9 Sep 2011

Mat Indera Bukan Komunis, UMNO Di Ambang Kehancuran

Kajian 'terawal' simpul Mat Indera bukan komunis Oleh Dr Ahmad Zuhdi Marzuki

Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis.

Kajian tersebut latihan ilmiah untuk keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem.

Tujuan tulisan itu untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat langsung dengan peristiwa tersebut, termasuklah Nawi Idrus, ketua pengawal kampung (home guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan.

Kaedah wawancara ini paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka.

Setakat kajian Pusat Penyelidikan PAS (PPP), mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera.

Elit agama

Dalam kajian tersebut, pengkaji menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:

"Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya."

Selain itu, Ayub juga pada muka surat 71 menyimpulkan Mat Indera seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

Beliau menyatakan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis "seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas".

Kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi dua orang gurunya iaitu Ibrahim Jubah dan Muhammad Yassin Muhammad (bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin).

Kedua-dua guru Mat Indera ini dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu.

Malah, menurut pengkaji lagi, pada mukasurat 30, Muhammad Yassin begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair.

Ucapan 'subversif' Muhammad Yassin

Dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.

Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai ketua cucuk tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Fakta ini sekali gus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD (kiri, berkaca mata), bahawa Mat Indera menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi.

Semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA), sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.

Kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah CD dalam memoirnya.

Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah Komunis tetapi seorang nasionalis radikal.

Pemberontakan bersenjata

Sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 Tahun Merdeka, pada muka surat 357-358:

"Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Darurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat nasionalisme yang meluap-luap?"


Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.

Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu?

Atau kepada perjuangan Datuk Dol Said di Naning, Datuk Maharajalela di Pasir Salak, Tok Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak?

Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu.

PPP melihat kenyataan Samad ini hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dalam ceramahnya.

Ulasan GB

Di dalam satu entri terawal GB mengenai isu Mat Indera ini, iaitu di [Video] Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated] GB mengulas begini:

Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!


Kini, alhamdulillah, pemerhatian GB itu menjadi kenyataan. Semakin dikecohkan isu video Mat Sabu mengenai kisah Mat Indera, semakin ramai yang mengkaji sejarah dan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah.

Kelmarin, laporan enjin pencari Yahoo Malaysia meletakkan Mat Indera sebagai nama yang teratas di dalam Top Ten Trending. Bererti nama Mat Indera dicari dengan begitu banyak berbanding dengan nama-nama lain.



Dan kini, masyarakat semakin ingin tahu pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar, selain dari nama-nama mereka yang selama ini ditonjolkan oleh UMNO.

MB Johor, Abdul Ghani Othman di dalam usaha untuk menyelamatkan diri kerana telah memberikan Kata Pengantar di dalam buku “Pengukir Nama Johor” yang menyenaraikan nama Mat Indera sebagai salah seorang tokoh yang telah menjadi pengukuir nama Johor, sejak beberapa hari lepas tiba-tiba memutarkan lidahnya menuduh Mat Indera bukan pejuang merdeka, tapi pengganas. Tetapi tanpa disedari beliau turut mengakui beberapa nama dari kalangan berhaluan kiri yang turut berjuang menuntut kemerdekaan:

Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan. -TMI


Kekecohan yang dibikin oleh fitnah Utusan Malaysia terhadap ucapan Mohd Sabu telah menjulangkan nama Mat Indera selain dari nama Mohd Sabu sendiri.

Dan Utusan seperti biasa, akan terus ditimpa kehinaan lantaran fitnah yang dilakukan itu sementara UMNO pula menunggu masa untuk dikuburkan bersama-sama Tugu Peringatan Negara (nama-nama askar British dicatatkan di Tugu Peringatan) yang disembah oleh pemimpin tertinggi UMNO pada setiap kali sambutan Hari Pahlawan. Dan terdedahlah tembelang bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah. Inilah yang GB katakan: ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

6 ulasan:

"Pening" berkata...

Kalau sebelum merdeka dulu, keadaan huru-hara orang kampuing dan rakyat melarat adalah kerana cukai yang dikenakan British melampau-melampu sehingga berlaku pemberontakan.

Apa bezanya sekarang? Dalam sibuk2 hal Mat Indera dicanang, tiba2 cukai telefon naik lagi 6%. Apa punya gila babilah penjarah-penjarah ni...!

"Pening"

Tanpa Nama berkata...

hahahhah.......patut la bila bekas2 ketua kominis yang tinggal kat sempadan malaysi-thailand nak balik duduk kat malaysia,berya2 sangat orang2 UMNO tak mahu beri tempat tinggal.rupa2nya takut sejarah perjuangan kemerdekaan terbongkar........ahhahha.

Awan Network berkata...

adakah kita baru perasan atau sudah lama perasan?

Entri Terhangat!! :
HOT!! - Rakan Ajak Onani?
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!

Tanpa Nama berkata...

Oleh itu, yakinlah bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Di awal isu ini, tidak sedikit ahli-ahli PR yang mengkritik Mat Sabu dengan mengatakan kita akan kalah pilihanraya disebabkan isu ini. Ingatlah, berkatalah benar walaupun pahit. Jika selepas kita berkata benar, kita kalah, maka itu memang ketentuan Ilahi. Salam Aidilfitri.

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya yang melihat kawan sekeliling, isu Mat Indera ni banyak memihak kepada BN. Orang yang sedikit condong pd PAS dah mula mengomen tajuk ni dan kembali pd BN balik. Dulu jinak2 beli harakah dah beli utusan balik. Wahai pemimpin PAS jgn buat isu2 yang boleh memakan diri sendiri. Golongan peneroka banyak bekas askar tahun 60 an dan 70 an dulu. Sakit teingan dengar mereka hentam. Kalau x caya cuba masuk kat Felda dan minuk kat kedai kopi. Harapkan blog berapa kerat je yang baca

1 Malaysia berkata...

Buat Anon September 9, 2011 3:01 PM,
Tak usah hiraukan sangat akan bekas-bekas askar 60an / 70an. Kalaulah depa tu cerdik, depa akan menurut perintah Allah swt. TAPI kalaulah depa tu dungu (AKU YANG MENURUT PERINTAH), tak ada apa yang boleh kita buat. Cakap sebaik mana pun, UMNO tetap di HATI. Mati / Hidup kerana UMNO dan bukan keran Allah swt.
Orang Islam (terutamanya orang Melayu yang selama ini telah dieprbodohkan) seharusnya bijak menelaah, mengkaji, berfikir secara rasional / kritis dalam lingkung kehendak Allah swt yang berprinsip keadilan. Walaupun pahit, kebenaran harus disebarkan. Perasaan / Sentimen tu kan permainan syaitan. Ingatlah amaran dari Allah swt bahawa DIA tidak mengubah nasib sesuatu jaum KECUALI mereka yang mahu mengubah nasib mereka sendiri. Jadi kalaulah mereka selama ini dok pentingkan UMNO, biarkan saja sebab akhirnya Allah swt juga tempat kembalinya. Tak kan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, ... and the geng akan menyambut depa kan pintu syurga ??????? Kau tahu, AKU pun tahu dan semua orang Islam pun tahu tapi berapa sangat yang bersungguh-sungguh "ambil tahu"?