9 Sep 2011

Rakyat Disembelih Lagi: 6% Cukai Pek Permulaan & Tambah Nilai Prabayar

Pengguna perlu bayar lebih

KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Kenyataan akhbar syarikat telekomunikasi mengenai caj baharu pembeli kad prabayar.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. -kosmo

Kad prabayar: Perbit bantah Telco letak caj enam peratus

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 September ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim menegaskan, tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan,” katanya dipetik Bernama Online.

Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar Telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

“Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan Telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran. -TMI

Ulasan GB

Tatkala negara tengah sibuk-sibuk membicarakan isu Mat Sabu, Mat Indera, Noramfaizul - tiba-tiba kita digegarkan dengan kenaikan harga kad tambah nilai telefon prabayar.

Namun, bagi GB, kenaikan harga tersebut akan mempercepatkan keruntuhan kerajaan BN sendiri kerana rata-ratanya pengguna kad prabayar adalah rakyat miskin dan remaja yang terdiri dari pengundi-pengundi baru. Sepastinya tindakan tersebut memberi impak negatif di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

TRANSFORMASIKAN KERAJAAN DARI BN KE PR DI DALAM PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG INI. RAKYAT AKAN BAHAGIA!


3 ulasan:

majalah biar betul berkata...

bukan prepaid je..aku terkejut bila fastfood dinaikkan dalam diam dari 5% ke 6%..tak caye sila makan di kfc pizza n lain2

Mael Hashim berkata...

Senangnya nak cari duit kan ?

Black2Sic berkata...

Tapi BN xgentar... diorg dh sediakan payung 6P sblm PRU13