23 Okt 2016

BERSIH 5 Tak Lari Matlamat. Tapi PAS Yang Berhelah!

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.

Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.

"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.


"Terus terang sahaja Pas tidak mahu sertai Bersih kerana Pas sedia untuk berkerjasama dengan Umno. Cakap biar jelas dan terang.

"Ringkas, tidak menyusah dan mengelirukan orang. Dalam perjuangan kena gentlemen tidak jadi macam ikan keli dalam besen," bidasnya dalam status Facebook beliau.

Sayuti mengulas alasan Takiyuddin kononnya Pas tidak menyertai Bersih 5 kerana perjuangan gerakan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu sudah melencong.

Takiyuddin yang juga peguam mendakwa terdapat peserta Bersih sebelum ini memijak gambar pemimpin parti tersebut.

"Kalaulah itu alasan kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih, betapa rendah jiwa orang Pas.

"Takkan kerana gambar dipijak sanggup menolak gagasan Bersih untuk memastikan pilihan raya adil dan bersih.

"Tengok Anwar walaupun matanya lebam dibaham polis Dr Mahathir tetapi beliau boleh melupai peristiwa itu demi mencapai cita-cita bersama," tegas Sayuti lagi.


PAS anggap BERSIH 5 lari dari matlamat asal

PAS memutuskan tidak menyertai BERSIH 5 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta BERSIH 4 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

"Selain dilihat sudah 'lari' daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada BERSIH 4 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan - Membangun Bersama Islam di Kota Bharu malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan BVERSIH 5 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama.
- Bernama


ULASAN GB

Meluat juga kita membaca alasan PAS untuk tidak bersama BERSIH 5.0. Kononnya BERSIH 5.0 terpesong daripada tujuan asal. Kononnya tindakan peserta pada BERSIH 4 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

GB bersetuju dengan pandangan Pengerusi AMANAH Melaka, Sdra Adly Zahari yang menyatakan bahawa "Bukan Bersih 5 yang lari matlamat. Tapi PAS yang berhelah!"

Jika memijak gambar pemimpin itu alasan PAS untuk tidak menyertai BERSIH 5.0, ia melambangkan betapa hipokritnya parti itu seolah-olah parti itu tidak pernah melakukan perkara yang serupa terhadap orang lain.

Semasa Geng Ulama berusaha untuk menjatuhkan golongan professional semasa pra-muktamar ke 61, mereka dengan penuh bernafsu memijak gambar pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan mereka di dalam satu demo yang diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS. Mereka mengangkat plakad-plakad yang berbaur hinaan dan cercaan terhadap pemimpin PAS dari kumpulan professional ketika itu. Presiden dan pimpinan PAS ketika itu lansung tidak mengambil tindakan ke atas peserta Geng Ulama berkenaan.


Kumpulan professional dalam PAS ketika itu tidak pun melakukan tindak-balas dengan perbuatan yang serupa dilakukan oleh Geng Ulama berkenaan. Namun hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Apa yang dilakukan oleh Geng Ulama itu akhirnya mendapat balasan apabila gambar Presiden PAS yan bermesra dengan presiden UMNO dipijak orang lain.

Insiden gambar yang dipijak itu pun difahamkan adalah provokasi pihak tertentu yang sememangnya selama ini selalu melakukan kerja-kerja yang serupa, mereka meletakkan gambar itu dan kemudian menyuruh peserta BERSIH memijaknya dan kemudian memviralkannya di dalam media sosial untuk memupuk kebencian terhadap peserta BERSIH.

Mereka yang memprovokasi itu bukan sekadar memijak, malah pernah "mengencingkan" banner yang tertera gambar pimpinan PAS.


Sehingga kini, tiada sebarang tindakan pihak berkuasa terhadap kedua-dua insiden berkenaan khususnya yang pertama itu. Mengapa? Kerana tiada bukti mencukupi peserta BERSIH melakukan pemijakan itu dengan rela hati. Mungkin tidak mahu tembelang mereka yang memprovokasi itu terdedah.

Tak apalah, biarlah PAS tidak menyertai BERSIH. Mungkin perhimpunan menjadi tidak seramai yang diharapkan tetapi yang hadir itu nanti biarlah yang berkualiti dan ikhlas, daripada kehadiran yang ramai tetapi hipokrit seperti yang berlaku di dalam demonstrasi anti-TPPA dimana PAS menggunakan kehadiran di himpunan itu bukan untuk anti-TPPA tetapi untuk memaki dan mencerca AMANAH.

BERSIH tidak berganjak dari perjuangannya dari dahulu iaitu menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Apakah PAS sudah berpuas-hati dengan sistem pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sekarang? Mungkin ya, maka sebab itu PAS tidak membuat bantahan persempadanan semula oleh SPR. Jadi biarkanlah mereka. Biarkan PAS dengan ilusi dan mimpinya untuk bersendirian atau bersama UMNO.

VIDEO BERKAITAN








FEATURED ADS


26 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Parti HAPRAK.....!!!

antiasobiyah berkata...

Pas La ni parti HAPRAK....!!!

antiasobiyah berkata...

Pas la ni parti haprak..!!!

Saiful berkata...

Ya betui

Tanpa Nama berkata...

Oh.. pijak je gambar dah lari matlamat. Benci kan Najib dengan marahkan SPR tak sama.

PAS mengaku di jemput ke mesyuarat BERAIH, mengapa tak gunakan untuk memastikan matlamat BERSIH adalah mengenai bantahan persempadanan semula? Sebab PAS telah di beri 2 atau 3 negeri ?

Sampai begini dahsyat sokongan PAS kepada UMNO, jika Hudud PAS tak jugak di bentang dalam persidangan kali ini.. memang yang rugi ialah ahli PAS yang rela sepanjang masa hidup di tipu oleh pemimpin nya.

Tanpa Nama berkata...

Ahli dan penyokong pas yg sertai demo Bersih sebelum ni kira munafik la(@ taqiyya)

Tanpa Nama berkata...

Minta MSO tukar perumpamaan seperti ikan keli dalam besen.

Tukar ikan keli jadi belut.

Tanpa Nama berkata...

masalah nya pas ini dia ini kluk klek.. tidak gentle..klu mahu berpeluk umno bagi tau la..mudah sekutu pembangkang nak bergerak..ini nampak sangat pemimpin pas tidak ikhlas lg dlm berjuang..segalanya demi jawatan..pengikut2 yg di bawah lah kita kasihan..kena main telo bodo bodo je..

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS pasang perangkap Pakatan Pembangkang DAP PKR AMANAH dan BERSATU juga pasang perangkap. Sama sama lah kita lihat nanti siapa yg akan masuk perangkap dan terperangkap. PAS sengaja memberi alasan bodoh bila di ajak bersama dengan PH/Pembangkang. Apa kah PAS berasa sudah cukup untuk berjalan sendirian di PRU 14 nanti.Kalau rasa sudah cukup kuat naik umumkan sehaja keluar dari PR bersama dengan UMNO/BN atau bersendirian. Tak yah lah terhegeh hegeh dan berdolak dalik

Lelakidicermin berkata...

Mursyidur am berkata parti itu sudah membuat pelbagai jenis kerjasama sebelum ini dan terbukti ia tidak memberikan hasil. AGAK2 KITA DLM BLOG GB YG SEMEMANG NYA PRO PH.. APA YG KITA FIKIRKAN SETELAH MURSYIDUL ULAS BEGINI... PARTI NI PANDAI KE BODOH. ĶELIAN PUN BOLEH AGAK APA YG HATI AKU KATAKAN...INGAT DPT MURSYIDUL BARU BOLEH AMBIK JLN TENGAH.. SEBAB YG LAMA AMBIK JLN TEPI..MURSYIDUL NI.. LAGI TEPI DI AMBIKNYA..INGAT PERNAH JADI ADUN DLM DEWAN UNDANGAN NEGERI DULU INGAT TEKANAN DAN KENA MAINKAN DENGAN UMNO.. RUPANYA TAK SEDAR2 LAGI..

Tanpa Nama berkata...

PAS marah sebab pijak gambar. Kalau kencing gambar Najib dan pemimpin PAS, itu PAS tak marah.

Saya yang tenguk gambar Nik Aziz di kencing pun rasa marah, macamana PAS boleh terima. Kencing kat busut jantan pun sebaik-baik jin tu pun boleh marah..

Lagi pun bukankah Najib dah cakap jangan benci sangat pada seseorang sebab satu hari nanti kita suka sangat pada orang yang kita benci. PAS pulak yang lebih-lebih. Siap tunjuk di skrin Najib ziarah Harun Din.

Najib cakap tak berakal punya cakap sebab ada benci tapi rindu, ada benci tapi sayang dan ada benci sebab meluat.

Tapi bila Mahathir jumpa Anwar, apa Najib cakap.. Mahathir terdesak !

Tanpa Nama berkata...

Parti walaunta bukan agama. Parti walaunta ialah parti jual agama. Ruu 355 cuma rekaan walaun semata2 dan diberi baju agama. Undang2 walaunta takfiri tak layak untuk disokong. Walaunta jgn tipu orang, nanti jadi munafik

Tanpa Nama berkata...

Dah baham rm90juta maaa.. kentut pun boleh bau wangi.

Tanpa Nama berkata...


Lebai-Lebai PAS dah jadi Lebai SENDIWARAk !

Unknown berkata...

Assalamualaikum...saya cadangkan agar dato husam bin musa...bertanding di mana adun pas jika pas tidak bersepakat untuk bertanding satu lawan satu...di mana mana kerusi dun di dewan Selangor...jika menang dan masih mentadbir Selangor..kita angkat dato Husam jadi mb dan Tan sri Khakid kembal membantu dalam pengurusan ekonomi Selangor...ikhlas

Tanpa Nama berkata...

knp masih tidak faham akan keadaan pas skrg ini?

hadi dgn pemimpin2 yg ada akan pastikan umno bn akan terus memerintah dlm pru akan dtg!

ruu 355 tak akan dibahaskan diparlimen. ia adalah senjata pas utk kekalkan umno bn memerintah. kemungkinan hadi akan dimasukkan ke hospital pd hari pembentangan sbg alasan.

diharap pas akan berhenti dr membohongi rakyat. kalau azab dosa berbohong pd satu org pun, tak tertanggung. inikan pula berbohong pd berjuta org.

atau pas tidak lg yakin pada dosa pahala syurga neraka? spt najib?

kalau larat makan nanah, teruskan perjuangan kamu; sbb itu yg akan kamu buat diakhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Amanah tanding je semua kerusi pas. Pas bukan sebhgn dr PH. Jgn percaya sgt kpd mereka ni. Hanya tahu amik kesempatan atas usaha org lain. Tak mustahil mereka akan berbaik2 semula dgn PH bilamana mereka sedar ini kali terakhir menjadi yb. Terutamanya mp temerloh. Tgk la nanti.

Tanpa Nama berkata...

Semua kuasa, baik Polis, Mahkamah, Bank Negara, SPRM sehingga lah ke SPR, semua nya berpusat pada Najib.

Jadi bila kita tuntut pilihanraya bersih, ia nya berkait juga dengan Najib.

Nak ubah pilihanraya lebih adil kena lah ubah Perdana Menteri yang ada sekarang.

PAS jadi macam sekarang pun kerana Najib.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas ni mcm comfrm maduk syurga pulak. Ahli2 dah menyampah. Cuma ahli tak isytihar keluar parti je, tapi undi , ?????

Tanpa Nama berkata...

Akhir kalam, jangan layan pas. Pas nak joint umno ke, nak sdn. bhd. ke, pi mampos la. PH Dan Bersatu mesti kena yakin dengan kekuatan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Mestilah berhelah sebab RM90juta sudah dapat maka kena lah sokong Tuan yang menderma tu-UMNO. Inilah yang dinamakan parti haprak,penyamun yang memakai serban. Duit haram pun disapu. Sebab tu sekarang ceramah PAS sudah tak banyak sebab Tin Milo tak diperlukan lagi untuk kutip derma.

Tanpa Nama berkata...

Peguam PIS ni mcm spesis udang. Otak di kepala. Bontot pun di kepala. Tahi pun di kepala. BODOH piang!!!

Tanpa Nama berkata...





Jalan yg LURUS...Terang dan SUCI
Bukan nya U-Turn...Tunggang TERBALIK
Jalan yg LURUS...Kaseh Mem-BERI
Bukannya Ponteng-FITNAH...MenCURI yg Jelek
Jalan yg LURUS...Mudah-Pantas di FAHAMI
Tak Perlu Ber Helah...Berdolak DALIK
Jalan yg LURUS itu...Fakta dan BUKTI
Menyentuh Ke Lubuk...Ke Dasar HATI


Jalan yg BENGKOK...U-Turn Terbalik
Ber Agenda Gelap..."RAHSIA" Tersembunyi
Berbelit2 Berpusing-Menipu...Berdolak Dalik
Krn "UMPAN" yg Di Telan...Dah MenJERAT Diri
Krn "JANJI" jd penCURI...Takleh Ditarik Balik
IKRAR Berkongsi Dedak CURI..."wajib" Mnjd RAHSIA Abadi

Itulah Peranan 'Helah-Uturn-Ponteng-FITNAH' Keji...Yg Mnjd 'Trademark' Sang penCURI

Jk Sesama penCURI Memungkiri "JANJI"...Sgl "RAHSIA" Kan Mnjd Bukti
Apb "RAHSIA" Dah Mnjd Bukti...Syaitan "Ber-SORBAN" Dah Takleh Nak Lari
DAN Pd Wktu Itu...Helah U-Turn Ponteng FITNAH pun Dah Tak Berguna Lagi
Macai2 & Walaun2 yg Tersedak Dedak...Termangu Terpinga2 Menggigit Jari



Kaseh Mem-BERI itu...Kaseh yg Abadi
Krn Kaseh Mem-BERI itu...FITRAH Azali
FITRAH Azali...FITRAH Syurgawi


Terang Ber Cahaya Kudus LURUS Suci...Halus Menuju Kedakapan ILAHI


Tanpa Nama berkata...

Pas akan melepas jika ph dan Bersatu buat strategi 3 penjuru. Kompom marang kerapu kepunden pun bole jadi sotong kering. Yg penting pas mesti ditonggengkan. Jgn bagi walaupun 1 kerusi untuk anak2 buah marang kerapu kepunden ini. Biar mereka jalan tunduk pandang kasut untuk tempoh 78 tahun lagi...

Pencolekhangek berkata...

Orang yang tiba-tiba dapat duit berjuta-juta memang boleh hilang akal. Cakap merapu. Dulu jaja merata tempat: rosak aqidahlah, toghutlah, sekularlah, rasuahlah dan macam-macam. Sekarang pula boleh duduk semeja, makan sepinggan, tidur sekelambu dan berak sejamban. Ini semua fulus punya pasal. Pakai jeans atau slack berapa sangat boleh terima duit, tapi pakai jubah sebuntil sudah tentu boleh!!

mazmad berkata...

Parti Aliran Sempit...
Kepala otak makin mengecil macam microcephaly ..makin bangang.