Adun PAS Selangor gesa kukuhkan Pakatan Rakyat
Pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS dari Selangor hari ini menggesa agar usaha-usaha dilakukan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ia selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu yang menegaskan bahawa PAS komited terhadap Pakatan Rakyat.
"Di dalam satu pertemuan di Shah Alam, kami bersetuju agar semua pihak mesti berusaha untuk memulihkan hubungan di dalam pakatan tersebut.
"Walaupun terdapat banyak cabaran tetapi kami yakin ketiga-tiga parti berupaya menangani sebarang masalah yang timbul dengan bijaksana melalui perundingan," ujarnya dalam satu kenyataan.
PAS negeri juga, ujar beliau menggesa agar hubungan di peringkat akar umbi dijalin dan diperkukuhkan.
"Negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai krisis dan rakyat semakin tertekan akibat kos sara hidup yang meningkat," katanya yang juga exco kerajaan negeri.
Tambahnya, Pakatan Rakyat merupakan sinar harapan bagi rakyat dan keyakinan yang telah diberikan oleh mereka selama ini tidak seharusnya disia-siakan.
Di Selangor, ujar beliau rakyat telah dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik menerusi dasar bersama Pakatan Rakyat yang menitikberatkan ketelusan, memerangi rasuah, peluang ekonomi yang adil, kediaman mampu milik dan polisi-polisi baru yang lain.
Menurutnya, usaha-usaha di negeri itu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu diteruskan agar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terus kukuh demi kebajikan dan masa depan rakyat.
"Semoga kecemerlangan Pakatan Rakyat di Selangor akan menjadi contoh dan pendorong kepada seluruh rakyat Malaysia membuat keputusan untuk menamatkan keangkuhan Barisan Nasional," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS. -HD
ULASAN GB
Sekarang baru Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor menggesa untuk kukuhkan Pakatan Rakyat.
Dahulu seamasa dua ADUN bertindak untuk mengukuhkan PR, mereka berdua dikutuk, dicaci dan dihina dengan begitu teruk sekali sehinggalah kedua-dua ADUN berkenaan digantung keahliannya.
Kedua-dua ADUN itu dikatakan mendahului Presiden dan MSU di dalam menyokong PKR. Jika demikian halnya sehingga mereka berdua digantung keahlian, tidakkah tindakan Iskandar juga mendahului MSU dan PAS Pusat yang belum bersidang untuk memutuskan mengenai usul Dewan Ulama berkenaan? Dan tidakkan Iskandar juga boleh dikenakan dengan tindakan disiplin yang sama dengan kedua-dua ADUN berkenaan dengan berasaskan prinsip keadilan kerana telah wujud "precedence"?
Kini apabila DAP sudah menyatakan PR tidak wujud lagi, dan apabila Azmin menyatakan PKR menghormati keputusan Muktamar PAS yang memutuskan kerjasama dengan DAP, baru kedengaran suara sumbang Iskandar untuk mengukuhkan PR.
Beliau tahu dengan kenyataan DAP tersebut, kerajaan PR akan digantikan dengan yang baharu. Seandainya mesyuarat PKR malam ini memutuskan untuk bersama dengan DAP di dalam kemelut yang berlaku, maka tersingkirlah PAS dari kerajaan negeri Selangor, yang membawa erti hilanglah semua jawatan-jawatan termasuk exco-exco dari PAS. 5,000 kakitangan dari kalangan ahli PAS yang dilantik dengan jawatan politik di negeri tersebut juga akan tamat.
Semasa muktamar baru-baru ini sewaktu Dewan Ulama membuat usul memutuskan kerjasama dengan DAP, tiada seorang pun perwakilan membantah. Malah usul itu telah diluluskan tanpa bahas.
Jika Iskandar jujur mempertahankan PR, mengapa beliau tidak bangun untuk membantah usul berkenaan?
Kini baru tercengang-cengang apabila terpelesok ke dalam jerat yang dipasang oleh kumpulan sendiri!
33 ulasan:
Salam
Tak tahu nak cakap apa
Anak gajah ni talam 1000muka
Kecut perut sebab baru buat umah mak dkt hulu kelang beratus ribu...setiap pagi ade jer kereta exco situ
Sapa kontraktor? Jgn apek yang dpt kontrak rumah terbengkalai bawah exco perumahan dah...
Mkn berisi pj Selangor niii.. Byk org 'derma' kpd pas Selangor...
Skrg kuat dan kaya... Bolehlah bersendirian....
Untuk mengukuhkan PR, PAS wajib memohon maaf secara TERBUKA kepada bukan sahaja DAP tetapi pada rakyat Malaysia di atas tindakan TIDAK CERDIK depa dalam hal ini.
Mengaku salah/silap memang susah hendak dilafaz. TETAPI bagi seorang yang mukmin dan menyedari keSALAH/SILAPan, wajib depa memohon keampuan dan kemaafan. Bukankah kita sebagai seorang Islam yang mukmin selalu memohon ampun dan maaf dengan Allah swt setiap hari di atas kesalahan yang dilakukan sama ada secara sedar atau pun tidak sedar? Kenapa harus kita malu mengaku keSILAPan itu? Sedangkan kita harus sedar bahawa berundur selangkah tidak bermakna kita KALAH malahan dengan berundur selangkah ini akan membuat kita makin dihormati dan disayangi. Yang paling kita BENCI ialah orang yang berbuat keSILAPan tidak rela mengaku keSILAPan tersebut malahan diletakkan keSILAPan itu pada orang lain pulak. Inilah manusia yang bukan sahaja paling diBENCI malahan diKEJI.
Memohon keMAAFan tidak akan terjejas sedikit pun maruah PAS. Jangan buat U turn dengan menyalahkan orang lain pulak.
Haa..haaa..haaa.Orang mcam ni/sama dgn TGHH,TITM, Kalau jumpa ular dan mereka, kita belasah mereka dulu.Cakap tak serupa bikin, hanya pentingkan perut group dan diri sendiri sahaja, apa pendapat ahli-ahli bawahan tak diambil kira???
Cuba bayangkan jika tiada 2 orang DUN Pas yg pro-rakyat dulu yg berani dah tentu hassan Ali menjadi MB, Aakah perkataan yg sama yg keluar dari mulutnya dalam situasi sebegini.
Biarlah mereka ini dikeluarkan dari awal ,jgn last minute pilihanraya PR14 baru nak buat,PR dah ditikam dibelakang sebanyak 3X oleh group2 mereka2 ini.
Gantikan mereka dgn DUN ulu Klang,DUN Bangi, atau pun DUN Meru atau DUN bangi. Supaya DUN baru yg pro-rakyat dapat bergerak terus pada rakyat dan tiada lagi musuh dalam selimut.
Apa lagi kalau bukan munafik? Buang batu lepas tu simpang tangan belakang
cakap tak serupa bikin, biar padan muka
Saya salahkan DEWAN ULAMA PAS yg lembab dalam berpolitik
Saya turut salah kan Presiden yg membiarkan amalan fitnah, barua, tolol dalam PAS. Mulut isle isle tapi .......(jwb sendiri)
ada telur kan mana si Moktar Senik, Zuhdi, Amar, lebai temerloh kenapa menyorok disebalik jubbah hahhhh......
Membangun bersama kepimpinan CAI
esk lusa da nK puasa..lagi sebulan da rayooo...
Mana blh letak jawatan...
Habis tahun ni nK raya MCM mana???
KAH KAH KAH...
Masuk kehutan mnjerat babi
Lobang digali berpacak sembilu
Org ygTOLOL mnjerat diri
Sembilu MENIKAM pedih & pilu
Org ygTOLOL mnjerat diri
Otak diganti siku & LUTOT
TerJEROBOS lobang mnikam diri
Sembilu menusuk kdlm buntut
Org ygTOLOL mnjerat diri
Onar FITNAH jd taruhan
Gaban gelap tak SEDAR diri
Itulah keajaiban kbesaran TUHAN
Wak yit ni mimpi ko ngigau.Ko tolol.Dah kena cerai tolok tiga baru nak pakai bedak gicu,make ubat sepit.Dah terlambat dah weh bodoo .Bo lah laye ore laguni.PKR DAP WAt putusan molek ejas gu baru begerak kedepan laksana aspirasi rakyat.
Masuk kehutan mnjerat babi
Lobang digali berpacak sembilu
Org ygTOLOL mnjerat diri
Sembilu MENIKAM pedih & pilu
Org ygTOLOL mnjerat diri
Otak diganti siku & LUTOT
TerJEROBOS lobang mnikam diri
Sembilu menusuk kdlm buntut
Org ygTOLOL mnjerat diri
Onar FITNAH jd taruhan
Gaban gelap tak SEDAR diri
Itulah keajaiban kbesaran TUHAN
PAS elok bersendiri kerana perjuangan PAS tidak serasi dengan DAP dan PKR. Hanya PAS mahukan hudud. Tidak ada lain2 parti dalam negara ini yang mahukan hudud. Jadi keluarlah dengan hormat dari Pakatan dan teruskan berpolitik secara bersendiri. Mudah-mudahan dalam PU nanti terkuburlah PAS. Negara pun boleh lebih aman. Tak perlu lagi fikir atau berdebat tentang PAS dan hudud.
Tinggla 3 hari lagi sidang parlimen. RUU hudud entah ke mana. Jangan harap bil ini akan dibentang. PAS terpaksalah tunggu bulan jatuh ke riba...... kesian.
Sekarang baru sedar mempertahankan maruah presiden yang jelas tidak berintergiriti dalam parti dan dalam Pakatan Rakyat terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Semua pemimpin baru dan para perwakilan PAS yang datang ke muktamar di Kuala Selangor tempoh hari patut menyanyi lagu.....ya hana na ya ha na na.
https://www.youtube.com/watch?v=7d1V0Uc7fSw
Swkarang baru kau tahu langit itu sesungguhnya tinggi ,selam ni sedap nya kau menggunakan akal kau di kepala lutut,Ha.! sekarang ambik habuan kau keran mnegkhinati kawan sendiri.dari isu khaldi lagi kau ni Iskandar memertahankan Hj hadi dan khaldi,terimalah habuan untuk kau,
Ulamak Pas ni tak taulah aku nak kata apa.
Benda yang senang macam ni pun susah sangat nak pikir..
Hanya kerana nak memenangkan beberapa kerat pemimpin Pas, akhirnya parti Pas sendiri yang terpaksa menanggung akibatnya.
Hoiii.... ini bukan tahun 1957 la...
Alahai..
Apo nok di kato..
--ito blues geng
Cakap main lepas je. Tak berfikir. Taknak kaji akibat-akibat yang akan timbul. Sekarang orang bawahan juga yang susah. Alhamdulillah perkara ni berlaku sebelum PRU14. Kalau pun PAS dan DAP berbaik semula, orang yang teraniaya akan tetap marah. Zaman ekonomi merosot, nilai ringgit menjunam, macam-macam lagi ada orang bawahan dibuang kerja. Otak taruk kat lutut ka? Bila dah kecoh semua senyap. Rakyat akan menghukum bila masanya tiba!!
Para Blogger, salaam. Komen 'Anti Fitnah' adalah baik. Namun pada yg tidak terlibat perlu berlapang dada dan bersegera mengatur gerak kerja untuk meneruskan perjuangan, mungkin dlm wadah yg lain di samping mengingati Allah banyak2. Mungkin ayat 13, al Hujuraat di garap sebagai penganjuran bahawa dgn memupuk usaha saling kenal mengenal (mungkin juga saling memahami) bangsa2, lantaran dicipta Allah S.W.T., sebegitu berbeza beza, akan InsyaAllah menjurus kpd pembinaan ketakwaan, dan bukan untuk membina perbalahan. Mohon ampun sekiranya terkhilaf.
Tak payah nak berlakon. Pkr tahu puak ularmak pasug nak rampas selangor.kome kutuk dap kutuk pkr hina wan azizah hijact prk permatang pauh.nasib baik akar umbi pas tempatan halau puak ularmak kaki hijact cara kotor.berambus dari pakatan rakyat.ada pun menyusahkan pr. Allah sudah tunjuk kan nasib baik pakatan rakyat masih tak berdaftar dgn ros.kalau tak lagi mudah puak ug paschai buat rampasan dgn bntuan umno dan khalid berahim dgn cara tpaksa bubar dun.
Semua nya kerana fulus...bila dah terlepas baru teringat kan rakyat.Padan Muka....tak mahu letak jawatan sekarang di terajang keluar.
masa krisis MB Sel, Hasan Ali bukan ADUN lagi. dah kena pecat sblum PRU 13
Ulamak Pas hanya layak tadbir masjid saja, sebab masjid untuk orang islam saja, negara dan negeri ada bukan islam, Allahyarham TGNA contah ulamak yang layak perintah dunia, wallahualam
Good.ulamak pas baru nk mula berfikir.masa muktamar bkn main sedap ego bongkak mcm mLaysia ni pass yg punya.Skrg br sedar perlukan rakan pr.sudah terlambat dh.bye2 pas ulamak,welcome parti islam demokrat baru
Iskandar. .... Masa lu mula2 naik gua tolong kem taman Nirwana untuk naikkan lu. Santapan kopi dan roti canai Alhamdullillah usaha kami melihat lu atas tiket PAS menang akhirnya. Sekarang lu dah lupa diri. Lu menang di chempaka bukan melayu saja yang undi tapi bangsa lain pun undi sama. Masih ingat lagi macam mana lu kali pertama menang adun chempaka pada Ketika itu Parlimen BN menang tapi bagi Adun chempaka PAS buat kali pertama berjaya merampas kuasa dari tangan BN yang tu lu ingat hadi ada turun kempen untuk lu, nama Tantawi dan nik abduh pun tak penah wujud ada lu pikir sapa bagi lu menang kat Chempaka atas tiket PAS ....MELAYU saja ke?
Kem Taman Nirwana pecah kan tenaga sukarela ke beberapa pondok panas, kawan diminta bantu di sekolah pandan indah, masa tu undi diam masyarakat cina dan india sudah menunjuk isyarat dari jauh atau sambil menunjukkan tanda bagus lalu dihadapan pondok panas. Pada mulanya kami rasa akan tewas kerana pondok panas Pas tidak lah mendapat kunjungan yang menggalakan tapi entah macam ada seorang apek datang ke pondok kami samvil berkata " jangan semua pondok nampak kurang tapi kita bagi satu BN menang satu Pembangkang menang" sambil bersalam dia pun berlalu pergi. Akhirnya kata2 Apek tu benar cuma beliau tak sebut adun atau parlimen. Gua happy gila selama bertahun membantu asyik tewas akhir untuk merasakan kemenangan termakbul juga.
Sehingga hari gua tetap pengundi untuk Adun chempaka walaupun sudah berpindah jauh dari pandan. Bila PAS dah mula merapu dan ingin memipin saf dan jemaahnya saja gua rasa ini sudah tak betul. Patut lu orang dalam PAS yang mana ilmu agama tinggi boleh berfikir dengan baik dan waras tapi lagi teruk dari perangai orang2 Umno dan bersifat RIAK. Ingatlah yang bagi undi kat lu Samad bukan bangsa melayu saja tapi bangsa lain pun sama, harapan mereka pada lu hak dan suara mereka di dengar dab lu jangan bersifat RIAK dakam diam kami sebagai Rakyat bukan bodoh untuk menilai sifat dan telatah pada pemimpin yang kami berikan kepercayaan.
SAMAD .... gua sebagai pengundi di dun chempaka tidak pernah memohon atau berjumpa dengan lu untuk meminta apa2 pun dari kawasan lu atau dengan lu tapi gua sebagai pengundi di adun Chempaka meminta lu "letak saja jawatan sebagai exco PAS" bukan Rakyat yang mibta tapi Parti lu yg tak sador tu yang beria-ia sangat nak jadi hero bodoh dan RIAK..!
Kalau lu menang atas undi dari orang Melayu saja gua tak kisah tapi lu punya undi 35% bangsa lain undi sama.
Letak jawatan dan bantu saf dan jemaah lu yg nak hidupkan MESRA UMNO yang mana brother2 lu tu semua ada dah berangan nak mengumpul harta seperti pemimpin UMNO yg lain. Gua harap bila lu dah berjaya bermesra pastikan JABATAN AGAMA diseluruh Malaysia dapat diselaraskan undang2 dan perkara2 yang sepatutnya. Nak jadi Ulamak buat cara sebagai Ulamak yang sebenar, jangan jadi Ular dalam semak sudah. Kalau tak betul kata ia tidak betul jangan berbelit belit. Kejap cerai, kejap tidak..!
Gua pernah bantu lu menang dengan berkhidmat secara sukarela dan " Tak Sabar Tunggu PRU Akan Datang Untuk Membantu Menumbangkan Lu.. Samad" dengan berkhidmat secara sukarela.
Good Luck Samad.....!
Minta maaf secara terbuka tak cukup. Kena di iringi dengan surat melepaskan jawatan Presiden. Dan jangan nak berbunga-bunga bila nak minta maaf. Ambil tanggung-jawab sepenuhnya. Jangan nak kata manusia tak sempurna lah. Semua orang ada melakukan kesilapan lah. Tidak ada niat untuk memecah-belahkan PR lah. Dah hujung-hujung bagaimanapun saya minta maaf . Tu pun dengar tak dengar.
Bertahun-tahun Presiden berpura-pura dengn kita. Jangan ingat pasal memutuskan hubungan dengan DAP sahaja yang jadi punca nya. Banyak perkara yang Presiden kena minta maaf. Bermula pembelotan di Perak. Satu dua kesalahan boleh lah minta maaf tanpa surat lepas jawatan.
Tiada maaf bagi mu. (Sharifah Aini, semuga ruh nya di rahmati Allah)
Pimpinan baru PAS semua mangkuk hayun
Nik zawawi dgn kreta mewah2 nya
Din tantawi dgn vellfirenya
Nik bodoh dgn honda crvnya
Amar dgn kreta antiknya
Takiyuddin dgn bini2nya
Kiranya semua mcm gampang laa..
Rakyat yg menyokong miskin nak mampus
Pemimpin bermewah mewahan
Cakap islam perangai mcm sial
Keputusan menamatkan kerjasama dgn PAS saya kira adalah yg terbaik selagi barisan kepimpinan masih lg terdiri drp gengCHAI. Langkah ini bukan sahaja akan dpt menghalang kerosakan2 yg pasti berterusan sekiranya kerjasama dikekalkan kerana HH terbukti telah byk kali menikam belakang rakan sepakatan. Dia (maaf ke rania tak gunakan tuan guru a tau beliau) telah memulakan kerja2 jahat ini sebaik sahaja PR berjaya menawan Selangor dan Perak dgn idea UG songsangnya. Kemudian, Tanpa sedikit rasa malu pun dia telah melanggari persetujuan hanya satu Calon Dari PR untuk satu DUN di byk tempat pada PRU 13 yg lalu. Seterusnya, penghinaan terhadap rakan sekutu bermula apabila mulutnya menghambur fitnah terhadap Calon PKR dgn kes PILKUDA yg disahkan hakim sebagai fitnah tanpa dia tampil meminta maaf. Campurtangan DLM keluarga PKR di Selangor dgn kenyataan2 biadap terhadap DSWA dan berjaya menghuru-harakan kerajaan negeri Selangor hanya utk menyelamatkan kedudukan menantunya DLM sebuah GLC. Menghantar Private Bill yg dicanangkan sebagai Hudud sedangkan yg sebenarnya hanyalah satu enakmen jenayah tanpa berunding dgn mereka yg sewajibnya dirundingi - dgn pemimpin DLM PAS juga rakan PR. langsung tidak memberi sokongan moral kpd DSAI semasa FASA akhir penghakiman, anehnya dia pula percaya akan sistem kehakiman yg semua maklum akan kebobrokannya. Mengeluarkan kenyataan2 racist terhadap bangsa2 lain apabila mengatakan PAS tidak perlukan undi Bukan melayu. Membiarkan kelakuan kurangajar sesetengah ahli terhadap ahli lain, contohnya demontrasi pemuda PAS Pahang, serangan fizikal terhadap DR Zul. Menggunakan perkataan2 kesat, Kasar dan biadap terhadap ahli sendiri. Telah juga secara terbuka menyokong NAJIB sedangkan sebagai seorang yg berilmu, dia sepatutnya menentang NAJIB secara total setelah melihat kesengsaraan rakyat akibat pemerintahan BN. Mengizinkan cara2 jijik digunakan sebelum dan semasa muktamar PAS Hanya utk memastikan yg terpilih adalah dr golongan wala' pemimpin sepertinya. Mengarahkan akan usul putus hubungan dgn DAP diterima tanpa perbahasan. Lantas, setelah melihat, mendengar dan mengalami sendiri apa yg telah dilakukan oleh 'this so called ulama', apa jaminan yg dia akan terus melakukan perkara2 yg lebih dahsyat Pada masa yg akan dtg? Tambahan pula, para pemimpin CHAI yg menang baru2 ini disahkan amateur mesra dgn UMNOBN. tidakkah ini merabakkan harapan majoriti rakyat yg bekerja keras menumbangkan kerajaan zalim ini? Apa yg boleh ditelah ialah Hadi dgn apa yg telah dia lakukan dapat di baca sebagai satu pengkhianatan terhadap harapan rakyat. Mengekalkan kewujudannya DLM gabungan seperti PR akan hanya sebagai mendukung biawak hidup dan yg paling menakutkan biawak biawak ini memakai jubah yg didalamnya terdapat siku dan lutut yg hanya digunakan terhadap rakan sepakatan. Lalu, tindakan memutuskan hubungan dgn sebuah parti sebegini sudah kelihatan amat bijak drp diteruskan dan akan dilihat amat naif kerana membiarkan yg riak bertambah riak. Tindakan ini bukan sahaja menyelamatkan sesebuah parti. Ia lebih Besar drp itu - harapan rakyat yg selama ini bertungkus lumus membentuk perubahan. Bravo LGE,
Mohon maaf
Kerana tidak mungkin ularrrmak tegar pas anti DAP dan anti kapir dan anti 'cina' mahu menjilat kembali ludah beracun m.arsenik mereka..
Mana mungkin ada ayat alquran yg suruh ularrrmak jilat ludah sendiri sesudah lendir itu melekit di pipi org kapiaq.. Kutuk lg adalah...
Dap bukan anak jantan kata Nik abudoh
Ini macam punya orang pun ada.
Sebenar nya bukan kehendak mereka untuk mengukuhkan PR.Tetapi selepas muktamar, mereka tak sangka ramai ahli-ahl PAS yang keciwa dan terang-terang menunjukkan sokongan pada progresif. Pasal Hj Hadi, hudud, usul tanpa bahas dan mempertahankan 'Islam, Melayu dan Raja', semua itu boleh di belit.
Tetapi bila ahli-ahli sendiri tak sokong kepimpinan ulama mereka kecut. Mereka silap. Bukan memulihkan hubungan dengan parti PKR dan DAP tetapi memulihkan hubungan dengan kumpulan progresif. Bukan berunding untuk selamat kan PR tetapi berunding lah untuk selamtkan PAS. Baru lah PAS jalan dengan betul.Ini yang ahli tuntut dari ulamak.
Dah jadi Parti ulamak tapi tak ada ahli. Punca nya semua orang tahu. Jika nak jadi Imam pergi lah buat mesjid lain kan?
Sekiranya ahli-ahli PAS betul-betul berdiri di belakang Presiden dan ulamak, jangan harap lah mereka merendah diri dan tunjuk baik macam ini.
Berbalik pada Selangor, bukan kah Dewan Ulamak PAS Selangor yang mencabar LGE pecat saja ahli PAS yang memegang jawatan? Siapa kata yang PAS kena cucuk hidung?
Ini macam punya ulamak pun ada.
Kepada Allah kita kembalikan.
pemimpin pas baru berjuang utk rakyat ka atau utk jawatan? jawab sendiri. rakyat tunggu utk hukum, insyaallah
Kongsi di fb aku bro blh ka iskandar zulnine.....tq
Yang menang entah kemana, yang kalah semakin hebat.
maka yang menang dapat rantai, yg kalah dapat monyet.
maka rantai lebh murah dari monyet.
Hello Iskandar apa yang kau merepek ni. Kau tahu tak ramai orang masih ingat akan pesanan dan ajaran Almarhum TGNA? Bila beliau pergi ramai, ya ramai pemimpin PAs yang tak sedar diri dan jadi mabuk. Sekarang gelombang senyap sedang melanggar Selangor. 'PAS is history in Selangor'. Thank you and Good bye. Please go and don't come back!!
Catat Ulasan