9 Sep 2009

Era Najib Altantuya : SKMM Pun Nak Jadi Lembu Seperti SPRM

Di dalam satu usaha untuk mengugut media siber dan internet, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyoalsiasat 12 lagi kakitangan Malaysiakini berhubung penerbitan video berkaitan perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil Hindu di Seskyen 23 hujung bulan lalu.

Dalam sesi selama lapan jam sejak 10.30 pagi, lapan pegawai SKMM merakamkan kenyataan ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran.

Mereka juga menyiasat editor, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikalnya di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain Premesh, kesemua kakitangan terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu turut disiasat.

yang terlibat: wartawan-wartawan Rahmah Ghazali, Jimadie Shah Othman, Andrew Ong, juruvideo Amir Abdullah, editor-editor K Kabilan, Nasharuddin Rahman, Fathi Aris Omar, editor-editor video Shufiyan Shukur, Ng Kok Foong dan Lydia Azizan.

Suruhanjaya itu turut mengambil keterangan syarikat pelayan web Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi juruvideo, Mohd Kamal Ishak – yang sedang bercuti – akan diambil keterangannya Khamis ini.

Sabtu lalu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan disiasat selama 45 minit berhubung kes yang sama.

Semalam Presiden Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), Dr Thomas Philips ketika mengulas arahan SKMM yang meminta Malaysiakini mencabut rakaman video demonstrasi di Shah Alam hujung bulan lalu, Dr Thomas berkata:

"Dalam kes ini, memberhentikan video aksi tersebut tidak boleh menafikan aksi tersebut. Kita mestilah terlebih dahulu mencegah aksi itu dan video itu dengan sendirinya tidak akan wujud."

Tiada ulasan: