16 Jun 2015

PR Tidak Wujud Lagi, K'jaan Selangor Akan Disusunsemula Tanpa PAS (?)


Pakatan tak wujud lagi, umum DAP

DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

Lim berkata, ketika penubuhannya, dicapai untuk mendukung prinsip muafakat dan kepercayaan bersama bersama demi membawa era baru politik yang telus dan bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tambah Lim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak setahun lepas gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan, antaranya dalam isu krisis menteri besar Selangor.

Keadaan itu, tambah Lim, menyebabkan gabungan itu hampir lumpuh.

Perkara itu, jelas Lim diburukkan lagi dengan kesediaan Hadi membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah kontroversi 1MDB.

Tidak terkecuali, Lim juga membangkitkan soal pelaksanaan hudud apabila pindaan enakmen Kelantan dan usaha mengemukakan rang undang-undang persendirian di parlimen tidak dibincangkan terlebih dahulu. -mk


Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baru

DAP memberi jaminan terus bekerjasama dengan PKR serta menteri besarnya Azmin Ali di Selangor walaupun telah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata mereka juga akan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi menamatkan pentadbiran Umno dan BN serta membentuk semula politik Malaysia.

“DAP akan terus bergerak ke arah gabungan baru lebih meluas dan berprinsip yang akan muncul untuk mengisi kekosongan politik yang boleh menyalakan semula harapan perubahan untuk merealisasikan impian Malaysia untuk masa depan lebih baik untuk semua,” katanya.

Lim juga berkata DAP akan menyokong kepimpinan Azmin untuk “membentuk semula” kerajaan negeri dengan gabungan berdasar manifesto Pakatan 2013 yang mendapat mandat lebih 60 peratus dalam pilihan raya umum.

Lim mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

DAP juga senaraikan tindak-tanduk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak sejak setahun lalu yang didakwa gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan.
-mk



PKR arah tutup mulut, mesyuarat malam ini

PKR mengarahkan pemimpinnya di semua peringkat menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan Pakatan Rakyat sehingga parti itu memuktamadkan tindakan mereka.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata biro politik PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di Petaling Jaya susulan pengumuman DAP bahawa Pakatan tidak lagi wujud.

“Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan,” katanya.
-mk


ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah menjangkakan hal ini akan berlaku.

Tetapi kerajaan PR Selangor akan terus dapat bertahan walaupun tanpa PAS kerana sekurang-kurangnya dua orang ADUN PAS akan menyertai kerajaan baharu PR di Selangor.

Sekarang ulama-ulama PASlah perlu dipertanggungjawabkan.

30 ulasan:

Sam Sung berkata...

Ape2 pn kt kne tegas dgn ug2 di selangor..kami bkn pewala bodoh..kami akn mgguna kn akal kami utk menilai perangai2 buruk anda sume wahai pas ug.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Memang sudah dijangkakan DAP akan membuat tindakan drastik, sedrastik lulusnya usul Dewan Ulama Pas memutuskan hubungannya. Usul tersebut diterima sebulat suara tanpa bahas pada Muktamar Pas 2015 yang lepas. Kini Pas terkontang-kanting keseorangan dan tiada lagi rakan yang mahu berkongsi dalam mentadbir Selangor dan Pulau Pinang. Maka penjawat-penjawat jawatan politik Pas di Selangor dan Pulau Pinang tidak dapat tidak kena melepaskan jawatan. Kerana Pulut santan binasa, kerana usul hilang kuasa. Dewan Ulama Pas menjadi penyebab Pas kehilangan perkongsian kepimpinan di dua negeri ini.

PKR dan DAP masih boleh lagi mentadbir Selangor. DAP ada 15 kerusi, PKR ada 13 kerusi dan dua adun Pas yang telah "dibaruakan" oleh presidennya boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah dengan 30 dari 56 kerusi dun Selangor. Dari pemerhatian pengamal politik, diramalkan beberapa orang adun Pas yang tidak sebulu dengan gaya kepimpinan presidennya yang terlalu autokratik dan celupar, mungkin akan memberi sokongan kepada kerajaan baharu pimpinan Azmin Ali. Kini Pas menjadi pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang. Penjawat-penjawat jawatan politik dari kalangan ahli-ahli Pas sudah kehilangan mata pencarian kerana periuk nasi mereka telah diletakkan pasir oleh Dewan Ulama Pas. Jika mereka ingin terus memegang jawatan, tiada pilihan melainkan menjadi ahli PKR atau DAP, atau menjadi ahli parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh PasMa dan kumpulan progesif profesional yang kecundang pada muktamar yang lalu.

Tanpa Nama berkata...

Nik Amar pernah berkata,pas xkejar jwtn,lgpun mrk cuma mencari keredhaan Allah.bkn putrajaya....hahahaha.inilah pepatah melayu ada menyebut "kerana mulut badan binasa"...Terimalah PAs akibat kobodohan diri sendiri...rakyat xda nk sokong pas dah.blah la pas dari PR....

air gunung berkata...

Tu laaaaaaaa...cerdik sgt.
nak tergolek sorang2 x per laaaaa..
ni habihhh semua jahanam.
tp aku yaqin the CaiPas aln gumbira sekali.
psaipa?????kerana geng2 munafiq kafir dah tidak lagi bersama mereka.so barulah parti islam.siapa yg x bersama mereka tak sokong islam.kerana islam itu pas dan pas itu islam.walhasil org mcm mokhtar senik n azli taliban pon bole jd ajk pas pusat.cerdik beno perwakilan...hahahahahaha.

Mr Oren berkata...

Saya benar2 kecewa.. Ok lah, katakan kita akur lah MSU dan JK Pusat yang akan buat keputusan berkenaan usul DUPP, tapi DAP sudah pon buat mesyuarat, PKR pula malam ni.. JK Pusat akan bincang 21hb, dan MSU hanya jawab dalam ilmu Allah.. Tunggu Mursyidul Am (bekas menurutnya) balik umrah atau Presiden balik dari berdakwah di Jepun? Lepas raya saja lah, sepanjang Ramadhan pasti Ustaz2 sibuk dengan tazkirah, 10 malam terakhir pula mungkin ramai yang nak ke Mekah. Kemudian Jamuan Aidilfitri PAS Pusat dan di kawasan masing2.

Tanpa Nama berkata...

INNALILLAH...........Wey panggil puak2 ularmak dan tok lebai UG mari solat jenazah wey....kita pakat2 gi kambus .Ni lah bahananya kalu wi ko wak long jadi ketua kucar lember habiiiih.Mari ramai2 kita cari pak tiri baru.Ghoyat ko puak2 kita jange putus asa lawe tetap lawe Umno BN tetap kena HUMBAN.

kopipanas berkata...

Saya melihat dalam isu ini ialah kebijakan berpolitik dan menangani isu yang membelengu PR. Semuanya gara-gara kemelut PAS-DAP.

i. DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, yakni menolak individu tetapi menerima PAS sebagai entiti yang sama-sama bernaung dalam PR.

ii. PAS melalui usul DUPP pula menggesa ditamatkan hubungan PAS-DAP. Walaupun berbagai-bagai tafsiran cuba diberikan.

-----------

Setelah kemelut ini berlarutan selepas Muktamar PAS ke-61 kelihatan pimpinan PAS yang baharu seolah-olah tidak pasti arah tuju untuk melaknakan keputusan muktamar. Pilihan yang ada ialah melaksanakan keputusan muktamar atau membuat pusingan terhadap usul tersebut.

Akibatnya, isu ini berlarutan dan pimpinan PAS masih berdolak-dalik seolah-olah bukan usul itu yang diputuskan dalam muktamar. Malahan dalam jangka masa ini juga Presiden dan Mursyidul AM berasda di luar negara. Terumabng ambing nampaknya JKPP.

Kesan besar daripada kemelut dalam PAS ini ialah PAS dilihat benci sangat dengan DAP, tetapi atas isu apa? Hudud atau kuasa? Yang kelihatan sekarang isu benci DAP ini sebenarnya kelihatan sebagai umpan sahaja untuk menarik perhatian kononnya proulama dalam PAS ini lebih yakin dan tegas dan sesuai untuk memimpin PAS. HAkikatnya hanya jawatan sahaja yang diinginkan, akibatnya kelihatan amat lemah dalam menangani isu hubungan ini.

Menyerang DAP bukan jalan kemenangan dan kebijakan bagi pimpinan PAS ini. Apatah lagi dalam isu PAS sendiri yang mengusulkan diputuskan hubungan. Adakah salah bilamana DAP bertegas bahawa hubungan PR sudah lebur? Adakah proulama PAS sebelum ini tidak terfikir begitu jauh natijahnya.

Proulama masih boleh berharap pada reda ALlah. Moga perpecahan PR akan memberikan jalan baharu kepada PAS, bukannya membawa PAS kembali ke masa lalu.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak2 hanya pandai hukum hakam dan ceramah2 saja.xbijak hal2 lain.tu sebab golongan professional diperlukan utk seimbang pas antara kebijaksanaan agar tidak melanggar hukum hakam.bilamana professional disingkirkn,tinggallah golongan ulamak yg hanya pandai ceramah
ceramah...so keputusan yg dibuat pun tanpa mempedulikan professional... Hasil nya hanya ceramah ceramah dan ceramah aje lah....hal2 lain apa pun xtau......nak katakan hudud,tgk jela bgimana kelantan menguruskn banjir mcmne,so mcmne org nk pcaya pas ulamak siku lutut ni blh laksanakan hudud.....hakikatnya pas lg hina dr ambo, menjual agama demi kepentingan poket sendiri

abuamir berkata...

Macam mana nak kekal bersama PR, bila mesyuarat presiden tak dtg hantar wakil. Mesyuarat buat keputusan presiden over-rule keputusan mesyuarat ikut kepala otak dia aje.Sekarang sidang parlimen pun dia ponteng selalu, sama macam najib kementerian kewangan gulung perbahasan pasal 1mbd pun hantar timbalan aje. Dia org ni mahukan kuasa tetapi tak bertanggungjawab kpd rakyat/pengundi mereka.

Halal ke elaun AP tu kalau asyik ponteng aje?

Kpd golongan pro-PR sila tubuhkan parti baru utk kesinambungan perjuangan rakyat.

Timnajib Jomfikir berkata...

Kawe ingatkan PAS yang akan membacakan talkin kepada DAP..

Rupanya, DAP yang mentalkinkan PAS ish..ish..ish ..

Kepada Pro Ulama, selamat menjalani ibadah puasa dan solat terawih..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah

Bagus lah Pakatan Baru akan di tubuh tanpa PAS

Misi HADI untuk hancur kan Pakatan Rakyat telah ber jaya

Negara tidak perlu kan pemimpin BACUL dan LAHANAT gaya HADI dan PAS

Orang orang Melayu juga yang RUGI

KEBODOHAN ORANG MELAYU sendiri bawa kemunduran dan ke miskinan pada orang orang Melayu

Hadi dan suku sakat nya tetap kaya ber gaya standard UMNO

Jangan ingat Hadi itu BODOH!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya syorkan exco-exco pas, mintalah kerja dekat kelantan atau di negeri-negeri BN, atau tuntut saman ganti rugi dekat MOkhtar Snake. AMACAM Ketua pemuda PAS yg baru, 2,3 hari lepas GARANG Kata DAP Pondan dan Cabar DAP untuk putuskan HUBUNGAN, Amacam broo!!! LGE dah buat, sekarang sape pondan!! stakat jadi ketua Pemuda belasah sama sendiri, Pak brahim Ali pun bole,,,

sb dehlawi berkata...

mano ketuo paschai??????? mano tim ktuo gerombolan chai???? kami tunttut kau bertanggungjawab!!!!!!!!!!!gerammmmmm aku nak maki ulamak

Tanpa Nama berkata...

Pasti PKR memilih DAP kerana DAP lebih menguntungkan dan lebih kuat untuk nya terutama di Bandar dan negeri maju mcm Selangor. Di hutan mungkin lah Pas dominan.

Apa pun biar lah Pas bergerak sendiri spt kata mat sabu "Kita kan Sudah KUAT " kita akan bertanding diseluruh Negara termasuk Tanjung dan Batu

Saya salahkan DEWAN ULAMA PAS yg lembab dalam berpolitik
Saya turut salah kan Presiden yg membiarkan amalan fitnah, barua, tolol dalam PAS. Mulut isle isle tapi .......(jwb sendiri)

ada telur kan......membangun bersama kepimpinan CAI

Tanpa Nama berkata...

LGE

Sape LGE?

Yg pernah tolong gadis Islam-MELAYU bwh umur dirogol oleh pmbesar MELAYU..pon LGE

Yg mrengkok kat PENJARA pasal kes kat atas itu pon LGE

Yg cerita hal2 Integrity-TRNSPARENCY khalifah Omar Abdul Aziz..adalah LGE

Yg naikkan BUDGET hal-ehwal agama-Islam kat Penang mlepasi ratus-JUTA pon LGE

Yg LEBIH hormat kat sek. Agama & TAHFIZ pon LGE



Yg BOLEH

Yg BOLEH & sanggup..

....sanggup bg lebih 1000 org ahli2 PAS jawatan kat Penang pon adalah LGE

......w.pon w.pon w.pon PAS menang cumer 1 krosi jarr!
.......itu pon pasai kat dlm parlimen Anwar diPermatang Pauh?

MALANG...yg kena FITNAH cerca maki keji kaw2 pon LGE juga..


SEKARANG

SKRANG dgn izin "NYA" jua..

Tiba2 tup-tup "GOD-WILLING" tak semena2 LGE sulohkan-CAHAYA agar PAS ygBUTA siku-LUTOT itu dpt jln mudah..yg sgt7MUDAH utk kluar drp PR..

UlarrrMak2 BUTA siku-LUTOT dah lama BUTA-gelap berBELIT2-konar-Uturn-berPUTAR2 krn GELAP songlap tak nampak jln KELUAR..

Last2 LGE jugak yg SULOHkan org2 yg tak mngaku TOLOL tp lebih TOLOL drp sgl-TOLOL itu akhirnya "bebas" jugak KELUAR..& 2 kapla DALANG mrk pon dah awal2 lg KELUAR negri??


AlhamduliLLAH....
...sbejat7KakiFITNAH yg busuk brgelumang bangkai-NANAH sudahpon PECAH!?

...LGE jugak yg mnjd "doktor"yg dpt mmbuang bangkai-BISUL busuk yg dah lama parah brNANAH

Timnajib Jomfikir berkata...

Sabar saudara..tarik nafas..
Masa kita, demi rakyat..parti Islam baru akan muncul..

Tanpa Nama berkata...

Aku tanya RUU apa khabar..aku tanya RUU apa khabar..

Najib tipu Hadi, Hadi tipu jemaah Pas. hahaha..Tuang Presideng ponteng Parlimen lagi sebab nak luaskan kuasa Pas di Jepun. Tipah tertipu lagi..hahaha

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku ada jugak kebaikan drp apa yg berlaku skrg,kini sudah jelas pas yg delopori ulamakcai lebih mementingkan amno dr pr.kewujudan mrk dlm pr akan meruntuhkan lg pr ke putrajaya..so ini adalah satu cara pembersihan pr dr pengkhianat2 dlm pr.Insyallah selepas ini pkr dap dan parti baru islam akan lebih maju kedepan....pas siku lutut blh bergerak sendiri atau buat gabungan dgn jati atau perkasa...atau pun pas bergerak sendirian memandangkan pas sudah cukup kuat tidak memerlukan rakan2 pr......tahniah pas,anda telah berjaya dlm muktamar manakala anda telah gagal dlm pakatan rakyat.....rakyat tidak perlukan anda lagi.selamat tinggal pas....lihatlah Next pru kalau pas masih blh survive.hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Yang mengutuk mencaci serta fitnah bangsa melau bertagama islam yang membuat hal dan onak orang melayu islam yang kena fitah dan caci hamun orang melayu islam yang bertepuk tangan gembira ketawa orang melayu islam yang mernagis pilu kemiskinan pap kedana orang melayu islam yang makan rasuah dan merasuah pun orang melayu islam yang menguatkuasa kan undang-undang orang melayu islam, yang dok tangkap rakyat yang tidak bersalah pun orang melayu islam,dan pemerentah yang menekan rakyat pun melayu islam dan parti yang menipu melayu pun melayu islam akhir sekali ulama yang alim pun boleh menipu pun melayu islam dimanakah lagi orang melayu islam henak bergantung paut agar tidak jatuh tersungkur dibumi Allah yang serba mewah dan aman ini.Fikir dan Fikir Fikir.

hairul berkata...

Dan juga tak lupa juga ucapan beribu-ribu tahniah kepada PERWAKILAN cerdik yg telah bersusah payah menggunakan kepintaran mereka utk mengundi bravo!

Tanpa Nama berkata...

Sudah biasa sangat hentam orang dalam ceramah sehinggakan dalam muktamar pun perangai macam tu. Mulut celupar. Kalau ada insuran takpe. Sekarang disebabkan mulut-mulut berkudis ramai yang kena berhenti kerja. Ramai yang banyak berkorban teraniaya termasuk keluarga. Wahai lebai-lebai dan ulamak -ulamak jadian ingatlah korang, masa dan saat korang kena terajang akan tiba juga. Jangan nak cuba kutip derma, jangan nak cuba buat majlis minum petang. Fitnah dan kelakuan buruk korang tidak boleh dimaafkan. Dimana kawasan yang korang sama kuat dengan UMNO kira saja kamu kalah!!! Pengundi 'silent majority' dan tidak berparti sekarang mempunyai tanggapan buruk terhadap ostad-ostad terutamaya yang memakai kereta beratus ribu dan berlagak sombong. Selamat jalan Romeo!!

Tanpa Nama berkata...

Pas tulin tak perlu susah hati...keputusan. muktamad telah diambil..biarkan pkr dan dap memerintah..pas mesti teruskan usaha..jadikan islam tears perjuangan..pasti akan mendapat redza tuhan dan kemenangan dimasa hadapan..org2 umno sebenarnya pun suka kalau pas betul2 jadikan islam yg sebenar sebagai asas peejuangan ..umno pasti akan sokong pas .

Tanpa Nama berkata...

Keputusan muktamar PAS Yg bangang telah memeningkan kepala semua leader's PKR..siap kena meeting bagai..

Adoi..energy Sucker sungguh geng SAf kepimpinan baru PAS ni..

KLu MCM ni x jadi la nK jadi ahli PAS....

KAH KAH KAH...

mohd shahran berkata...

now siapa yang perempuan, pondan atau anak jantan. dap dah tunjukkan kejantanannya. dewan pemuda ayuh jgn tunjukkn anda pula yang perempuan ..malu lah hari tu kata org perempuan,,

Tanpa Nama berkata...

Kan senang. PAS senang, DAP senang. PKR pun senang. Masing-masing dah tahu apa nak buat sekarang. Kalau tak, dok tenguk Pak Lebai main wayang kulit dengan kisah yang tiada kesudahannya.

Kita lihat LGE sendiri yang mengistiharkan PR dah tak wujud lagi tanpa tanpa kehadiran PKR. Kalau PR wujud sudah tentu LGE akan mengumumkan nya bersama PKR.

Jangan di harap padi di seberang,
Entah kan tumbuh, entak kat tidak,
Jangan di harap PAS kaki temberang,
Dulu main tuduh, sekarang gila talak.


Apakah PAS juga akan membuat kenyataan memberi sokongan kepada MB Azmin? Tak mungkin kerana PAS hampir melumpuhkan Kerajaan PR Selangor dengan mempertahankan Khalid dan menolak DSWA sebagai MB.

Tak mungkin pulak Ulamak PAS terlalu terdesak masih mengharap PR masih wujud. PR bukan mahluk seperti Jin tau ! Boleh main tangkap-tangkap.

Bye bye PAS. Welcome PASMA.

Kepada Allah kita kembalikan.

azhar rangkuti berkata...

dari bacaan sy stakat ini, ADUN Meru yg tewas dlm pmilihan Kawasan juga akan keluar dari PAS

Tanpa Nama berkata...

Ada juga yang berat hati untuk menerima hakikat PR tak wujud sehingga mengenepi kan prinsip dan moral.

Ketakutan mereka kerana undi akan pecah antara PKR atau DAP dengan PAS. Dengan memberi gambaran lama iaitu PAS masih bersama dengan PR. Sedangkan pada praya akan datang DAP atau PKR akan lawan samada UMNO atau PAS. Ketika praya tersebut 'UNDI PAS BERERTI UNDI UMNO'

Apakah jaminan PAS yang pernah meletak calun di Kota Damansara tidak akan berulang? PAS kena kawtim dengan UMNO kalau tidak undi PAS dan UMNO yang akan berpecah.

DAP tentu sudah memikirkan semua kemungkinan termasuk kedudukan parti DAP di Selangor. Mengapa DAP berani dan tidak takut kalah pada praya akan datang ? Kalau macam ini fikiran kita tak mustahil lah satu hari DAP boleh memerintah !!! Cukup lah.

Jika di biarkan, PAS umpama selumber di jari. Kena cabut buang kan.

Selama ini PAS buat macam-macam hal dan berbulan-bulan PR dikatakan kucar-kacir dan jika dibiar lama PR jadi lemah. Bila DAP ambil tindakan drastik dah pulak kata PAS ada hak ke atas Selangor. Itu kita biarkan kepala Azmin yang pening.

Bagi kita memang PR dah tak wujud. Nak mesyuarat Majlis Presiden apa? Dah tak wujud. Itu hakikat. Kalau nak selamatkan Selangor kena mulakan semula pakatan dan muafakatan baru. Bukan atas pakatan yang lama. Kalau PAS masih ingin bersama PAS boleh turut sama tapi bukan atas muafakatan atau pakatan yang lama. Pakatan Rakyat yang lama dah tak wujud. Turn over a new leaf.

Bagaimana pun PAS tetap kena tarik balik keputusan muktamar yang memutuskan hubungan dengan DAP. Sekali lagi PAS tersangkut.






Dol berkata...

U ALL RASA UMNO NK BERSAMA PAS KE?

SEJARAH BAGI ORG YG CURANG IALAH SEMUA PIHAK TK PERCAYA DAN TAK MAHU BERSAMA MEREKA.

BELOT DAN KHIANAT ADALAH DIBENCI SAMADA OLEH ORG BAIK ATAUPUN ORG JAHAT.

UMPAMA SEORG ISTERI CURANG YG MENGIKUT LELAKI LAIN. SAMPAI MASA DESAK KAWIN, LELAKI TU KATA," KALAU U BOLEH BUANG ANAK2 U, CURANG DGN SUAMI U, TIDAK MUSTAHIL SATU MASA U AKAN BUAT YG SAMA PADA I".

madu dah habis dah, keluarga dh ditinggalkan, kekasih gelap melarikan diri sambil sedawa .. eeeerrrrrggghhh sedap makan free pompuan bodoh ni.





Tanpa Nama berkata...

Mana Tuang Presiden? Mana Mokhtar Senak? Mana Siku Lutut? Mana Beduh? Mana Zuhdi?

Tanpa Nama berkata...

Tanya Hj Hadi dan Harun Din, dia ada fikir dan fikir tak apa natijah sebelum nak luluskan usul tanpa bahas di muktamar tempohari?