16 Jun 2015

Soladiriti Untuk Rakan Profesional, Amirudin Tolak Jawatan PJ PAS Kedah


Amirudin pula tolak jawatan pesuruhjaya PAS Kedah

Selepas Mazlan Aliman melepaskan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, seorang lagi pemimpin Datuk Amirudin Hamzah menolak jawatankuasa pesuruhjaya Kedah yang ditawarkan kepadanya.

Menurut sumber, Amirudin sudah menghantar surat memaklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat PAS yang beliau tidak menerima tawaran itu.

Amirudin yang juga bekas AJK PAS Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan baru-baru ini apabila perwakilan hanya memilih calon dalam 'cai' kumpulan konservatif.

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan, mesyuarat pertama AJK Pusat yang baharu melantik Amirudin sebagai pesuruhjaya Kedah menggantikan Datuk Mahfuz Omar.

Amirudin mendapat perhatian apabila sedia bertanding merebut jawatan yang dipertua PAS Kuala Kedah melawan presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Namun Phahrolrazi tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang sejak sekian lama itu menyebakan Amirudin menang tanpa bertanding.

Pagi tadi, pada sidang medianya Mazlan, satu-satunya anggota kumpulan progresif yang menang, meletakkan jawatan sebagai AJK PAS Pusat yang dimenanginya dalam pemilihan baru-baru ini.

Sementara itu di Johor, mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 26 kawasan di Johor.

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.

Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik.

ULASAN GB

Syabas kepada Datuk Ir. Amirudin Hamzah.

Satu tindakan yang menampakkan solidariti untuk rakan-rakan dari kalangan progresif yang dipermain dan disingkirkan oleh ulama-ulama PAS melalui perbuatan "cai" semasa muktamar.

Kita berharap semua rakan-rakan dari kalangan profesional/progresif akan menolak sebarang tawaran/perlantikan jawatan di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan bagi membantah "geng ulama" yang berlagak bijak dan berlagak berkuasa melalui tindakan-tindakan mereka sekalipun secara tidak berakhlak dan tidak islamik, mengaut jawatan-jawatan untuk kumpulan mereka.

Mengejutkan juga apabila di Johor diberitakan hanya 11 orang ahli dari 52 orang yang sepatutnya hadir di dalam mesyuarat BPPJ yang kini Pesuruhjayanya ialah Datok Mahfodz Mohamed, yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Ia juga menunjukkan PAS kawasan-kawasan di Johor rata-rata menolak pertukaran Pesuruhjayanya dari Tn Hj Aminolhuda Hassan kepada Datok Mahfodz.

Sementara itu di Seremban malam tadi, ceramah yang disampaikan oleh Naib presiden PAS yang baru, Ustaz Idris Ahmad bersama-sama PJ Negeri Sembilan yang barum begitu lengang dan hanya dihadiri oleh tidak sampai 20 orang pendengar.


Demikianlah, bahananya apabila kumpulan profesional "disingkirkan" umpama pembersihan etnik Rohingya oleh golongan ulama yang gila kuasa dan gila jawatan dalam parti.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Para ulama kini sedang mengkuburkan PAS dari persada pilitik tanahair!

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas YB Datuk Amiruddin, inilah contoh pemimpin yang berprinsip dan bermaruah...saya salute YB Datuk.

azhar rangkuti berkata...

Malam semalam ahli2 Kelab Otai Reformis 98' bkumpul d Restoran Pak Amjal menyatakan Solidariti kpd mantan pimpinan2 PAS dari team Profesional yg tewas. antara yg hadir ialah Dr. Hatta, Md Sabu, Khalid Samad, Dr Mariah, Hasnul Morib dll.

Dari reaksi pimpinan yg berucap, tdak dinyatakan secara jelas bhwa akan ada 1 parti baru ditubuhkan dlm masa tdekat.

Sy sndiri btanya kpd Pak Abu Urwah@ Saari Sungib selaku Pengerusi Otai Reformis "What's next?"
Dia cuba mjawab "Tunggu dulu".

Harap dpt disegerakan kerna cuma ada paling lewat 3 tahun utk establish parti sblum PRU akan dtg

Tanpa Nama berkata...

Adooyaaiii...tu baru kat N9, wahai AJK-AJK baru pas, buatlah test market, pegi jelajah semua negeri buat ceramah...tengoklah apa macam.

Tanpa Nama berkata...

Adooyaaiii...tu baru kat N9, wahai AJK-AJK baru pas, buatlah test market, pegi jelajah semua negeri buat ceramah...tengoklah apa macam.

Tanpa Nama berkata...

syabas kepada YB datuk amiruddin yang membuat keputusan yang tepat mengikut kehendak rakyat ramai.Biarkan ulamak tersebut meneruskan perjunagan dilandasan yang mereka merak bolih ke depan.kita biarkan ,semoga Pas dengan peminpinya akan amkin layu.kita mohon agar mereka akan mendapat kesan dari peruatan mereka yang melampau .menyingkirkan kumpulan yang menaikan Pas selam ini.

Tanpa Nama berkata...

Gmbar ceramah tu mmg x boley blah...

kah kah kah..x smp 20 org..

jelas tepat nyata..pas kembali ke zaman gelap..

tahniah utk tuang presideng dan para walaun..

ASALKAN BUKAN UMNO..
ASALKAN BUKAN PAS..

Tanpa Nama berkata...

Saya raso kalau sambutan rakyat macam ni, umno pun taknak terima,umno ingatkan TGHH dan TITM boleh bawa semua ahli-ahli mereka.MENGHABIHKAN BOREHH, jo!!Umno pun banyak masaalah, TGHH nak bawa masaalah kek umno....hehehehhh..Last..last terpakso jilat ludah balik..la ni..ekau dah jadi kero sumbang..TGHH Nak bodek Najib..dio pun bolum tontuu..Nak bodek Muhyidinn..pun bolum tontu..Mano ekau nak poghi jang eehhh...nak jadi Nelayan kek rusila kot... Nak balik ka LGE!!lagi malu..Takpo suruh anak menantu den/iskandar samad pujuk azmin..kot..kot ado..tuahh.Prinsip islam den/hudud tu lotak topi...yg penteng syuruuu jangan miss. Heee..hehhehhe Majlis Syuru Ulamak , aku yg pogang..hahha..bagi lamo sikit Harun jin ka mokahh,ado reason masih bersamo PR..keputusan lambet laghi...

Tanpa Nama berkata...

PAS hebat kerana 1. Pemilihan menggunakan Cai
2 Ada ketua yg men tolol dan barua kan orang
3 Ada kunun ulama tapi jebon kan orang
4 Ada pro ulama yg cinta fitnah dalam menjayakan matlamat

JADI kalau masih ada TELUR dan Maruah lepas kan lah jawatan di Pulau Pinang atau lebih bertelur lepas jawatan di Selangor.
Tak perlu U-Turn nanti telur Dewan Ulama nak letak mana.
Mudah saja patuhi Muktamar dan dengar kehendak Dewan Ulama masa muktamar dulu.

PAS memualkan dgn cai, fitnah, tolol, siku, lutut dll > Memalukan Agama Islam saja.

Cinta Duit Nampak
Membangun bersama kepimpinan CAI

Tanpa Nama berkata...

Sejak bila orang kuat Azizan Razak duduk dalam team profesional? Setahu aku di Kedah dia paling wala kepada TGHA yang menyingkirkan Phahrolrazi dari politik Kedah.

Dia dah nampak tak boleh tangani kemelut di Kedah.... so mahu cuci tanganlah tu.

Anti Fitnah berkata...

Dato', aku bangga dengan hang. Tabik spring dpd saya. Kedah berbangga dengan hang.
Kuasa dan Jawatan hanya pinjaman. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Allah swt menyayangi manusia yang telus, berintegriti, ... walaupun ilmu agama depa tidak setinggi TOK GURU.
Allah swt menilai hambanya dari segi amalan kebaikannya. Mukiminin tidak akan mungkir janji, tidak akan melakukan pengkhianatan terhadap kawan maupun lawan, tiada sifat keBANGSAan, .... mukminkah kita ni?

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100%..biar puak sarban terjun dgn labu labunya..

Mr Oren berkata...

Jangan tergesa2 tubuh parti baru.. 2 bulan mendatang ni Siapkan struktur organisasi, perlembagaan, strategi, misi dan visi, dapatkan pandangan semua peringkat, kumpulkan jentera dan kekuatan.. Biar masyarakat nampak parti ini benar2 serius, ada hala tuju dan bersedia memikul amanah rakyat.. Bukan kerana kecewa.. Jangan jadi seperti hamim dan berjasa..

Tanpa Nama berkata...

Orang yg ada maruah akan bertindak spt YB Amiruddin, Mazlan dan lain2. Slps dicaci, dilabel dgn mcm2 gelaran oleh pro Hadi, nak buat2 baik pulak.

Lagipun, golongan progresif dan profesional akan menghadapi kesukaran bekerjasama dgn golongan ulamak2, ostad jumud yg sombong dan bongkak. Mrk tu dah perasan bagus dlm serba serbi. Boleh online dgn Allah 24jam sambil memegang tiket masuk syurga.

Tanpa Nama berkata...

Pas kembali menjadi Parti Lebai Malang.. kasehann

Tanpa Nama berkata...

Mr Oren,

Saya setuju dgn pandangan Hang.

Tapi yg lebih penting ongkosnya atau sponsornya. Sebab nanti nak promote satu Malaya.

Jadi saya cadangkan parti baru ni ada unit media maya, supaya ada blog/forum sendiri.

Mungkin GreenBOC sendiri boleh bantu ?

Mr Oren berkata...

Saya harap bukan PasMa yang akan memimpin parti baru kelak.. Impian saya agar parti baru ini masih berteraskan Islam agama yang rahmat, dipimpin oleh ahli2 progresif daripada PAS, Umno (saya terbayang Saifuddin Abdullah je setakat ni), figure seperti Dr Maza, Dr Mazlee, Ustaz Hasrizal, Prof Agus, syed Zainal ex-proton, saiful nang, Adam Adli dan ramai lg.. Sayang Pak Samad dah pilih DAP..

Tanpa Nama berkata...

TURUNKAN HADI TITM DGN JUAK-JUAKNYA PAS PASTI SETABIL BALIK...INSYA ALLAH CELAKA NI TAK TAHU MENTADBIR

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Pada pandangan tidak perlu parti baru ditubuhkan hanya tunggu dan lihat apa akan jadi dalam tempoh 2 tahun AJK PAS Pusat ini kendalikan PAS. Insha Allah kebenaran dan kesedaran akan jua timbul. Semoga kita sama-sama istiqamah dan berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang benar. Jangan kita juga tergolong dalam golongan yang gopoh dan ego seperti yang ditunjukkan oleh mereka dalam muktamar. Belajar dari kesilapan adalah ilmu yang tiada terhingga nilai.

azhar rangkuti berkata...

memang ada usaha ke arah itu; cuma belum dizahirkan scara jelas

Tanpa Nama berkata...

Habislah karung hijau x berisi jawabnya menjelang pilihan raya nanti..balasan untuk yg takbur...

Mr Oren berkata...

Encik Koperasi, saya berpegang dengan disiplin berorganisasi, kita boleh tak setuju dengan pimpinan tetapi bila arahan dikeluarkan kita mesti patuh.. Dan sebagai ahli kita wajib mengharapkan yang terbaik untuk organisasi kita walau siapa pon yang memimpin.. Satu saja pilihan untuk tidak patuh, iaitu tubuh parti baru.. 2 tahun untuk menunggu sambil mengharapkan mereka buat silap dan ambil pengajaran adalah tempoh yang sangat lama untuk situasi sekarang.. Pandangan saya lah..

Tanpa Nama berkata...




.

PAS dah cukup dimalukan oleh pemimpin PAS sendiri. Kalau nak meminang biar lah yakin pihak sana sedia terima atau sekurang-kurang nya di pertimbangkan. PAS macam bau taik busuk bila ahli sendiri tolak pinangan.

Ini cuma taktik bodoh. Jika tawaran tersebut di terima, peluang ulama cerah sebab jangka hayat mereka lama sikit dan seterusnya kedudukan PAS di Pulau Pinang selamat sementara waktu. Ulamak ini tidak akan putus-putus menawar jawatan kepada profesional.

Satu saja yang perlu diingatkan, apa cara pun PAS telah melakukan kesilapan yang amat besar semasa muktamar. Cara yang boleh di selesaikan ialah dengan dah tak ada cara nya selagi ulamak tak sedar diri., selagi itu lah kita kena tanggung apa yang terjadi sekarang ini dan kita hanya boleh menunggu bila tiba masa nya PAS bersendirian kerana di tolak pengundi kelak.


Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

Salam semua.

Saya setuju 100% dari Mr.Oren, 1. Pasma badan pertubuhan dakwah dah mulakanya, bijak kerana tak convert Pasma ka Parti Politik.
2.Branding PAS dah rosak, terutama orang-orang bukan islam, kalau kita bawa juga pada PRU14 Confirm Kalah (Minta maaf pada ahli pas golongan pro yg masih nak kekal dalam PAS).(kecuali kepimpinan sekarang beri balik jawatatn seperti dulu/atau adakan muktamar secara adil sekali lagi: Mustahil berlaku)
3.Pasma dah mulakan dgn, memangil gerakkan NGO dan gerakkan islam yg lain, untuk mebuat perlembagaan parti, ISLAM terasnya.Kalau boleh ulamak-ulamak duduk di dalam gerakkan dakwah PASMA, tugasnya memberi nasihat/contoh akhlak yg baik dan dia tiada kepentingan langsung untuk berpehak atau berebut jawatan politik.
4.Kumpulkan tenaga-tenaga HARDCORE yg ramai, di dalam pelbagai bidang, IT,Financial,lawyers,technocrat,dan ramai lagi.
5.Set -up kerja masing-masing yg yg ahli di dalam bidang masing2, tertumanya finacial, saya rasa ramai jutawan-jutawan yg membantu PAS akan beralih arah membantu Parti baru ini.Dan adakan tabung permulaan umpamanya rm10.00 seaorang ahli,mungkin ada cara lain.
6.Perkuatkan tempat-tempat Parlement dan DUN yg dipegang oleh PAS sekarang.
7.Road-show ke semua tempat ahli-ahli PAS, dan terngkan pada mereka, disamping mejadikan mereka ahli baru.
8.Saya rasa negeri-negeri macam Johor,malacca,N9,PP,selangor,Sbah,Serawak kurang ISSUE sebab PAS baru nak bertapak disini.Insyallah negeri-negeri ini boleh convert semua/separuh ahli2 PAS ka parti baru./Dimana Dewan china/india terus diterapkan kedalam parti baru.
9.selepas 2 tahun, apabila mantap sikit, kerja-kerja mencari ahli baru dan menjaga kawasan dimulakan.
10.Saya mencadangkan bila tertubuhnya Pakatan Rakyat (baru) satu logo/atau bendera di perkenalkan.

Saya rasa banyak lagi cadangan yg bernas dari tuan-tuan.

WASSALAM

cikmatgelap berkata...

knp buat ceramah,ps tak sediakan bas,air kotak dan nasi lemak bungkus mcm ceramah amnu....jgn lupa duit sorang RM30 sorang,tentu ramai yg datang.....nasib kau le deris woiiiii....n anti balik jgn lupa singgah cangkat ibol makan durian

Tanpa Nama berkata...

Cuba kita siasat kesahihan perwakilan dari Kawasan Batu pada muktamar tahun ini kalau mereka hadir, semua AJK nya mufarakah/letak awatan sebelum mesyuarat agung Kawasan tersebut tahun ini. Macam mana Kawasan tersebut boleh mesyuarat agung tahun ini kalau semua AJK dah letak jawatan ? Dan kalau hantar wakil tetap ke muktamar, kesahihan mereka meragukan, RoS boleh tolong semak....

Tanpa Nama berkata...

Pemberita: Pada pandangan tuan ketua penerangan tentang perkembangan terbaru ini berkenaan ketidakhadiran masyarakat dalam ceramah PAS?

Ketua Penerangan: Sebenarnya kita tak kisah tentang kehadiran, janji karung penuh.

Pemberita: Karung langsung tak berisi pun.

KP: Langsung tak berisi? Kau tak isi?

Pemberita: Saya kena isi? Tuan isi tak?

KP: Saya isi tadi... banyak.

Pemberita: Ye ke... habis tu mana isinya?

KP: Itu kena tanya penaja ceramah ni.

Pemberita: Karung tak berisikan? Tapi tuan KP kata dia ada isi, jadi kenapa tiada langsung kutipan.

Penaja: Tak ada, kalau karung yang KP isi ada di tangan saya, tapi tak ada duit... ada CAI je.... untuk muktamar 2 tahun lagi.

Pemberita: CIS... CAI... boleh berkecai.

kopipanas berkata...

Perkembangan terkini memperlihatkan jalan sukar sedang dihadapi oleh pimpinan PAS yang baharu sahaja memenangi jawatan masing-masing. Penolakan yang jelas disebabkan oleh taktik kempen proulama yang jelas begitu kotor dan menjatuhkan maruah lawan. Malang lagi itulah budaya yang dihalalkan oleh proulama demi sebuah kemenangan.

Maka natijahnya sekarang, proses membentuk jawatankuasa dan melaksanakan gerak erja akan berhadapan masalah. Bukan untuk masa terdekat tetapi juga kesannya pada proses PRU nanti. Melainkan jika proulama masih beranggapan kememangan tidak penting.

Hakikatnya kemenangan yang diperoleh dengan cara yang tidak betul sudah dirasakan kesannya oleh proulama kini. Anda dapat apa yang anda tanam.

Tanpa Nama berkata...



.

Kita memilih tidak bersetuju.

Dengan pengalaman yang bertahun serta kemampuan menubuh PASMA tidak ada masalah untuk menyiapkan struktur, perlembangaan dan lain-lain. Jika kita serious kita perlu cepatkan sebab kita benar-benar perlu teruskan kesinabungan Pakatan Rakyat. Walaupun sekarang Pakatan Rakyat kucar-kacir, rakyat mahu satu pakatan yang tidak melibatkan kepimpinan ulamak PAS. Oleh itu, pengumuman oleh PASMA perlu di tubuh parti baru adalah tepat masa nya/

Jika bukan kerana Pakatan Rakyat, pro profesional nak tunggu hingga PRU baru nak tubuh parti atau tidak. ianya tidak memberi kesan pada suasana politik semasa.

Tidak perlu risaukan sangat dengan ongkosnya kerana pasti mendapat sokongan PKR dan DAP yang mana mereka juga memerlukan rakan baru sebagai penganti PAS.

Kita juga memilih tidak setuju bila ada pendapat mengharapkan bukan PASMA yang akan jadi parti baru tersebut. Satu kerana PASMA ditubukan untuk mengekalkan/menjaga hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat tetapi ada atau tidak pro ulamak mengunakan platform yang sudah sedia ada ini untuk memperbaiki hubungan dengan DAP. ?Sebaliknya PASMA di halau oleh Hj Hadi. Dalam kemelut ini, mengapa ulamak tak guna Husam untuk meredakan dan memulihkan keadaan. Serahkan pada Husam yang sehingga ke hari ini mendiamkan diri dan hanya memerhati keadaan.

Kita kena terima Dr MAZA, Prof Agus bahkan Pak Samad adalah bukan tokoh politik. Pak Samad memilih DAP bukan kerana politik DAP bagus tetapi kerja DAP membantu rakyat menjadikan Pak Samad memilih DAP kerana dengan cara ini Pak Samad rasa dapat mendekati rakyat, Orang-orang seperti Dr Maza dan lain-lain lah yang layak masuk PASMA jika tugas utama PASMA ia lah untuk memberi teguran dan pandangan kepada parti baru tersebut.

Jika begini kepimpnan ulamak dan AJK Pusat selepas dua tahun kita yakin kumpulan profesional akan dapat memimpin PAS semula dengan mengekalkan imej ulama sebagai penasihat.

Untuk menunggu dua tahun tidak lama dan jika begini perangai ulamak PAS harapan untuk kembalikan PAS pada asalnya terbuka luas. PAS semakin lemah. Kerana ketika itu baru perwakilan sedar atas kesilapan mereka menolak bulat-bulat kesemua kumpulan profesional. Itu jika kita baca ulamak benar-benar tidak akan bergabung atau berkerjasama dengan UMNO.

Kita hanya bagi pandangan. Dan pilihan kita ialah PASMA tubuh parti baru. DAP dan PKR tidak perlukan satu platform atau dewan untuk menasihati atau menegur mereka. Yang penting kerjasama dan hormat pada peraturan dan undang-undang samada dalam parti atau dalam kehidupun seharian.

Kepada Allah kita kembalikan.

Malaysiabaru berkata...

Yess we salute lim Guan eng ... Tokoh politik terhebat azmjn Ali yg semuanya adalah anak jtn tanah melayu...

Yb amir sejak dulu ank jtn...

Cuma sejak akhir ni nmpak ularmak sesat pas yg cirit birit dah mula jilat balik ludah beracun arsenik mereka terhadap dap...

Cara dakwah pun tak betul... Skrg telan sampai licin ludah mereka kembali dgn penuh kata nista thdp Dap.. Nak NEGO dgn pakatan pulak !!!

Tanpa Nama berkata...

yg di jilat licin tu ludah dia orang sendiri yang sebelah sini.
ludah kita sebelah sana tak di jilat lagi. hehehe

Dia orang yang berkempen memburuk kan profesional dengan membuat perwakilan benci pada DAP dan tindak-tanduk mereka telah berhasil bila profesional di pinggirkan, Bererti kebencian dan kesangsian ahli PAS pada DAP dah tertanam dalam hati ahli-ahli yang menyokong ulamak.

Baik atau tidak, jangan nak NEGO dengan pakatan. NEGO dengan Mat Sabu, Husam, Ustad Ahmad Awang. Kemudian dah selesai baru NEGO dengan pakatan.

azhar rangkuti berkata...

juga mantan pimpinan KeADILan spt Saifudin Nasution, Mustafa Kamil Ayub yg mpunyai fikrah harakiyyun.

Politikus Profesional spt Zaid Ibrahim, TSKI juga blh mperkukuhkan parti baru itu nanti

azhar rangkuti berkata...

Setuju. tdak perlu tnggu tlalu lama. masa dah suntuk. perlu bgerak seawal mungkin.

Pnubuhan parti baru dgn pnyertaan profesional bertitle YB akan menarik lebih ramai utk menyokong

Tanpa Nama berkata...

pecah dan bertelagah sikit2 apa salah nya..kan kata pas semakin matang..berbeda pandangan tu bagus utk parti dan ahli..walau mcm mana pun ulamak the best..puak2 yg kalah ni lah yg menentang hudud dan rela parti pas dicucuk hidung oleh dap dan pkr..mereka semua sebenar nya mata duitan dan kedunian..pas sekarang bebas dan segala masaalah akan selesai..

Malaysiabaru berkata...

Ya pas bebas dari pro-tadbir Pro -dakwah dan pro-silaturahim

Yg tinggal ularrrmak arsenik ...sesat ...biol

Skrg kome nak hambakan mat sabu

Sorryyyy la wei ...ko igt kami gila jawatangg mcm pak lebai..

Muntadarah dap pun ko nak telan bukannya nk letak jawatang

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya parti pas kita ini sedah semakin membesar pengaruhnya,punyai keahlian yg ramai dan semakin banyak org yg tertarik dan ingin mendampinginya..bila sudah besar sememang nya akan terjadi perkara2 sebegini..sebenarnya ini lah sebenarya yg akan mematangkan pas utk lebih kuat dan punyai jati diri..ahli boikot,keluar parti,tidak puas hati sudah menjadi kelaziman buat parti yg akan menjadi semakin kuat,,jgn perdulikan apa kata pkr,dap dan lain2 nya..mereka adalah musoh yg akan memecahkan parti pas dari dalam atau luar..untuk ahli2 yg tidak puas hati dan tiada keyakinan lagi kpd pas,sila keluar dari kelompok pas sekarang,pas akan jadi parti yg lebih bersih dan punyai ahli yg taat pada pemimpin

Tanpa Nama berkata...

Syabas YB ku. Mereka merancang tetapi depa lupa perancangan Allah. kesian kat ulamak n dgeng mengaku ular mak tapi perangai walla huaklam.

Tanpa Nama berkata...

AJK baru PAS yang baru dilantik melalui 'CAI',, segelintir kepimpinan tertinggi HARI HARI KELUAR tv arus perdana. Apa makna nya?... Itu lah PAS UG nak bersatu dengan Umno, maka nya kepimpinan tertinggi di beri ruang dan di beri peluang hari hari keluar TV untuk merosakan PAKATAN RAKYAT (PR). Sudah pernah masuk lubang ular berkali kali, masih mahu di patuk ular lagi buat kali seterusnya..Walaupun Umno itu MELAYU tetapi PENIPU.