3 Jun 2016

Apabila Muktamar PAS Dah Jadi Sarkas....

Idris: Apa dosa keris dan tengkolok?

PAS hari ini mempertahankan gimik muktamar mereka, antaranya dengan penampilan seperti pahlawan Melayu, yang kini menjadi mangsa serangan sinis di Internet.

Naib presidennya Idris Ahmad berkata mereka hanya berkeris dan bertengkolok dan bukan memakai seluar pendek atau tidak bertudung.

“Akhirnya isu keris dan pakaian tengkolok yang jadi isu. Apa masalahnya dengan keris dan tengkolok? Berdosakah?


“Kalau perwakilan PAS pakai seluar pendek. Muslimat pula tidak bertudung. Pimpinan PAS bersalam lelaki perempuan. Barulah PAS boleh dituduh sesat,” katanya.

PAS menjadi mangsa serangan sinis di Internet susulan gimik-gimiknya dalam muktamar tahunan di Kota Bharu kali ini.

Pemimpin parti itu kali ini tampil dengan imej pahlawan Melayu dengan berkeris dan tengkolok. Muktamar juga diserikan dengan paluan gendang dan rebana ubi selain persembahan silat.

Pemimpin muda Melayu DAP Dyana Sofya antara yang tampil menyindir langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memotong pulut besar dengan keris yang luar biasa panjang.

Menulis di Facebook, Idris berkata pihak yang mempertikaikan penampilan mereka itu sebenarnya kering isu “seperti El Nino yang melanda negara”.

Semua itu dilakukan, dakwa Idris, demi melihat PAS berpecah dan “ghuyub” (hilang) daripada persada politik.

“Alhamdulillah PAS semakin mantap. Apabila hati sudah benci maka setiap langkah PAS semuanya sumbang,” katanya lagi. -mk

ULASAN GB

Muktamar PAS 2016 di PUTIK Kelantan menampakkan bahawa PAS kembali ke zaman primitif, zaman purba kala, zaman keris dan pulut. Ia menjadi seperti pertunjukan sarkas layaknya. Muktamar yang sepatutnya menjadi tempat perbincangan dan perbahasan ilmiah untuk perkara-perkara yang bermenafaat kepada rakyat kini bertukar dengan pertunjukan-pertunjukan yang membazir dan lansung tidak membangunkan minda para muktamirinnya.

Itu sebab astroawani pun berkata:


Jadi terbukti bukankah PAS yang kekeringan akibat El-Nino sekarang, wahai Idris?

Bila ditegur bahawa tema Muktamar PAS yang penampilan pahlawan Melayunya yang janggal melenting pula Naib Presidennya, Idris Ahmad yang mempertahankan tema tersebut. Tapi ramai juga yang menjawab balik.


Dahulu PAS mempunyai slogan hebatnya, PAS GANTI UMNO. Tetapi apa yang berlaku kini ialah PAS DAH JADI UMNO.

Malah berlebih-lebihan pula kebangangan dan ketololannya (maaf, dulu istilah "tolol" digunakan oleh Presiden PAS kepada golongan yang tidak bersetuju dengannya, kini istilah itu telah kembali kepada dirinya) apabila menggunakan keris yang panjangnya tak pernah dilihat orang dan tak pernah pula orang menggunakan keris untuk memotong makanan.

HADI JADI BAHAN JENAKA GUNA KERIS POTONG PULUT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi bahan jenaka pengguna media sosial selepas memotong pulut besar dengan menggunakan keris besar semasa merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Kelantan.

Pulut seberat 250 kilogram itu diarak masuk dengan dibalut kain hijau dan putih ke pentas utama untuk dirasmikan oleh Hadi.

Dua pesilat turut mengiringi Hadi memotong pulut menggunakan sebilah keris panjang.

Portal The Malaysian Mirror melaporkan rata-rata menyindir tingkahlaku Hadi yang dahulunya dilihat Islamik tiba-tiba bertukar imej menjadi Ke-Melayuan semasa muktamar tahun ini.

“I thought Thundercats punya sword (saya ingat itu pedang Thundercats),” kata seorang pengguna media sosial Facebook dengan nama Kumaran Suppaya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Hussainikhan Hyder pula mengulas,”Apa dah jadi dengan ulamak ini, sudah lupa dirikah?”.

Terdahulu, semasa sidang Dewan Pemuda PAS juga pada Isnin menyaksikan pemimpin sayap parti Islam itu tampil dengan imej pendekar Melayu dengan keris dan tanjak. -malaysiastylo

Dan merujuk kepada beberapa insiden yang berlaku semasa muktamar, jelas ada petanda yang PAS kembali ke era kegelapan. Ia diperkukuhkan dengan "suasana gelap yang menyelubngi muktamar pemuda dan muslimatnya.


"Ayat manzurah" itu hanya mampu dibaca oleh "ulul-albab", bukan ulamak jahat yang menipu ummah.

45 ulasan:

Unknown berkata...

Idris Ahmad, memanglah tak salah. TETAPI...dengan berpakaian begitu...musnahlah impian rakyat untuk mendengar isu-isu negara langsung tidak ADA dibangkit! Perkara yang berat diperlihatkan hanyalah kek dan keris sahaja. Itu sesuatu pembaziran!!!

Idris Ahmad, huraian nya...muktamar PAS kali ini hanyalah untuk anda dan kawan2 anda bersuka ria,riang gumbira.. sambil kutuk DAP dan AMANAH.

Akhir kata dari aku....
Selamat mengantikan perangai UMNO!
Jumpa kamu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar!

Malaysiabaru berkata...

Orang Melayu mula memyoal status Nik abudoh dan mengaitkannya :

Kini Nik acis di katakan setelah wafat telah melahirkan 'satan' ke alam dunia fana ini...

Inilah legasi terkini Nik acis

(mohon org ramai jangan undi pas di pasir Mas)

Tanpa Nama berkata...

Tak payah ulaslah persidangan depa ni..buat abis air liur saja..biarlah depa dgn dunia depa..

Unknown berkata...

Salam hormat dan selamat menunaikan ibadah di ramadhan mendatang,

1. Saya mengikuti secara ringkas tetapi agak lama situasi dalam muktamar PAS kali ini menerusi online video dari jauh.
2. Ini lah kesan segera pada PAS apabila yang tinggal hanya yang dungu dan lembab, yang hebat jauh berfikiran dan cerdik sudah keluar ke jamaah yang lebih jauh kedepan. Akhirnya hasil di muktamar kali ini di perlihatkan segala2nya oleh Allah SNW. Apa masih belum sedar ?
3. Saya ada beberapa kenalan rapat yang masih didalam PAS teta[i katanya mereka tidak hadhir demi melihat sejak lama bahawa PAS sudah menjadi bahan LePAS.
4. HANYA KITA BERUPAYA BERDOA, MANA2 SDR KITA YANG MASIH DIDALAM PAS, SEGERA BERSAMA PARTI2 LAIN DAN JANGAN MEMBUNUH KEBIJAKAN DAN ILMU YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA MEREKA.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha..

Untuk tatapan ore islam..nampaknya budaya Hendonisme meresapi Parti PAS,,,itu sebabnya mereka terikut ikut dengan cara bermewah-mewah dengan baju yang lap lik...Potong pulut Hijau, guna Keris (keris untuk menikam bukan memotong..yang untuk potong pedang..ha ha ha)..

Saya lihat muktamar itu tempat bermegah-megah, bermewah-mewah..kembalah kepada sifat yang sederhana tapi pengisianya terbaik..jangan syok sendiri menyalahkan orang lain..yang pasti kita tidak berasa bersalah..tanda riak tu ...ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Sudah sudah laa GB serang parti PAS tuu. PAS bukan lagi lawan kita, PAS dah reput, tunggu masa nak tumbang ja. Fokus pada PRK, hebahkan kebangkitan PH. Lawan kita umno/bn bukannya parti pas.

Tanpa Nama berkata...



Pakai badut pun tak berdosa.

Pakai fancy dress pun tak berdosa.

Pakai pirate of the carrybn mcm jib separoh pun tak berdosa.

Pakai mcm jepun makan sushi pun tak berdosa.

Yg berdosa kata demam tapi tontoni video al germani.

Yg berdosa label org pengedar pil kuda, barua, babi dlm bukit, tolol, pengkhianat....

Yg berdosa tak mahu mohon maaf kerana rasa gah dan hebat.


Lawaklah ostat ni...



Tanpa Nama berkata...

PAS pun kita lwan sbb dia kawan UMNO. Saya setuju dgn GB.

Tanpa Nama berkata...

Ulama perlu berani dan tegas.

Tetapi jika Ulama itu diKELILINGI pembodek dan merasakan mereka shj yang betul, tidak akan dapat berfungsi SEBAIKNYA.

Tanpa Nama berkata...

Zaman Kesultanan Melaka yang gemilang dulu pun tak pernah ada Keris Panjang lagi Besar, BADUT betul kau orang PAS pis pus ni.....kah..kah..kah.. gelihati......

Unknown berkata...

Acara malam anekaragam oleh lebai sarkas dan kuncu2nya..
Potong pulut pakai keris..
Org utara kata 'mcm beruk matyeh' kelaku tiga suku hadi marang.
Sindrom ahmad maslan berlegar dalam pas

Azlan Marzuki berkata...

Greenboc,

Minta buangkan/blok komen-komen biadap yang langsung tak mencerminkan peribadi orang dan ajaran Islam.

Macam malaysiabaru kat atas tu,

Dia tulis nama Nik Abduh sebagai Nik abudoh.

Dan dia gelar Allahyarham TG Nik Aziz sebagai Nik acis.
Bukan sekali tapi dua kali.
Lepas tu gamak dia katakan Nik Aziz meninggal lahirkan anaknya 'satan' (syaitan), syaitan legasi Nik Aziz.

Dan dulu tak silap aku malaysiabaru pernah gelar Zakir Naik Zakar Naik.

Sila ambil tindakan sewajar terhadap agama kita, orang macam tu bawak nama & pandangan buruk pada Islam (lebih-lebih lagi bila orang bukan Islam baca blog kamu).



Tanpa Nama berkata...

Kalau dulu Muktamar PAS adalah medan percambahan idealisme, gelaggang perwakilan PAS dalam menentukan hala tuju parti dan gegak gempita perbahasan dalam membongkar kebobrokkan UMNO tapi hari ini seperti majlis sambutan hari jadi warga emas. Tiada lagi isu rakyat yang diperdebatkan. Tiada lagi denyut penderitaan rakyat yg menjadi keutamaan. Semuanya berkisar kepada parti semata. Semuanya bertumpu kepada dendam dan bagaimana untuk memecahkan perpaduan antara kaum. Rasa menyesal pernah berguru dengan Ustaz Idris semasa di ITM dulu.

Unknown berkata...

Pasngok x berjaya utk mengIslamkan melayu umgok
Umgok pula telah berjaya memelayukan Islam Pasngok

SuJeng berkata...

Parti Apulut Sedunia

Unknown berkata...

Respect juga pd hj. Hadi dpt juga menggunakan keris panjang tu utk potong pulut,walaupun dikritik begitu hebat,bukan macam hishamuddin baru cium keris pendek pun bila di suruh minta maaf oleh MCA,hishamuddin terus minta maaf,bacul betul !!!. Belum berperang lagi awal2 dah kalah.

Tanpa Nama berkata...

cadangan kostum next muktamar

Tema THE PAS AWAKENS

1. presideng - Darth Vader berserta Light Saber kaler hijau
2. Naib Presideng - OB1 Kenobi
3. Timbalan Presiden - R2D2
4. Ketua Pemuda - Luke Skywalker beserta lightsaber kaler kebiru2an
5. Ketua Dewan Ulama - Chewbacca
6. Ketua Penerangan - C3PO
7. Ketua Muslimah - Princess Liea berpurdah

lagi cantik kalau korang bole tunggang unta letak ekzos Millennium Falcon sebelah kiri



sekadar cadangan....tak berdosa pun

Malaysiabaru berkata...

Bismilahirahmanirahim

Assalamualaikam dan salan sejatera ke atas junjungan nabi s..a.w

Mat,

Tq for your honest reaction.

Mat . Kamu ada tegur mp pasir Mas ketika dia ucap mat sabu minum todi yg di beri dap?

Mat. Inilah namanya bisikan syaitan apt dlm ayat ayat alquran yg lebih 100 kali di sebut

Mat. Syaitan masuk melalui salur darah manusia dan akal Nik abudoh lalu di ucap arak todi dan kafir dari mulutnya.

Mat. Ini bukan sekali dua syiatan masuk dlm mulut abudoh

Mat. Kami menyangka abudoh itu adalah syaitanirajim. Kami silap sbb mat kata abudih itu ustaz yg d rahmati lil alamin

Tahniah mazuki

Tanpa Nama berkata...

yang berdosa bila rakyat suruh g parlimen utk jaga hak rakyat.. tapi monteng

Tanpa Nama berkata...

Selagi TGHH main isu ini PM akan terus jual aset negara dengan mudah. Kes 1 MDB mudah dilupa oleh rakyat. Kenapa PAS tidak.mahu memikir tipu muslihat yang dimain.oleh PM.

abrarmujahideen berkata...

Nasib baek sarkas nie free dan ade keahlian....PASCAI sungguh kahkahkah

Tanpa Nama berkata...



Ingatkan alif, mim, nun tendang wau jd sarkes.

Fa, alif, sin pun jd sarkes.

Yg ini huruf jin. Yg ini huruf mcm jin tapi titiknya diatas.

Oh titiknya diatas.....jin pakai toncet.

Ini bukan cobaan. Ini betul betul....

Lantak engkau lah labu...

otaiblues.blogspot berkata...

itu baru tuan presiden melantik diri menjadi penasihat...tak sangka pulak pas dah jadi punah ranah...
tak perlu ulas macam macam lagi...telah terbukti pas semakin bengong semakin caca marba...sape la punya usul supaya pakai baju melayu waktu muktamar tu...
nak nampak hebat..tp hampeh...
pas dikenali parti islam
bukan parti melayu...

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh kira macam itu.

Masih ada anak yang lain yang lebih baik dari Abduh.

Memang Abduh anak TGNA tapi dia tak layak membawa legasi ayahandanya.

Tanpa Nama berkata...

Haha... Terbaik bro. :-)

Tanpa Nama berkata...

Keris Hisham walaupun pendek, kalau tikam orang, mampus.

Keris Hadi nak bawak kena guna dua-dua tangan. Nak tikam tak boleh sebab panjang kena di hayunkan.

Kalau ramai yang gelak melihat kelaku Hj Hadi, MCA melihat kelaku Hj Hadi kerja orang tak betul.

Unknown berkata...

Kalau ikut cara Pahlawan Melayu kenalah pakai capal, bukan pakai kasut. Kenapa ada tabik hormat macam adat Mat Salleh pulak.

Potong Kek Pulut dengan keris panjang itu adat Pahlawan Melayu ke?

Memanglah apa yg dilakukan oleh PAS itu tak berdosa, tetapi sbg org2 Islam patut ke kita membuat sesuatu yang boleh mengwujudkan fitnah dan tohmahan2 yg boleh mengaibkan maruah dan integriti kita sendiri.

Pembaziran dan riak adalah antara perangai Syaitan.

Tanpa Nama berkata...

Kebijaksanaan ialah meletak sesuatu pada tempatnya.

Contoh yang diberi oleh Ismail Kamus ialah letaknya ketayap ialah atas kepala bukan atas kepala lutut.

Ini bukan persidangan Pesilat-Pesilat. Ini muktamar pemimpin politik dalam PAS. Dalam Maharaja Lewak, Dato Jalal tegur peserta jangan mempermainkan pakaian pahlawan melayu kerana dia melihat pelawak tersebut mengenakan pakaian tersebut semata-mata untuk melawak. Sedangkan pakaian tersebut dipakai oleh orang yang tinggi budi pekertinya.

Apakah berdosa jika kita memperkatakan sesuatu yang pelik dan tidak kena pada tempatnya?


Tanpa Nama berkata...

Buat lah lagi. Tak berdosa pun. Buat lah....

Tapi kelakar ....Hahahaha....

Unknown berkata...

Kahkah kah.lawak

abrarmujahideen berkata...

Kepala yg dikatakan ulama' tp mcm ulama' yahudi camner!!!!!

Unknown berkata...

Di akhirat nanti ada 71 golongan orang islam di kumpulkan.hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga selebihnya masuk neraka.mudah -mudahan kita tergolong di kalangan 1 kumpulan itu.

Naazar berkata...

Banyal kasihan tengok pas yg sedang SYOK SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

Biarlah pas dgn dunianya tersendiri.Pas akan kuat jika bersendiri.

Tanpa Nama berkata...

hahaha...

dicadangkan pada muktamar tahun depan semua pemimpin pas dan badut-badut sekelian pakai uniform macam Rani Kulop.

Unknown berkata...

Bawa lah keris tu masuk syurga sekali! InsyaAllah para malaikat tak kan ketawa! Betul tu zaki, Sy yakin yg 1 gulungan tu tak pakai keris potong puluit!

andikbolong berkata...

aku malas nak ulas tapi gatal juga... sesuatu bukan pada tempatnya itu zalim..

PAPAJOE berkata...

BILA OTAK KIRI DAN KANAN AKU BERHUBUNG...

KERIS (Lambang Umno) di gunakan untuk memotong kek oleh Tuang Presideng pada bulan ( Lambang Pas )

Korang rasa???

Memang tak lama lagi MAMPOS lah Lambang Bulan tu beb....Adoooyai....

Tanpa Nama berkata...

Apabila ALLAH sudah murka.
Tunggulah akibatnya.
Pas akan ditimpa bala besar.

Tanpa Nama berkata...

Haha.. sumer pakat claim nak masuk syurga.. pegi mengaji dulu.. tgk la berasa layak tak nak claim syurga..

Hahaha.. simpleton meleis.. langsung x tahu malu nak claim syurga.. belum diuji apa2, dah nak syurga.. mcm budak2 sekolah rendah ja mentaliti.. elok benar saja jadi ahli PAS.

pemuda parit kings berkata...

Bala yg besar jelas dah nmpak...akhirnya PAS sudah lebih dari UMNO...itu pasti....hahaha

Tanpa Nama berkata...

Rakyat bising2 ni bukan apa sbb mereka terkeliru persidangan umno ada 2 kali ke setahun? Mereka dah tak dapat beza lagi antara umno dan pas sebab sentiasa sedondon..

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan parti parti tua ni,umno yg mati dulu..rupa rupa nampaknya pas yg akan mati dulu..terkubur selama lamsnya tak lama lagi.tu yang dok nyanyuk teruk sekarang..

Tanpa Nama berkata...

KLU YG BERDOSA PUN PAS BUAT SEPERTI MEMFITNAH MAKIHAMUN SOKONG ORG ZALIM MENGHUKUM HAPUS SESAMA ISLAM DLL... APALAH SGT PAKAI SETANJAK.

WELL... RAKYAT MELIHAT PAS SEBAGAI ARTIFAK SEJARAH DN PEMIMPINNYA SEBAGAI FOSSIL MAKHLUK PURBA.

Tanpa Nama berkata...

Hadi awang akal pendek..menang kt ganu 99 dulu tutup taska...patut tambh guru agama kasi mantapkn agama budak sekolah...begitu cetek akalnya hj hadi awang..kenapa x nk rampas,ganu skrng...puii la ulamak duit akhir zaman...neraka jahanam la tempat korang...rakyat susah angkara umno pas berbaik dgn umno pula .dasar bangsat ank haram pas.