Kad prabayar: Pemimpin politik, SAMM gesa Putrajaya batal caj enam peratus
KUALA LUMPUR, 9 Sept — Pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.
Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin berkata, keputusan mengenakan caj itu tidak munasabah dan mahu pentadbiran Najib membatalkan pendekatan tersebut.
Dalam mesej yang dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitter malam tadi, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, “saya bantah.”
“Boss @NajibRazak, cukai kepada pengguna prabayar satu keputusan yang tidak munasabah dan membebankan rakyat. Saya bantah. Pohon dibatalkan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Pendirian yang sama dilahirkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan sama ada keputusan itu wajar.
“Adakah wajar mengenakan caj enam peratus untuk setiap pembelian kad tambah nilai?” kata Mursyidul Am PAS, juga menerusi Twitter, merujuk kepada satu laporan media semalam.
Dalam pada itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga membantah keras.
“SAMM amat memandang serius dalam isu caj yang akan dikenakan ini, menunjukkan kerajaan tidak peka terhadap pengguna prabayar yang begitu ramai penggunanya.
“Kerajaan juga harus sedar, para pengguna prabayar ini bukanlah mereka daripada golongan yang mampu,” kata Pengarah Seketeriat SAMM Zulkifli Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Tambah beliau, kebanyakan pengguna prabayar terdiri daripada golongan pekerja kilang, buruh kasar, pelajar, golongan sederhana serta mereka yang berpendapatan rendah.
“Mewajibkan caj enam peratus ini menunjukkan kerajaan hanya menjaga golongan korporat serta syarikat telekomunikasi yang sudah pastinya bebanan itu diletakkan kepada pengguna walaupun syarikat-syarikat ini menunjukkan keuntungan setiap tahun.
“Mengenakan caj enam peratus ini juga menunjukkan kerajaan tunduk kepada syarikat gergasi telekomunikasi seperti mana kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada Astro yang menaikkan caj kepada pengguna tanpa melalui proses untuk mendapatkan kebenaran kerajaan seperti dakwaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia,” katanya lagi.
Dakwa beliau, kerajaan dilihat tunduk kepada kehendak syarikat-syarikat gergasi ini dengan tujuan mereka dapat melipat gandakan keuntungan dengan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh para pengguna.
“Bahkan kerajaan cuba memperbodohkan rakyat, menaikkan cukai-cukai perkhidmatan tanpa disedari oleh rakyat seperti penangguhan yang war-warkan oleh kerajaan seketika dulu untuk mengenakan GST kepada rakyat.
“Justeru, SAMM menyeru kepada rakyat untuk membuka mata bahawa inilah bentuk-bentuk kezaliman serta bebanan kepada rakyat terutamanya golongan anak muda yang sedang membina kerjaya masa depan, dengan kenaikan harga barangan serta caj perkhidmatan yang dihadapi sekarang ini,” kata beliau lagi.
Katanya, jika kerajaan peka terhadap masalah yang dibebani rakyat sekarang ini, SAMM mendesak supaya dihapuskan caj enam peratus terhadap pengguna khidmat prabayar seperti yang diumumkan.
“SAMM amat yakin jika kerajaan masih meneruskan dasar untuk membebankan rakyat ini, SAMM meminta rakyat agar menolak kerajaan pusat yang sedia ada kepada kerajaan baru yang lebih mesra rakyat dalam aspek kebajikan khususnya dalam perihal cukai,” katanya. -TMI

Kad Prabayar : SAMM Desak Putrajaya Batal Caj Enam Peratus
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)membantah keras tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.
Pengarah Seketeriat SAMM, Zulkifli Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, keputusan mengenakan caj itu tidak munasabah dan mahu pentadbiran Najib membatalkan pendekatan tersebut.
“SAMM amat memandang serius dalam isu caj yang akan dikenakan ini, menunjukkan kerajaan tidak peka terhadap pengguna prabayar yang begitu ramai penggunanya.
“Kerajaan juga harus sedar, para pengguna prabayar ini bukanlah mereka daripada golongan yang mampu,” katanya.
Menurut Zulkifli, kebanyakan pengguna prabayar terdiri daripada golongan pekerja kilang, buruh kasar, pelajar, golongan sederhana serta mereka yang berpendapatan rendah.
“Mewajibkan caj enam peratus ini menunjukkan kerajaan hanya menjaga golongan korporat serta syarikat telekomunikasi yang sudah pastinya bebanan itu diletakkan kepada pengguna walaupun syarikat-syarikat ini menunjukkan keuntungan setiap tahun.
“Mengenakan caj enam peratus ini juga menunjukkan kerajaan tunduk kepada syarikat gergasi telekomunikasi seperti mana kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan kepada Astro yang menaikkan caj kepada pengguna tanpa melalui proses untuk mendapatkan kebenaran kerajaan seperti dakwaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia,” katanya lagi.
Malah Zulkifli turut mendakwa, kerajaan seolah-olah dilihat tunduk kepada kehendak syarikat-syarikat gergasi ini dengan tujuan mereka dapat melipat gandakan keuntungan dengan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh para pengguna.
Bahkan katanya, kerajaan cuba memperbodohkan rakyat dengan menaikkan cukai-cukai perkhidmatan tanpa disedari oleh rakyat seperti penangguhan yang diuar-uarkan oleh kerajaan seketika dulu untuk mengenakan GST kepada rakyat.
Justeru, SAMM menyeru rakyat Malaysia agar membuka mata terhadap bentuk-bentuk kezaliman serta bebanan kepada rakyat terutamanya golongan anak muda yang sedang membina kerjaya masa depan, dengan kenaikan harga barangan serta caj perkhidmatan yang dihadapi kini.
Tambahnya, jika kerajaan peka terhadap masalah yang dibebani rakyat sekarang ini, SAMM mendesak supaya dihapuskan caj enam peratus terhadap pengguna khidmat prabayar seperti yang diumumkan.
“SAMM amat yakin jika kerajaan masih meneruskan dasar untuk membebankan rakyat ini, SAMM meminta rakyat agar menolak kerajaan pusat yang sedia ada kepada kerajaan baru yang lebih mesra rakyat dalam aspek kebajikan khususnya dalam perihal cukai,” katanya.
Semalam, Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama berkata, caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.
7 ulasan:
Sebenarnya kenaikan 6% tersebut bukanlah diinginkan oleh pihak GLC tapi diimpose oleh Kerajaan sendiri. Kerajaan yang perlukan duit tersebut dan bukannya atas desakan GLC.
Hanya secebis nukilan.
1-2 minggu lagi.. kerajaan batalkan cukai.. maka bersoraklah mereka bahawa kerajaan BN amat prihatin.. taktik harga minyak yg dah lapuk, tapi sedihnya masih ramai yang tertipu..
waktu2 kecederaan dekat PRU ni...semuanya politikk...setaip tindakan kerajaan ada motif politikk...x caya tgk lahhh....kena 6% pun aku tak herannn...apa yang penting "ASAL BUKAN AMENO"....
Azabnya rakyat Malaysia sekarang! Kerajaan ker kera-jahanam?
glize
tak kisahlah di batalkan 6% tu atas sbb apa...yg penting tak saper pun akan termakan dgn tipu daya umngok tu nanti. sian pd pelajar dan bebudak yg baru kuar uni dan kolej tapi susah nak dapat pekerjaaan. bengong punya umngok...mari kita talkinkan umngok di pru13 nanti.
selamat mampus umngok petualang melayu.
kerja PEMIMPIN UMNO siang malam iaitu tindas, tekan,tipu, dan bohong dan CURI WANG CUKAI dari RAKYAT MALAYSIA..
sesiapa sokong yang UMNO seperti memperbodohkan diri sendiri.
GULUNGAN ELIT UMNO bertambah kaya raya.
semakin teruk la rakyat nampak nya semua kena tax.....
http://www.myinsurans.com/
Catat Ulasan