11 Jun 2016

RM86 Juta Sewa Jet Bawa Rosmah - Pembaziran Yang Tiada Taranya

Rafizi dedah video Rosmah naik jet mewah dengan beg besar

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan video bagaimana isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor sedang menaiki jet mewah pribadi dan membawa naik banyak beg-beg besar ke dalam pesawat.

Rafizi membuat pendedahan ini selepas pegawai Rosmah mengesahkan secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki.

Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.

10 Jun 2016

PAS Dah Ambil Alih Tugas UMNO Hentam DAP & AMANAH

NASIB BAIK ADA DAP....

Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat, parti itu sering dilabel oleh UMNO sebagai alat dan barua DAP, manakala hubungan Pas dengan PKR tidak pernah sama sekali cuba disalahertikan dengan apa-apa cemuhan.

Dalam Pakatan Harapan sekarang, Pas yang lebih galak menuduh dan melabel Amanah sebagai alat dan barua DAP. Sama seperti UMNO, Pas juga tidak pernah memberi label keji kepada hubungan PKR dengan DAP.

9 Jun 2016

Azhar Abd Shukur: Tak kenal Maka Tak Cinta...

Coretan Dari atokmu.com

Biarlah aku berterus terang. Aku bukanlah penyokong parti Amanah, dengan itu aku tidaklah meletakkan minat yang mendalam pada parti Amanah.

Namun, yang hak tetap hak, dan yang batil tetap batil. Ini adalah satu artikel mengenai Ustaz Azhar Ab Syukur – calon parti Amanah Sg Besar.

Aku kenal Ustaz Azhar bila aku join salah satu Ez-Kembara ke Sabah, tak ingat dah tahun bile. But since then aku ikuti perkembangan ustaz azhar dari facebook, berjumpa di rumah keluarganya di Temerloh dan juga di Selangor. Aku juga merupakan doctor yang merawat ketika mana die mengalami hypertensive crisis, dan Alhamdulillah sekarang boleh katakan hypertension dia amat-amat terkawal dengan perubahan gaya hidup dan juga ubat dari hospital. One of the person yang saya rasa boleh jadikan contoh pesakit Hypertensive that really change.

Mat Taib Minta Rakyat Undi AMANAH Setelah PAS Dilihat Bersama BN

Mat Taib ajak pengundi sokong Amanah, selepas Pas seakan bersama BN

Setelah cadangan beliau agar calon Pas dipilih dengan cara parti itu bersama-sama Pakatan Harapan melawan Umno ditolak, kini bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengajak pengundi agar menyokong calon Amanah.

Dalam satu kenyataannya, Muhammad yang kini menyertai PKR berkata, beliau menyokong Amanah di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


8 Jun 2016

Tolak PAS Kerana Pendirian PAS Sentiasa Berubah-ubah

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjawab beberapa persoalan yang berkisar mengenai persoalan mengapa Pakatan Harapan (PH) bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau menyatakan segala kerosakan yang berlaku dan membebankan rakyat hanya boleh dihentikan jika kita tukar kerajaan persekutuan, barulah kita boleh hapuskan GST, kita boleh bawa reformasi pendidikan supaya pendidikan itu bermutu dan kosnya tidak membebankan rakyat, barulah kita boleh mewujudkan pelbagai undang-undang supaya ahli politik dan penjawat awam tidak hidup bermewah dengan menggunakan harta rakyat.

7 Jun 2016

Undi PAS = Undi UMNO

Mahfuz: PRK macam gusti, PAS belajar dari Umno

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyamakan pertandingan antara parti politik termasuk PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai pertandingan gusti.

Namun katanya berlainan dalam PRK kali ini, meskipun dinamakan pertandingan tiga penjuru tetapi di peringkat awal corak kempen dan kenyataan terbuka memperlihatkan ia pertandingan 'dua lawan satu'.

"Tak Guna Julang Keris Jika Takut Tegur Kezaliman"

Sekalipun keris dijulang, dan besar (panjang) kerisnya, tapi kalau tidak ada keberanian menegur kezaliman, penyelewengan, rasuah dan juga tekanan di atas derita rakyat kita juga minta calon mereka juga ditolak (rakyat)".

Demikian kata Datuk Saifuddin Nasution di majlis ceramah memperkenalkan calon Pakatan Harapan, Ustaz Azhar Abd Shukur di Tongkat 10 Sungai Besar malam kelmarin.

6 Jun 2016

AMANAH Dapat Sokongan Solid Dari PKR, DAP dan NGO-NGO

Mat Sabu ajak adik-adiknya jangan membazir, mari undi calon Amanah

Mohamad Sabu mengajak para penyokong Pas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar memberikan undi kepada calon Amanah kerana adalah membazir jika mereka memberikan undi kepada calon Pas yang tidak akan menang selepas bersendirian, lapor Malaysia Dateline.

Mohamad yang menyifatkan penyokong Pas sebagai agik-adiknya selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh menyifatkan beliau sebagai abang dalam muktamar baru-baru ini mahu adik-adiknya berfikir dengan matang.

5 Jun 2016

PAS Kembali Ke Asalnya, Hidupkan Semula Budaya Takfiri

KEBIMBANGAN DENGAN UCAPAN PENGGULUNGAN PRESIDEN PAS DALAM MUKTAMAR 2016

Saya terpanggil untuk menulis dan meluahkan pandangan saya apabila membaca ucapan penggulungan Presiden Pas di Muktamar Pas 2016, yang bagi saya telah mencapai tahap melampau dan bakal membawa Pas kepada sebuah parti politik yang berideologi pelampau dan ekstrim.

Arwah ayah saya, seorang ahli Pas tegar tetapi berjaya mendidik 9 orang anak-anak beliau serta menjadi seorang ikon Imam Rakyat yang disukai rakyat pelbagai lapisan masyarakat, bangsa dan pegangan politik, tidak pernah mengajar saya menjadikan parti Pas seperti sebuah agama. Saya tidak pernah dengar dari mulut beliau dalam mendidik saya, bahawa kalau keluar Pas sama seperti hilang aqidah. Apa yang menyedihkan saya hari ini, ianya keluar dari mulut seorang Presiden parti politik yang mahu perjuangkan Islam.

4 Jun 2016

Rafizi: Kenapa Saya Sokong AMANAH...

Kuala Kangsar kami datang oleh RAFIZI RAMLI

Jumpa malam ini di Kuala Kangsar. Saya, Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Akmal Nasir adalah alumni Koleh Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kuala Kangsar adalah kampung kedua. Seronok sakan nak jumpa orang Kuale.

Ada yang serang saya kerana sebut nama Allahyaram Datuk Fadzil Noor; kononnya mahu menipu rakyat. Maksud saya itu jelas dan ditujukan khusus kepada ahli PKR dan reformis kerana Allahyarham ada tempat istimewa dalam hati kami.

3 Jun 2016

Apabila Muktamar PAS Dah Jadi Sarkas....

Idris: Apa dosa keris dan tengkolok?

PAS hari ini mempertahankan gimik muktamar mereka, antaranya dengan penampilan seperti pahlawan Melayu, yang kini menjadi mangsa serangan sinis di Internet.

Naib presidennya Idris Ahmad berkata mereka hanya berkeris dan bertengkolok dan bukan memakai seluar pendek atau tidak bertudung.

“Akhirnya isu keris dan pakaian tengkolok yang jadi isu. Apa masalahnya dengan keris dan tengkolok? Berdosakah?

[VIDEO & GAMBAR] Dr Ahmad Termizi Calon PRK Kuala Kangsar Wakili PH

Parti Amanah Negara pada hari ini mengisytiharkan Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, seorang anak kelahiran Kuala Kangsar, telah bersara dari UTM, menjadi calon Pakatan Harapan untuk PRK P067 Kuala Kangsar.

Pengisytiharan dibuat oleh presiden AMANAH, Tuan Haji Mohammad Sabu di Dewan Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong, Kuala Kangsar yang dihadiri sekitar 3,000 orang hadirin.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dikalangan pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Harapan.

Dengan pengumuman Ahmad Termizi sebagai calon maka pengundi di Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan dua calon wanita iaitu Datin Mastura Abdul Yazid dari BN dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas.

Dr. Ahmad termizi dilahirkan di Kampuang Suak Petai, Manong Kuala Kangsar dan mempunyai 9 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Kamaliah Binti Nordin.

2 Jun 2016

[VIDEO] Pakatan Harapan Bertaut Semula Untuk Hadapi PRK

Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya

Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.

Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.

[BERGAMBAR] Azhar Ab Shukur, Calon Pakatan Harapan P093 Sungai Besar

Azhar Abdul Shukur telah diumumkan sebagai calon Parti Amanah Negara mewakili Pakatan harapan untuk PRK P093 Sungai Besar.

Pengumuman itu dibuat di Dewan Sri Sekincan yang dihadiri oleh barisan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook, Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum AMANAH, Mohamad Sabu, Presiden Amanah, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Naib Presiden AMANAH dan beberapa orang pimpinan yang lain.


Azhar, 50,  yang lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar adalah seorang anak tempatan Sungai Besar, merupakan bekas guru yang sebelum ini mendahului dua calon senarai pendek lain yang dikemukakan Amanah Selangor kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional. Azhar ialah Pengerusi Amanah Kawasan Sungai Besar.

1 Jun 2016

PAS Diperguna Atau Memang Tak Berguna?

'Kerusi manakah yang PAS 'pinjamkan' kepada DAP?'

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mempersoalkan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz di muktamar dewan itu semalam yang menyarankan pimpinan PAS untuk mengambil kembali kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

"Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh, kerusi manakah yang “dipinjamkan” oleh PAS kepada DAP dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?