang disuap UMNO...

Unknown berkata...

nik abodoh yg terlajak bodohh.chief pembalak tu bff dia...lama dah aku tahu.

Unknown berkata...

Tk sabar tunggu PRU 14.. nk tengok sejauh mana kuatnya pas .. kununnya bila brsendirian kuat....

nick berkata...

Maka mengikut logik Tuang Presideng PAS yang tunggang terbalik tu, ahli Parlimen tak perlu hadir ke Parlimen waktu Hj Hadi tengah bentangkan RUU 355 tu sebab PAS serta keseluruhan pimpinannya tak serius untuk menegakkan undang2, mempertahankan kebenaran serta mengcegah kemungkaran dan rasuah.

On another note, PAS mendabik dada kononnya nak menjadi leader kpd pembangkang tetapi dalam hal2 serta isu2 yang membabitkan penyelewengan, ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah PAS tak mempunyai pendapat dan pendirian yang sama dengan pembangkang. Oleh itu apa kah kegilaan Murshidul am PAS nak jadi ketua dan pemimpin pembangkang? kalau PAS bertentangan dengan pembangkang dan bersekongkol dengan BN dan Najib mana logiknya nak jadi pemimpin kepada gabungan pembangkang? Adakah semua pimpinan PAS ni dah nyanyuk dan mabuk dedak?

Nick.
Cape Tiger.

Pencolekhangek berkata...

Janganlah samakan orang-orang pas dengan ulamak dan tuan guru. Ulamak-ulamak dulu sanggup mati, sanggup dipinggir kerana Allah swt. Pemegang-pemegang jawatan pas menggunakan title ulamak, tuan guru dan ustaz untuk kumpul duit, kumpul tanah, kumpul kereta dan kumpul bini. Mereka sudah tidak peduli keadaan rakyat dan negara. Mereka sudah jadi rasis. Kini mereka sudah sombong dan bongkak. Jangan mudah tergoda dengan kata-kata orang yang berjubah, berserban, berjanggut. Ingatlah Abu Lahab pun berjubah! Jangan dengar saja mereka berceramah. Tengok cara mereka hidup. Kadangkala diluar daerah mereka cakap pungpang pungpang tapi dalam kariah sendiri sombong dan berlagak. Berhati-hati dengan orang yang berniaga dengan ugama. Jangan telan saja cakap mereka. Boleh semak. Kitab terjemahan berlambat dijual. Ramai ustaz boleh dihubungi dengan e mail. Jangan taksub dengan orang berlagak pandai. Kadangkala ada yang belajar Alquran sahaja tetapi nak bagi komen tentang masaalah faraid. Ingatlah doktor gigi takkan berani komen tentang kurap dipunggung kamu melainkan menyuruh kamu berjumpa dengan doktor pakar kulit! Macam mana orang ada ilmu feqah akan menjadi menteri multimedia? Pada PRU akan datang jangan undi mereka yang berniaga ugama dan tidak ada ilmu pentadbiran moden untuk kesejahteraan rakyat. Baru jadi MP sudah berlagak, tak taulah apa jadi bila jadi menteri!!

Tanpa Nama berkata...

Utk org lain tak boleh, utk dia boleh. Ini perangai yahudi Bani Israel. Makin ramai ustaz bersikap mcm ni. Semua krn cari dunia

Tanpa Nama berkata...

Rosak islam kerana pas..bertopengkan ugama utk kepentingan diri..aku melayu islam..aku malu pd kawan2 aku yg cina dan india..ulamak makan duit haram .

Tanpa Nama berkata...

Tahu pulak Hadi merajuk. Apa masa tergesa-gesa bentang usul, tak fikir ke perkara-perkara begini. Itu sebab orang cakap PAS termakan dedak.

Lagi pun UMNO tak kata pun hudud di tolak atau di tangguh.. Cuma di turunkan ke perkara 7. Kalau selama ini PAS boleh bersabar bertahun-tahun lamanya, tak kan dua tiga hari ini PAS tak boleh sabar.

Adakah sebab UMNO tak serious atau Hadi tak serious untuk berhujah sebab tak ada points nak di cakap kan di parlimen ?

Atau UMNO pun termakan dengan hujah DAP mengapa hudud di tolak. Itu juga lah hujah yang akan di pakai oleh UMNO !

Tanpa Nama berkata...





Jalan Yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
Terang Menyuloh...Ke Dlm GELITA
Terang Menyuloh...Fitnah Pen DUSTA
Menyuloh Sang penCURI...Sdondon SeJIWA
Menyuloh Sang penCURI...Duduk BerSAMA
Di Dalam DEWAN...Se Iya Se KATA
Di Dalam DEWAN...Tinggal Ber DUA
Mereka BerSAMA...Se Hati Se JIWA
Yg Uturn Ponteng-FITNAH...& menCURI BerSAMA2


Tinggallah Mereka...Didalam DEWAN
Ber Tambah Jelas...Bertambah NYATA
Menjelma lah Hakikat...Sbnr2 KEBENARAN
Pem FITNAH penCURI...Kan Setia Ber SAMA
Dengan Penoh KERELAAN...Tanpa Perlu Di PAKSA2


Resmi penCURI...Bersama penCURI
Resmi pem FITNAH...Bersama pem FITNAH
Ber SATU Ber Sekongkol...Gelap Di HATI
Merompak menCURI...Muflis dan MUSNAH
Yg "hitam" & PUTIH...Dah pun Jelas & PASTI




Wahai Yg Kaseh...Yg Kaseh Mem-BERI
Kembalilah Ke FITRAH...Fitrah Mu yg AZALI
Fitrah Mu yg SUCI...Fitrah SYURGAWI

Ddlm FITRAH Syugawi itu..TAK Wujud Samaskali Sang FITNAH menCURI






Tanpa Nama berkata...

Samalah mereka mengunakan ayat 51 surah almaidah. Ayat ini sudah dipolitikan oleh segelintir orang untuk kepetingan politik.

abe lae langkawi berkata...

UNDILAH PAKATAN HARAPAN.
AMBO PUN ORE PASIR MAS..AMANAH#PKR#DAP#BERSATU#

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...bersekedudukan dgn dap selangor boleh, tapi dgn dap negeri lain tak boleh pulak? Sebab apa tuan2? Sebab wal fulus al masyuki...bongok punya walaun buta kayu pascai...

Tanpa Nama berkata...

Akibat drp prilaku yg diketengahkan kepimpinan segar terbaru slps muktamar agong pas yg lps.Menzahirkan sikap tergopoh gapah dlm mengenengah atau tampil saf2 kepimpinan ulama (konon2nya.. )agar dilihat lebih syumul(aku sndri xfaham apa ertinya). Mereka boleh dianggap seperti menghalau kepimpinan profesional yg telah lama habiskan usia mereka,bersama berjuang menentang umno/bn..tanpa syak dan curiga,diri mereka akan diperlakukan demikian.(tak sanggup aku nak detailkan satu-persatu)Pengorbanan dan usaha yg lama mereka membina,membangun pas selama ini,tidak dihargai,malah dibalas dgn penghinaan.
Demikian rentetan perancangan mereka2 yg bercita2 besar,yg berasa diri pandai,layak diangkat sbg peneraju dlm parti telah hampir kpd kemuncak yg diidam2kan. Itulah parasit sbnr2nya yg disebut Hassan Ali.Sdr Mat Sabu didlm ucapan pergulungan penutupan muktamar dah nyatakan dgn jelas,prilaku yg memilih mahu terpilih telah memilih menggugurkan mereka2 yg dipilih pemilih yg taksuban hanya kerana nama itu'..golongan pro' selunggok atau semanyang terus dijatuh dan ditimpa kehinaan pedih dan terluka hingga meninggalkan bekas.
Kini keinginan hampir kpd kejayaan. Seluruh negara lihat pas ketika ini,yg konon2nya bersesuaian dgn gandingan majlis syuro' yg mendabik dada,begitu jugalah pesedeng mereng yg bongkak dgn gelaran naib ulamak donia itu dilihat mmg sah tidak cukup vitamin.
Mana perginya muai thai'..siku lutut yg berdekah2 sembang.(dpn nama smuanya dikenali ngan ust'..lagak gaya sir'!. )PAS kini akan menerima kekalahan mejoriti yg tinggi..jika PRU14 nanti.Tidak yakin apa yg aku katakan ..aku juga salah seorg yg sesekali tidak akan pangkah lagi pada lambang bulat seperti sblm2 ini.
T.kasih..menyampah nk meratus lgi2 !!