9 Sep 2011

Natasya Berjanji Untuk Jadi Lelaki Semula

Kangar: “Natasya Farisya sudah dipanggil untuk diberi kaunseling dan dia memberi jaminan akan mengubah penampilan termasuk memotong pendek rambutnya,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Abdul Malik Hussin.

NATASYA...beri jaminan potong pendek rambut

Menurut Abdul Malik, beberapa pegawai Jaips sudah mengadakan pertemuan dengan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita itu yang menjadi teman istimewa mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, apabila memanggilnya untuk diberi kaunseling, semalam.

Menurutnya, pertemuan terbabit diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis di sini, hampir satu jam dan pihaknya mengambil pendekatan dakwah dengan memberi khidmat kaunseling kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan.

“Kami tidak mengambil tindakan terburu-buru menahannya kerana pendekatan itu memerlukan bukti ketika ditahan. Bagaimanapun, dalam pertemuan terbabit dia sudah berjanji untuk mengubah corak kehidupannya.

“Kami akan memantau penampilannya selepas ini dan usaha berdakwah ini akan dilakukan berterusan.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, Natasya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan sebelum ini pernah dua kali ditahan anggota penguat kuasa Jaips iaitu pada 1997 dan 2010 lalu.

“Kami tidak boleh terburu-buru menahan kerana subjek (Natasya Farisya) kini dalam keadaan tertekan dan menyatakan hasrat untuk membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Natasya yang juga bekas model sambilan dari Taman Sri Bakau di sini, ditahan selepas dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 kerana berpakaian seperti wanita pada 2007.

Selain ditahan, kediaman Natasya pernah diserbu Jaips pada 2010 lalu, namun tindakan undang-undang mengikut peruntukan enakmen terbabit tidak dapat diambil kerana sebab tertentu.

Beliau berkata, selepas ditahan pada 2007 lalu, Natasya yang diberikan kaunseling dan nasihat oleh kaunselor Jaips memang berada dalam pemerhatian kerana dia sebelum ini pernah berjanji untuk berubah.

Katanya, pihaknya memandang serius penularan aktiviti pondan terutama membabitkan lelaki yang berperwatakan wanita di Perlis, namun tindakan mengikut Seksyen 7 enakmen sama bukan mudah untuk diambil.

Seksyen 7 memperuntukkan mana-mana lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Harian Metro semalam, melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mahu Jaips bertindak segera menahan Natasya sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang sewajarnya.

Abdul Malik berkata, walaupun Seksyen 7 tidak dapat diaplikasikan, namun pihaknya masih ambil tindakan terutama kaunseling dan pemantauan termasuk mahu memberinya peluang untuk berubah ke pangkal jalan.

Menurutnya, jika kesalahan itu dilakukannya di khalayak ramai atau ditahan ketika sedang menggoda lelaki atau bersekedudukan yang boleh menimbulkan syak, maka tindakan juga boleh diambil selepas mempunyai bukti. -hm

Natasha berjanji jalani kehidupan normal

KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.

Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki.

Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam.

"Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki.

"Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Natasha untuk menjalani kehidupan bersama teman lelakinya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, di luar negeri ini.

Tindakan itu berikutan hubungan mereka dicemburui pihak tertentu sehingga Mohd. Hafizuddin disimbah asid pada Sabtu lalu ketika berada di rumah sewanya di Taman Seri Bakau di sini. -kosmo


Ulasan GB

Jika sungguh apa yang dikata, sama-sama kita berdoa untuk kejayaannya.

4 ulasan:

mangchikla berkata...

'menyatakan hasrat untuk membunuh diri,” .. ceq rasa lah, bab2 lagu ni, butiran perbincangan toksah dok jaips dok pi canang sana sini la, kira2 'staff in confidence' :D

Tanpa Nama berkata...

Akibat budaya yang disebarkan oleh puak-puak UMNO melalui media kuasaan mereka.. Bercambah hamba-hamba Allah yang kecelaruan hakikat dan identiti. Jahanam UMNO/BN. Beringatlah wahai si Jaips, takut-takut institusi itu pun spesisi UMNGOK jugak.

Tanpa Nama berkata...

tak tau dah apa nak jadi nih...kembalilah kepangkal jalan.sebelum terlambat.allah bagi masa lagi,sebelum malaikat datang cabut nyawa.

Tanpa Nama berkata...

kena suruh budak ni taubat sama, jgn ubah penampilan saja, dosa yg lepas2 tu dia sedar tak? takut nnti tak ada kesedaran tentang dosa pahala, ubah penampilan kerana disuruh org aja... biarlah dia tau dosa pahala, haram halal baru perubahan tu kekal.

ibubapa kena pastikan anak2 tak ada masalah nak tukar jantan jadi betina atau sebaliknya dr kecik lagi.