23 Jun 2015

Bukankah Haji Hadi Pernah Barua, Tolol Malah Halau Keluar Ahli-ahli PAS?


Kamu akan 'tenggelam', tegas Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi peringatan kepada semua ahlinya tentang sejarah parti itu bahawa pemimpin tertinggi parti yang bersama parti atau pertubuhan lain, akan "tenggelam".

Peringatan itu terkandung dalam surat terbukanya kepada anggota parti hari ini tanpa menamakan mana-mana pihak dalam PAS.

"Setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah," kata Hadi. -mk

ULASAN GB

Ini edisi pelik.

Bukankah Haji Hadi sendiri pernah mengahalau ahli-ahli PAS, pernah memanggil ahli PAS sebagai BARUA dan pernah menTOLOLkan ahli-ahli PAS?

Kini apabil mereka yang dihalau, yang dipanggil BARUA dan yang ditololkan itu mahu membuka parti baru, diberi amaran pula bahawa mereka akan "tenggelam" seolah-olah menghalang mereka untuk tinggalkan PAS.

Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kini? Bukankah kamu, Haji Hadi yang telah menyebabkan berlakunya dan membiarkan perpecahan di dalam PAS? Bukankah kamu, Haji Hadi sebagai Presiden yang bertanggungjawab membiarkan PAS tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal?

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama dan menyingkiirikan kumpulan profesional.

Sekalipun pimpinan PAS Pusat terutama Presiden menutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Terus-terang kami nyatakan kepada Tuan Presiden, kami rela tenggelam daripada hidup bersama-sama dengan ulama jahat (ussu') yang gila jawatan dan gila pangkat yang menggunakan segala kaedah termasuk kaedah yang tidak Islam semata-mata untuk memuaskan kebuasan nafsu mereka untuk menang dalam pemilihan PAS baru lalu.

Tetapi insyaAllah kami yakin, dengan tenaga profesyenal G-18 yang satu ketika pernah mengangkat martabat PAS sehingga ke aras yang ada pada hari ini, mereka tidak akan gagal dengan parti baharu yang bakal muncul tidak lama lagi.

Sewaktu itu kita tengoklah nanti SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BAKAL TENGGELAM...



35 ulasan:

Potailangek berkata...

Betul gb,mereka dh jd semakin riak,ujub n takbur dgn diri mereka..layak kah ulamak berperangai begini..

Tanpa Nama berkata...

Pembakar semangat wadah baru..
Adakah jelajah kem progresif PAS akan membawa hasil?
Kini, segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.

Gelombang penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar menolak BN. Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya
bm.theantdaily.com/Terkini/Adakah-jelajah-kem-progresif-PAS-akan-membawa-hasil

Hj Aduka berkata...

ULAMA JAHAT ADALAH MUSUH AGAMA ISLAM.

aku berkata...

Tenggelam lagi bagus dari hidup segan mati tak mahu. Sekurangnya kita telah mencuba memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni mabuk pil kuda lg kot.Die xsedar ke sape yg tenggelam skrg ni....Pas dah nak karam die xnampak pun,kata masalah kecil je.Jgn jadi munafik la hadi oiii.....lihat la ramai yg keluar pas nanti dan pas akan tenggelam dgn labu2 nya...bye2 pas..aku xkn undi pas lg....

Tanpa Nama berkata...

'Perumpamaan ahli baitku adalah umpama bahtera Nabi Noh; barangsiapa menaikinya akan selamat dan barangsiapa membelakanginya akan tenggelam."

siapa yg sedang tenggelam?

Unknown berkata...

Salam:

isayman! U-turn.lagi..
wasn't it, 'say no to jebon/yahudi' and it's better for the jebon to leave and start preaching in their own mosque?Masa dalam Muktamar dgn sombong berkata "mana-mana jebon yg tak suka, disuruhnya pergilah bina mesjid sendiri" .Tapi bila orang betul2 nak buat sendiri beliau dan seangkatan dah PANIC:
Hadi dah Panic Tekan SoS button:Ahli-ahli PAS akan "drown" dgn new party!! siapa yg lemas Hadi ka atau ahli-ahlinya yg nak parti baru!!.Hadi dan TITM dah nampak PAS menuju masa depan yg gelap,Bayangkan Bila Pakatan Baru terbentok contohnya (PKR/DAP/PIP) pas nak duduk mana???BN/umno tak mahu!!Terpakslah jadi kera sumbang.

Ini jelas menampakkan pimpinan baru PAS tak bergerak langsung,hanya mengHARAP...HARAP & mengHARAP..Meeting MSU pun belum buat lag...
VISI PAS:MengHARAP & mengHARAP Istiqamah dlm pengHARAPan.
Misi Pas:MengHARAP sejarah berulang.
Strategy PAS: mengHARAP Orang2 progressive buat kerja.

Unknown berkata...

Tuan Haji Hadi Awang,

Kamu mahir hadis Nabi, tapi sayang Allah tidak mahu mengangkat kamu menjadi pemimpin rahmat kepada semua manusia.. Non Muslim and Muslim.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha..aku tatau la apa merepek hadi ni tapi yg pasti aku dgn kawan2 yg ada keahlian pas ni tak sabar bila nak bukak parti baru G18 ni?. Tak sabar rasanya nak bakar kad ahli Pas ni selepas isi borang parti baru tu nanti. Kita tengok nanti sape tenggelam sape timbul

Tanpa Nama berkata...

Kan dah kata-kata dulu dia jenis ulama apa. Dah menang pun tak puas hati lagi ke. Dulu cakap macam-macam.. tolol, barua dan lain-lain, halau keluar parti pun pernah sebut. Lupa kot. Berbelit-belit cakap tak habis-habis. Respon dia macam takut dan tak puas hati je. Sah mesti ada benda berharga yang ingin dimendarahkan. Yang untuk perut dan bawah perutlah agaknya.

Cuba komen sikit kenapa private bill tak jadi-jadi. Kena tipu ke, deal tak menjadi ke, UMNO bergaduh tak sempat nak deal ke, bagi kerusi dan jawatan tak setuju lagi ke. Tak kira apa pun bagi komenlah sikit isu yang menyangkut syariat Islam dan aqidah selama ini kononnya mesti diberi perhatian sepenuhnya hidup atau mati sampai kalah pun tak pe. Betul-betul tipu punya orang jenis ni. Nak percayakah???

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah. Tolonglah sapa2 bw orang tua ni pi berubat. Atau bawalah dia berehat jauh2.

Tanpa Nama berkata...

kita tak tinggalkan pas kerana siapa yg memimpin pas, tapi kita tinggalkan pas sebab perjuangan pas serta akhlak pemimpin pas yg sudah jauh tersasar.

Tanpa Nama berkata...

Huh!

Hadoii

Adoyyaii

Sape yg dah betol2 TENGGELAM ddlm longkang-JAMBAN nih..?????

>>>longkang belit PUTAR konar?

>>>longkang tipu KLENTONG auta??

>>>bangkai-JAMBAN songlap-GELAP???

>>>bangkai-KHIANAT langgar-JANJI????

>>>bangkai-FITNAH umpan-RASUAH??????

Biarkan siTOLOL siku-LUTOT jer yg maseh tinggal dan terus tenggelam ddlm longkang-JAMBAN-bangkai FITNAH itu yg maseh mmujanya sbg ulamak!



Nota:

Kebiasaannya...org yg lemas-TENGGELAM pasti sedar dan segera mintak tolong serta bantuan, ttpi ddlm kes bapak bangkai-FITNAH ini dia sendiri tak SEDAR bhw dirinya yg sdang sgt7LEMAS tenggelam..Oh!..

..maha7SUCI keajaiban "MU" ya'ALLAH...as GODs move mystrious way!?

GB..
"..ariinal haqqa-HAQQAN.."

Tanpa Nama berkata...

Masf yea

Tengok kan cara cakap Hadi tunjuk Hati nya yang BUSOK DENGKI di bulan Ramadhan Mubarak ini

ALLAH SWT per tunjukan Hadi yang sebenar pada Rakyat

Kalau orang orang India akan ber kata "Porr Dahhh!!!!!!"

Kesian si Hadi ini , pada umur nya yang lanjut Serban Nya telah menutupi Akal dan Manusia Nya Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi dah jadi macam Firaun kejar Nabi Musa dan Bani Israil dari keluar dari Mesir.... last2 sapa yang tenggelam?

Tanpa Nama berkata...

Hadi ngelabah ramai nk tinggalkan pas sampai sanggup keluar hadis...org ramai dh meluat sgt dh ngan hadi,tp dulu harapkan muktamar blh mengubah lanskap pas,tp rupanya muktamar pascai pula jadinnya.so apa lg harapan pada pas?????nothing....pas kosong....hanya sekadar hebat berceramah sana sini....lebih baik jadi NGO shj pas lgpun bkn nk putrajaya kan.Nik Amar kata nak redha Allah je,so nape join politik kalau xtau halatuju....bengong bertingkek tingkek...

Tanpa Nama berkata...

PAS di bawah Hadi sudah sesat lg menyesatkan. Rasullullah menggalakkkan Islam berkembang di dunia dan berdakwah mendekati org kafir bagi meramaikan umat Islam.

Berbeza dgn ulamak2 Pas terutama Hadi yg sesuka ati mak bapak dia nak mengkafirkan mana2 org Islam yg tak sependapat dgnnya. Inilah doktrin sesat yg ditanam dlm minda pengikut2nya yg taksub.

Dari sudut apa Pas mendakwa ianya gerakan Islam? Dari segi akhlak ulamanya? ekonominya? undang2 Islamnya? pentadbirannya? Hinggakan nama Allah pun direkrut jd ahli Pas dijaja merata utk menghalalkan perbuatan buruk mrk. Seolah agama Islam adalah hakmilik ekslusif parti Pas. Perasan betul puak2 lebai malang nih.


Yg akan karam adalah kapal PAS bernakhodakan Hadi Tolol lidah bercabang.

Tanpa Nama berkata...

Tenggelam? Baru bot penyelamat kecil pasma dr bahtera Pas sendiri mencecah air tahun lepas, gelombang yang terhasil sudah buat pemimpin pas ug muntah2.... agak2 kalau sebuah destroyer yang baru buat barisan tabit hormat di hadapan bahtera Pas, mahunya gelombangnya jadi tsunami yang menyebabkan bahtera Pas hanyut ke darat.... mau kena heret masuk dok. Kalau destroyer kasi tembakan peluru kosong... mahu karam Pas.

Tanpa Nama berkata...

Moga kita tidak termasuk golongan orang yang suka mencela (humazah dan lumazah).

Nota Idaman - Surah Humazah [104] – ayat 1.

Surah Humazah menceritakan azab yang menanti mereka yang suka mencela sehinggakan ada ulama mengatakan tiada surah lain yang menggambarkan neraka sedahsyat surah ini. Gambaran neraka yang perit dan dahsyat diperincikan dalam surah ini, terutama apabila Allah menyebut berkenaan neraka apa yang tidak disebutNya dalam surah lain: “نَارُ الل , Naarullah” (api Allah).

Dalam surah-surah lain, Allah menyebut “Naaru Jahannam” yakni api jahanam. Dalam surah ini, apabila dinyatakan api neraka dari Allah sendiri, maka ia lebih dahsyat lagi kerana Allah sendiri yang menyediakannya untuk mereka yang suka mencela.

Ayat 1 :وَيْلٌ لّكُلّ هُمَزَةٍ لّمَزَة
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencela (humazah dan lumazah)!

WAIL disebut 27 kali dalam al-Quran, termasuk 10 kali disebut berulang-ulang dalam surah 77 al-Mursalat (WAILUN yaumaizil mukazzibin).

WAIL ertinya kecelakaan atau kemusnahan. Apabila seseorang sangat kecewa, maka kata WAIL diucapkan. Dalam ayat ini, Allah sendiri yang mencelakakan (mengWAILkan) para pencela.

Al-Aloosi berkata: WAIL melibatkan emosi – celaan yang mengakibatkan gangguan emosi yang dahsyat, kesakitannya amat terasa hingga boleh memusnahkan (WAIL).
Tetapi dalam ayat ini, yang bermula dengan WAILUN dan tidak bermula dengan QUL yakni katakan, maka Allah sendiri yang mengatakan WAIL kepada para pencela. Allah sendiri mempertahankan golongan yang dicela pada saat mereka dicela. Saat mereka dilabel dengan kata-kata yang huduh, saat itu juga Allah mencelakakan para pencela, yakni bukan di’wail’kan orang kena cela. Allah melaknat para pencela kerana sikap yang tercela itu. Apabila Allah sendiri mencelakakan mereka dengan janji kemusnahan, maka kecelakaan demi kecelakaan akan menimpa para pencela.

WAIL juga diguna dalam konteks perkara yang dikategorikan sebagai huduh atau jelek. Allah menegaskan mereka yang bersikap demikian akan dilaknat, maka bersedialah diazab. Ahli komedi dan Arab Badwi pada zaman nabi SAW melakukan celaan (humazah dan lumazah) hampir sepanjang masa dan hari ini sikap buruk ini bertambah-tambah lagi dengan facebook, watsap dan sebagainya.

As-Shawkani berkata: Selalunya AL-WAIL digunakan dalam pembinaan ayat, tetapi sebaliknya WAILUN (dengan tanwin dhommah) digunakan dalam ayat ini. Kenapa WAILUN?

Al-WAIL bermaksud kemusnahan spesifik untuk para humazah dan lumazah sebagai statement of fact.

Tetapi, sebaliknya WAILUN bermaksud laknat dan kemusnahan telah pun dimaktubkan kepada para pencela tadi bahkan dalam WAILUN juga terkandung doa kemusnahan agar dibalas kepada para pencela. Dengan doa mengiringi WAILUN, para pencela sepatutnya merasa gerun dan takut dengan laknat yang akan menimpa mereka.

WAIL juga nama neraka. As-Shawkani berkata banyak hadis menyebut WAIL nama neraka. Bahagian neraka bernama WAIL ini sangat perit sehingga ia sendiri memohon agar Allah memusnahkannya. Inilah tempat khas untuk para humazah dan lumazah.

http://podcast.bayyinah.com/2010/01/21/104-humazah-part-1/

Tanpa Nama berkata...

Hadi bukan macam nabi nuh
Tak sesuai sangat buat bandingan begitu
Mcm langit dgn bumi baik dr segi agamanya atau akhlaknya

Tanpa Nama berkata...

To Anom AT 5:38PM Ambo setuju dengan apa yang demo huraikan tentang mencela{Humazah n Lumazah}.Anta tau kenapa mencela menjadi jadi la ni.Sbabnya Aji adi yang ajar .Ulama taik kucing yang mula dulu.PATUTNYA ULAMA AJAR DAN BAGI CONTOH YANG BAIK.BAGAIMANA KEHENDAK ISLAM,NI DAK KITA ULAMA TAPI CAKAP MACE ORANG BODO JAHIL.MEYEBABKAN ORE TAK RESPEK.demo gi la baca ayat ni.Wi nasihat ko Aji adi.Siang ko dia takut mati tak dan mintak maaf.

Unknown berkata...

Wahai hadi awang lebih baik kau diamlah bodoh.Engko ingat rakyat dengar cakap pembohong engko tu.Cukup2lah sedarlah diri yg engko tu bukan nabi...jangan perasan la mangkukkkk.

Tanpa Nama berkata...

Jangan berlagak tuhan.......sikap takabbur kamu tu akan memakan diri sendiri....ketahuilah dari 10 orang yang kujumpa 9 tak bersetuju dengan kamu ....tunggulah sajalah akibatnya....!!!

Tanpa Nama berkata...

Nabi Nuh as berdakwah 950 tahun dan pengikut dia hanya dlm 80 org saja.

dan Baginda as tidak pernah putus hubungan dgn bukan islam malah terus berdakwah walaupun bahtera dilempar najis dll.

ketika kesabaran Baginda as berada pada tahap sgt tinggi barulah turun bantuan ajaib Allah.

ini baru dap tolak hudud (pindaan undang2 syariah aje pun, bukan hudud total mengikut islam).. dan terus putus hubungan dgn dap.

ada dap buang najis kt markas pas?

yg ada org umno buat kek najis bawa ke pej LGE.

jauh sgt nk banding Nabi Nuh as dgn hadi, seorg pesakit mental

Tanpa Nama berkata...




Selepas Kenyataan Terbuka, Hj Hadi guna Surat Terbuka. Kedua-dua cara Terbuka ini sebenarnya 'membuka" Hj Hadi ia itu siapa Hadi se benarnya.

Ini lah tindakan terpantas Hj Hadi dalam membuat keputusan sebagai Presiden dan tanpa teragak-agak. Alangkah bagus nya jika semasa muktamar Hj Hadi membuat surat terbuka kepada semua ahli dengan memperingatkan ahli supaya berkempen secara bermaruah dan jauh kan diri dari cai!

Surat Hj Hadi membuka isi hatinya apabila ramai ahli-ahli menunjuk minat kepada G18. Hj Hadi hanya sebut tentang nas dan sejarah tanpa menyatakan apakah langkah yang akan di ambil untuk menyelamatkan bahtera seperti bertemu hati ke hati dengan semua ahli di peringkat negeri. Apakah Hj Hadi sudah tahu sesuatu dalam ilmu Allah akan terjadi??

Apakah sebelum ini Hj Hadi tidak membaca tulisan Subky Latif mengingatkan pemimpin PAS jangan suka-suka halau ahli-ahli nya kerana setengah dari 1 juta ahli PAS adalah mereka yang masuk selepas reformasi. Dan ahli-ahli ini lah yang tak akan teragak-agak meninggalkan PAS. Baru sekarang Hj Hadi tersedar dan merasa diri nya keseorangan.??

Hj Hadi dan pro ulamak hanya reti mengingat kan ahli tentang sejarah tetapi mereka sendiri tidak mengkaji mengapa parti serpihan bertahun dulu itu gagal. Apa yang pemimpin seorang dua buat@gerak kerja selepas menubuh parti baru? Kalau tanya Hj Hadi pun dia sendiri tak tahu apa matlamat parti serpihan tersebut di tubuh selain kerana keciwa. G18 menawarkan kepimpinan Islam profesional dengan gerak-kerja yang tersusun dan beridea baru.

Tanggung jawab Presiden dan kuasa, pun kuasa Presiden. Standard surat terbuka ini ialah orang-orang seperti MSO, Subky Latif ia itu penulis dan pemerhati politik yang berpengalaman.

Kepada Allah kita kembalikan.




Tanpa Nama berkata...

Alhaj Tolol says;

Kamong freng, I musti stail rang jadi pieng ulamok kalao pong mung dok sokong........tak de dalang kitab, kite mesti lawang ameno, lagi pong ameno doh insaf doh! Dok kencing malang lagi, kalau mung nok jadi imang mung buke le mesjid baru, takdok sape sape nok kacau. Hudud, kite tangguh sampai Oktobe je, I gi jepung dulu islang kang jing2 sane, pah tu kite "la obe kassing selamat". I ade senjate siku lutut ding tankuntau kinte, welpayer tubit api, and ding Ayang rajawali, pakar ekonomi kangkung liberal, mung hok nak jadi barua wat amende? dok diang diang le! Biar ulamok macang I wat keje! Mung dok perasang ke perkasa doh sokong kite......kite pong boleh tubuh pakatang baru.....PAKAsino! Ooopmsorry, Kite dok pakai pakatang, dok islangmik sebak pil kuda doh pakai, kite pakai genting PAKasino! Guane dok molek ke? Pas+pekasa+ameno! Parti Genting PaKasino, Gerenti dok tenggelang beb! Mung tengok scopeng, mane ade tenggelang? Pakse suruh tenggelang pong dok buleh tenggelang! Kapteng kite tuang berheng tuang mesyuarat!

Kirk Hammet berkata...

Mung dengor ke dok tuang presideng? Elok mung kelauk keje nangkak ikang je. Tu je yang sesua ngan mung. Majoriti reformis doh tok sea kat mung ngan parti mung tu. Tutup keda je la abih cerita. Jenazah parti mung tu tanam la sendiri. Kalo dak pung, campok je kelauk cina selatang nu.... kah kah kah.. bengong hangik!

Tanpa Nama berkata...



Huh!

AKIDAH?

AKIDAH apa bg org yg brbuat FITNAH??

Brbuat FITNAH itu jadah AKIDAH sape???

Brulang2 brputar2 konar brbuat onar-FITNAH itu belajar AKIDAH dr sape????

AKIDAH sape yg mngajar kita boleh berputar2 brbuat FITNAH??????

Adakah AKIDAH dr nabi SAW pernah mngajar buat FITNAH??????

Adakah AKIDAH nabi prnah mngajar FITNAH trhdp Yahudi & kafir harbi????????

Adakah AKIDAH wahyu Quran drp TUHAN boleh brbuat FITNAH kpd umat manusia?????????

Awas!

AKIDAH

AKIDAH siapa yg tlh karam??????????????

AKIDAH sapekah kini yg tlh bnar2GELAP karam-TENGGELAM????????????????!

Sham TM berkata...

Nampak gayanya PAS yang dah nak tenggelam.

Tiada siapa dah nak kawan dengan dia.

UMNO dan Perkasa pura-pura sokong konon.

Sokong membawa rebah.

Tapi sebab TOLOL percayalah juga walaupon orang tu dah buka seluar depan mata untuk mengencingnya.

Itulah suka guna siku dan lutut untuk berfikir.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Moga kita tidak termasuk golongan orang yang suka mencela (humazah dan lumazah).

Apakah Humazah dan Lumazah?

Asal perkataan humaza ialah dari hamaza هَمَزَ, yang bermaksud menyakiti dengan menusuk seseorang dengan benda tajam.

Perkataan mihmaz yang terbit daripada kata asal humaza bermaksud benda tajam yang dilekatkan pada kasut penunggang kuda, apabila pergerakan kuda menjadi perlahan, kasut mihmaz akan ditusuk ke badan kuda supaya kuda lari dengan lebih pantas. Kata mihmaz juga diguna pakai pada kayu yang dilogamkan hujungnya supaya kuat membidas.

Ar-Razi berkata bahawa Ibn Abbas berkata: Humaz ialah mencela di belakang dan lumaz mencela di hadapan. Humazah menghina seseorang di belakang dengan banyaknya (yang juga dipanggil gheebah (mengumpat), – tetapi mengumpat ialah memperkatakan sesuatu yang benar tetapi tidak disukai oleh pelaku jika pelakuannya diketahui orang. Jika umpatan itu tidak benar, maka ia menjadi celaan atau kejian, yakni humazah).

[Jika seseorang dipanggil dengan gelaran jebon sedang Allah jadikan dia insan yang ‘ahsanitakwim’ [95:4], insan sebaik2 ciptaan, maka ini ialah, tidak lain melainkan apa?].

Az-Zamakshari berkata: Lumaz ialah menyindir (being sarcasm) di depan-depan demi menjatuhkan maruah seseorang, dalam keadaan mangsa tiada upaya membela diri.

Ibnu Abbas berkata: Humazah ialah mengumpat di belakang dan lumazah ialah berterus-terusan mendedahkan aib seseorang.

Abu Zayd berkata: Humazah ialah memudaratkan seseorang dengan tangan manakala lumazah memudaratkan dengan lidah.

Abu Aaliyah berkata: Humazah ialah menggelar seseorang dengan gelaran yang tidak disukai. Gurau senda atau sebarang gerakan anggota badan samada mata, mulut dsbnya tanda menghina juga termasuk dalam humazah.

Ibnu Jawzi bertanya Ibnu Abbas: Kenapakah mereka dilaknat? Ibnu Abbas menjawab: mereka berterusan mencela dan menghina orang lain, merendahkan orang lain dengan sindiran walaupun secara bergurau.

Walaupun kita tidak setuju dengan seseorang atau sesuatu kumpulan dalam apa-apa isu, jangan mencela hatta dengan leretan mata. Standard yg Islam gariskan adalah tinggi dari segala yang tinggi.

HumazaTin dan LumazaTin: Dengan Ta marbuta yang menghasilkan bunyi H, humazaH, menunjukkan perlakuan yang ekstrim, yang diulang-ulang, iaitu mereka mencela dan mengkeji dengan banyaknya. Ta marboota dengan bunyi H dalam perkataan lain yang menunjukkan ekstrim:

Qiyam=berdiri; QiyaamaH=berdiri extremely lama pada hari pembalasan nanti.
SaakhaH: bunyi tiupan sangkakala yang extremely kuat.

Jadi humazaH dan lumazaH adalah sikap buruk yang ekstrim kerana mahu menghina seseorang atau kumpulan tertentu.

Ringkasan karakteristik Humazah and Lumazah: condescending (meninggikan diri), arrogant (angkuh/bongkak/meninggi diri), vulgar (tidak beradab/kasar/kesat/lucah), conceided in ones speech, body language and attitude (ranggi/sombong/takbur), insensitive (tidak peka/tidak rasional), critical (kritis/kaki komplen/suka kondem), self indulged (seronok sendiri).

http://podcast.bayyinah.com/2010/02/23/104-humazah-part-2/

Moga kita semua dapat menjaga akhlak dan tidak banyak ber’humazatillumazah’.

Tanpa Nama berkata...

sejarah apa hadi oooi yg ko nak cita?

ko sendiri lupa sejarah umno tk pernah tepati janji apa tah lagi utk buat hudud.

sejarah umno tipu PAS dr dulu ko lupa.

ko juga lupa sejarah PKR sebuah parti baru yg menggegarkan umno
sampai umno terpaksa derhaka dgn Allah dgn buat fitnah ke 2 utk anwar.
begitu berkesannya PKR walaupun baru

ko lupa lagi 1 sejarah hadi.

org melayu tk blh tengok kezaliman dan penganiayaan terhadap org yg mereka yakin baik dn jujur seperti kumpulan profesional

ko biarkan mereka diaib dn dituduh mcm2 , org melayu tk boleh maafkan

ko pun tk de niat nk minta maaf atau suruh jebon2 umno dlm PAS minta maaf.

so jelas ko ketakutan sebenarnya.

dan mungkin umno baru bagi downpayment je utk lawatan ko ke jepun sebb baru berjaya jatuhkan golongan profesional.

umno ada byk keje lagi utk kau .... tumbangkan PR selangor dan pasung golongan profesional dlm PAS supaya tidak keluar tp dok diam2 jadi bodoh dlm PAS... then barulah kau dapat full payment.

hai hadi kalau kau baca tulisan ini pasti dahi ko berpeluh.

mana aku tau semua ini? SEBAB AKU BELAJAR DR SEJARAH PERANGAI UMNO YG KO TK BELAJAR

SO SIAPA YG AMBIK IKTIBAR DR SEJARAH, KO ATAU AKU? sudah tentulah aku dan G18 serta rakyat yg celik hati dan akal waras dan tinggi IQ.

bukan mcm ko yg penuh bernafsu tk kira apa nk jadi kau tk kisah.

Tanpa Nama berkata...

Hadi tak de perjuangan untuk Rakyat ,
Yg ada merapu yg bukan2,
Byk kenyataan beliau cuma bawa musibah pd Rakyat,
UFN & TGNA telah berjaya pelihara amanah dgn sebaik yg boleh,
Pimpinan Hadi & the gang Akan merosakkan
Kecermelangan 2 tokoh yg disegani semua pihak,
Kumpulan Hadi Akan tumbang .kerna mempermainkan amanah Allah .
Kelemahan yg ketara dgn keluar ya fitnah dan perkataan yg tak waras bagi seorang pepimpin tertinggi ,
Belajarlah JAGA akhlak yg mulia agar disenangi oleh semua bangsa dan agama.
Low class punya pemimpin boleh cakap org lain tak layak jadi pemimpin,
Tolak pemimpin begini untuk selamat kan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Tulislah Hj Hadi dalam diari kamu bahawasanya pada hari ini 23 Jun 2015 kata2 kamu memandang rendah kuasa rakyat adalah silap. Rakyat sekalian yang dizalimi akan mengubah sejarah PAS dan memastikan kamu dan puak2 kamu yang tamak, bongkak dan mencemarkan Islam akan tersungkur bersama2 kepura-puraan kamu..

Tanpa Nama berkata...

Ada sesiapa ingat akan amanat HADI?

Tanpa Nama berkata...

Kalau yang dicari hanya kuasa kerana kuasa inilah jadinya. Kalau dicari kuasa untuk digunakan bagi meningkatkan syariat ianya takkan jadi begini. Eloklah dipercepatkan pengabungan dengan UMNO supaya boleh jadi menteri, pengarah, pengerusi dan sebagainya. Kalau ada yang dipanggil Al Fadhil Ustaz....tak lama lagi dipanggil pula Datuk Seri, Datuk, Datin Seri, Datin dan sebagainya.