17 Jun 2015

[VIDEO] Parti Baharu: Profesional Pantau Kehendak & Sokongan Akar Umbi Terlebih Dahulu


Bekas pemimpin PAS dirai, Malaysia bakal saksikan muafakat politik baharu

Malaysia akan menyaksikan muafakat politik baharu tidak lama lagi selepas 18 pemimpin PAS yang disingkirkan dalam muktamar baru-baru ini melancarkan perhimpunan pertama mereka di Muar, Johor malam tadi.

Kumpulan dikenali G-18 itu bermesyuarat sesama mereka kira-kira jam 6 petang di sebuah hotel dan pada jam 9 hingga 12 malam, mereka berucap di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, jumlah dianggap besar untuk satu ceramah politik di Johor.

Hampir semua mereka hadir kecuali Datuk Husam Musa yang tidak berapa sihat dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi yang berada di luar negara.

Antaranya, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, juga dikenali sebagai Mat Sabu, bekas naib presiden Salahudin Ayub, bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar, bekas bendahari Asmuni Awi, bekas pengarah pilihan raya Dr Mohd Hatta Ramli, bekas ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad, Datuk Kamarudin Jaffar, Zulkifli Mohamad Omar, serta ramai lagi.

Pengarah perhimpunan, Mazlan Aliman, merupakan satu-satunya anggota kumpulan progresif yang menang dalam pemilihan AJK PAS Pusat baru-baru ini. Mazlan melepaskan jawatan itu Isnin lepas.

Ketika berkumpul di Johor, pihak yang menang pula berhimpun di kubu mereka di Rusila, Marang. Namun begitu, ia tidak disertai Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di luar negara dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempunyai program tersendiri di Jengka, Pahang.

"Saya yakin muafakat politik kali ini akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baru di Malaysia ini," kata Mat Sabu, pemimpin yang paling senior di kalangan mereka yang kalah itu.

Pada sidang media selepas itu, Mat Sabu berkata, mereka akan melihat situasinya dahulu sebelum memutuskan langkah seterusnya sama ada menubuhkan parti baharu.

"Kita belum fikir parti baharu lagi, kita akan lihat sokongan rakyat dahulu kepada beberapa pilihan yang kita ada, sama ada parti baharu, kekal dalam parti lama, NGO atau sertai parti politik yang ada," katanya tidak mahu mengikat hala tuju perjuangan mereka.

Selepas Muar, mereka akan bergerak ke seluruh negara, Temerloh, Pahang akan menjadi destinasi kedua mereka pada 26 Jun ini.

Datuk Dr Mujahid Yusof ketika ditemui The Malaysian Insider di majlis itu yakin gerakan baharu tersebut melibatkan semua pihak yang mempunyai cita-cita sama bagi membela rakyat negara ini dan mengambil alih Putrajaya.

"Kita akan pastikan semua pihak berada dalam satu wadah untuk perjuangan ini," katanya.

Di samping kumpulan G-18 ini, pihak lain yang berminat menubuhkan parti politik baharu ialah Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sebelum ini membuat keputusan mengambil inisiatif tersebut.

Di samping itu, Ikram Malaysia juga difahamkan menyatakan minat untuk bersama mereka, di samping Wadah, iaitu NGO yang menghimpunkan bekas pemimpin kanan Abim.

Jadual pimpinan G-18 penuh dengan pertemuan dengan pelbagai pihak yang berminat bersama mereka.

Ia akan bekerjasama dengan PKR dan DAP yang bersama dengan PAS sebelum ini dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini berkubur.

Mat Sabu sudah beberapa kali menegaskan akan terus bersama dengan parti dalam PR sebelum ia diumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai tidak wujud lagi semalam.

Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru Ahad lepas selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mat Sabu tegas menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," katanya disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Halangan terbesar mereka adalah bagaimana memujuk ahli PAS yang berjumlah satu juta orang itu menyertai mereka. –TMI


28 ulasan:

Unknown berkata...

Salam semua:

Syabas tuan-tuan G-18, Anda telah membuat permulaan yg baik (the right move)
i.Step-1, Anda dah identify (hardcore) kesemua pemimpin2 pro-rakyat, dan memilih abg Mat sebagai jurucakap.ini tindakkan yg bijak.Visi anda bersama rakyat asalkan berbangsa malaysia islam terasnya. Di mana bila PENGAJARAN YG DAPAT DIPELAJARI DARI, smgt46/hamim/berjasa di tubuhkan dulu, pemimpin2 berterabur semua nak bercakap, dan mereka tak ada visi cuma nak jatuhka umno sebab jawatan.MEREKA TAK ADA visi.
2. Step-2 : Memang right move, anda balik kepada rakyat,tak kira apa bangsa,ianya bermula di Johor tempat keramat.Anda menHIGHlightkan visi G-18.pENGAJARAN dri SMGT46/BERJASA/HAMIM mereka tak dapatkan endorse rakyat, mereka hanya dapatkan endorsement ahli-ahli masing2 rakyat majority tak ikut serta/impact tak kuat.
Step-3-Roadshow menyeluruh..seluruh semenanjung dan sabah serawak.

Dan seterusnya saya rasa G-18 dah ada Action Plan...sampai PR14

SYABAS,SYABAS,SYABAS,SYABAS,TUAN Tuan-tuan:

Bagi orang macam saya tak mahu MISS Event yg besar in higga PR14 UNTUK DIKENANG oleh anak cucu-kita SEMACAM KEMERDEKAAN NEGARA KALI KEDUA/MERDEKA dari UMNO/BN, apa yg saya boleh bantu????Saya cadangkan G-18 ,MENGADAKAN Tabung Parti so that orng boleh menghulurkan sedikit sebanyak sekadar yg mampu.Tabung ini hendaklah dishahkan oleh G-18 yg sudah establish nanti.
just my 2 cents.
WASSALAM.

air gunung berkata...

Lakukan kajian menyeluruh dari rakyat ke akar umbi parti.letakkan satu penanda aras bg setiap gerakerja dan masa.seterusnya tanda aras terakhir utk tindakan bersejarah.aku rasa semua yg terlibat telah lama berorganisasi dan mastermind dlm parti serta merangka sepak terajang parti.pastikan gerakerja tersusun dan mengikut rentak tari rakyat,kejayaan akan terhasil.walau wadah baru tp penerajunya adalah org yg dah lama serta teruji dgn berbagai peristiwa tangkapan,jel penjara buang kerja pecat serta ditukar ke hujung hutan.ada 2 contoh.1.AKP(Turkey)2.PKS(Indonesia)Hati2 memilih jln.tidak semua sesuai dgn budaya malaysia.ambil yg bertepatan.jgn hanyut seperti no 2 PKS.Setelah berusaha sedaya upaya bertawakkal kpdnya..bismillahirrahmanirrahim

Tanpa Nama berkata...

terus kan perjuangan melawan bn dan Saya akan keluar pas dan bersama dgn g-18

Tanpa Nama berkata...

Salam.Shabas Teruskan perjuangan.Bertindak berdasarkan pengalaman.Dimana ada cawangan Pas Tubuhkan Cawangan Kalu Pas ada 20000 Cawangan tubuh 20000 cawangan Kami menunggu kedatangan anda.Moga Allah merestui perjuangan anda.

Jebat Hero berkata...

Bang Mat....Tolong sediakan borang keahlian sebanyak mungkin. Kami sedia berjuang bersama kalian.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Umno, Melayu tetap hidup dan takkan hilang di dunia.

Tanpa Pas, Islam tetap tertegak dan berkembang di dunia.

Syabas kpd penggerak2 G18 menuju penubuhan parti baru yg lebih dinamik dan progresif utk rakyat dan negara ini. Bukakan keahlian secara online serta mudah utk kami memberi sumbangan kewangan kpd parti baru nnt.

Tanpa Nama berkata...

Syabas ... saya akan membawa keluarga saya termasuk adik beradik dan ipar duai ibu bapa dan mertua serta isteri dan anak2 untuk menyertai parti yang baharu ini. ... Insha Allah perjuangan untuk rakyat akan mendapat restu dari PenciptaNya. Allahuakhbar

Malaysiabaru berkata...

Pening perangai azmin Ali

Mcm hadi Ping jugak nk bergayut jawatan MB

Jika ada pilihanraya maka azmin jd mb paling singkat dlm dunia!

Pas dah jelas jadi bohsia... Konkek dgn semua dari dap pkr umno dan setanirajimmm..

Please lah percaya pada kehendak rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

Sabas tuan-tuan teruskan berjuang.
Ada orng pesimis kata aaahhhh parti baru hangat2 tahi ayam saje!!tak sampai setahun bungkus, terutama musuh2 terdekat. Pada pemerhatian saya parti G-18 akan bertapak lebih lama ,silap2 boleh mengantikan umno/pkr. PKR yg ditubukan pada 1999 panjang hayatnya sehingga kini pernah terjadi pada pilihanraya 2004 mereka hanya menang 1 parliment sahaja akibat tikam belakang dari geng2 UG.PKR sepatutnya boleh berkembang lebih jauh, tetapi ramai majority pemimpinnya dah kemaruk kuasa Mereka dah stagnent untuk pergi jauh kebanyakkan pemimpin dah tak pandai jaga ahli-ahlinya.Tapi masih lagi boleh memerintah sebab mereka berkawan dgn DAP. Bebarapa sebab kenapa G-18 BOLEH PERGI JAUH.
1.Pemimpin-pemimpinya pro-rakyat.sudah dikenali rakyat
2.Kebanyakkan pemimpin-pemimpin G-18,Tahan lasak,tidak senang di gula-gulakan oleh musuh utk jawatan dan kemewahan sudah di uji.tidak boleh dibeli kerusi mereka jika menang.
3.kebanyakkan ramai pernah di isa kan,dipenjarakan,di caci-di hina, di ugut dgn berbaga-bagai kepayahan.
4.Mereka bergerak sebagai satu pasukkan yg mantap tidak sendiri-sendiri.Dan berperinsip.
5.Mempunya rekord peribadi yg baik tiada rasuah dan salah guna kuasa.
6.Mereka sentiasa istiqamah dlm perjuangan rakyat consistent terhadap tindakkan"CAKAP SERUPA BIKIN".
7.Senario rakyat malaysia sekarang majority dah tolak umno/bn mana2 kita pergi jumpa 10 orng hampir 6 ornag tolak BN.
8.sOKONGAN PENGUNDI cINA/dan bukan islam akan beralih dari PAS kepada mereka.
9.Pengundi2 melayu yg middle class dan duduk kawasan bandar hampir 70% akan berubah aleh pada
parti baru ini.

Dengan ORGINISASI di fikirkan oleh G-18 Dengan pengelaman mereka,dapat mengurang red-tape berorginisasi, sistem komunikasi,meeting,keputusan meeting,the do's/the don't,gerak kerja yg cepat,tepat dapat menghasikan result yg dikehendaki.Distribution information dari pusat ka negeri kacawangan dilakukan dengan pantas,jika ada kecuh2 sikit cepat2 diselesaikan. dan banyak lagi.

Saya percaya jika ramai ahli-ahli perkerja parti harcore buat gerak kerja yg sistematik, dgn mengembeling technologi terkini yg ada di pasaran Insyallah mudah akan dapat mendekati rakyat.


Saya percaya dgn gerak kerja sebigini, dalam setahun sahaja dapat "beat" PAS(ug) malah dapat mengatasi PKR.

Kita maaklum pas yg ada sekarang gerak kerja lembab,waulaupun ada perkara2 urgency,sampai sekarang pun tak buat meeting,tenguk pemudanya meeting muktamar pun lambat datang, PKr pun serupa,Jadi kalau parti baru diujudkan ada gerak kerja yg berquality insyallah boleh beat anytime"
Kadang-kadang orng2 kita ramai yg lupa sistem berorginasilah yg membuat parti itu ok atau lingkup,tak datang meeting,infor tak dapat,ngumpat-sana sini,geng aku,geng kau,puak aku,puak kau....masaalah berpunca dari sini,bila dibiarkan akan merebak pada pemimpin pula ,jika pemimpin pun 2X5 lingkuplah sesuatu orginisasi itu.

Sekian shsj.

Tanpa Nama berkata...

Lawan tetap lawan!!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada Abg Mat Sabu and the geng tolonglah tubuh parti baru bagi menggantikan tempat PASCAI dalam Gabungan Pakatan Rakyat yang baru bersama PKR dan DAP...inilah pilihan terbaik setakat ini untuk rebahkan umno bn pada pru akan dtg....please...

Unknown berkata...


Saya dan keluarga saya juga akan menyertai.
ONLINEkan keahlian.

Kami dah tak sabar.

Teruskan roadshow dan
abg mat akan lihat the swelling seluruh negara.

Unknown berkata...

Saya dan seluruh ahli keluarga saya akan ikut serta.
ONLINEkan borang.

Hari demi hari.
Gelombang ini akan membesar.

azhar rangkuti berkata...

Parti Ikhwan Nasional

Tanpa Nama berkata...

Perumpamaan, PAS ibarat sebuah kereta, Nik Aziz adalah minyak petrol, Hj Hadi adalah steering kereta, Mat Sabu, Salahuddin, Mahfodz, Husam, Mujahid, Dr Dzul, Dr Hatta, Mazlan, Suhaizan, Nizar adalah enjin manakala Nik Abduh, Din Ayam, Zuhdi, Nasrudin dan Nik Amar adalah eksesori dan skru yg melekat di kereta. Apabila minyak petrol telah tiada dan enjinnya pula telah dicabut, mampukah kereta yg bernama PAS berjalan. Rasanya dengan hanya ada steering dan eksesori, PAS hanya boleh berlagak saja dan lama kelamaan reput dimakan lumut. Agaknya sekarang PAS mengharapkan kuda yg bernama Najib Utk menariknya berjalan..namun kuda yg bernama Najib adalah kuda yg sedang menderita dgn penyakit kuku dan mulut...

Tanpa Nama berkata...

Wujudkan satu blog khas G-18 dan war-warkan aktiviti atau ceramah2 yg akan diadakan seluruh negara...tak sabar nak turun dengar ceramah geng G-18...semuanya memang tokoh terbaik...tiba2 semangat aku nak dengar ceramah mula melonjak...

Unknown berkata...

Syabas G18 teruskan perjuangan anda...rakyat menunggu utk mendokong anda.Ingat satukan akidah dan akhlak.

Tanpa Nama berkata...

Parti baru biarlah nama bersesuaian dgn perjuagan rakyat.insyallah akan lebih diterima rakyat berbilang kaum

abuamir berkata...

G-18 kenalah wujudkan laman web sendiri utk tinjau sokongan rakyat dan pendapat pengikut akar umbi terutama golongan muda. Jadual program hendaklah disediakan supaya rakyat tahu apa program & dimana serta masanya. Tubuhkan unit IT utk gerakan secara maya & tersusun.

Kami akan sokong pemimpin yg berjuang demi keadilan utk rakyat. Tolak umno/bn pd PRU14.InsyaAllah............kita bersama.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan utk nama parti ialah parti Khidmat Rakyat ( KHIDMAT) bermula dari rakyat untuk rakyat demi rakyat untuk kesejahteraan rakyat.. amacam kalau elok nama ini tolong tuan gb sampaikan kepada abg Mat.

Tanpa Nama berkata...

Kurang best nama tu...Nama lain ada x

Tanpa Nama berkata...

Menarik Tuan ,Nama Parti khidmat Rakyat, saya setuju 100 % memang kena dgn selera G-18, khidmat rakyat felda,khidmat guaman rakyat teraniaya,bantuan khidmat rakyat yg memrlukan,khidmat bantuan pelajaran,khidmat rakyat memerlukan bantuan perniagaan,...............best memang tepat.

Tanpa Nama berkata...

hahhahhh...bila parti khidmat rakyat tertubuh, ADaKAN "Briged Khidmat" boleh lawan briged "amal"

Unknown berkata...

Kemas & mantap

Tanpa Nama berkata...

Adakah pati Baru akan laksana undang 2 Islam . ada kah dap setuju ? Sekira nya dap tak setuju lebih baik masuk dap

Tanpa Nama berkata...

Adakah parti Baru pasma akan merperjuangkan undang 2 Islam ? Dan adakah dap setuju ? Kalau tidak lebih baik mereka ni masuk umno.

Tanpa Nama berkata...

Hendaknya bukan untuk menyaingi PAS tetapi sebagai alternatif kepada ahli PAS sediada yang progresif dalam gerakan menumbangkan UBN. Pastikan tidak berkompromi pada hukum dasar Islam. Wujudkan juga biro pemantau bagi memandu pimpinan & ahli supaya tidak tergelincir dari matlamat asal perjuangan yang berteraskan Islam.

Siiru Ala Barakatillah...

Tanpa Nama berkata...

Parti Khidmat Rakyat = PKR la pulak

PKR dh ada. cari nama lain

asal jgn short form dia jadi P A S .. sudahlah

PAS tu nama dinasour zaman purba yg dh keras kt muzium