9 Sep 2011

Tindakan Ghani Othman Label Mat Indera Semberono Dikecam

Pemuda PAS: MB Johor macam British, label Mat Indera semberono

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Pemuda PAS menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor semalam mengenai Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan kontroversi terbaru mengenai tragedi Bukit Kepong, sebagai tidak rasional dan dibuat secara semberono.

Sehubungan itu Pemuda PAS Johor juga mengajak Datuk Abdul Ghani Othman agar berdialog dengan mereka mengenai pendirian beliau, yang dilontar pada sidang media semalam dan juga menerusi rencana tulisannya dalam dua akhbar harian tempatan hari ini.

“Dalam konteks peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1948 hingga 1957, para sarjana masih sedang mengkaji dan masih tidak ada lagi (menurut kajian dan pembacaan saya) satu keputusan muktamad adakah pejuang-pejuang berhaluan kiri dikira sebagai pejuang atau pengkhianat.

“Tindakan beliau (Ghani) melabel Mat Indera (Ahmad Indera) dengan semudahnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Suhaizan bertanya, jika tindakan Mat Indera menyerang rumah pasung Bukit Kepong 1950 yang pentadbirnya ketika itu adalah British dan benderanya masih lagi bendera Union Jack, “saya mahu beliau beritahu kepada saya apakah status Tok Janggut yang turut mengambil tindakan yang sama sewaktu menentang penjajah British di Kelantan?”

“Yang ketiga, bagaimanakah Ghani (gambar) boleh bercanggah dengan penulisan berkaitan Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan dalam buku Pengukir Nama Johor yang beliau sendiri menjadi penaung dan penulis prakata bagi buku ini?

“Bahkan buku itu merupakan terbitan Yayasan Warisan Johor yang merupakan agensi kerajaan negeri itu sendiri? Bagaimana selama ini semuanya OK dan baru kini beliau menyanggah buku yang beliau iktiraf sendiri?” kata beliau lagi.

Suhaizan menambah, bahkan satu penemuan dan kajian baru tulisan Ismail Adnan berkaitan sejarah Bukit Kepong 1950 juga perlu dijadikan asas agar ruang kepada debat ilmiah dan kajian akademik dibuka semula, bukan dengan cara melabel secara semberono sepertimana dilakukan oleh Ghani.

“Saya amat mempertikaikan kenyataan dikeluarkan Ghani pagi ini.

“Saya sendiri sebagai anak jati negeri ini berasa amat kecewa dengan hujah-hujah dikemukakan beliau. Pada saya beliau seolah-olah berfikiran penjajah,” kata Suhaizan lagi.

Katanya, hujah-hujah yang beliau gunakan adalah saling “tak tumpah seperti alasan dan hujah dari seorang pagawai British untuk menentang kemaraan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan darah dan air mata sewaktu negara kita masih dijajah dahulu.”

“Saya juga cabar Ghani untuk berdialog secara terbuka di daerah Muar, Johor.” katanya lagi.

Dalam tulisannya hari ini, Ghani menegaskan Mat Indera merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950 selain mendakwa beliau berusaha keras mempengaruhi orang Melayu menyertai kegiatan dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Ghani berkata, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen Ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Semalam, keluarga Mat Indera mempertahankan beliau bukan merupakan komunis dan mahu kerajaan membersihkan namanya.

“Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun,” kata Ghani lagi. -TMI


Keluarga Mat Indera: Kami kecewa dengan MB Johor

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, berkata pihaknya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semalam yang mendakwa dia bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Bagaimanapun keluarga itu menegaskan, mereka tidak berputus asa dalam pendirian mereka mahukan kerajaan membersihkan nama Mat Indera.

“Saya kecewa dengan apa yang dikatakan (oleh Menteri Besar Johor), tetapi kami tidak akan berundur daripada mendesak kerajaan membersihkan nama abang kami,” kata adik Mat Indera, Baharom Shah (gambar), kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada forum bertajuk “Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, malam tadi.

“Itu pandangan beliau. Usaha kami, kami akan terus desak, kami mahu nama Mat Indera dibersihkan,” kata bekas kakitangan Kementerian Pertahanan ini.

Semalam, Ghani memberitahu pemberita di Johor Baru bahawa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen Ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf dan PKM telah diharamkan

“Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno),” katanya.

Ghani menambah, “bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.”

Pendirian Ghani itu diulangi menerusi rencana khas beliau yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini.

Pada satu sidang media tengah hari ini semalam di ibu negara, Baharom berkata, keluarganya mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera agar tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Baharom berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” katanya yang turut berpegang pada kandungan buku “Pengukir Nama Johor”, yang prakatanya disampaikan oleh Ghani sendiri.

Justeru kata beliau, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang menggerakkan usaha membantu keluarga Mat Indera pula berkata, Ghani tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan buku tersebut sendiri dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Pada pandangan kami, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sendiri, sebaliknya terima kandungan buku itu dan mengadakan satu debat mengenai hasil penemuaan, bukan terus kata Mat Indera sebagai komunis,” katanya sambil menambah, pihaknya akan mengambil tindakan susulan untuk membetulkan fakta sejarah membabitkan Mat Indera.

Buku itu diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor. -TMI


5 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Jelas, jelas, jelas, Rupa dan Bentuk Munafikun. Ibarat anjing paria yang suka makan tahi sendiri. Ludah ke langit dan akhirnya jatuh ke batang hidung sendiri dan lepas itu dok marah siapa yang ludah kat dia.
Bertuah keluarga mangsa-mangsa tragedi Bukit Kepong kerana telah diberi perhatian walaupun diabaikan sekian lama. Itu tandanya hikmah dari Allah swt. Kita merancang, Allah swt merancang. Yang pasti rancangan Allah swt yang berjaya. Kita dok rasa kita hebat, rupa-rupanya ... dipermainkan begitu sahaja oleh Yang Maha Esa.

Tanpa Nama berkata...

Inilah rupa manusia yang bermuka2. Ingat seluruh rakyat JOHOR sedang memerhatikan MB Johor ini. Ingat , semua manusia akan kembali kepada NYA , jangan ingat boleh menongkat langit selama2nya , toleh2 lah ke kanan dan ke kiri , ada yang telah pergi dan tak kembali lagi...........

otaklunyai berkata...

Puak2 ni sanggup menipu Hukum Allah demi mempertahankan amno laknat dan sanggup menyangkal kebenaran hatta memperlekehkan Hukum Allah... inilah manusia2 laknat yg amat sesat lagi menyesatkan...

Sesungguhnya Iman itu tidak dapat diwarisi dari seorang Bapa yg Alim...

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa je yang terpalit dengan UMNGOK sering kelihatan bersindrom bingong dan boleh menjadi bangang hingga ke akhir hayat. Simptomnya pula ialah keadaan seseorang yang bangannya tak dapat nak diajar dan 'cerdik'-nya pula tak dapat nak diikut. Tutur dan katanya macam biawak. Lidah bercabang. Tak kira apa latar pendidikan dan status keturunannya. Paling buruk kelihatan jika mereka berlatar pendidikan agama... Wallahu'aklam.

Tanpa Nama berkata...

Melayu yang memiliki darah pejuangan dan cintakan agama, bangsa, dan negara sahaja yang menyatakan menentang penjajah adalah pejuang tulin, tetapi melayu yang mengampu penjajah seperti umno adalah pengkhianat bangsa/negara dan agama hinggalah berterusan kehari ini. Contohnya memberi kewargaan segera kepada pendatang asing dan didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih adalah kerja pengkhianat yang dilakukan oleh umno melalui JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, SPR, JABATAN PENERANGAN DAN LAIN-LAIN PIHAK YANG BERKEPENTINGAN. Pemimpin umno tidak layak untuk berbicara soal patriotik dan pejuang tanah air.