29 Feb 2016

Haji Hadi Terus Keluarkan Kenyataan Kelirukan Rakyat & Pecahbelahkan Pembangkang

Rafizi minta Hadi tak beri gambaran PAS sokong Najib

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berharap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghantar isyarat mengelirukan bahawa parti Islam itu menyokong skandal membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam Sinar Harian hari ini yang mengatakan tidak akan menghadiri perhimpunan anti- Najib pada 27 Mac ini.

Menurut Rafizi, beliau sendiri menyatakan persetujuan supaya perdana menteri meletakkan jawatannya pada himpunan tersebut.


"Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak," katanya dalam Facebook hari ini.

Rafizi berkata, beliau jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu.

Ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi Awang iaitu "menolak parti Umno, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) Umno".

"Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itu setiap kali Umno bertukar Presiden, setiap kalilah Umno bertukar.

"Maka bagi saya, kemudaratan yang dibawa oleh Umno kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis orang yang menjadi presiden/pemimpin Umno.

"Jika presiden Umno itu kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa - maka Umno (dan kerajaan) pun akan kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa," katanya.

Atas sebab ini, Rafizi berkata beliau telah memberi tumpuan terhadap kritikannya ke atas Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau turut menyenaraikan keputusan yang disifatkan menindas rakyat dan berlaku ketika Najib menjadi presiden Umno.

Antaranya dengan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perhidmatan (GST), menghentikan biasiswa, memansuhkan subsidi minyak, dan menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM42 bilion.

Selain itu, katanya, harta negara seperti tanah dan stesen janakuasa elektrik bertukar tangan kepada syarikat asing dan kemewahan melampau melibatkan pembelian jet baru dan rombongan ke luar negara yang ditanggung rakyat.


'Saya anti Umno, bukan anti orang Umno'

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan anti-Najib termasuk yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac depan.

“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib dijadualkan berlangsung 27 Mac ini selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum in
-SH


ULASAN GB

Tatkala rakyat negara Malaysia sedang mengkritik dan menentang DS Najib sebagai PM, tiba-tiba Presiden PAS dilihat seolah-olah "mempertahankan Najib".

"Tidak anti orang UMNO?" - Apakah Presiden PAS tidak anti kepada perbuatan-perbuatan mungkar dan jahat pemimpin-pemimpin UMNO? Tidak anti-Najib sewaktu beliau kini sednag bermaharajalela dengan prinsip "I help U, U help me" sehingga kini terlalu ramai pengampu dan pembodek yang membenarkan segala tindakannya walaupun yang salah dan zalim?

Apakah Islam mengajar yang kita tidak menentang pelaku kemungkaran tetapi hanya menentang wadah kumpulannya (partinya)?

Sedangkan Al-Quran sendiri mendedahkan Rasulullah berjuang bukan saja sekadar menentang "kumpulan" Quraisy, tetapi menentang individu-individu yang zalim yang menjadi pemimpin Quraisy itu seperti Abu Lahab

Ia terrakam di dalam Surah Al-Lahab dimana nama Abu Lahab dinyatakan dengan terang-terangan oleh Allah swt walaupun Abu Lahab itu sendiri adalah bapa saudara Nabi Muhammad saw.

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia !
Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan.
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka).
Dan (begitu pula isterinya), pembawa kayu bakar (penyebar fitnah).
Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal . " (QS. Al- Lahab: 1 - 4) .

Kenyataan Hadi tersebut menyebabkan ramai kini mengandaikan bahawa beliau ada "termakan" habuan dari Najib. Benar atau tidak hanya Alah Yang Maha Tahu. Kedua, kenyataan Hadi itu menyebabkan ahli-ahli partinya sendiri jadi keliru sepertimana pendedahan kajian ILHAM CENTER baru-baru ini:

Kajian terbaru Ilham Centre mendapati, ahli akar umbi turut keliru disebabkan kenyataan bercanggah kepimpinan PAS terutamanya mengenai kerjasama dengan Umno.

....

“Mereka mula mempertikaikan apa yang dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang menang besar muktamar lalu dalam menjelaskan isu ini kepada mereka.

“Pada masa sama, kenyataan media yang dibuat pemimpin bercanggah antara satu sama lain,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

Pemilihan PAS pada Jun tahun lalu antara yang paling memecahbelahkan dalam sejarah 55 tahun penubuhannya.

Kumpulan konservatif berjaya menyapu bersih semua jawatan utama dan menyingkirkan golongan progresif.

Kumpulan progresif – terdiri daripada ahli Parlimen PAS yang terkenal meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

PAS pada masa sama menolak untuk menyertai gabungan baharu Pakatan Harapan tetapi mengekalkan kerjasama dengan PKR.

Sejak itu, terdapat persoalan mengenai hala tuju PAS.

Sesetengah pemimpinnya mahu hubungan lebih rapat dengan Umno sementara yang lain mahu PAS kekal sebagai parti pembangkang independen.

Hisomuddin berkata, rungutan terbesar ahli akar umbi ialah berhubung kenyataan bercanggah kepimpinan nasional.

Ini termasuk kenyataan daripada presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung.

Mesej dihantar kepada orang ramai menggambarkan PAS tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri, kata Hisomuddin.

Dalam isu kerjasama dengan Umno, rata-rata ahli PAS sukar menerima pendirian parti untuk bekerjasama dengan Umno melalui konsep “taawun” (bekerjasama untuk kebaikan).


58 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu kenyataan yang tidak pelik dari pemimpin atasan PAS. Yang peliknya kenapa pemimpin bawahan dan YB2 PAS yang boleh berfikir secara matang tidak megemukakan bantahan dan seterusnya mencadangkan satu EGM bagi memecat seorang pemimpin yg telah memecahbelahkan parti.

Abdul Said berkata...

Tak ada yang pelik bila perkara seumpama ini berlaku dikalangan umat Islam. Ini kerana umat telah diberitahu oleh Baginda Rasulillah s.a.w. bahawa diakhir zaman ada perkara-perkara tertentu akan berlaku dan Baginds berpesan apa perlu kita lakukan. Bagi saya pesan-pesan Rasulillah (melalui hadith-hadith) ini telah disampaikan oleh ustaz-ustaz PAS dan dengan izin Allah s.w.t contoh-contoh realiti pun datang dari orang-orang PAS juga. Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil.

Tanpa Nama berkata...

Syabbas. Terima kasih atas pendirian anda bahawa anda tidak sekali2 akan bersama rakyat untuk menyingkirkan pm dan melakukan perubahan kepada negara.

Kami rakyat malaysia sungguh gembira anda berani berkata secara terang bahawa kezaliman itu halal tapi dengan syarat dia orang melayu. Jangan sekali2 cina DAP.

Maka kami pulak sungguh berbangga dan gembira untuk menyatakan bahawa kami benci maknusia bangsa apa pun kalau dia berlaku zalim. Kami tetap menyokong siapa pun yang nak berkumpul dan berpakat2 hendak buat baik. Hendak hapuskan kezaliman

Pendirian anda elok untuk rakyat. Kalau anda datang tapi sebagai musang berbulu ayam, jahanamlah program kami. Pasti terkedek2 anda akan melapor pada member anda. Menangis tersedu2 bawah ketiak dia kerana tersangat belas kasian akan nasib melayu kalau takdirnya jatuhlah member sekor nih. Lalu anda pun mengadu dan menyebut2lah nama orang yang datang itu supaya dihapuskan.

Oleh itu dengar baik2. Rupa2nya anda telah memisahkan parti anda dengan seluruh rakyat yang inginkan perubahan. Silakan berpisah. Selamat tinggal. Jumpa di sana!

Tanpa Nama berkata...

Mental mamat ni dah celaru.

Anak Solomak Pahang berkata...

Nabi saw dari keturunan quraish dan pemuka kaum yg hebat dpt Abu Lahab adalah bapa saudaranya. Dalam kelompok itu ada bapak sdr baginda yg bersama baginda wpun berlainan fikrah dan aqidah. Rasulullah tidak memusuhi kaumnya tetapi menyanggah aqidah dan budaya mrk. Tolonglah melayu sekular atau pragmatis belajar sirah nabi sblm terlajak pandai nk berhujjah.

Pas menyanggah umno krn perlembagaan dan budaya mrk yg tidak Islamik. Ramai saudara mara kita di sana yg masih bersyahadah. Kalau abu lahab dan pemuka quraish nk terlingkup atau hura hara, nabi berdoa agar kaumnya diberi hidayah. Sejauh mana yahudi atau bukan Islam bersetuju bertahaluf atas nama Islam sehingga akhirnya tragedi perang khaibar? Adakah china Dap dan melayu PKR mengajar para ulama dan kepimpinan pas belajar politik?

Apahalnya mrk termasuk para pengkhianat nk menasihati pas? Apakah langkah kajang yg sumbang ingin diteruskan. Adakah PKR cemas tanpa penglibatan pas?

Tanpa Nama berkata...

Tuan 10.51. Tuan cadangkan EGM untuk pecat dia nih? Kah kah kah. Bukankah elok dia duduk lama2 di situ supaya semua orang boleh menilai sendiri macam mana pendirian parti itu yang terang2 berjalan pakai gear gostan. Rakyat nak ke depan. Dia pulak nak ke belakang. Tak ke seronok kita gelak sakan tengok bas buruk jalan gostan..

Lagi pun mana ada penganti dia. Kalau yang naik nanti lebih teruk lagi, amacam? Semua yang duduk atas2 tu geng dia semuanya. Kan dah dibuat cai hari tu. Dah dihalaunya orang yang baik2. Husam? Dia pun tunggu hari nak kena terajang..

Oleh itu. Tak usah beri apa2 cadangan untuk parti sejarah ini. Jaga parti kita sudahlah.

Tanpa Nama berkata...

Kesiannnn. Dihujung usia masih nak bergayut pada jawatan. Kalau pegang jawatan dan pertahankan prinsip ok jugak.. ini dah mcm macai dah tok guru hadi ni.

Unknown berkata...

Hebat perancangan yang mereka aturkan untuk majlis perkahwinan Hadi dan Najib.

Mula-mula main secara sembunyi-sembunyi..lepas tu, bila nampak line clear sikit...main secara samar-samar pula...sekarang ni, wow! Berani Main terang-terangan!! Tahniah Hadi dan Najib anda disahkan sudah pregnent hehehe...

Anda sudah berjaya Pecahkan Pakatan Rakyat dan singkirkan golongan Progresif.

Jangan kamu terlalu gumbira sangat...Hadi dan Najib. Ingat! Perancangan Allah adalah yang terbaik.

Tanpa Nama berkata...

hj hadi wajib dipecat.dia boleh masuk
umno dan jadi penasihat najib.duduk
dalam pas pun amat merugikan.buat
kenyataan yang memualkan

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS dah cakap merapu. Dia kata dia anti UMNO tapi tak benci ahli UMNO. Kan pelik tu. Apa beza ahli UMNO dengan UMNO. Kalau tak ada ahli UNMO, maka parti UMNO pun tak de le. Yang menjadi UMNO tu huru hara dah dibenci rakyat ialah sikap ahlinya sendiri. Fikirlah sendiri.....

zamani berkata...

Hadi kini hanyalah ulamak anjing yang menjelirkan lidahnya.

Tanpa Nama berkata...

PAS perlu kenakan tindakan disiplin ke atas Hj Hadi kerana kenyataan Husam mengatakan ujud kerjasama antara PAS UMNO terbukti bukan fitnah. Begitu juga mengenai isu hudud yang tidak dibawa ke pusat.

Adakah Timbalan Presiden PAS sejantan Timbalan Presiden UMNO ?

Kalau Muhyiddin yang bertindak jantan pun di katakan lembab dan takut-takut, tentu Tuan Ibrahim dipandang lagi rendah dari Muhyiddin.

Tak payah PAS nak cadangkan perlunya Kerajaan teknokrat..

Tanpa Nama berkata...



Those who god wants to destroy, will first make him mad.


Tanpa Nama berkata...

Apa la hang ni GB.. xder pelik pun Haji Hadi cakap mcm ni.. dia dah isim dah.. apa nak peliknya lagi??

Yg pelik, tetiba dia nak lawan UMNO. Ini mmg pelik. Spt Shahnon Ahmad, org tua dah xder tenaga dah.. bila dilantik jadi ketua, manalah larat nak melawan.

Umur 60-70-80 ni.. mmg selalu layan cucu. Cucu berak atas kepala pun, uwan xder amek port pun. Ginilah perasaang tuan guru kita.

Tak ramai akai teguh slps 60-an ni.. boleh dibilang dgn jadi.

Tanpa Nama berkata...

Tidak pelik kerana presiden ni mungkin tak faham ape yg dia cakap.sebab tu PAS sekarang hilang arah..PAS tak pasti dia pembangkang atau pemerintah..ahli2 pasa pun tak ambil kisah.kesiannye

Unknown berkata...

Satu perkataan sahaja....."GILA".

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, semua dasar yang diimplementasikan oleh parti pemerintah pada kebiasaannya akan ditentang, atau setidak-tidaknya ditegur untuk penambahbaikan oleh parti pembangkang. Sejak kebelakangan ini, sikap pimpinan nombor wahid Pas dilihat pelik. Walaupun Pas telah diikhtiraf sebagai parti pembangkang di peringkat persekutuan, namun sikap Hadi Awang mutakhir ini seolah-olah memperlihatkan Pas adalah komponen BN. Tiada seorang manusia waras atau manusia yang tiada kepentingan berani menyatakan bahawa BN adalah kerajaan yang bersih dan membela rakyat. Skandal 1MDB, SRC, Tabung Haji, KWAP, GST, pengurangan tajaan JPA dan Mara untuk pelajar pintar, kebanjiran pendatang asing dan sebagainya, menunjukkan betapa korupsi dan penindasan ke atas rakyat benar-benar berlaku.

Sekonyong-konyong Hadi Awang membuat kenyataan,"Pas tidak mahu rampas kuasa Umno, sedia sokong BN". Kenyataan ini sangat-sangat mengelirukan rakyat. Pengundi-pengundi Pakatan Rakyat PRU 14 sangat kecewa dengan kenyataan Presiden Pas. Pas telah membelakangkan aspirasi rakyat. Pas sanggup bersekongkol dengan BN yang menindas rakyat. Pas berasa bangga kerana berjaya mengangkat diri mereka menjadi penasihat BN. Meminjam kata-kata Husam, "Nabi Musa tidak pernah menjadi penasihat Firaun". Kenyataan Husam ini berjaya membidas dasar Pas yang tidak keruan. Kenyataan Hadi ini mungkin dijanjikan habuan oleh BN, tetapi apakah yang ahli-ahli akar umbi Pas dapat? Ahli-ahli akar umbi Pas hanya dapat gelaran sang walaqun. Walaq yang membabi buta.

Menjadi satu kepelikan apabila MB Selangor, Azmin Ali masih mempercayai Pas. Kerajaan Selangor pimpinan beliau terus mengekalkan gabungan kerajaan Pakatan Harapan dan Pas. Apakah lantaran terhutang budi kerana Pas mencadangkan nama Azmin sebagai calon MB Selangor suatu ketika dahulu, Azmin hilang kewarasan dan pertimbangan akal? Azmin bertindak semberono membelakangkan PKR semata-mata kerana alah malu dengan Hadi Awang. Pemerhati membuat kesimpulan bahawa Hadi Awang adalah makhluk perosak Pakatan Rakyat, dan Azmin pula adalah pemangkin kemusnahan Pakatan Harapan. Gaji dan elaun kedua-dua pemimpin politik ini berpuluh ribu ringgit sebulan, sedangkan rakyat marhaen hendak makan sesuap nasi pun susah.

Tanpa Nama berkata...

Dah macam UMNO PAS ni. Walau pun orang nombor satu buat hal, ahli dan pemimpin tak berani tegur. Kalau menegur di ambil tindakan macam Dato Husam.

GEBU berkata...

Islam yg Presiden PAS bawa adalah Islam HADI yg bercanggah dg apa yg Rasul SAW sampaikan kpd seluruh manusia.

Tanpa Nama berkata...

Aiik bukankah nak bertanding pilihanraya kena ialah orang-orang UMNO dlm parti UMNO? Kalau begitu PAS tak usah bertanding dlm pilihanraya sebab nanti kena lawan "orang-orang UMNO" walaupun PAS cuma bermusuh dengan UMNO bukan orang-orangnya. Alangkah bangangnya?

Kedua, bukankah dah jelas pemimpin UMNO itu terpesong aqidahnya apabila mereka menolak hukum Islam? Itu para ulama PAS selama ini yang cakap. Dengan sebab aqidah mereka terpesonglah maka mereka sanggup melakukan hal-hal bertentangan dengan Islam.

Yang khianat itu ialah PAS. PAS yang khianat terhadap rakyat yang mengundi mereka di atas dasar PAS masa itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. PAS yang memusnahkan PR.

ustazCakarRimau berkata...

sebagai ahli dan penyokong PAS, apa yang berlaku kepada PAS ari ni amat janggal dan diluar jangkaan kebiasaan.
Kami berdoa kepada Allah supaya PAS sentiasa dipelihara Allah.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan macam katun Hadimaru ehhh Hagimaru... Ulamak yang membelitkan kenyataan! Kenyataan pengamal pil kuda

Unknown berkata...

Salaam


Bagus tu Hadi, lagi banyak Hadi buat statement lagi "BERCELARU" pada ahli kat bawah, berbeza dgn TGNA dan Dsai, mereka menentang kemungkaran tak pilih bulu.Hadi membawa islam berpilih2, islam cara pemimpin umno okay pulak tu,pemimpin umno tukan ahli umno.Sebab apa berpilih-pilih,sebabkan nakkan kesenagan dunia yg tak seberapa ini,takpayah masuk penjara,dapat elaun puluhan ribu sebulan,tak payah kena masuk-lokap keluar lokap,bebas kemana dia nak pergi tak payah sb ikut,ada bantuan keewangan dari umno melalui jawatan yg diberi pada balaci-balaciinya.kononya dgn cara ini HUDUD dapat ditegakkan.

Kata nak berdakwah, mana ada contoh dari nabi2 terdahulu dan pejuang2 islam yg tulin yg berdakwah senang lenang,tak kena tangkap,tak kena baling batu,perut sentiasa kenyang...hanya berdakwah pada orng yg berkuasa sahaja yg boleh beri macam2....MANA ada ..Maknanya Hadi cuba nak ciptakan islam caranya sendiri...entahlah pengikutbya tak nampak benda-benda yg terlalu BASIC...PUN TAK BOLEH FAHAM .TERKESAN DISEBABKAN KESENANGAN DUNIA yg tak seberapa.

sekian.

Unknown berkata...

Mana dia sistem islam yg dibuat oleh pas..???????.Perlembagaan pas hanya retorik untuk kuasa duniawi.Tingkah laku tutur bicara pas amat kasar dan sesat.Pas hanya peniaga Islam utk tembolok sj.Dosa pas terhadap islam amat besar kerana mempermainkan jenama islam.Ahli2 pas yg walaunta bersama pemimpin mrk akan dihumban kedlm neraka jahanam akibat kesesatan mereka.Bertaubatlah wahai ahli2 pas sebelum malaikat maut jemput kamu.Pemimpin kamu hanya menipu para walaunta pas utk nikmat dunia.Lakonan klasik pas telah dihidu rakyat yg menolak kemungkaran kerajaan umno yg disokong oleh tok guru sesat kamu itu.Jika itupun walaunta masih perasan sesungguhnya Allah telah membutakan mata hati kamu wahai walaunta2 dlm pas.

Unknown berkata...

Anti Israel tapi tidak kepada Natenyahu...

Tanpa Nama berkata...

"..wpun berlainan fikrah dan aqidah. Rasulullah tidak memusuhi kaumnya tetapi menyanggah aqidah dan budaya mrk. Tolonglah melayu sekular atau pragmatis belajar sirah nabi "

Kalau ikut sirah nabi saw, PAS perlu berbaik dengan DAP sebab DAP berlainan fikrah dan aqidah dengan PAS seperti mana bapak saudara baginda yg bersama baginda wpun berlainan fikrah dan aqidah bukan orang UMNO yang salah guna duit zakat dan Tabung Haji.

Unknown berkata...

Setuju benar dengan cara Hadi. Rakyat pun dah cukup tahu sekarang siapa PAS. Ini memudahkan rakyat membuat pilihan pada PRU14 nanti. Bila ada pertandingan 3 penjuru, e.g. umno(bn), pas dan pkr/amanah, rakyat senang nak pilih siapa sebab hakikatnya hanya satu parti pembangkang saja.

Tanpa Nama berkata...

sudah tiba masanya ahli PAS isi borang AMANAH dan ramai-ramai serahkan kepada Ustaz Ahmad Awang.

Keputusan tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja menyelamatkan PAS tetapi menyedarkan Hj Hadi ...

Besar pahala kerana menyelamatkan ulamak dari selamat kan orang UMNO .

Tanpa Nama berkata...

Kalau diikutkan puak-puak malaun ni lingkup negara tak kisah apa berlaku protes guna akallah sikit yang susah rakyat kamu kalau berlaku apa-apa bolehlah lari keluar negara. Syabas TGHH istigamah lah dalam perjuangan dan berjuanglah secara hikmah. Allahuakbar.
Kalau dah gila kan sesuatu manusia akan berbuat apa saja untuk mendapatkannya hatta memusnahkan segalanya asalkan dapat dicapai kehendak. Jauhilah PAS dari orang gila seperti ini. Contohilah gerakerja dan perjuangan yang dilakukan oleh Rasulallah untuk mengusai Mekah.

Tanpa Nama berkata...

Presiden pas ni mengalami kecelaruan identiti, dia tak tahu pas tu part pembangkang atau parti komponen bn. Kasihan tak lawan ahli umno tetapi nak bertanding lawan umno, celaru sungguh. Rakyat pening memikirkan apa yg dia cakap. Ahli pas pun mcm ayam berak kapur.

Tanpa Nama berkata...

Pas xsalah.yg salah dan bodoh skrg ni ialah pkr..dah terang lg bersuluh perangai pas tp pkr masih bergayut dgn pas..takut sgt kehilangan pas... Ibarat Kerana budi tergadai body... Skrg sudah jelas prinsip pas bsama umno, prinsip pan dan dap juga sudah jelas menolak umno cuma pkr dilihat sbg parti yg tiada prinsip...semoga cepat berubah pkr oit..

Anti Fitnah berkata...

Sepatutnya Haji Hadi berkata sedemikian.
"Kita tidak anti UMNO tapi kita anti orang yang menerajui UMNO".
Yang menjadikan UMNO jahat ialah orang UMNO ...
Yang menjadikan UMNO zalim ialah orang UMNO ...
Yang menjadikan UMNO rasuah ialah orang UMNO ...
...
Kesimpulannya ialah yang menjadikan UMNO tidak relevan ialah orang UMNO itu sendiri.
Kenapa Haji Hadi anti UMNO tapi bukan orang UMNO? Hairan bin Pelik. UMNO tu kan benda yang mati, yang tidak dapat bergerak tanpa manusia. Manusia itu yang jahat. PAS kini nampak tidak relevan bukan kerana PAS tapi orang yang menerajui PAS itu. Begitulah hebatnya mentaliti Presiden PAS apabila anti benda yang mati dan sebaliknya tidak anti manusia yang jahat.
Apa kata daging kambing di dalam sup babi boleh diterima pakaikah? Yang haram tu sup dan bukan dagingnya. Entahlah.
Ini yang Tok Jib dok marah tu. HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH,

Malaysiabaru berkata...

Kami dah cadang EGM pada sebelum muktamar

Tapi pelik muktamar yv patut pecat hadi sebaliknya mat sabu di singkir... Pelik pas nih

- undi umno mcm undi pas
- ubdi pas mcm undi umno

Pas bukan lagi islam

Tanpa Nama berkata...

Sbnarnya inilah masalah pegangan ahli2 pas selama ini...pegangan islam adalah yg teratas bg sesiapapun yg mengaku muslim tak kiralah dari aliran politik mana pun...yg kita tentang adalah salah laku dan salah guna kuasa yg menyebabkan rakyat dan negara kita musnah oleh pemimpin2 tak amanah ini..pimpinan pas sekarang kena tahu bahawa politik adalah dari rakyat untuk rakyat...pas pula adalalah sebuah parti politik...kenapa bermain sentimen agama sedemikian rupa bagi sebuah parti politik...dan sekarang bermain pula sentimen kaum...jgn jual agama utk kepentingan sendiri...pas jgn cuba bermain undi yg telah diberikan oleh pengundi yg sangat mengharapkan perubahan yg lebih baik...

Unknown berkata...

Yang aku tgk hadi awang ni dan parti pas.. dulu kira ok.. tp bila hadi awang melantik ZUHDI.. sebagai pengarah strategi pas..parti pas memang parti di kira ok.. jadi tunggang langgang..yg hadi awang berpengalaman berpuluh tahun dlm politik.. byk termakan ķata2 pengarah strategi yg di rasa pengarah ciptaan umno.. zuhdi yg tak pernah di kenali tiba2 jadi pengarah strategi..yg pimpinan pas memang bengap.. telan je kata2 pengarah strategi yg masih lg bekerja sebagai kakitangan kerajaan..semua org hairan.. seorg kakitangan kerajaan boleh memegang jawatan yg gah dlm sebuah pasti.. tanpa apa2 kena tindakan...

Tanpa Nama berkata...



Bagi tahu kat Hadi Awang

Adakah kamu dan walaoun2 semua 'suka' dan tak benci PELACUR?

Dan kamu semua hanya benci rumah pelacuran! Wpun tiada pelacur dirumah itu!!

Begitu juga dgn JUDI...kamu tak benci pembesar/menteri org umno yg bg/keluarkan lesen judi!

Fuyooo!

Betul2 dah jd mcm anjing yg mnyalak babi "ddlm" bukit t.hari

Tanpa Nama berkata...

Ada beza ke Pas dengan ahli Pas?

pemuda parit kings berkata...

Klu bersyahadah Tu okla...tp perangai haramjadah watpe???lebih baik tak tahu apa itu Islam dari tahu...lihat org dap yg Kita katakan kafir...tp berkelakuan baik dan Bantu rakyat...dari yg bersyahadah x Bantu rakyat?boleh nilai x?inilah petanda ahkir zaman...manusia menggunakan kuasa Dan agama Demi kelangsungan hidup serta politik...sedarlah wahai kawan...klu kamu hebat mana pun berhujjah...klu org dah x percaya atau dah tahu perkara sebenar...x payah putar fakta...letih...bila jawab isu yg mudah pun nk guna hadis...org pun baik muak...untunglah saya dijadikan Muslim...klu x...harus saya Maki...tahap bebal Tu...jgn tunjukkan sgt...

Tanpa Nama berkata...

sdr..., pas skrg. sebiji mcm. umnu. memangnya x silap kalau dikatakan pas dah pun bergaya, tiru mcm umnu. kalu presiden umnu buat hal, ahli2 mkt, sebahagian ketua2 caw. juga takut, x brani nak tegur, bukan takut ape.., tapi takut sorru miss. inilah juga prinsip2 yg digunapakai dlm pas hari ini. kalau dizaman pemerintahan khulafa' rashidin dulu, khalifah meminta dia ditegur kalu dia salah, tapi hari ini org. no.1 pati pantang ditegur kerna aku presideng..,
demikianlah lslam diawal pemerintahannya dgn. pati lslam pas..

pemuda parit kings berkata...

Hebat benar pejuang pas berhujah...sampi terlupa apa yg dikatakan...harap kamu juga selidik dan blajar LG...oh penyokong pas...sedar2lah...jgn gunakan hadis2 kamu utk melawan soalan2 yg diutarakan...bahkan soalan yg mudah pun nk guna hadis..da serupa dgn ulama muda umno...menghalalkan Cara...hahaha...bila ditanya...jawapannya amatlah menghampakan...sudah2lah wahai ahli Dan penyokong pas...syg skali Allah kurniakan akal utk berfikir Dan akhirnya???wala???tp bagus juga Ada org pas dlm blog Ni...hahaha...boleh bertukar2 pandangan...hahaha...

Unknown berkata...

Bangsa Melayu mudah lupa,mudah disogok oleh habuan dunia (duit),bangsa yg penuh hasad-dengki,fitnah sesama sendiri,adu domba ,bangsa yg berpegang dengan sentimen kenegerian (pahamam asobiyah) itulah kenyataannya (sama ada dari Umno/Pas perangai lebih kurang sama),ada yg sanggup mengkhianati bangsa sendiri demi untuk melepaskan tengkok sendiri,sanggup berbunuhan demi untuk kuasa, wang,pangkat & Harta. Bangsa melayu akan berubah jika Agama ISLAM itu diterap dalam kehidupan keluarga, masyarakat seterusnya negara,HANYA penerapan ISLAM menyeluruh yg dapat mengubah nasib Bangsa Melayu menjadi bangsa yg berwibawa(Tapi rakyat nak harapkan pada parti mana?).Selagi dalam diri tiada rasa takut dengan ancaman ALLAH tentang hari pembalasan ,azab allah,(azab kubur,sakaratul maut, azab api neraka),jangan mimpila Melayu akan jadi bangsa yg dihormati?Sekarang Allah menguji bangsa Melayu(yg beragama Islam) dengan berbagai-bagai Kes yang berlaku (dalam Negara), dari sebesar-besar Kes sampailah sekecil-kecil kes, Allah suruh bangsa Melayu berfikir?Kerosakan yg berlaku di Malaysia ini disebabkan tangan-tangan kamu sendiri (manusia) itu sendiri."Allah telah memberi peringatan "Apabila Amanah (kepimpinan) di beri kepada mereka yang bukan ahli"(yg tak layak),tunggulah saat-saat kehancuran pasti akan tiba".kita tunggu PRU akan datang adakah bangsa Melayu (dari Pas,Umno) boleh berubah? Atau masih menyalahkan Bangsa Cina? Atau Allah akan menggantikan kaum yg lain untuk mentadbir Malaysia(Bumi Malaysia bukan Hak mutlak UMNO/PAS)?,Rakyat bawahan (khususnya bangsa melayu) bertambah pelik,keliru dengan sikap kepimpinan Parti Islam (PAS)yg terus bermusuh dengan saudàra islam sendiri(pemimpin amanah)digelar bermacam2 gelaran,tapi dlm masa yg sama menyokong PM (Umno) yg terang-terangan melakukan pengkhianatan ke atas Negara Malaysia&Rakyat.Apalagi yg kami rakyat dapat harapkan dari mereka(PAS)ini semua?..Kepada mereka yg bergelar Pemimpin Melayu Islam (khususnya Pas/Umno)apakah halatuju yg kamu ingin bawa untuk masa depan Rakyat Malaysia? Ternyata kamu pemimpin walaupun atas nama apa sekalipun (hatta Islam sekalipun) telah mengkhianati AMANAH YG TELAH DIBERI,Jawablah kamu semua di Mahsyar kelak,kami rakyat ada hak atas kamu semua(pemimpin).

Unknown berkata...

Sedih....org yg sgt saya kagumi era 80an 90an tapi berpusing 360 darjah kini.apakah sebabnya..

pemuda parit kings berkata...

Mcm yg seblum ini saya kata..pimpinan pascai baru Ni byk memegang jawatan sebagai penjawat awam..jadi x pelik...klu diorg Ni org umno...yg sudah diajar dan dididik jgn membenci umno Dan Para pemimpinnya...diorg Ni Ada agenda sendiri utk memecahkan pakatan rakyat dan kini memang jelas berkecai...ini harapan rakyat..bukan harapan setiap politik...

pemuda parit kings berkata...

Cuba bayangkan usrah pas cawangan boleh didatangi SB?Dan berlangsung seperti biasa?ini bukan ckp kosong...pascai melahirkan pejuang2 yg takut akan kebenaran...niat bukan hendak berbicara bende remeh temeh...tp yg remeh temehlah asalnya pas hancur...

pemuda parit kings berkata...

Hahaha...pengkhianat yg naikkan pas...umno adalah kawan pas skrg akan menjatuhkan pas Dan jelas pas sudah pun jatuh...bagaimana kamu sebagai ahli pas boleh berkata pengkhianat???tinggi bebenarkah jawatan kamu dlm pas???kamu sedarkah yg kamu juga x hebat berhujah???ulama pas dah serupa ulama umno...ulama muda umno...tiada bezanya...jawab soalan yg mudah pun payah nk jawab...klu jawab...terang2 merapu..tanya lain jawab lain...cukup2lah org pas skrg....yg tinggal kekal menyokong tinggal 2 golongan shj..pertama..memegang jawatan dgn mendpt dedak...kedua...penyokong yg x cukup ilmu bab Islam..mudah digoreng oleh ust2 pas...ckp sikit bab Islam..dah percaya buta...

pemuda parit kings berkata...

Jgn jual agama bro..sedih...jgn jatuhkan martabat Islam..keagungan Islam...kata umno bersyahadah...dap kapir...perbuatan dan kelakuan boleh nmpak bro...jgn sempit sgt...jgn bodohkan diri sendiri...dah terang lagi nyata...bahawasanya umno Dan org umno Tu sendiri perosak Negara...knp harus nk menegakkan benang basah???

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Otak Hadi dah lama tak boleh pakai.
Hilang hormat kita pada orang macam ni.
Kalau Pas menang pasti dia sama macam Umno.
Ada baiknya dia tidak diajak untuk program pakatan akan datang,
Biar dia jadi tuan penasihat ..jee
Faham tak Rafizi ????.
..benci aku..
Tak padai tulis pun rasa nak tulis jugak sebab benci sangat bila cakap dia tu
ada orang ambil pusing.
Dia dah nyanyok gila...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kerana agamalah kita tolak UMNO. Dan apabila kita ada kuasa baru lah kita mengubah sistem dan menghadkan kuasa-kuasa yang ada sekarang.

Apabila kuasa sudah ada di tangan baru lah kita memberi pertolongan dan kerjasama pada orang UMNO. Selagi orang UMNO yang berkuasa jangan harap lah orang UMNO nak ikut nasihat pak lebai.

Tanpa Nama berkata...

Masa tu tiada penerima derma billion nak ambil dia jadi penasihat

Tanpa Nama berkata...

Penasihat kepada penerima derma billion mana boleh gila?

Tanpa Nama berkata...

PAS dah menjadi PUS (nanah). Kepala dia tak kena matahari jadi fikiran pun dah kusut.

Tanpa Nama berkata...

Boleh agak-agak sebabnya.
Saya ambil pengajaran macam ini iaitu tidak ada keikhlasan dalam menuntut ilmu atau dalam sesuatu pekerjaan atau amalan dari awal mula-mula..

Hj Hadi pusing 360 darjah tak pelik sebab bila Orang tinggi pengetahuan agamanya pusing 360 darjah, orang seperti Mahathir sepatutnya lagi teruk dari dulu sekurang-kurangnya jadi macam Nazri atau Anuar Musa.

Adakah Mahathir ikhlas semasa memecat Anwar Ibrahim iaitu untuk menyelamatkan pemerintahan melayu UMNO dan Islam? Mungkin kerana keikhlasan yang sedikit itu menyebabkan Mahathir berubah menjadi baik kerana menentang kejahatan pemimpin UMNO sekarang?

Ini bukan balasan atau hukuman tetapi kesan atau akibat tidak ada keikhlasan. Begitu lah penting nya keikhlasan biar pun sekadar memberi komen seperti ini.

Wallahualam. Ampun ya.Sebab bab ikhlas ini memang susah tapi ia nya penyelamat kita satu hari nanti.

Tanpa Nama berkata...

Ini suatu kenyataan yg sangat pandir dari Jihadi Wang. Anti UMNO tapi bukan anti ahli UMNO sedangkan UMNO itu bukannya benda yg bernyawa. UMNO hanya suatu wadah umpama pekakas. Yang menghidupkan UMNO & memberikan UMNO itu roh & gerakkerja nya adalah anggota & ahli UMNO.

Kata2 & logika Hadi ini sangat menyesatkan. Inu samalah dengan mengatakan saya anti wiski tapi saya tak anti peminum arak. Saya anti porno tapi saya tak anti pelakon & producef filem porno. Saya anti dadah tapi saya tak anti penghisap dadah. Saya anti zina tapi saya tak anti kaki zina!

Sesat lagi menyesatkan!!!

Tanpa Nama berkata...

Rumah lacur..... Skrg zaman intenet.... Bleh deal awek bawa masuk umah lacur....pelacur kta bt kawan..... Nnt bleh pinjam KY.

Abdul Said berkata...

Saya tak hairan ketua-ketua serta taiko-taiko dalam PAS sudah mereng atau gila atau skru kepala longgar. Ini petunjuk dari Allah s.w.t. kepada umat Melayu yang dari jenis atau kelompok yang terlalu Islam kononnya. Yang saya hairan ni ialah budak-budak muda dan separuh muda dalam PAS. Ada yang belajar ugama tinggi melangit. Habis semua tok guru diredah termasuk tok-tok guru di Jordan, Yaman , Syria dan Iraq. Mereka ni tak nampak ke ketua mereka sudah meracau dan tak tentu hala. Yang saya geli hati tu ada yang cerita (kuliah ugama dengan ceramh Pas sudah bercampur adok) kononnya si anu dan si ini kurang tidurlah, kuat tahajjudlah, kuat puasala. Apa orang lain tak buat ke?? Lebai-lebai kampung tak buat ke. Makcik-makcik dan nenek-nenek yang faham ugama tak buat ke? Mengapala bongok ustaz-ustaz ni. Janganlah nak gebang pasal benda tu. Sepatutnya bagi tahu jemaah amalkan solat malam, amalkan zikir dan amalkan puasa sunat yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Lagi pelik tu ada yang taksub kepada orang-orang kuat parti yang punca ilmu mereka tidak diketahui umum. Tiba-tiba jadi tok sheikhlah jadi ustadlah dan macam-macam. Bila tengok balik betullah agaknya kata Dr Mahathir, 'Pas parti sampah!!'Jadi sia-sia bila ilmu ugama yang ada tidak memberi manafaat kerana duduk dalam 'rubbush dump!!'

Tanpa Nama berkata...

Hai kawan2 dalam PAS. Jangan ambul hati atas ulasan2 di atas. Memang ada kata2 yang kawan2 agak kurang selesa.

Marilah masuk AMANAH. Tinggalkan orang tua tu. Kalau kawan2 takut bab dah berbaiah tu, kawan2 minta ampun saja dengan Allah Taala kerana terpaksa meninggalkan pemimpin yang sudah menyeleweng dari landasan perjuangan Islam yang sebenar. Rajin2lah menyemak buku sejarah. Adakah ada pemimpin atau ulamak muktabar berdamping dan menyokong pemerintah yang zalim?

Demi Allah, memang tak ada, kawan2. Bahkan mereka semua dizalimi kerana tidak mahu berpakat2 dengan pemerintah yang zalim.

Melihatkan situasi sekarang, sangat2 diperlukan kawan2 buat keputusan meninggalkan PAS dengan kadar segera. Marilah kita bina hidup baru dalam AMANAH demi kelangsungan anak cucu kita hingga sampai saatnya Allah Taala kiamatkan dunia ini yang kita tak tahu bila..

Tanpa Nama berkata...

AKU ANTI ARAK JENAMA CASBERG, TAPI AKU TAK ANTI KANDUNGAN CASBERG

Iwan raihan berkata...

Suruh najib letak jawatan. Pemimpin baru nanti pun, timbalan nye tetap umno jang. Umno dah berpuluhan tahun pentakbir kerajaan. Tak ada pun timbalan bakal perdana menteri dari pas , dap , pkr. Dapat jawatan jadi PM. Um lain kali lah.

Hidup melayu islam .