19 Jun 2015

[VIDEO] Sungguh Merdu Suara Erdogan Alunkan Bacaan Al-Quran..


Tidak ramai pemimpin dunia terutama yang muslim pandai melantunkan bacaan Al-Quran atau bahkan hafal (hafiz) al-Quran.

Salah satu di antara yang sedikit itu adalah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, negara berasaskan sekular, lapor web Eramuslim.

Dalam sebuah video yang dipaparkan di akaun Facebooknya, seorang ahli politik AKP Turki, Mehmet Sercan oge, mengaplod video Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan ayat-ayat Al-Quran.

"Cumhurbaşkanımız Recep Tayyip ERDOĞAN'ın sesinden Kuran Tilaveti ... [Ali İmran Süresi]. (Suara Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan Al-Quran ... Surah Ali Imran," tulis Mehmet Sercan oge pada 3 Jun lalu.

Dalam video berdurasi 2:50 minit itu, Erdogan yang dilahirkan pada 26 Februari 1954 melantunkan ayat 190-194 surah Ali Imran dengan bacaan yang fasih, suaranya merdu, tajwidnya bagus dan menggetarkan bagi yang mendengarnya, masya Allah!



[BERGAMBAR] Alhamdulillah, Terima Kasih Tuanku Kerana Bebaskan 11 Aktivis

Bad Latiff Mansor (dua dari kanan), salah seorang aktivis yang terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa di Perak pada 2009 gembira berjumpa isteri Nashitah Md Noor dan ahli keluarganya di luar penjara Tapah selepas dibebaskan kira-kira jam 9 malam tadi. Bad Latiff adalah antara 11 aktvis yang mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wong Tuck Keong

11 aktivis dapat pengampunan diraja dibebaskan.

Semua 11 aktivis terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang mendapat pengampunan diraja daripada Sultan Perak dibebaskan pada jam 9 malam tadi.

Mereka disambut ahli keluarga yang menunggu di luar penjara Tapah sejak jam 5 petang tadi.

Berpakaian T-shirt putih dan melaungkan "Takbir" ketika melangkah keluar daripada bas yang membawa mereka ke pintu masuk penjara berkenaan, kumpulan terbabit memeluk ahli keluarga masing-masing sebelum mengambil gambar kenangan.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Perak Datuk Razali Othman dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Sultan Nazrin Shah memberikan pengampunan diraja untuk 11 individu berkenaan selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Beliau berkata dalam mesyuarat lembaga berkenaan pada 5 Mei lalu, sehari sebelum pertabalan Sultan Perak, hanya seorang daripada 12 penunjuk perasaan menerima pengampunan apabila mengemukakan permohonan terus dan bukannya melalui pihak ketiga.

Pada mulanya, terdapat 13 orang yang ditahan berikutan demonstrasi pada bulan Februari 2009, di luar Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak, di mana ketika itu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional mengangkat sumpah jawatan jawatan sebagai menteri besar di hadapan Sultan Perak.

Seorang warga Indonesia dihantar pulang ke negaranya selepas dibebaskan manakala baki 12 lagi dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Rayuan pada bulan Mac lalu.

Mohamad Nazeer Hameed, 49, adalah satu-satunya orang yang mendapat pengampunan diraja sempena pertabalan Sultan Nazrin pada 6 Mei lalu.

Isteri kepada salah seorang aktivis, Nashita Md Noor dan beberapa ahli keluarga yang lain mengambil keputusan untuk menunggu pembebasan di penjara Tapah selepas mendapat pekhabaran suaminya diberi pengampunan diraja.

Mereka tiba pada jam 5 petang dan berbuka puasa di luar penjara sementara menunggu pembebasan itu.

Sekitar jam 10 malam tadi, Nashita memuat naik gambar suaminya bersamanya dan anaknya serta gambar 7 orang lain yang baru dibebaskan dari Penjara Tapah.

"Alhamdulillah, bebas!" tulis Nashita di laman Facebook.



ULASAN GB

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Sultan Perak yang memperkenankan memberi keampunan kepada OKZ di atas.

Juga tidak dinafikan terima kasih perlu diberikan kepada aktivis BERSIH terutama Datuk Ambiga yang telah melancarkan kutipan sumbangan untuk membantu kelaurga mangsa sepanjang tempoh mangsa berada di dalam penjara.

Ambiga selia dana bantu keluarga 13 dipenjara

Aktivis terkemuka Datuk S Ambiga akan menyelia dana untuk membantu keluarga 13 orang yang menjalani hukuman penjara 10 bulan kerana membantah rampasan kuasa di Perak pada 2009.

Dana Friends of Perak 13 bertujuan untuk menyediakan bantuan bulanan RM2,000 bagi setiap keluarga sepanjang tempoh tersebut, kerana kebanyakan mereka yang dipenjara itu merupakan pencari nafkah dalam keluarga.

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan Toh Kin Woon dari Penang Institute, juga akan turut menyelia dana tersebut.

Laman Facebook juga telah diwujudkan untuk menarik penderma untuk dana tersebut, yang dicadangkan semalam oleh pengerusi NGO Engage, Thomas Fann.

Dalam satu kenyataannya, Fann berkata matlamatnya adalah untuk mengumpul sumbangan yang mencukupi untuk menyediakan RM2,000 sebulan kepada setiap keluarga terlibat, dengan mendapatkan 520 rakyat Malaysia berikrar menyumbang RM50 setiap bulan selama 10 bulan, bagi menjana sejumlah RM260,000.

Bantuan itu akan diagihkan kepada keluarga berkenaan mulai April 2015 hingga Januari 2016, katanya.

Fann berkata sebarang lebihan dana itu akan digunakan untuk mengisi sebuah lagi tabung amanah yang akan diwujudkan, yang dikenali sebagai Dana Kebebasan.

Dana Kebebasan akan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang dipenjara, didenda, dipecat atau ditarik balik keistimewaan kerana menyertai sesuatu perhimpunan.

Memang TOLOL Jika Percaya UMNO Sokong Hudud


Putrajaya enggan berikan komitmen sokong hudud PAS

Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Pandikar meningatkan Mahfuz beliau pernah bermesyuarat dengannya bersama Hadi, dan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan di pejabatnya, dan sudah memberikan pendiriannya berhubung isu hudud.

"Oleh kerana anda bertanya, usul dibawa Marang memenuhi syarat-syarat untuk Standing Order dan sebab itulah saya masukkan dalam kertas arahan," katanya merujuk kepada Hadi.

"Akan tetapi Standing Order juga mengatakan urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh didebatkan, kecuali diusulkan kerajaan sendiri."

Mahfuz kemudiannya berterima kasih kepada Pandikar kerana memberi jawapan kerajaan tidak bersedia menyokong rang undang-undang tersebut, menyebabkan Pandikar marah.

"Saya tidak cakap itu, itu tafsiran Yang Berhormat, jangan heret saya ke dalam agenda politik Yang Berhormat," katanya.

Rang undang-undang diusulkan Hadi berada dalam senarai untuk didebatkan di sidang Dewan Rakyat yang berakhir hari ini.

Tidak kelihatan peluang ia didebatkan kerana masih terdapat 11 rang undang-undang kerajaan termasuk 14 lagi usul daripada ahli Parlimen.

Mengikut konvensyen, urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang lain diberikan laluan. – TMI


Hadi kena main dengan Umno isu hudud, kata Kit Siang

DAP berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dipermainkan Umno apabila usahanya membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen tidak mendapat sokongan parti Melayu itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sama ada Umno tidak mempunyai niat atau kebolehan bagi menunjukkan sokongan di peringkat Parlimen, 48 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak tidak akan digunakan untuk tujuan itu.

"Kemunculan rang undang-undang persendirian melaksanakan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen dua hari lalu menunjukkan Hadi diberi ganjaran kerana menukar arah politik di mana Umno sangat dihormati manakala DAP disetankan dengan bahasa kasar di muktamar.

"48 ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak bukan saja mengundang risiko kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi survival perpaduan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian itu muncul dalam aturan mesyuarat.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Lim berkata walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah berakhir, DAP akan meneruskan kerjasama dengan parti politik yang mempunyai prinsip merealisasikan "impian Malaysia".

Katanya, tiada apa yang perlu disedihkan dengan ketiadaan PR kerana impian Malaysia seperti perpaduan, keadilan dan maruah perlu direalisasikan.

"Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin PAS yang melanggar Dasar Bersama PR.

"Tetapi kami bersedia bekerja dengan entiti politik dan rakyat yang komited kepada dasar Dasar Bersama termasuk ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak atau meninggalkan Dasar Bersama PR," katanya.
-TMI






ULASAN GB

Hari itu haji Hadi mengucapkan perkataan TOLOL kepada sebilangan ahli PAS yang kononnya mahu berpecah. Sekarang ucapan TOLOL itu kembali kiepada si penuturnya iaitu Haji Hadi sendiri. Dua kali Private Bill disenaraikan kedua-dua kali tidak dapat dibentangkan. Tidakkah TOLOL namanya jika masih mempercayai UMNO sokong hudud? Lim Kit Siang pun tahu PAS telah berjaya ditipu oleh UMNO.

Yang menambahkan tololnya lagi ialah pihak parlimen meletakkan aturan mesyuarat yang melibatkan Private Bill di atas meja ahli-ahli Dewan Rakyat. Kononnya Private Bill itu akan dibentangkan oleh YB Marang, sedangkan YB Marang tidak berada di dalam negara, dia masih berada di Jepun. Bukankah itu TOLOL berganda namanya? Haji Hadi seolah-olah mempermainkan umat islam di negara ini, hantar Private Bill tetapi beliau sendiri terbang ke luarnegara semasa Palimen bersidang. Ponteng lagi. Tak berdosakah jika tidak menunaikan amanah sebagai seorang ahli parlimen?

Satu lagi hal, yang bangun mempertikaikan isu tersebut ialah Mahfuz Omar, MP Pokok Sena yang kalah dalam pemilihan Muktamar yang lalu. Adapun yang menang dari kalangan PASUG seperti Idris Ahmad, Nasruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh dan lain-lain membisu. Berdegar-degar di luar parlimen mengenai hudud tetapi jadi tikus mondok dalam parlimen, terus membisu dan tak tahu nak mendebatkan isu. Inilah KETOLOLOLAN maha hebat kumpulan ulama PAS dalam Parlimen.


Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan Keadilan, kini Allah dedahkan siapa SI TOLOL yang sebenarnya.

18 Jun 2015

[VIDEO] Perompak Tukar Nama Kapal Dari ORKIM HARMONY Jadi KIM HARMON...

Kapal tangki hilang ditemui Kemboja, anak kapal selamat

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.

Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.

Ketika ditemui, kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada "Kim Harmon" dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, katanya kepada Bernama.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, 5 Indonesia dan seorang warga Myanmar. – Bernama


Rundingan dengan perompak untuk bebas anak kapal

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berunding dengan perompak untuk membebaskan kesemua 22 krew kapal MT Orkim Harmony.

Perkara itu dimaklumkan Panglima Wilayah Laut ,1 Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.

TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
-Bernama



Sistem amaran MT Orkim Harmony tidak berfungsi

Hasil siasatan awal mendapati kehilangan Kapal Tangki MT Orkim Harmony meragukan apabila Sistem Amaran Keselamatan Kapal (SSAS) tidak diaktifkan.

Menurut Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran Jabatan Laut Malaysia, Kapten Mohamad Halim Ahmad, sistem itu dipasang di tempat terpencil hanya diketahui nakhoda atau kapten kapal.

“Sepatutnya sistem itu sudah diaktifkan sebaik sahaja ada kejadian jenayah berlaku. Sistem itu akan beroperasi apabila diaktifkan secara manual.

“ Selain itu, kawasan kapal tangki itu hilang tiada capaian radar pihak kami namun pergerakan kapal itu sehingga komunikasi terputus boleh diimbas semula menggunakan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) kaedah satelit.

“Bagaimanapun sistem AIS juga seolah-olah ditutup oleh orang yang tahu sistem berkenaan. Tetapi ada juga kemungkinan sistem AIS itu dirosakkan dengan cara memotong kabel atau memecahkan alat yang terletak di anjung kapal itu,” katanya dalam taklimat khas di Ibu Pejabat Jabatan Laut, pada Khamis, yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Bernama pada pagi Khamis melaporkan, kapal tangki yang membawa muatan 6,000 tan metrik petrol RON95 yang bernilai RM21 juta ditemui di perairan Kemboja dengan nama dan catnya telah ditukar.
-FMT







[TERBONGKAR] Rahsia Suami Kahwin Lagi Diketahui Selepas Nahas


Ketahui suami nikah lagi selepas nahas

KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seorang isteri terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya, dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu.

Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi.

Kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir.

Pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Isteri pertama mangsa, Farah Fadila Faizal, 27, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis.

Dia yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan hamil empat bulan, terkejut menerima berita buruk itu.

“Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.

"Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.

“Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini,” katanya.

Sementara itu, adik Abdullah Suhaime, Maizatul, 25, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian tersebut kira-kira jam 7 pagi daripada ibu saudaranya sebelum bergegas ke HKT bersama ayahnya, Abd Rahman Ali, 58.

Katanya, dia mengetahui ibu, abang dan kakak iparnya maut sebaik tiba di balai polis.

“Rohayu merupakan isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke Terengganu tiga hari lalu.

“Saya dan abang hanya dua beradik. Selepas abang tidak tinggal bersama, saya jarang berbual dengannya. Malah akhir-akhir ini, dia (nampak seperti) tidak seceria selalu,” katanya ditemui di unit forensik HKT, semalam.

Jenazah dibawa untuk dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Ford Fiesta dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru, bertembung dengan lori yang datang dari arah Johor Bahru.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan berkembar dua hala serta mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi jalan,” katanya. -SH

Pakatan Rakyat Tidak Lagi Berfungsi Secara Formal - PKR


Dulu kahwin, kini cerai tapi masih kawan'

Ia muktamad. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Tetapi bagaimana hendak menggambarkan bekas pakatan pembangkang itu.

Ditanya mengenai perkara ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyamakan gabungan itu sebelum ini sebagai "perkahwinan poligami" melibatkan tiga parti.

"Sekarang kami bercerai tetapi masih kekal berkawan.

"Ini juga memberikan kami ruang untuk kahwin semula salah satunya kemudian,"
katanya kepada Malaysiakini.

Naib Presiden PKR dan MP Pandan itu menjelaskan bahawa perbezaan sekarang ialah ketiga-tiga parti tidak lagi terikat konsep konsensus dan dasar polisi bersama seperti yang dipatuhi dalam Pakatan.

Sementara itu, PKR hari ini turut mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal tetapi status quo di Selangor dan Pulau Pinang kekal.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata atas “semangat dan permuafakatan” gabungan itu sebelum ini PKR juga akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Azizah juga mengakui mereka kesal dengan sikap dua sekutunya – PKR dan DAP – sebelum ini.

“(PKR) menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang kami anggap tindakan tergesa-gesa.

“Ekoran dari itu, gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal,”
katanya lagi.

Azizah juga berkata PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti politik, NGO, kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN.

Azizah membuat pengumuman itu hasil daripada mesyuarat biro politik PKR yang bermesyuarat semalam. -


Wan Azizah umum PR secara rasmi sudah tidak wujud

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat secara rasmi sudah tidak wujud.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan media bagaimanapun berkata, Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal.

Katanya, PKR menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, PKR juga menyokong kepimpinan Negeri Kelantan di bawah Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob.

Katanya, walaupun PR sudah tidak wujud, PKR tetap berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Beliau berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun 2015.
-FMT




17 Jun 2015

[VIDEO] Parti Baharu: Profesional Pantau Kehendak & Sokongan Akar Umbi Terlebih Dahulu


Bekas pemimpin PAS dirai, Malaysia bakal saksikan muafakat politik baharu

Malaysia akan menyaksikan muafakat politik baharu tidak lama lagi selepas 18 pemimpin PAS yang disingkirkan dalam muktamar baru-baru ini melancarkan perhimpunan pertama mereka di Muar, Johor malam tadi.

Kumpulan dikenali G-18 itu bermesyuarat sesama mereka kira-kira jam 6 petang di sebuah hotel dan pada jam 9 hingga 12 malam, mereka berucap di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, jumlah dianggap besar untuk satu ceramah politik di Johor.

Hampir semua mereka hadir kecuali Datuk Husam Musa yang tidak berapa sihat dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi yang berada di luar negara.

Antaranya, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, juga dikenali sebagai Mat Sabu, bekas naib presiden Salahudin Ayub, bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar, bekas bendahari Asmuni Awi, bekas pengarah pilihan raya Dr Mohd Hatta Ramli, bekas ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad, Datuk Kamarudin Jaffar, Zulkifli Mohamad Omar, serta ramai lagi.

Pengarah perhimpunan, Mazlan Aliman, merupakan satu-satunya anggota kumpulan progresif yang menang dalam pemilihan AJK PAS Pusat baru-baru ini. Mazlan melepaskan jawatan itu Isnin lepas.

Ketika berkumpul di Johor, pihak yang menang pula berhimpun di kubu mereka di Rusila, Marang. Namun begitu, ia tidak disertai Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di luar negara dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempunyai program tersendiri di Jengka, Pahang.

"Saya yakin muafakat politik kali ini akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baru di Malaysia ini," kata Mat Sabu, pemimpin yang paling senior di kalangan mereka yang kalah itu.

Pada sidang media selepas itu, Mat Sabu berkata, mereka akan melihat situasinya dahulu sebelum memutuskan langkah seterusnya sama ada menubuhkan parti baharu.

"Kita belum fikir parti baharu lagi, kita akan lihat sokongan rakyat dahulu kepada beberapa pilihan yang kita ada, sama ada parti baharu, kekal dalam parti lama, NGO atau sertai parti politik yang ada," katanya tidak mahu mengikat hala tuju perjuangan mereka.

Selepas Muar, mereka akan bergerak ke seluruh negara, Temerloh, Pahang akan menjadi destinasi kedua mereka pada 26 Jun ini.

Datuk Dr Mujahid Yusof ketika ditemui The Malaysian Insider di majlis itu yakin gerakan baharu tersebut melibatkan semua pihak yang mempunyai cita-cita sama bagi membela rakyat negara ini dan mengambil alih Putrajaya.

"Kita akan pastikan semua pihak berada dalam satu wadah untuk perjuangan ini," katanya.

Di samping kumpulan G-18 ini, pihak lain yang berminat menubuhkan parti politik baharu ialah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sebelum ini membuat keputusan mengambil inisiatif tersebut.

Di samping itu, Ikram Malaysia juga difahamkan menyatakan minat untuk bersama mereka, di samping Wadah, iaitu NGO yang menghimpunkan bekas pemimpin kanan Abim.

Jadual pimpinan G-18 penuh dengan pertemuan dengan pelbagai pihak yang berminat bersama mereka.

Ia akan bekerjasama dengan PKR dan DAP yang bersama dengan PAS sebelum ini dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini berkubur.

Mat Sabu sudah beberapa kali menegaskan akan terus bersama dengan parti dalam PR sebelum ia diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai tidak wujud lagi semalam.

Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru Ahad lepas selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mat Sabu tegas menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," katanya disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Halangan terbesar mereka adalah bagaimana memujuk ahli PAS yang berjumlah satu juta orang itu menyertai mereka. –TMI


[BERGAMBAR] Deklarasi Bakri: "Perjuangan Baru Bermula" -updated


RibUan rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara membanjiri majlis yang pada awalnya dinamakan "Himpunan Jasamu Dikenang" yang bertukar menjadi "Perjuangan BARU Bermula" yang diadakan malam tadi di Bakri, Muar, Johor.

Begitu ramai sekali bekas pimpinan PAS yang hadir terutama dari kumpulan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan di muktamar baru-baru ini hadir untuk berhimpun sekaligus menjadikan Bakri sebagai tapak awal dan saksi kepada pemulaan sebuah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Diantara yang memberikan ceramahnya pada malam tadi ialah Sdra Mazlan Aliman, Dr. Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Suhaizan Kayat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf, Hanipa Maidin, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Dato Mahfuz Omar, Dr.Dzulkefly Ahmad, Dr. Siti Mariah, Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu.

Selain mereka, terdapat beberapa tokoh lain yang turut hadir termasuklah Dato Kamaruddin Jaafar, Dato Mohammad Taib, Asmuni Awi, YM Tengku Puji, Adly Zahari, Rosly Omar, Faiz Fadzil dan lain-lain.

Sekalipun diberikan masa cuma sekadar 5-6 minit untuk berucap namun ternyata kesemua penceramah tidak menghampakan hadirin. Masing-masing begitu bersemangat untuk memulihkan harapan Pakatan Rakyat di dalam meneruskan aagenda perjuangan bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Dpedas.fm telah membuat lintas lansung untuk program berkenaan malam tadi.

Rata-rata penceramah menyatakan bahawa melalui Pakatan Rakyat, kita akan tumbangkan kerajaan UMNO BN kerana telah terbukti didalam pilihanraya yang lalu bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO BN telah terus merosot dan menurun dengan kewujudan Pakatan Rakyat.

Yang jelas, semangat pimpinan dari kalangan profesional ini tidak terjejas sedikit pun dengan penyingkiran mereka dari saf kepimpinan PAS baru-baru ini.

Mereka telah dikalahkan dengan perbuatan fitnah, cai, makian, cacian, boo segala jenis akhlak yang tidak islamik yang dilakukan oleh kalangan pro-ulama yang mana ia memeranjatkan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sendiri yang merasa kecewa dengan perbuatan dan tindakan melampau yang lansung tidak dibendung oleh para ulama PAS.

Yang menjadi perhatian dan wira pada malam tadi sepastinyalah sdra Mazlan Aliman, seorang pemimpin NGO ANAK yang telah sangguo melepaskan jawatan sekalipun menang sebagai AJK PAS Pusat demi untuk menyertai barisan rakan-rakannya dari kalangan profesional.

Rakyat yang hadir berulang-ulang kali menjerit dan meminta sebuah parti Islam yang baharu ditubuhkan segera di setiap kali penceramah berceramah, bagi menggantikan PAS yang dilihat sudah tidak lagi diyakini mampu untuk melawan kerajaan UMNO BN setelah semua jawatan diboloti oleh pro-ulama dan telah bertindak untuk mengeruhkan hubungan dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi dengan usul yang diluluskan tanpa bahas memutuskan kerjasama dengan DAP.

Malah ada ura-ura pimpinan PAS yang baru akan membawa PAS bersama UMNO apabila Presiden PAS membuat kenyataan "UMNO tidak seburuk Firaun." Ini diperkuatkan dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang menyatakan "inilah saat terbaik untuk PAS-UMNO bersatu," yang mana kenyataannya lansung tidak disanggah oleh mana-mana pemimpin PAS yang baru.


Harapan dan cita-cita rakyat itu nampaknya seperti bakal ditunaikan apabila bekas Timbalan presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu di dalam ucapannya memberikan indikasi dengan kata-katanya:

"Kami akan mencari wadah, wadah itu sebagai kenderaan untuk membela Islam, rakyat dan menentang kezaliman." aru.

Pernyataan itu disambut dengan laungan takbir lebih 5,000 hadirin sebagai tanda bersetuju.

Sebelumnya Mohamad Sabu telah menyatakan kekesalannya apabila PAS terus ditipu oleh UMNO di dalam isu hudud yang setelah dua penggal parlimen bersidang, Private Bill masih gagal dibentang.

Akibat darinya juga, PAS telah berpecah, Pakatan Rakyat berantakan. Mangapakah kita terlalu bodoh untuk percaya kepada UMNO? Soalnya.

Pemimpin progresif PAS bakal tubuh parti, teruskan kerjasama DAP, PKR

Beberapa pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan lalu tetapi masih popular di peringkat nasional bakal menubuhkan parti baharu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR. Ini dinyatakan secara terbuka tetapi juga secara "berkias" sebahagian mereka dalam satu majlis penghargaan dinamakan "Malam Jasamu Dikenang", di Muar, Johor malam tadi.

"Sampai masanya PAS baharu, nama tak tahu lagi, parti yang baharu yang akan memberikan wadah yang baharu buat rakyat Malaysia bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) yang ada hari ini," kata bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan hadirin seluruh negara yang hadir.

"Kita amat yakin dengan sokongan rakyat yang bangun membuak-buak berkehendak wadah baharu yang dipimpin daripada gerakan baru. (Marilah) bersama kami yang sedar bahawa PAS perlu naik ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menyelamatkan negara ini daripada ajaran sesat Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tiada pilihan lain, berilah kami sokongan dengan 'wadah' yang baharu dan kami akan bersama-sama saudara menjatuhkan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh.

Pengumuman bersejarah ini dibuat pada hari sama DAP mengumumkan PR tidak lagi wujud dan hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahu melihat pemerintahan Barisan Nasional (BN) berakhir.

Nizar tewas pada peringkat kawasan Kampar dalam pemilihan PAS lalu bersama beberapa personaliti lain yang popular di peringkat nasional, sebahagian besarnya ahli Parlimen kanan parti itu.

Kekalahan itu berlaku akibat pengaruh kuat kumpulan konservatif yang hampir menyapu bersih semua jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini.

Seorang lagi bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, pula membayangkan penubuhan parti baharu itu secara berkias.

Menurutnya, PAS kini dipimpin golongan "agamawan yang tindakannya tidak selari dengan keutamaan beragama" sekaligus "menguatkan prasangka terhadap Islam".

Menggunakan perkataan "wadah" yang turut digunakan beberapa pemimpin lain pada malam tadi, Hanipa berkata beliau kekal memperjuangkan sebuah parti Islam yang bertolak ansur dengan perbezaan dalam parti.

"Sebab itulah, sama ada melalui apa-apa 'wadah' sekalipun kita akan terus membawa Islam yang rahmatan lil alamin (rahmat kepada seluruh alam), Islam yang bersedia menerima dialog, Islam yang bersedia menerima apa-apa sahaja kritikan dan bersedia menjawab kritikan itu.

"Saya harap kita akan terus istiqamah dalam apa-apa sahaja 'wadah'.

"Yang penting kita mahu membentuk Malaysia baharu yang tidak melupakan agama tetapi boleh berbincang dan berdialog," kata ahli Parlimen Sepang itu dalam ucapannya.

Bercakap dalam nada sama, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu membayangkan gabungan baharu politik akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, gelombang baharu itu akan bermula dari program mereka yang akan menyaksikan satu lagi program seumpamnya berlangsung di Pahang pada 26 Jun depan.

"Saya yakin muafakat politik kali ini, dia akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baharu di Malaysia ini," katanya disambut sorakan "Bila mahu bagi borang" dari sebahagian hadirin.

Mohamad yang tersenyum mendengar sorakan itu menjawab "Tunggulah", sambil disambut tepukan bergemuruh dari hadirin.

"Kami akan mencari wadah dan wadah itu sebagai vehicle (kenderaan) dan tujuannya kita membela rakyat, menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli pula mengiyakan sorakan orang ramai yang melaung "parti baru" sewaktu beliau berucap.

"Kalau bukan kerana rakyat kita tak akan ke mana-mana.

"Dengan suara yang ramai dari rakyat, sudah bermacam-macam bunyi kita dengar tadi, apa tadi contohnya?

"(Dijawab hadirin: Parti baru!). Lebih kurang begitulah ya.

"Kita akan melangkah ke depan, kerana pembinaan negara tak akan berhenti hanya kerana kami tidak lagi dalam jawatankuasa pusat," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula menyatakan komitmen beliau meneruskan intipati semangat PR.

"Kita tak perlu bersedih kalau nama Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana nama lain akan muncul tetapi yang penting perjuangan harus diteruskan,' katanya.
-TMI


DAP lebih faham muktamar berbanding PAS, kata Khalid Samad

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad membidas sikap berdolak-dalik kepimpinan tertinggi PAS selepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini. Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tertanya-tanya di mana logiknya usul itu yang kini diletakkan di bahu Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

Katanya, kedua-dua badan itu hadir pada muktamar lalu dan tidak membangkang usul itu diluluskan tanpa perbahasan.

"Dalam muktamar itu Majlis Syura Ulama ada atau tiada? AJK PAS Pusat ada atau tidak ada?

"Kalau dalam muktamar mereka luluskan usul itu, takkan keluar muktamar dia nak tolak usul itu.

"Dengan sendirinya apabila muktamar luluskan maknanya Majlis Syura Ulama luluskan, AJK PAS Pusat luluskan, Dewan Ulama PAS Pusat luluskan, Dewan Muslimat Pusat luluskan, Dewan Pemuda Pusat luluskan.

"Seluruh perwakilan daripada seluruh negara, lulus dah.

"Dah itu apa nak kata? Takkanlah pimpinan tidak faham proses muktamar ini?" katanya sewaktu berucap pada majlis "Malam Jasamu Dikenang" di Muar, Johor, malam tadi.

Katanya, tindakan DAP menerima usul itu dan mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat memberi gambaran parti itu lebih memahami PAS daripada PAS sendiri.

"DAP pun lebih faham. DAP kata dah bubar dah tak ada apa-apa dah," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), badan pembuat keputusan tertinggi parti itu, memutuskan menerima usul muktamar PAS itu mengenai hubungan kerjasama antara mereka.

Beliau juga mengumumkan pembubaran PR ekoran penerimaan usul itu oleh DAP selaku salah satu daripada 3 parti dalam PR.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerjasama antara PKR, PAS dan DAP perlu segera disemak semula bagi memperkukuhkan kembali gabungan parti di dalam PR.

Dalam kenyataannya, ketua pembangkang itu mengakui wujud masalah dalaman PR yang memerlukan perhatian segera pemimpin tertinggi supaya ia ditangani secara bijaksana.

PKR dijangka mengumumkan pendirian mereka tentang status PR hari ini.

-TMI




Berikut ialah video montaj yang disediakan oleh penganjur himpunan






Iskandar Samad Dah Kecut, Sekarang Baru Nak Gesa Kukuhkan PR


Adun PAS Selangor gesa kukuhkan Pakatan Rakyat

Pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS dari Selangor hari ini menggesa agar usaha-usaha dilakukan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ia selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu yang menegaskan bahawa PAS komited terhadap Pakatan Rakyat.

"Di dalam satu pertemuan di Shah Alam, kami bersetuju agar semua pihak mesti berusaha untuk memulihkan hubungan di dalam pakatan tersebut.

"Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan," ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS negeri juga, ujar beliau menggesa agar hubungan di peringkat akar umbi dijalin dan diperkukuhkan.

"Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan rakyat semakin tertekan akibat kos sara hidup yang meningkat," katanya yang juga exco kerajaan negeri.

Tambahnya, Pakatan Rakyat merupakan sinar harapan bagi rakyat dan keyakinan yang telah diberikan oleh mereka selama ini tidak seharusnya disia-siakan.

Di Selangor, ujar beliau rakyat telah dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik menerusi dasar bersama Pakatan Rakyat yang menitikberatkan ketelusan, memerangi rasuah, peluang ekonomi yang adil, kediaman mampu milik dan polisi-polisi baru yang lain.

Menurutnya, usaha-usaha di negeri itu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu diteruskan agar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus kukuh demi kebajikan dan masa depan rakyat.

"Semoga kecemerlangan Pakatan Rakyat di Selangor akan menjadi contoh dan pendorong kepada seluruh rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menamatkan keangkuhan Barisan Nasional," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. -HD


ULASAN GB

Sekarang baru Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor menggesa untuk kukuhkan Pakatan Rakyat.

Dahulu seamasa dua ADUN bertindak untuk mengukuhkan PR, mereka berdua dikutuk, dicaci dan dihina dengan begitu teruk sekali sehinggalah kedua-dua ADUN berkenaan digantung keahliannya.

Kedua-dua ADUN itu dikatakan mendahului Presiden dan MSU di dalam menyokong PKR. Jika demikian halnya sehingga mereka berdua digantung keahlian, tidakkah tindakan Iskandar juga mendahului MSU dan PAS Pusat yang belum bersidang untuk memutuskan mengenai usul Dewan Ulama berkenaan? Dan tidakkan Iskandar juga boleh dikenakan dengan tindakan disiplin yang sama dengan kedua-dua ADUN berkenaan dengan berasaskan prinsip keadilan kerana telah wujud "precedence"?

Kini apabila DAP sudah menyatakan PR tidak wujud lagi, dan apabila Azmin menyatakan PKR menghormati keputusan Muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP, baru kedengaran suara sumbang Iskandar untuk mengukuhkan PR.

Beliau tahu dengan kenyataan DAP tersebut, kerajaan PR akan digantikan dengan yang baharu. Seandainya mesyuarat PKR malam ini memutuskan untuk bersama dengan DAP di dalam kemelut yang berlaku, maka tersingkirlah PAS dari kerajaan negeri Selangor, yang membawa erti hilanglah semua jawatan-jawatan termasuk exco-exco dari PAS. 5,000 kakitangan dari kalangan ahli PAS yang dilantik dengan jawatan politik di negeri tersebut juga akan tamat.

Semasa muktamar baru-baru ini sewaktu Dewan Ulama membuat usul memutuskan kerjasama dengan DAP, tiada seorang pun perwakilan membantah. Malah usul itu telah diluluskan tanpa bahas.

Jika Iskandar jujur mempertahankan PR, mengapa beliau tidak bangun untuk membantah usul berkenaan?

Kini baru tercengang-cengang apabila terpelesok ke dalam jerat yang dipasang oleh kumpulan sendiri!

16 Jun 2015

PR Tidak Wujud Lagi, K'jaan Selangor Akan Disusunsemula Tanpa PAS (?)


Pakatan tak wujud lagi, umum DAP

DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

Lim berkata, ketika penubuhannya, dicapai untuk mendukung prinsip muafakat dan kepercayaan bersama bersama demi membawa era baru politik yang telus dan bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tambah Lim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak setahun lepas gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan, antaranya dalam isu krisis menteri besar Selangor.

Keadaan itu, tambah Lim, menyebabkan gabungan itu hampir lumpuh.

Perkara itu, jelas Lim diburukkan lagi dengan kesediaan Hadi membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah kontroversi 1MDB.

Tidak terkecuali, Lim juga membangkitkan soal pelaksanaan hudud apabila pindaan enakmen Kelantan dan usaha mengemukakan rang undang-undang persendirian di parlimen tidak dibincangkan terlebih dahulu. -mk


Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baru

DAP memberi jaminan terus bekerjasama dengan PKR serta menteri besarnya Azmin Ali di Selangor walaupun telah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata mereka juga akan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi menamatkan pentadbiran Umno dan BN serta membentuk semula politik Malaysia.

“DAP akan terus bergerak ke arah gabungan baru lebih meluas dan berprinsip yang akan muncul untuk mengisi kekosongan politik yang boleh menyalakan semula harapan perubahan untuk merealisasikan impian Malaysia untuk masa depan lebih baik untuk semua,” katanya.

Lim juga berkata DAP akan menyokong kepimpinan Azmin untuk “membentuk semula” kerajaan negeri dengan gabungan berdasar manifesto Pakatan 2013 yang mendapat mandat lebih 60 peratus dalam pilihan raya umum.

Lim mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

DAP juga senaraikan tindak-tanduk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak sejak setahun lalu yang didakwa gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan.
-mk



PKR arah tutup mulut, mesyuarat malam ini

PKR mengarahkan pemimpinnya di semua peringkat menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan Pakatan Rakyat sehingga parti itu memuktamadkan tindakan mereka.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata biro politik PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di Petaling Jaya susulan pengumuman DAP bahawa Pakatan tidak lagi wujud.

“Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan,” katanya.
-mk


ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah menjangkakan hal ini akan berlaku.

Tetapi kerajaan PR Selangor akan terus dapat bertahan walaupun tanpa PAS kerana sekurang-kurangnya dua orang ADUN PAS akan menyertai kerajaan baharu PR di Selangor.

Sekarang ulama-ulama PASlah perlu dipertanggungjawabkan.

[VIDEO & GAMBAR] Mat Sabu, Terbuang Tetapi Tetap Terbilang


Mohammad Sabu, sekalipun tewas di dalam mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden di dalam pemilihan PAS baru-baru ini, BELIAU masih terus mendapat tempat di hati akar umbi apabila ceramah perdananya di Perkarangan Madrasah Atas Kubur, Kota Bharu malam tadi dihadiri oleh ramai penyokong Pakatan Rakyat.

Sekalipun hujan telah turun, namun para hadirin terus tidak berganjak.

Berbanding dengan program ceramah kumpulan pro- ulama oleh salah seorang Naib Presiden PAS di Seremaban malam kelmarin yang hanya dihadiri sekitar 20-30 orang pendengar ternyata, akar umbi dan penyokong PR masih memilih golongan progresif.

Di dalam ceramahnya malam tadi Mat Sabu telah menyentuh isu Hudud yang menurutnya PAS telah ditipu oleh UMNO dalam isu berkenaan.

Beliau mempertikaikan mengenai kebijaksanaan pimpinan PAS yang terus mempercayai UMNO untuk membentang Private Bill yang sehingga sesudah dua kali Parlimen bersidang, ia masih gagal untuk dibentangkan.

"UMNO tipu kita, betul atau tidak," soalnya dan disambut "BETULLL" oleh para hadirin.

"Kenapa pergi percaya kepada UMNO?" beliau bertanya dengan lantang dengan membuat sindiran pedas kepada golongan yang kononnya mempercayai UMNO itu ikhlas.

"(Akibatnya), Kita berpecah, usul tak naik, kita yang memikul masalah," tambahnya.

Beliau menyatakan ini bukan dipatuk ular kali kedua tapi ke lapan, dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin.

Ceramah Perdana malam tadi turut menampilkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dari PKR dan ahli Parlimen Raub, Mohd Arif Sabri dari DAP.

Mat Sabu ikrar bersama Pakatan, tolak yang mahu berbaik dengan Umno

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak dalam parti Islam itu yang mahu membantu Umno kekal di Putrajaya. Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru malam tadi selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tegas akan menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," kata Mat Sabu disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Baginya, usaha menamatkan pemerintahan Umno perlu diteruskan kerana katanya parti Melayu itu tidak boleh membuat apa-apa kebaikan lagi, lebih daripada apa yang dibuat selama ini, ekoran pelbagai isu yang berbangkit sekarang.

Beliau dengan jelas menyindir sesetengah pimpinan PAS, terutama yang menang dalam pemilihan PAS baru-baru ini, kerana kelihatan mahu berbaik-baik dengan pemimpin parti tunggak dalam BN itu, yang juga sedang menghadapi masalah itu.

"Dalam suasana begini, kita nak bagi nafas kepada Umno untuk memerintah lagi... 'how can', mana boleh... Jangan bagi sambungan ajal kepada Umno dan BN," katanya.

Ucapan beliau disambut teriakan takbir dan tepukan tangan daripada orang ramai yang penuh sesak walaupun di tengah hujan renyai.

Ini kali kedua Mat Sabu memberikan ceramah selepas berbuat demikian di Lembah Pantai, ibu negara, kelmarin yang juga penuh sesak dengan orang ramai.

Malam ini, Mat Sabu akan bersama dengan rakan-rakan progresif yang kalah di Muar, Johor untuk menyertai "Perhimpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan untuk mereka.

Beliau dalam ucapannya turut kesal kerana isu hudud memecahkan PAS dan juga PR padahal jelas mereka ditipu oleh Umno.

Bagi beliau, tuduhan kononnya ada pemimpin PAS yang tolak hudud tidak benar kerana yang jelas hanya cara melaksanakannya yang mempunyai perbezaan pendapat dan masih banyak yang boleh dilakukan walaupun hudud masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Selepas 25 tahun perintah Kelantan, macam-macam kita boleh buat. Cuti dua hari seminggu, cuti bersalin 60 hari, tubuh pajak gadai Islam, pindah akaun dari bank riba kepada bank Islam.

"Kenapa kita boleh kata tak mahu pergi ke Putrajaya kalau tidak dapat laksana hudud?" soal Mat Sabu terhadap sikap sesetengah pemimpin PAS yang melihat perjuangan parti itu hanya untuk melaksanakan hudud semata-mata.

Sekarang, katanya, terbukti apa yang dijanjikan Umno untuk membantu dalam pelaksanaan hudud adalah bohong semata-mata dan hanya bertujuan memecahkan PR.

"Kita sudah berada di ambang kuasa, ibarat naik pokok kelapa, dah sampai ke atas dan nak pulas buah kelapa saja. Tiba-tiba ada orang jolok punggung kita, itu tidak boleh lah," kata Mat Sabu menyindir pihak yang cuba memecahkan PR dan menyekatnya daripada mara ke Putrajaya.

Beliau juga membangkitkan mengenai usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tergesa-gesa membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen tanpa berbincang dengan pemimpin parti lain dan PR kononnya selepas dijanjikan sokongan oleh Umno.

"Penggal dulu tak naik (usul ini), janji penggal ini pula. Sidang tinggal dua hari lagi, tak naik juga... ertinya Umno tipu kita.. Yang geramnya, kenapa kita percayakan Umno?" soal Mat Sabu penuh perasaan.
-TMI





Soladiriti Untuk Rakan Profesional, Amirudin Tolak Jawatan PJ PAS Kedah


Amirudin pula tolak jawatan pesuruhjaya PAS Kedah

Selepas Mazlan Aliman melepaskan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, seorang lagi pemimpin Datuk Amirudin Hamzah menolak jawatankuasa pesuruhjaya Kedah yang ditawarkan kepadanya.

Menurut sumber, Amirudin sudah menghantar surat memaklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat PAS yang beliau tidak menerima tawaran itu.

Amirudin yang juga bekas AJK PAS Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan baru-baru ini apabila perwakilan hanya memilih calon dalam 'cai' kumpulan konservatif.

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan, mesyuarat pertama AJK Pusat yang baharu melantik Amirudin sebagai pesuruhjaya Kedah menggantikan Datuk Mahfuz Omar.

Amirudin mendapat perhatian apabila sedia bertanding merebut jawatan yang dipertua PAS Kuala Kedah melawan presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Namun Phahrolrazi tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang sejak sekian lama itu menyebakan Amirudin menang tanpa bertanding.

Pagi tadi, pada sidang medianya Mazlan, satu-satunya anggota kumpulan progresif yang menang, meletakkan jawatan sebagai AJK PAS Pusat yang dimenanginya dalam pemilihan baru-baru ini.

Sementara itu di Johor, mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 26 kawasan di Johor.

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.

Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik.

ULASAN GB

Syabas kepada Datuk Ir. Amirudin Hamzah.

Satu tindakan yang menampakkan solidariti untuk rakan-rakan dari kalangan progresif yang dipermain dan disingkirkan oleh ulama-ulama PAS melalui perbuatan "cai" semasa muktamar.

Kita berharap semua rakan-rakan dari kalangan profesional/progresif akan menolak sebarang tawaran/perlantikan jawatan di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan bagi membantah "geng ulama" yang berlagak bijak dan berlagak berkuasa melalui tindakan-tindakan mereka sekalipun secara tidak berakhlak dan tidak islamik, mengaut jawatan-jawatan untuk kumpulan mereka.

Mengejutkan juga apabila di Johor diberitakan hanya 11 orang ahli dari 52 orang yang sepatutnya hadir di dalam mesyuarat BPPJ yang kini Pesuruhjayanya ialah Datok Mahfodz Mohamed, yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Ia juga menunjukkan PAS kawasan-kawasan di Johor rata-rata menolak pertukaran Pesuruhjayanya dari Tn Hj Aminolhuda Hassan kepada Datok Mahfodz.

Sementara itu di Seremban malam tadi, ceramah yang disampaikan oleh Naib presiden PAS yang baru, Ustaz Idris Ahmad bersama-sama PJ Negeri Sembilan yang barum begitu lengang dan hanya dihadiri oleh tidak sampai 20 orang pendengar.


Demikianlah, bahananya apabila kumpulan profesional "disingkirkan" umpama pembersihan etnik Rohingya oleh golongan ulama yang gila kuasa dan gila jawatan dalam parti.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Para ulama kini sedang mengkuburkan PAS dari persada pilitik tanahair!