18 Jun 2015

Pakatan Rakyat Tidak Lagi Berfungsi Secara Formal - PKR


Dulu kahwin, kini cerai tapi masih kawan'

Ia muktamad. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Tetapi bagaimana hendak menggambarkan bekas pakatan pembangkang itu.

Ditanya mengenai perkara ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyamakan gabungan itu sebelum ini sebagai "perkahwinan poligami" melibatkan tiga parti.

"Sekarang kami bercerai tetapi masih kekal berkawan.

"Ini juga memberikan kami ruang untuk kahwin semula salah satunya kemudian,"
katanya kepada Malaysiakini.

Naib Presiden PKR dan MP Pandan itu menjelaskan bahawa perbezaan sekarang ialah ketiga-tiga parti tidak lagi terikat konsep konsensus dan dasar polisi bersama seperti yang dipatuhi dalam Pakatan.

Sementara itu, PKR hari ini turut mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal tetapi status quo di Selangor dan Pulau Pinang kekal.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata atas “semangat dan permuafakatan” gabungan itu sebelum ini PKR juga akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Azizah juga mengakui mereka kesal dengan sikap dua sekutunya – PKR dan DAP – sebelum ini.

“(PKR) menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang kami anggap tindakan tergesa-gesa.

“Ekoran dari itu, gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal,”
katanya lagi.

Azizah juga berkata PKR akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti politik, NGO, kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh berpengaruh untuk menumbangkan BN.

Azizah membuat pengumuman itu hasil daripada mesyuarat biro politik PKR yang bermesyuarat semalam. -


Wan Azizah umum PR secara rasmi sudah tidak wujud

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat secara rasmi sudah tidak wujud.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan media bagaimanapun berkata, Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal.

Katanya, PKR menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, PKR juga menyokong kepimpinan Negeri Kelantan di bawah Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob.

Katanya, walaupun PR sudah tidak wujud, PKR tetap berpegang kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Beliau berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun 2015.
-FMT




16 ulasan:

lagu tu laa berkata...

mb azmin boleh diselamatkan lagi.masa mesyuarat pkr dia da kat kelantan walaupun dah diberitahu.tetap tak ada keputusan muktamad samaada pkr+dap,atau pkr+pas.mp pokok sena suruh dap keluar pakatan? bagi aku tak payah pening2 kepala lutut dan siku bubaq aja dun adakan prn selangoq.tangok nanti parti mana yang 'kuat' parti mana mendapat paling banyak undi. cadangan aku saja,aku sedang berilusi ni!

Tanpa Nama berkata...

spt biasa mulut celupar mesti dtg dari PAS dulu. PAS oh PAS. semua org dikutuk. sendiri tak mahu tengok.
elok ada PR sekarang dah kelam kabut.

Tanpa Nama berkata...


Dulu kahwin, kini cerai dan masih berkawan. Kalau berjimak masih dlm edah, kira dah rujuklah.

Suruh hadi berjimak dgn lks atau lge.

Lepas tu minta msu buat keputusan.

umno pun ketawa. eh ! bukan umno je, semua ketawa

Tanpa Nama berkata...

sedihnye bila dpt berita pr dh bubar..maybe ada hikmah dsebalik semua ini.hrp2 bangun semula dgn pakatan baru yg lebih kuat.itu shj harapan rakyat.tolong jgn hampakan rakyat

Omar Daud berkata...


Salam semua;
Ketua pembangkang telah memberi HINTS pada G-18, UNTUK READY,mengambil alih PAS (ug),saya sangat2 berharap G-18 cepat bertindak dan buat arrangment jumpa PKR,DAP tentang apa yg G-18 nak buat dan beri MAP Action Plan.Dalam masalah ini tidak boleh Wait and See,sebab geng-geng ug takkan duduk diam,Kelemahan PKR terletak pada Azmin,Kak wan dan Rafizi adalah tegas,Azmin sudah tentu tak mahu hilang kuasa.Azmin banyak terhutang budi pada geng ug.

Walaubagaimanapun G-18 lebih berpengelaman sepak teranjang politik malaysia.

Selamat berstrategy:
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Tak faham kenapa ulamak PAS merendah rendahkan wan azizah dan kerap mengutuk pkr hingga cuba sabotaj pilihanraya permatang pauh tempoh hari.walhal pkr selalu jadi org tengah untuk selamatkan pakatan seboleh nya.

Ritchie Blackmore berkata...

Bila pas istihar ahlinya menghampiri angka sejuta apalagi pemimpinnya pun makin bongkak terutamanya pok pantai timur.Pok pantai timur ni mmg tak pandai bergaul melainkan dgn pok mrk saja.

Tanpa Nama berkata...

Azmin berusaha masih nak kekalkan pakatan rakyat sedia ada sebab pada masa yg sama nak terus berpaut pada jawatan mb, tu yg tak dtg meeting tu walaupun dah diberitahu...
apa guna lagi nak berlembut dgn PASCAI yg selalu akan buat onar dlm pakatan rakyat...
mohon G-18 akan ambil alih tempat PASCAI dlm gabungan Pakatan Rakyat yg baru dgn kadar yg segera...

Tanpa Nama berkata...

Pas (ug) memang tak boleh dipercayai langsung,mereka selalu tikam belakang,dari riak muka kak wan dan rafizi memang nak terajang dah PAS, tetapi si Azmin buat hal, dia orang terpenting kenalah masuk meeting tapi dia ka Kelantan.Kak wan faham semasa kajang move, Pas hj Hadi nak tikam PKR, dgn berkemporomi dgn umno, kalau sesiapa mengikuti dlm pemilihan PKR dahulu dapat merasakan banyak penipuan berlaku terutama dari kem Azmin,ramai group2 dia menang secara"chai" tipu, bila aduan dibuat secara rasmi sampai sekarang di di simpan, yg menjaga pemilihan ialah group2 Azmin.Itu sebab Si Azmin tak kisah pun bila geng-geng ug PAS main "chai"Azmin terlalu pelahap nak jadi MB, (dia tahu (PASug )tak jujur terhadap pkr/tetapi dia pun sama macam pasug,disebab itu dia tak nak berpisah,
DAP selangor faham masaalah ini, sebab itu mereka sangat-sangat berharap G-18 Buat parti baru, sebab mereka tahu PKR selagi ada Azmin PAS tetap ada,nanti pilihanraya 14,pengundi china akan boikot mereka, nanti tak pasal2 kerana pas mereka pun terkena,Tapi di penang ok,pkr takada orng macam Azmin,pas satu kerusi sahaja.Dap dah siang-siang buang pasug.Azmin cukup takut bila ada snap election negeri selangor,sebab bila pkr/dap menang tanpa pas tapi parti baru, dia takkan di recommend jadi menteri besar oleh PKR/DAP/Parti baru sebab ramai tahu siapa dia Azmin.Itulah dia sekarang ini meroyan membuat pelbagai-bagai kerenah agar tidak diadakan pilihanraya kecil,sepatutnya ia kena ikut arahan ketua PKR, tetapi tidak ia nak ikut pasug dgn alasan taknak kecewakan mandat rakyat.PKR dalam dilema sekarang, itu sebab rafizi dan kak wan nak tunggu G-18 Kat selangor buat confirmation.Cara Azmin berpolitik amat merbahayakan pembangkang nak tawan putrajaya.Kita dah tahu kawan kita suka khianati kita secara consistent, tetapi masih lagi nak berkawan!!!

Tanpa Nama berkata...


Tun Dr Mahathir dah kata istilah tahaluf siyasi ni diada-adakan untuk tunjukkan islamik kunun.

Umno dah lama tahaluf siyasi dgn mca, mic, gerakan n parti dayak serawak dan berjalan dgn baik sampai sekarang. Umno tak ada pun guna istilah tahaluf siyasi nak bagi sedap bunyinya.

Bunyi bukan main sedap tahaluf siyasi. Akhirnya nak guna siku, lutut n karate.

These so called ulamaks are all jokers. Go back to ur pondoks lagi elok.
Calling people barua n tolol. What kind of ulamaks are these ? We don't respect these kind of ulamaks.

Malaysiabaru berkata...

Hadi Ping sedang timbang letak jawatan untuk membolehkan pakatan baru di wujud...

Selagi Hadi Ping Maghang ada selagi tu lah org cina akan berasa takut untuk projek dgn pas ... Nanti kena marriage rape oleh pas..

Setelah hadi letak jawatan maka pas dan dap pkr boleh duduk semeja...

Berkorbanlah hadi jika kamu cintakan perpaduan demi pakatan yang baru!

Dol berkata...

sejarah sudah tercatat bahawa Pakatan Rakyat telah tidak ujud dan terkubur bukan oleh musuh umno, tapi oleh sebuah parti yg bernama Islam, yg berkumpul ramai ulamak dan ustaz, yg menghina dan menyingkir golonga professional, yg cuba menjalin hubungan dgn musuh umno di belakang.

sejarah tercatat bahawa sebb berkuburnya Pakatan Rakyat adalah kebodohan pemimpin PAS, nafsu kebendaan yg diumpan musuh sudah termakan dan ego riak ujub takabur sumahah yg sudah bersaragn dihati.

sejarah juga sudah tercatat bahawa Pakatan Rakyat terkubur dizaman kepimpinan hj hadi, yg dulunya mengaitkan umno dgn kufur dalam amanatnya tetapi kini mula bercinta dgn umno. amanatnya seolah2 sudah bertukar dpd mengaitkan kufur dgn umno kpd mengkafirkan DAP yg memang sudah sediada pemimpinnya ramai bukan Islam.

sejarah juga mencatatkan bahawa PAS dan hj hadi lah serta ulamak UG yg telah mengkhianati rakyat melalui gagasan Pakatan Rakyat.

.
.
.
ceritakan semua ini kepada anak cucu kita biar mereka tahu bahawa aspirasi rakyat telah dikhianati oleh mereka yg mengaku pejuang islam dan berimej islam...dan ini adalah tanda akhir zaman yg penuh fitnah. yg bukan islam (DAP) leibh baik dlm perjuangan dan tadbir urus dpd mereka yg berkulit ulamak. sungguh memalukan.

Tanpa Nama berkata...

yg menang dgn penipuan, segala kebaikan yang dibuat tiada pahala. yg dpt hanya dosa yg dilakukan.

didunia mungkin senang lenang, tp di akhirat pasti menggelupur dlm api.

lihat saja najib rosamah. umur berapa skrg? rasa2nya berapa tahun lg boleh hidup di syurga dunia ini?

lihat saja Mahathir. kes memali, isa, rasuah, salahguna kuasa dsb. kuasa dah lama hilang. nikmat dah dilupa. tp azab tetap menunggu disana.

sebenarnya segala kejahatan yg dilakukan tak berbaloi dgn azab yg akan ditanggung nanti.

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita pulak ni PKR????? PR sudah tidak wujud yang Tinggal PAKATAN LONGGAR...Ibarat sebuah kenderaan macamana nak sampai ke destinasi kalu steerin longgar tayar longgar sema longgar las2 masuk parit.Kalu nak buat keputusan biarlah kemas bodoooo. jangan dda penting diri.Kami mengharapkan kamu tapi kamu berbelit2 BAIKGI MAPUS LA TUIIIIIIIIIIIII

Tanpa Nama berkata...





.

Kali ini dan ini pertama kali, kita tak sokong keputusan PKR !!

Ini bukn persoalan 'berkawan' . Nak berkawan dengan sesiapa pun boleh. Berkawan biar pun seribu, tak kisah sebab berkawan . Kita pun ramai kawan. Walaupun tidak mengenali GB dan pengkomen-pengkomen di sini, kita anggap kita 'berkawan'.

Apa yang PKR nak bela hantu raya ni tak tahu lah. Jangan ingat ahli-ahli PKR masih boleh bertolak-ansur dengan PAS dan jika ahli PAS keciwa dengan tindak -tanduk pemimpin PAS sanggup keluar parti, ahli-ahli PKR pun sanggup.

Pemimpin melayu suka mengenepikan prinsip dan displin,

Kerana PAS, Azmin jadi bermuka-muka. Rafizi yang kita respek pun dah mula kena sindorm tolol. Kak Wan bukan hanya di kencing, tetapi lupa mana pergi nya pemimpin PAS bila Anwar di hina dan dipenjara.

Kita ada sebab cakap begitu.

"Sekarang kami bercerai tetapi masih kekal berkawan." Sedangkan semasa berpoligami, isteri-isteri mencemburui satu sama lain. Apa lagi yang bercerai sebab bergaduh dan hina-menghina, lagi kuat lah cemburu dan syak-wasangka nya. Bila bunyi handphone tengah malam, ingat isteri yang ada tu tak terasa ke?

Tidak ada guna, pemimpin PKR guna perkataan 'berkawan' untuk selamat kan kududukan dan kuasa walaupun untuk parti. Yang penting di sini bukan 'berkawan' tapi 'berkerjasama'. Selama ini mendiang PR tidak pernah mendapat 'berkerjasama' dengan PAS. Sampai punah, hancur PR.

Kenyataan Kak Wan menyokong penuh Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pulau Pinang tidak menyelesaikan amanah. Kita lagi respek LGE dan pemimpin DAP. Jangan lah nak bagi alasan jadi orang tengah, kalau apa yang PAS buat PKR tak tegur. Ini pun menyokong Kerajaan PAS Kelantan jangan lah sampai kesalahan yang telah mereka lakukan di biarkan begitu saja. Banyak lagi kita bercakap, lagi kita menyampah dengan PKR.

Kepada Allah kita kembalikan.



Tanpa Nama berkata...

Faham betui2 Semua org.... Cina dah bersatu pilih DAP 100%. MCA & GERAKAN dah mampus. MELAYU masih dok gaduh. UMNO, PAS, PASMA, PKR. ... Pecah 4....

Apa salahnya PAS nak buat hudud? Kalau tak mahu hudud tak payah undi di parlimen. Tak kisahlah UMNO kah, DAP kah, PKR kah. Kalau tak mau hudud tak payah undi. Buat apa nak bising2. PAS nak bawa hudud dlm parlimen tu hak dia. DAP pun boleh bawa hak dia "MALAYSIAN-MALAYSIA"...Sapa nak sokong boleh undi, sapa tak nak sokong tak payah undi. Bukan rata2 cakap demokrasi?

Tak payah dok buat dosa maki hamun org. Tak suka tak payah undi bila masa PRU nnt.