Seorang eksekutif di sebuah guaman, di sini terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu pejabat polis Bukit Aman yang mendakwa beliau bersekongkol dengan sindiket penipuan wang di Hong Kong.
Bagaimanapun, perasaan paniknya reda apabila mendapati panggilan tersebut sebenarnya palsu dan dipercayai dilakukan sindiket tidak bertanggungjawab mempergunakan talian Bukit Aman untuk mengelirukan mangsa.
Mangsa, Lee Kai Yet, 25, berkata, beliau menerima panggilan daripada seorang yang mendakwa dirinya sebagai ‘Inspektor Tan’ yang mengendalikan kes jenayah komersil perdagangan kira-kira jam 10.30 pagi, Jumaat lalu.
Menurutnya, berdasarkan nombor tertera pada telefon bimbitnya, ia ternyata nombor telefon ibu pejabat polis Bukit Aman.
“Inspektor Tan memaklumkan bahawa terdapat dua lelaki ditangkap di Hong Kong beberapa bulan lalu membabitkan kes penipuan. Beliau mendakwa, polis Hong Kong mendapati sebuah akaun bank atas nama saya telah dibuka pada Mei lalu dan digunakan kedua-dua lelaki terbabit.
“Dia bertanya sama ada saya pernah menerima sebarang ganjaran kerana membenarkan nama saya digunakan untuk akaun bank tersebut, sedangkan selama ini saya tidak mempunyai akaun di bank dinyatakan, selain pasport saya juga telah tamat tempoh April lalu,” katanya.
Berikutan itu, ‘Inspektor Tan’ meminta saya menghubungi Inspektor Loh Kok Keong dari Hong Kong di talian 0085265252443 kerana menurutnya, polis Hong Kong akan mengeluarkan waran tangkap terhadap saya tidak lama lagi, sebelum talian diputuskan.
“Disebabkan rasa sangsi, saya kemudiannya cuba menghubungi talian ibu pejabat polis Bukit Aman yang tertera di telefon bimbit untuk memeriksa sama ada benar ‘Inspektor Tan’ bertugas di sana.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan polis Bukit Aman bahawa tiada nama Inspektor Tan yang bertugas di situ dan penjelasan itu menunjukkan saya telah ditipu,” katanya ketika ditemui di pusat khidmat masyarakat DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang, di sini semalam.
Kai Yet yang juga pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, pihak polis Bukit Aman juga mengesahkan ramai pengadu menelefon talian itu menyatakan keadaan sama dan dipercayai talian itu telah disalah-gunakan pihak tidak bertanggungjawab.
“Sejurus itu, saya membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2, atas nasihat pihak polis Bukit Aman,” katanya.
Menurutnya, beliau percaya sindiket terbabit menyalahgunakan talian ibu pejabat polis Bukit Aman untuk kegiatan jenayah.
“Mungkin sindiket itu berbuat demikian untuk mengugut saya membayar sejumlah wang sekiranya mahu melepaskan diri daripada ditangkap polis Hong Kong. Saya bernasib baik kerana bekerja di firma guaman dan tahu selok belok perundangan. Bagaimana sekiranya orang lain yang tidak tahu undang-undang, pasti mereka akan terperangkap dengan penipuan itu,” katanya.
Sementara itu, ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin menggesa polis khu-susnya ibu pejabat Bukit Aman menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian itu bukan sahaja untuk mengelakkan orang ramai tertipu, tetapi turut membabitkan nama baik polis.
“Saya juga menasihatkan orang ramai yang terbabit dengan perkara sama supaya tidak terpedaya dengan penipuan berkenaan, sebaliknya merujuk terlebih dulu kepada pihak polis.
“Sekarang ini, sindiket melakukan pelbagai cara untuk menipu orang ramai dan saya harap polis dapat memperbetulkan semula keadaan itu,” katanya. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan