
Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim ketika mengeluarkan arahan itu di
dalam kamarnya juga memerintahkan Peguam Negara menjawab permohonan yang difailkan Kerajaan Selangor pada Jumaat lepas bagi membatalkan saman pemulanya itu.
Mahkamah turut menetapkan 15 September ini untuk sebutan semula kes.
Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun hadir mewakili pihak plaintif sementara pihak defendan diwakili peguam Yusmadi Yusoff.
Pada 20 Ogos lepas, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam bagi memohon satu perintah deklarasi bahawa pekeliling berkenaan yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bertarikh 28 Julai lepas, sebagai tidak sah dan terbatal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan