Jasad lelaki ucap selamat tinggal di Facebook dijumpai
Jasad seorang lelaki yang terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang pada Rabu lalu, selepas meninggalkan catatan terakhir di Facebook, ditemui hari ini.
Dalam catatan yang panjang lebar dan tersebar meluas di laman sosial itu, Mohd Sukri Saad, 38, berkata dirinya tertekan oleh "kerajaan yang zalim" dan akan didakwa kerana menjual rokok seludup bernilai RM360.
Berdepan dengan kemungkinan penjara dan denda yang besar, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah, namun hukuman berkenaan terlalu berat.
"Ya, aku mengaku salah perkara itu salah... tapi hukumannya tak setimpal," katanya sambil membandingkan jenayah yang dilakukan dengan "pengarah yang mencuri jutaan ringgit tetapi kemudiannya dibebaskan dengan jaminan".
Walaupun dia sepatutnya hadir di mahkamah pada Rabu lalu, Mohd Sukri berkata beliau memutuskan untuk tidak berbuat demikian kerana tidak lagi mempunyai wang dan menanggung banyak beban.
"Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang... berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim," katanya.
Mohd Sukri berkata, dia sebaliknya memilih untuk “berkorban sebagai rakyat yang dizalimi...," walaupun menyedari akan dikutuk dan dikritik kerana pilihan itu.
“Chek (saya) tak ada pilihan.... maafkan saya, maafkan saya.... saya tak sangup dipenjara....
“Untuk isteriku, abang amat menyayangimu sayang tapi abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti demi sayang dan anak-anak...
“Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah mak, .... baliklah jengok dia... jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.
“Sekian. Sekali lagi maafkan abah.... maafkan abang sayang.... maafkan chek mak... ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit,” katanya.
Menurutnya, pada mula, dia memilih untuk ke penjara, tetapi tidak jadi kerana tidak mahu anak-anaknya akan dilabel sebagai anak-anak banduan.
Dalam surat itu, Mohd Sukri turut merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tidak tertipu oleh Umno, yang dakwanya hanya berpura-pura menyokong rang undang-undang ahli persendirian Hadi yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)1965.
“Jangan la tertipu dgn pimpinan Umno, depa wayang je kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.
“Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat... agar nasib (rakyat) macam aku terbela.
“Nanti dah jadi kerajaan media dah dikawal, senang nak yakinkan rakyat tentang rang (undang-undang) yang nak dibawa itu,” katanya,
Mohd Sukri mengakhiri tulisannya dengan “ashaduanlailahailalah....waashaduannamurhadan rasullalah.... maafkan aku.”
Catatannya itu yang tersebar di media sosial turut dikongsi bersama oleh ramai orang di Facebook, termasuk oleh ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang berkata parlimen perlu usul khas mengenai kematian Sukri.
Menurut pihak berkuasa, jenazah allayarham ditemui pada jam 9 pagi ini, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai terjun.
Jasadnya telah dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. -mk
ULASAN GB
Innalillahi wainna ilahi rajiun.
GB sudah ulas panjang lebar di entri sebelum ini. Sila baca di
Lelaki Bunuh Diri Akibat Tekanan Hidup, Minta Presiden PAS Jangan Tertipu Dengan UMNO
Cuma satu komen yang menarik di sana iaitu:
FEATURED ADS

DARI STATUS FB DATO HUSAM MUSA
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Al Fatihah buat ruh adik Mohd Shukri Saad.
Sungguh mendukacitakan. Tapi itu yang telah berlaku.
Tindakan tragis Mohd Shukri penuh dengan mesej. Mesej sosial, ekonomi dan politik.
Jika kita bersimpati dengan beliau dan enggan melihat kejadian sama berulang lagi, mesej yang beliau tuliskan sebagai tulisan terakhir di FB beliau yang patut diangkat untuk renungan. Untuk diangkat sebagai peringatan. Untuk diangkat sebagai agenda pihak mana jua yang prihatin.
Antara petikan MESEJ itu:
_Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang....._
_dgn ini ku memilih utk berkorban sebagai rakyat yg dizalimi.....aku akan tamatkan riwayat aku..._
_Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia_
Kenangila mereka sbgai ank pengorbanan..._
_Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar org yg senasib tidak lg dikenakan hukuman mcm ni..._
_Aku tiada pilihan wahai rakyat malaysia....chek takk ada pilihan...maapkan saya maapkan saya...._
_Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral utk bgtau kita dipimpin pemimpin yg zalim...._
_Himpitan ekonomi nampaknya telah memakan korban di luar jangkauan kita._
_Himpitan sistem yang tidak memihak kepada yang lemah, nampaknya lebih dalam kesannya dari sangkaan kita_.
****
Seperti posting saya pada hari pertama kejadian dilaporkan, Usul Khas di Parlimen adalah tepat untuk negara memgambil tanggung jawab yang saksama atas kesan-kesan dasar-dasar yang menghimpit mereka.
Ini bukan tragedi biasa. Ini tragedi luar biasa.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
al-Fatihah ...
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Husam Musa
Jumaat
28 Oktober 2016
ULASAN GB
Innalillahi wainna ilahi rajiun.
GB sudah ulas panjang lebar di entri sebelum ini. Sila baca di
Lelaki Bunuh Diri Akibat Tekanan Hidup, Minta Presiden PAS Jangan Tertipu Dengan UMNO
Cuma satu komen yang menarik di sana iaitu:
arab spring dulu punca dpd seorng penjual roti membakar diri kerana kezaliman pemerintah.
punca tekanan hidup dgn sebab kezaliman pemerintah.
selain dpd sekongkol dgn si zalim, PAS juga harus nilai semula jika hudud hendak dilaksanakan, bolehkah dipastikan KEADILAN TANPA MENGIRA BULU dilaksanakan?
APAKAH HANYA RAKYAT DAIF SEPERTI KISAH INI SAHAJA YANG AKAN DIHUKUM sedangkan penguasa akan dilepaskan?
PAS boleh jamin ke pencuri balak akan dipotong tangan tanpa menilai berat serbannya?
jika tidak.. hentikan lah bermain politik hudud yg bukan hudud.
memang umat islam akan bising dan cerewet bila menyentuh undang2 islam.
ini kerana jika melaksana tanpa hemah dan keilmuan serta tanpa kajian yg mendalam supaya benar2 adil, maka yg tercemar adalah islam sendiri. BUKAN KERANA RAKYAT BENCI UNDANG2 ISLAM.
undang2 islam bukan semata2 nk hukum org, tetapi ia juga adalah penyerlahan keadilan yg mesti dilihat adil dan dirasai adilnya oleh seluruh alam.
SILA BERJANJI DULU UNTUK HUKUM PENCURI BALAK TANPA MEMILIH BULU.. BARU BETUL ADA UNSUR MEMARTABATKAN HUKUM ISLAM.
20 ulasan:
Hj Hadi mesti buktikan bersungguh-sungguh bahawa dakwaan di tipu UMNO adalah tidak benar.
Pastikan kali ini RUU di luluskan.
Jika sangkaan arwah benar dan memang PAS ditipu oleh UMNO, Hj Hadi dan PAS tetap menanggung dosa kerana cenderung dengan kerajaan yang zalim.
Kerana arwah mangsa korban kezaliman Najib dan kerajaan UMNO.
Adakah pelopor kebangkitan di tunisia
Lagi satu hal yang menarik perhatian selain apa yang telah dicatat di Facebook ialah hari ini hari jumaat.
Semuga urusan jenazah di permudahkan dan dengan sebaik-baik nya.
Apa yang dikesali sangat ialah ketidakadilan kesalahannya menjual rokok seludup. Tidak kah pihak berkuasa juga bersalah kerana rokok tersebut boleh masuk melepasi peraturan yang ketat?
Beberapa kenyataan untuk menutup kesalahan pihak berwajib akan di buat oleh pihak-pihak tertentu seperti arwah telah di tangkap beberapa kali tetapi telah dilepaskan dan kenyatan dari doktor pakar mengatakan mereka yang mati dengan cara begini kerana tidak waras dan perlu kan rawatan khas.
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Adil. Selamatkan lah kami dari kerajaan yang zalim dan pemimpin yang munafiq.
Engkau angkat lah segala kebaikannya dan Engkau jua yang berkuasa menghapuskan segala kesalahannya. Amin.
Untuk menghadapi musuh yang kuat (kezaliman) sedangkan kekuatan pertahanan sudah semakin kurang, jalan yang di pilih untuk menyerang musuh dan yang terakhir ialah 'berani mati' dengan meletupkan diri sendiri di tengah-tengah kumpulan musuh.
Jika dia 'berani mati' yang lain-lain mesti berani hadir BERSIH dan berani bersemuka dengan baju merah.
Jangan jadi pengorbanan arwah sia-sia.
ohhh mesiaaaa ku.... malu dah nak ngaku jd rakyat meesia
jd rakyat bangladesh org sanggup dah skrg nih.. sbbnya senang dapat kerja dapat kerakyatan...
apa menteri & kerajaan kita dah buat??? bercakap??? tindakan????
Pertama kali aku baca kes ini pun aku teringat akan korban di Tunisia. Harap korban saudara kita ini akan menyedarkan pihak2 tertentu. Harap kematian dia tidak sia2. Moga Allah mengampuni segala dosa dia
Sedih...
Bukan caranya kematian begitu yg kita kehendaki dlm menyalahkan org lain.
Agama tidak mengajar kita berputus asa apatah lagi mencabut nyawa sendiri.
Simpati dgn keluarga arwah dan harap mrk bersabar.Sepatutnya ada peguam yang anti kerajaan memberi bantuan guaman secara sukarela kpd mrk ini.Jangan asyik berpolitik dan mencari untung shj sedangkan ramai yg msh sengsara di luar sana.
HARAP HADI DAN WALAUNTA2NYA DAPAT MENGHAYATI WASIAT SI MATI INI DGN HATI DAN OTAK YG TERBUKA. MUNGKIN APA YG DIA TULIS ITU BETUL DAN BENAR.
TENTANG CARA KEMATIANNYA ITU, SERAHKAN KEPADA ALLAH.
Mmg sedih membaca kisah syukri ni.jgnla pula ada diantara kita atau ulamak2 pas ke mana2 parti ke dgn mudah menghukum syukri masuk neraka..Beliau mati dlm keadaan diZalimi, semoga Allah merahmati roh nya..kita yg hidup ni cth sy sbg rakyat marhaen belum tahu bgmana hujung nya..Itulah kesan penindasan rakyat.Allah maha pengampun hamba2 yg dizalimi dan sebaik2 pemberi balasan.Semoga Allah memberi sebaik2 balasan pd arwah syukri dan juga sebaik2 balasan pd kerajaan yg Zalim skrg ni.
Terbuktilah saudara ini telah pergi...berbagai andaian telah terhapus...terang dan nyata pengorbanannya...harap yang menyatakan saudara ini Cuma gimik dan sebagai nya andaian...telah pergi dengan cara yang amat menyedihkan selaku kita sebangsa dan seagama dengan nya...APA harus kita lakukan???adakah masih ingin mencerca dan mengata arwah???cukup2 lah orang melayu yang menyatakan boleh Bantu melayu...APA yang terjadi ini amat menyedihkan saya...
Pilihannya mengorbankan diri adalah pilihannya sendiri...Bukan kerna menjadi orang suruhan...Bukan menjadi Pak turut...Bukan pemakan dedak...saudara kita tak sanggup hidup dengan segala hutang2 didunia... alangkah zalimnya kerajaan yg ada...sungguh jelas kesalahannya dihukum...namun bagaimana pula pemimpin Malaysia dan penjawat awam yg melakukan kesalahan lagi besar tak dihukum dengan setimpalnya???
Jawab lah kerajaan
Jawab lah pemimpin
Jawab lah ulama
Sesungguhnya Allah maha mengadili perbuatan mu wahai pemimpin negara...
Sesungguhnya rakyat pasti Bangkit menentang kezaliman mu wahai kerajaan...
Ikhlas Dari saya...
Tolong jangan dipanjangkan isu kematian membunuh diri sebagai agenda politik.
Islam mengutuk hambanya yg berputus asa dan membunuh diri.Ia bukan cara penyelesaian yg baik.
Sepatutnya pemimpin2 parti dan mana2 pusat gerakan parti sukarela membantu masalah rakyat spt mangsa.Klu ikutkan fb arwah..tiada mana2 pihak cuba membantu beliau sehinggakan nak dpt khidmat peguam pun tak mampu.Yang ada peguam2 yg nak glamer membantu dgn sukarela kes2 vvip demi kepentingan diri.Mana peginya peguam2 ternama yg kononnya sukarela membantu para vvip tetapi tak mampu memberi khidmat sukarela kpd rakyat marhaen.
Harap tiada pihak memanjangkan isu bunuh diri arwah bagai menangguk di air keruh.
Jangan ada ulama jadian pulak nak jatuh hukum tak tentu pasal.
Jangan ada manusia bertopengkan agama nak menjadi jurucakap Allah pulak sedangkan rahmat Allah itu Maha Luas. Kita tak tahu perancangan Allah, jadi sebaiknya kita mendoakan yang terbaik untuk Allahyarham. Mungkin Allah nak tunjukkan kepada kita, jenazahnya ditimbulkan pada hari yang mulia.
Bukan nak mengatakan bunuh diri itu halal, namun apa yang kita nampak tak semestinya sama dengan apa yang Allah nampak.
Kita yang melihat, banyaklah istighfar.
PAS mana nak dengar sumer ni. Lagipun arwah tu bunuh diri, orang yg berdosa besar, mana boleh kasi nasihat sama org yg bertaqwa dan alim mcm ulamak2 PAS.
Rakyat Mesia ni, dok senyap ja tau. Lepas tu bising dlm blog. Tunisia lain, Malassial lain.
Negara Malassial hanya ada spesis penakut dan bacul bertahap gaban. Nak melawan sistem, sumer jadi bacul. Kalo gebang, sumer claim keturunan pahlawan. Pahlawan taik kucing sumer2 tu.
Susah nak lulus ruu 355 sbb ramai yg taat setia dengan dap. Lepas tu salahkan pas sbb x bersungguh. Laknat bg mereka yg menentang ke arah membangkitkan Islam.
Anak dara jual nasi lemak pun jadi agenda politik. Apa yang tak jadi agenda politik sebab negara ini di gerak oleh faktor politik 24 jam bukan faktor ekonomi.
Dalam catatan facebook nya dia sendiri menyentuh pasal politik seperti kerajaan zalim dan jangan ditipu oleh UMNO. Di sebut juga supaya PAS bersatu dengan pembangkang.
Ya dia berputus asa dan ya dia menyalahkan orang lain. Sebab dia bukan hidup dalam hutan dan sebanyak sedikit keadaan dan orang (dalam hal ini orang politik) mempengaruhi diri nya.
Alhamdulillah, dia tidak mempersoalkan kekuasaannya Allah. Mengapa di jadikan dia begitu? Mengapa dia di lahirkan di dunia?
Dia memilih mati dari memilih memecah rumah orang, meragut beg, merompak.. orang menjual dadah untuk kemewahan tetapi dia menjual rokok seludup untuk menampung kehidupan harian nya.
Benar lah rezeki kalau secupak tetap secupak. Malah rezeki dia yang secupak pun tinggal segenggam.
Walaupun ada peguam yang memberi khidmat, dia tetap tak lepas kerana dia di tangkap bersama-sama dengan rokok seludup. Dia tetap di denda dan untuk kesalahan kali kedua denda dia lebih dari yang pertama
Hal dia sudah selesai. Sekarang hal yang masih hidup.
Bersepah-sepah tuan kedai yang jual rokok seludup. Mengapa tidak di tangkap dan mengerakkan satu operasi serentak untuk berlaku adil kepada si mati? Jika jualan vape boleh di haramkan mengapa rokok seludup tidak di haramkan atau dihapuskan penjualannya.
Mengapa tuan punya kereta besar dan mahal.. dan mengapa orang yang kaya.. yang memiliki 10 saman boleh di beri diskaun malah tak perlu ke mahkamah kerana di beri diskaun.
Tahu kah kita berapa banyak kes curi yang bernilai 300 atau 400 yang di hukum penjara berbulan malah kerana satu ringgit pun dikenakan hukuman. Ada di antara pelaku terdesak kerana kesempitan wang. Tidak mustahil selepas ini, kes begini menjadi-jadi tapi fikir punya fiKir, alang-alang mandi biar sampai basah
Apabila Anwar Ibrahim saman Saiful, Saiful di sediakan khidmat peguam yang terkenal yang mengambil alih tugas pendakwa.
Apa sudah jadi dengan biro guaman yang sepatutnya memberi khidmat guaman kepada mereka yang berpendapat rendah ?
Sekelumit rasa bersalah tidak ujud di hati pemimpin ISLAM. Mereka sekadar ucapkan selamat berjaya pada BERSIH seolah-olah mereka tidak kisah kerajaan yang menipu dan haram terus berkuasa dan memerintah dengan zalim.
Berapa ramai kah pemimpin ISLAM yang berserban dan berjanggut yang akan setuju dengan Usul Khas di Parlimen yang di cadangkan oleh Husam ?
Ini isu orang Islam.
Islam mengutuk cara mati begini tetapi Islam melaknat selaknat-laknat nya pemimpin Islam yang langsung tidak rasa bersalah atau bertanggungjawab atas tragedi tersebut !
Berat nanang Anon 8:59 PM. PAS dah kena tipu dengan UMNO pun nak salahkan DAP dan orang lain...
Laknat menimpa kepada kamu dan PAS semula!
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga.
Berapa kerat lah yang taat setia dengan DAP. Yang belah sana lagi ramai. Kalau campur dengan team pak lebai dah lebih dari cukup.
Mula-mula je PAS bersungguh-sungguh, habis DAP di sepak terajang. Yang tidak bersetuju cara Hadi pun kena sepak terajang. Punya solid Islam PAS. Sampai penceramah yang menentang arus perjuangan PAS di bagi warning !
Tetapi .. tiba-tiba... merajuk dan tertunduk bila agenda RUU semakin jatuh ke bawah.
Dahsyat betul cina kafir DAP. Sampai hudud dari agenda 4 boleh ditukar kan ke agenda 7.
PAS sepatutnya bersungguh-sungguh macamana melabelkan AMANAH macam itu lah melabelkan UMNO. Macamana AMANAH di maki macam itu lah UMNO di maki. Baru lah hudud dapat di bentang untuk perbahasan.
Kerja letak perkara 4 ke, 7 ke, 40 ke bukan kerja Hadi.. Sekarang baru dia tahu.. dulu lagi dah cakap sebab yang kawal parlimen siapa ?
Penyamun. Penipu.
Tapi bila jumpa Saleh Keruak, berkepak dia berjalan tapi yang di bangkit kan kawal media melampau.
Dulu Harakah di jual sorok-sorok tapi laku macam goreng pisang.. sekarang boleh jual secara terbuka tapi setiap tahun rugi.
Macamana orang nak sokong hudud sebab orang dah tak baca harakah.
Harakah rugi.. pun sebab DAP.
PAS dah semakin merudum dan ditinggalkan oleh rakyat. Bersekongkol dgn Umno Bn dia ingat boleh dapat sesuatu dalam Isu RUU tapi hampeh. Dia ingat Umno tu terlalu kuat dan boleh tolong RUU tu. PAS lupa nyawa Umno juga di tangan rakan2 Bn lain yang juga bukan Islam. Kalau Islam pun tapi versi Sarawak dan Sabah belum tentu sokong RUU. Umno bukaan Umno tahun 80 dan 90 an yang boleh dapat hingga 110 kerusi. Kerusi yg ada pun cuma dalam 80 sahaja .Kekuatan Umno hanya disokong oleh parti2di Sarwak dan Sabah. Sebab itu bila Sarwak dan Sabah minta apa juga kena bagi.RUU telah dijadikan umpan untuk jinakkan pemimpin dan penyokong PAS dan berpecah dgn rakan2 pembangkang yg lain. Kalau diberi pilihan antara PAS dan kepentingan BN , Umno sudah tentu memilih kepentingan Bn dahulu. PAS belum dapat menandingi kepintaran dan kehandalan putar belit Umno Bn dalam politik.
Tanpa nama 8:59. Klu tak tahu sepak terajang politik tlg jgn komen. Dok kat pondok mengaji bab agama habis dulu. Bukan mata luas2 dan jgn asyik dengar tarbiah lebai2 pas sj. Adakah kamu setuju pimpinan atasan pas nak berbaik dgn umno pimpinan Najib. Apakah tindak balas kamu jk pas dipermainkan sekali lg oleh umno
Apa komen Hadi Awang???
Catat Ulasan