9 Jun 2016

Mat Taib Minta Rakyat Undi AMANAH Setelah PAS Dilihat Bersama BN

Mat Taib ajak pengundi sokong Amanah, selepas Pas seakan bersama BN

Setelah cadangan beliau agar calon Pas dipilih dengan cara parti itu bersama-sama Pakatan Harapan melawan Umno ditolak, kini bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengajak pengundi agar menyokong calon Amanah.

Dalam satu kenyataannya, Muhammad yang kini menyertai PKR berkata, beliau menyokong Amanah di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.



"Pada mulanya saya berharap Pas akan berada bersama-sama Pakatan Harapan. Pas bertanding melawan BN,"katanya dalam kenyataan itu.

Beliau yakin sekiranya Pas, Amanah, PKR dan DAP bersatu sudah pasti mereka akan bentuk kerajaan baru dalam PRU14 dan boleh mengambil alih Putrajaya.

Namun dalam keadaan sekarang, Pas seolah-olah sudah berada bersama BN.

"BN di satu pihak. Mungkin Pas bersama-sama di situ dan Pakatan Harapan (PH) di satu pihak yang lain," katanya.

Bagi beliau, rakyat Malaysia harus memilih antara satu.

"Sama ada kita pilih kerajaan BN atau kita pilih kerajaan PH. Ini adalah realiti politik negara kita pada ketika ini," katanya.

Katanya, siapa yang diharap boleh memimpin negara ini dengan lebih baik hendaklah dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

"Kita boleh menunjukkan sikap ini bermula dengan Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Bagi saya pilihan terbaik ketika ini ialah dengan mengundi Pakatan Harapan melalui Amanah,"
katanya.

Beliau kesal kenapa Pas tidak bersama-sama dengan Pakatan Harapan melawan BN.

"Mengapa ini tidak menjadi keutamaan mereka? Kerajaan BN jelas banyak kelemahan hari ini. Terlalu banyak.

"Kalau begitu mengapa Pas tiba-tiba tukar pendirian? Oleh itu dalam keadaan begini pengundi-pengundi hendaklah keluar beramai-ramai menyokong Amanah," kata beliau dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, dalam keadaan sekarang, Amanah bersama-sama Pakatan Harapan hendaklah diberi peluang untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana Pas seolah-olah sudah berada bersama BN.

Bagi beliau, semua pihak perlu ketepikan segala perbezaan di sebelah Pakatan. Bersatu untuk menuju ke Putrajaya dan lakukan pembaharuan besar-besaran.

Beliau mahu negara ini dipimpin dengan lebih baik.

"Lakukan penjimatan dari segi perbelanjaan. Lakukan pembaharuan di dalam bidang pendidikan. Keluarkan jaguh-jaguh dari sekolah, maktab dan Universiti," katanya.

Negara ini, katanya, lapar dengan pemimpin-pemimpin yang benar-benar amanah dan berwibawa. -MD

ULASAN GB

Akhirnya Mat Taib sedar tentang keangkuhan, kesombongan dan kebodohan PAS.

PAS ditipu UMNO berkali-kali tapi masih selamba dengan kebodohannya dan cuba berselindung di sebalik retorika "politik matang".

Malah setelah memaki hamun Cina khususnya DAP kini dengan muka tak tahu malu mengajak mereka mengundi PAS.


Golongan ulamak PAS memang suka memaki hamun. Memang wajar semua menjauhinya supaya tidak menambahkan dosa ulamak PAS ini dari terus memaki hamun.



PAS mengkhianati amanah rakyat yang telah memilih mereka di atas dasar mereka komponen Pakatan Rakyat semasa PRU13 dahulu. Kini mereka cukup mesra dengan UMNO BN dan menjadikan PH sebagai musuh utama mereka.

Kita berharap dua PRK ini bakal memberi pengajaran besar untuk PAS.


20 ulasan:

Unknown berkata...

Pas bukan ditipu berkali2..tapi mengetahui penipuan dan bersekongkol menipu walaun kampung utk habuan dan kepentingan diri.
Ramai agen atau broka umno dlm pas sejak sekian lama,terutamanya hadi marang,zuhdi dan bbrp ekor lagi.

Malaysiabaru berkata...

Tahniah pkr...

Bagi sokongan penuh

Kalau PH kalah maka malu besar pakatan harap

Sebab pas itu bukan saja parti ajaran sesal tapi jual agama dan spt Nik abudoh yg bckap mcm budak dari henry Gurney ... Dan mcm bertuhankan isis..

Malu kita kalau party mcm pas menang

Buat sesuatu mulai slrg pkr dap perlu beri tongkat kpd amanah dan hapuskan pas terus lunyai

Tanpa Nama berkata...

Ada MASYOOOOOKKKKKKK

Cash is King

Susah jugak PAS nak tolak dugaan Dunya nih

Gaya saja Islamik gaya Nabi tapi hati dan otak ikut gaya DUNYA jugak

Tanpa Nama berkata...

Sebelum pru ada lebih baik rakyat mengetahui PAS di pihak mana?

Sekiranya PAS hilang deposit, PAS terpaksa memutuskan samada bersama BN atau bersama PH. Pasti ramai yang membuat jangkaan yang tepat yang mana satu pilihan PAS.

PAS pun tak banyak buat dosa sebab tak perlu berbohong dan berpura-pura sehingga menjelang pru.

Nak tahu mana yang betul, UNDI LAH AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.pkr pula dilihat berpecah 2.kem Azmin dan kem rafizi..cmne nk move on.tgk kelaku pemimpin pembangkang mcmni lemah semamgat nk ambil tau pasal politik.Harap Azmin ubahla perangai serta juga wan azizah yg kelihatan spt xberfungsi sbg ketua pembangkang. Hope prk kali ni menyatukan semua dlm ph utk solid menghadapi next pru.

Tanpa Nama berkata...

Cina tak takut. Cuma Cina memang tak akan undi PAS. Mereka tolak bukan sebab hudud sangat tetapi mereka tolak kepimpinan yang di tunjukkan oleh PAS yang begitu teruk dan tidak ada apa yang boleh di harapkan.

Yang takut melayu. Takut dengan gertak Pak Lebai boleh hilang akidah dan takut Kerajaan Persekutuan tidak luluskan bantuan. Takut tak dapat mesjid baru. Takut hilang bahasa Jawa. Takut keris panjang terbang.

Ada dua pilihan sahaja, bukan tiga. Samada BN atau PH.

PAS biarkan bersendirian supaya banyak munasabah kan diri di bulan posa.

Tanpa Nama berkata...

PAS mesti masuk PRK utk laksanakan agenda UMNO BN. Peranan PAS ialah tarik sokongan pengundi melayu yg benci UMNO terutama yg atas pagar.
UMNO sudah laksanakan tugasnya utk naikkann RUU di parlimen. Skrg turn PAS utk balas budi.
Walaupun ada usaha antara PH dan PAS Selangor utk pastikan 1 lwn 1, tp HH dgn pantas mencantasnya.
Dgn cepat HH umum PAS akan masuk kedua-dua PRK, dan maklumkan dia tdk tahu menahu pet bincangan berkenaan.
PAS mesti pastikan AMANAH kalas, itu MISI PAS utk PRK ini.
PRU13 aku undi PAS, kecewa sgt2.
PAS mesti SEGERA dibersihkan dpd pemimpin mesra UMNO.
SOKONG AMANAH. SOKONG PH.

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi n kompeni tipu ahli pas.suruh
ahli wala tapi dia khianat ahli dan sekong
kol dengan umno.selagi hj hadi dan
haron din pimpin pas ,parti ini akan
dimakan runtuh dari dalam

Tanpa Nama berkata...

Aku harap pas akan mendapat pengajaran yg paling berguna di kedua2 prk tu nanti... harap sangat2 rakyat bersama dengan pkatan harapan... amin

Malaysiabaru berkata...

Tahniah hilary clinton calon wanita presiden pertama negara besar demokrasi

Wan azizah jdlah mcm hilary. Pg lah belajar politik darinya dan gaya bahsa yg bersemangat wajA.

Azmin pakar matematik ni patut belajar dari trump yg straight to the Point ikhlas dan bersahaja.

Adoi org politik nih tolonglah belajar pegi trump university atau harvard ... Tuntut ilmu politik byk sikit jgn dok harap greenboc encik omar dan kami di malaysiabaru.

Kami tak bosan menyokong tapi kami menjarap kpd pakatan harap hampir setiap masa dan saat.

Min jgn kecewakan kami

Mat Safian berkata...

Kalu nak belajar politik tak payah jumpa Hilary dan masuk universiti trump, cukup dgn buang ego sj.

Azmin pandai matematik ka? yg aku tau kartel2 dia sj yg sebut camtu..kalau betoi dia pandai matematik, dah tentu dia tau mcm mana kalkulus 2 org ADUN Amanah selamatkan kerajaan Selangor dr tumbang.

Kalau betoi la dia pandai matematik, maknanya matematik utk dia la....bukan utk kepentingan PH...kah3

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..ini semua hikmah Allah..nak tunjukkan perangai sebenar lebai2 plastik nih..rakyat akan menghukum dlm pru14 nanti..

Tanpa Nama berkata...


AMANAH yang punya baik pun nak rayu undi cina perlu ada DAP.

UMNO parti rasis itu pun perlu ada MCA untuk ambil hati pengundi cina.

Dia dah tak tahu apa yang nak di cakap... sebab bukan nak menang pun. Buang cakap je..


Tanpa Nama berkata...

Dari dulu lagi aku ckap hj hadi nih sakit mental. Ramai orang ganu cerai berai kerana amanat songsang nya. Sembahyang dua imam. Imam UNMO tk sah jdi juru nikah. Mkn bnatang sembelihan org umno haram. Isteri p dngr ceramah umno blik kne cerai di suami yg penganut PAS yg taksub amanat songsang hji hadi. Skrg dgn muka selamber tak rasa bersalah dgn rakyat ganu dn nk berbaik pulak dgn umno yg dulu tghut kafir. Itu lh org sakit mental patut kne p dpt rawatan cpt. Jdi MB ganu satu penggal kne reject olh rakyat ganu tpi sekarng ada hti nk jdi penasihat BN. Tk thu ukur bju d bdn sndri mugo sakit mental. Gilo !!!

Tanpa Nama berkata...

Sayang seribu kali sayang.. Dulu aku melihat PAS inilah parti harapan sebagai tunjang pembangkang.. Dulu aku lihat PAS ini gah dengan pemimpin professional dan berfikiran jauh.
Dulu aku memang mengharapkan PAS menjadi peneraju utk membentuk pemerintahan di negeri negeri dan seterusnya menjadi suara terkuat mencatur politik Malaysia.. Tapi sayang seribu kali sayang.. Mengapa begini jadinya.? Sekarang aku lihat PAS begitu hodoh dan kotor sekali.. Dalam nya ada ugamawan tapi mulut busuk macam longkang, dalamnya ada cendikiawan tapi pemikiran macam orang tak pernah sekolah. Lebih tetuk lagi didalamnya ada virus-virus pemecah belah, ada broker-broker yang mengheret kepada UMNO, ada penasihat yang kurang bijak kepada presidennya..sayang. Kini aku berbalik kepada AMANAH yang ada bijaknya daripada PAS yang tenggelam dengan takabur dan angkuh.. Sekian, Ancient Mariner.

Tanpa Nama berkata...

Pas bukan dah mcm umno tp lebih sesat dr umno sbb putar belit ayat alquran utk menghalalkan tindakan mrk.prk ni ksi kalh teruk pada pas dan bn sbg pelajaran utk org2 yg zalim

Tanpa Nama berkata...

Aku suka sangat komen ni..aku beri 10 bintang...

Tanpa Nama berkata...

Hmmmm...satu lagi komen yg aku suka..aku beri 10 bintang juga..

Tanpa Nama berkata...

Pas jadi bongok krn mr presideng!!
Parti pecah terburai krn mr presideng!!
Puok ostad2 pulok, tak faham real politiks...asyik berusrah dan berceramah hantam Amanah!!!
Musuh politik sebenar, tersenyum puas angkara mr presideng yg kluk klek dan otak kemetot!!!

Unknown berkata...

Assalamualaikum... Ingat sama bulan ramadhan saudara. Klu org luar baca malu kita, bahasa mencerminkan akhlak. Islam dtg dgn rahmat