7 Jun 2016

Undi PAS = Undi UMNO

Mahfuz: PRK macam gusti, PAS belajar dari Umno

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyamakan pertandingan antara parti politik termasuk PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai pertandingan gusti.

Namun katanya berlainan dalam PRK kali ini, meskipun dinamakan pertandingan tiga penjuru tetapi di peringkat awal corak kempen dan kenyataan terbuka memperlihatkan ia pertandingan 'dua lawan satu'.


"Dua lawan satu di PRK kali ini tak ubah macam pertandingan gusti di mana tiga orang sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang. Lalu dua orang akan cari jalan untuk lemahkan yang seorang.

"Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang, baru yang dua lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan, kehandalan dan kebijaksanaan menipu," kata Mahfuz dalam kenyataan medianya.

Katanya, PAS kini seperti sudah mengisytiharkan parti AMANAH sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pula akan menyerang Umno BN seperti dinyatakan pimpinan PAS sebelum ini.

"Begitu juga Umno BN mengisytihar AMANAH musuh mereka dan tidak PAS. Sesekali dilihat dari serangan Umno dan PAS nampak macam parti AMANAH begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh PAS dan BN.

"Saya percaya pemerhati dan penganalisis politik Malaysia sedang melihat dalam kepeningan dengan perkembangan politik baru dari PRK ini," kata Mahfuz.

'PAS banyak belajar dari Umno'

Mahfuz berkata, pertandingan dua lawan satu itu menyaksikan blok ketiga pembangkang- PAS dan IKATAN serta blok kerajaan Umno BN menghalakan serangan kepada Pakatan Harapan yang diwakili AMANAH.

"Apakah ini satu kebetulan atau satu perancangan strategik dari BN dan blok ketiga pembangkang untuk melemahkan lawan mereka yang sama iaitu Pakatan Harapan yang diwakili oleh AMANAH.

"PAS parti saya sudah isytihar undi AMANAH sama macam undi DAP. Sama seperti sebelum ini Umno BN menakutkan Melayu dengan slogan undi PAS sama macam undi DAP.

"Nampaknya banyak perkara yang PAS parti saya dah belajar dari Umno BN untuk menarik sokongan pengundi Melayu," katanya.

Mahfuz kelihatan merujuk spekulasi bahawa PAS akan memberi laluan kepada kemenangan BN di Sungai Besar manakala parti pemerintah akan membiarkan parti Islam itu mengambil alih Kuala Kangsar.

Spekulasi itu dibangkitkan AMANAH berdasarkan langkah PAS meletakkan Dr Abdul Rani Osman, yang tidak popular di kalangan konservatif PAS di Sungai Besar manakala BN meletakkan calon, Mastura Md Yazid, yang tidak dapat berkempen di Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan perkara itu dan berikrar akan menawan kedua-dua kerusi berkenaan.

Menurut Mahfuz, rakyat sedang memerhati mainan politik pemimpin politik dan walaupun dinafikan, rakyat hari ini sangat tajam dan jauh pandangan politik mereka.

"Maafkan saya atas kenyataan ini yang mungkin memperlihatkan perjalanan yang sukar bagi Amanah pada PRK ini.Tapi semuanya serba mungkin dan ketentuan Allah yang muktamad," katanya. -mk


PAS isytihar AMANAH musuh di PRK, bukan Umno

PAS semalam mengisytiharkan parti serpihan AMANAH sebagai lawan utama mereka dan bukan UMNO dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana berdegil meletak calon mereka.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti tersebut dilihat beriya-iya mahu menentang PAS dalam PRK kali ini dan bukannya Umno.

“Nampaknya yang beriya nak bertanding (lawan) kita sekarang ialah Amanah,” katanya.

Mustafa menggesa supaya pengundi menolak AMANAH yang disifatkan parti tajaan DAP.

“Tradisinya, PAS melawan mana-mana parti kerana kita ada tahaluf siyasi dengan semua, tapi kini lain.

“AMANAH ini tajaan DAP. Kalau sokong AMANAH, samalah macam sokong DAP,” katanya pada sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).

Mustafa berkata, saingan dihadapi PAS ketika berdepan pelbagai ujian, termasuk menjelang pilihan raya ibarat ‘alah bisa tegal biasa’ kerana parti itu sudah lama bertapak dalam dunia politik.

Katanya, lawan utama PAS pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan UMNO, sebaliknya AMANAH yang terbentuk pasca pemilihan parti Islam itu pada tahun 2015.

PAS akan berdepan saingan tiga penjuru dalam dua PRK Parlimen pada 18 Jun ini.
-The Malaysian Mirror




ULASAN GB

GB dah ulas sebelum ini. GB tulis, petikan:

Dahulu PAS mempunyai slogan hebatnya, PAS GANTI UMNO. Tetapi apa yang berlaku kini ialah PAS DAH JADI UMNO.

Malah berlebih-lebihan pula kebangangan dan ketololannya (maaf, dulu istilah "tolol" digunakan oleh Presiden PAS kepada golongan yang tidak bersetuju dengannya, kini istilah itu telah kembali kepada dirinya) apabila menggunakan keris yang panjangnya tak pernah dilihat orang dan tak pernah pula orang menggunakan keris untuk memotong makanan.

Jika kita amati memang bukan sahaja dia bangang dan tolol, malah zalim pula. Zalim bermaksud "meletakkan sesuatu sesuatu bukan pada tempatnya". Jika demikian maksudnya, menggunakan keris untuk memotong pulut memanglah zalim, kerana itu berarti meltakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Sekarang para pemimpin PAS senang-senang membuat fitnah terhadap AMANAH seperti kenyataan Mustafa Ali di atas.

Katanya: “AMANAH ini tajaan DAP. Kalau sokong AMANAH, samalah macam sokong DAP,”

Tapi PAS tidak dapat membuktikan lansung AMANAH itu ditaja DAP. Yang ada cuma spekulasi, tohmahan dan fitnah.

AMANAH lahir untuk meneruskan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rayat yang umum mengetahui PAS sebagai parti yang telah mengkhianati rakyat.

Dan kini PAS macam janda yang miang. Terpaksa mempertautkan diri dengan UMNO untuk mendapat sokongan rakyat. Terhegeh-hegeh tak tahu malu menjilat ludah mereka sendiri. Sampai tersasul-sasul buat keris panjang dua depa untuk tunjukkan kononnya PAS juga pejuang Melayu.

Cukup memualkan dan meloyakan.

Ada foto menarik yang dirakam semasa hari penamaan calon di PRK Sungai Besar. Perakamnya ENcik Othman Jailani. Kebetulan GB pun ada di situ.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buang masa layan Mr Spender ni..... Mr Spendar punya pasal BN menang U13.

AMANAH jangan layan sangat PAS sekarang. Dalam kempen bangkitkan isu rasuah dan penyelewengan Umno. Cukup. Hentam PAS pula, SATU UNDI PAS = SATU UNDI UMNO,Sebut bahawa PAS dan Umno dah satu team sekarang. PH sebenarnya lawan UmnoPAS. Rakyat akan memihak AMANAH....

Tiba-tiba PAS serang DAP. Apakah kerajaan Terenggganu di bawah HAdi Bawang jatuh kerana DAP? Siapa yang hentikan bayaran royaliti kepada Terengganu? - Royality tiba-tiba jadi wang ihsan. Wang ihsan ini pun tak sampai ke kerajaan PAS. Apakah dilakukan DAP atau Umno? Royalti kat Kelantan tak beri. SIapa yang sekat? DAP ke? Lebuhraya hanya sampai ke Teerengganu. Kenapa tak sampai ke Kelantan? DAP punya arahan ke? Di Kelantan dan Terengganu apakah musuh PAS DAP? Yang bertanding Umno lawan PAS. Habis kenapa nak marah kat DAP?

Kelantan pula apakah rakyatnya ramai Cina ke Melayu? Di Terengganu pun. Habis siapa yang kejam terhadap Kelantan dan Terengganu dulu?

Mr Spender and PAS fikirlah sikit.... Tak kan BODOH sangat.... Budak2 berhingus pun tahu kebodohan PAS sekarang.....

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
omar daud berkata...

Salam:

undi pas= undi bn.

Undi Amanah=undi PH.

Jika 3 dibawah ini berlaku insyallah Amanah boleh menang.


Undi cina maintain 70%...or naik 80%...10k....12k
Undi melayu solid dari pas.....20% sahaja..total 8,000= 1,600
undi melayu solid dari umno....10% sahaja ..total 15,000=1,500


Bermakna total 10,000+1600+1500= 13,100.

Pas akan dapat solid dari totok parti pas 6,400
Umno akan dapat solid dari melayu 13,500.


Umno BN,masih lagi menguasai di sg.besar,berdasarkan undi melayu,manakala Amanah maintain 70% undi cina seperti PR13 dulu.

Berdasarkan fakta di atas Amanah berkemampuan memenangi sg.besar.
1.Jika dapat upkan lagi undi cina/india 10-15%..pertambahan 500-1k.
2.Jika dapat upkan lagi undi melayu dari kalangan pas,5-10%..pertambahan 100-500 orang.

3.jika dapat upkan undi melayu dari umno- 10-20%...pertambahan pengundi:1k-2k

BERMAKNA, Amanah akan dapat memenagi sg.besar,jika Amanah dapat upkan salah-satu dari di atas.

PAS, bila bersendirian(TAK TAHU PAS NAK DAPAT UNDI DARI SIAPA)..parti pas takada kouta diatas seperti1/2/3.Hanya solid dari totok melayu pas,jika ada cina butapun taksampai 100 orng.Melayu totok umno sorry nak bagi dekat pas.Mereka lebih rela tak mengundi.

Umno/BN..boleh dapat undi cina dari MCA/Gerakkan..10%-30%..1K-2K..

jika umno boleh dapat 30% undi cina,bermakna mereka dapat menang mudah.

Peranan dekelerasi rakyat cukup penting,di sg besar,Amanah memerlukan 10-20% lagi undi melayu..jika umno/bn dpt undi cina 30%.

So di harap petugas2 jgn lupa,mengInclude,NGO,geng madey..direct ka rakyat.

Berhati-hati,last minute,component yg terakhir bersama bn,ialah SPR,Memang secara dasarnya HQ SPR tak menipu,tetapi ianya berlaku sangat remote,kecuali pegawai2 spr di PRK ini dibeli oleh ulat-bulu najib,Mereka akan gunakan INSIDER (SPR).utk dapatkan senarai2 orng2 yg mati dan last minute pengundi2 yg tak balik mengundi..andaikata 500 pengundi mati dan 500 pengundi yg tak balik dapat dikesan..Jika pehak spr yg dibeli,akan memeberi laluan mudah 1000 pengundi pada BN SEMUANYA BERLAKU LAST MINUTE (CUKUP PANTAS),BILA PAGAR KUNCI SEKOLAH DITUTUP.................

"bonus bagi Amanah,jika 20-30%(1k-3k) pengundi melayu umno duduk kat rumah/tak mengundi".

iNSYALLAH akan kesana lagi...

go PH go.

Tanpa Nama berkata...

Undi PAS = Undi UMNO
Undi PAS = Undi BN.

Ingat undi PAS supaya PAS perintah. Rupanya UMNO BN juga yang memerintah.

Ingat undi PAS jadi pembangkang rupanya nak nasihat macamana nak terus buat rakyat susah dan menderita.

Ingat undi PAS negara selamat rupanya negara lagi huru-hara.

Ok lah dah fikir-fikirkan undi PAS sama juga beri undi pada UMNO BN, lebih baik beri undi pada AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Nenguk gaya nya yang selalu belanja makan ia lah UMNO.

Teringat pulak pada Almarhum TGNA yang makan nasi bungkus sahaja.

Jauh dah pemimpin PAS sekarang dengan pemimpin PAS yang dulu.

Masyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Mahfuz dan Husam...keluarlah dr pas tu...masuklah Amanah...buat apa tunggu2 lagi...

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa protest undi...biasanya orang umno dia protest dengan tak datang mengundi...orang umno susah nak undi pembangkang...

Malaysiabaru berkata...

Apehal malaysiakini yg merupakan ahli kartel pkr

Dok cerita pasal portal mykmu.net

Tfsir pkr nK sabotaj itu ini

HrmjadH kau malaysiakini berMbus mcm themalaysianinsider

AF Global berkata...

Setuju 2.6 biliyun x

Tanpa Nama berkata...

Mohon admin padam komen di atas.