9 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Saksi Dedahkan Deraan SPRM

Dia digari dan dibawa ke sebuah bilik gelap dimana dia ternampak seorang yang agak tinggi bercerminmata membaluti sebatang keluli dengan kertas suratkhabar.

Dia diarah untuk berbogel. Beberapa orang yang lain menyerangnya. Dia dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan di rotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga dia tidak tahan lagi menahan kesakitan.

Sivanesan Tanggavelu, 22, yang masuk ke kandang saksi di dalam Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock memberikan butiran bergrafik tinggi pengalamannya sewaktu disoalsiasat oleh pegawai SPRM Selangor.

Penolong pengurus sebuah syarikat yang bertempat di Kuantan mengingati kejadian bagaimana beliau diangkut dari rumahnya pada 4 Sept tahun lepas oleh tiga orang yang mengakui mereka pegawai pencegah rasuah dan meminta bantuan beliau di dalam satu siasatan kes.

Beliau mengikut mereka ke pejabat di tingkat 14 Plaza Masalam dan mereka cuba untuk memaksanya menandatangani dokumen pengauan bersalah.

Apabila dia enggan, seorang dari mereka, yang dipanggil “Mohan”, memberitahunya di dalam bahasa Tamil: “Jika anda tak bercakap benar, tempat ini akan menjadi seperti neraka.”

Pemuda berusia 22 tahun itu telah dibawa pada hari ini sebagai saksi baru di dalam inkues Teoh Beng Hock yang dikatakan terjatuh pada 16 Julai selepas menjaalani soal-siasat pada sebelah malamnya oleh SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam.

Peguam untuk SPRM, Datuk Abdul Razak Musa telah membantah pada sebelah pag tadi, penerimaan kenyataan Sivanesan dan juga repot mengenai serangan yang berlaku ke atasnya.

Beliau menyatakan laporan Sivanesan “tidak relevvan” terhadap inkues Teoh kerana ia berlaku dah terlalu lama, sebelum Badan Pencegah Rasuah bertukar menjadi SPRM.

Gobind telah membentak dengan menyatakan "Kami bersedia untuk teruskan. Anda kata, nama Ashraf tidak ada dalam laporan. Anda minta kami untuk menyediakan saksi kami; bila kami ada, anda katakan yang ia tidak relevan."


PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (RABU)
Saksi misteri tampil beri keterangan

BERIKUT adalah perkembangan inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini:

1.40 petang: Mahkamah ditangguhkan sehingga Khamis ini.

1.35 petang: Sesi soal jawab berkahir. Sivanesan berdiri dan kembali ke tempat keluarganya di tempat duduk awam.

1.23 petang: Sivanesan berkata dia telah membuat aduan kepada Suaram, Suhakam, polis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai biro pengaduan awam, Datuk T. Murugiah.

Katanya, daripada apa yang dia tahu biro tersebut sedang menyiasat kes berkenaan.

1.20 petang: Sivanesan berdiri dan menunjukkan kepada mahkamah sehelai seluar dalamnya yang koyak dipakainya ketika dia dipukul dibahagian kemaluannya.

1.15 petang: Sivanesan berkata dia telah ditahan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam bermula pada 4 September hingga 9 September 2008.

Katanya, dia telah dirawat ekoran kecederaan di kepala, buah pinggang dan kemaluan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

12.50 tengah hari: Sivanesan berkata dia telah diminta untuk menanggalkan pakaian dalamnya.

Dia berkata Ashraf mula menendang, tumbuk dan menampar dia berkali-kali dengan tangannya digari.

Tambahnya, buku lalinya turut digari apabila dia menjadi lebih agresif ketika isu perkauman dibangkitkan.

12.47 tengah hari: Sivanesan dibawa pejabat SPRM. Ketika itu dia melihat seorang pegawai memakai cermin sedang membungkus satu batang keluli dengan akhbar.

Dia berkata, keluli berkenaan telah dilihat pada siling bangunan yang masih dalam pmbinaan.

Katanya,pegawai berkenaan meletakkan rod dibawah dan menampar pipinya sambil berkata: "You ni keras kepala."

12.34 tengah hari: T. Sivanasan, 23, mengambil tempat sebagai saksi ke-20.

Semasa disoal oleh Gobind, dia berkata, tiga lelaki yang hanya dikenali sebagai Zulkifli, Ashraf dan 'J' datang ke rumahnya dan meminta dia mengikut mereka untuk membantu siasatan.

12.31 tengah hari: Koroner berkata, saksi boleh dipanggil untuk mengambil tempat dan SPRM boleh memfailkan permohonan untuk semakan semula pada masa yang sama.

12.13 tengah hari: Abdul Razak berkata, beliau akan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan koroner semalam yang laporan itu relevan dan saksi boleh memberi keterangan.

Peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar bangun dan berkata, Abdul Razak kemungkinan telah memikirkan tentang perkara itu semalam.

12.10 tengah hari: Gobind berkata, prosiding mahkamah masih pada tahap yang sama kerana Abdul Razak.

"Kami bersedia untuk teruskan. Anda kata, nama Ashraf tidak ada dalam laporan. Anda minta kami untuk menyediakan saksi kami; bila kami ada, anda katakan yang ia tidak relevan," kata Gobind.

12.05 tengah hari: Abdul Razak berkata, tidak sepatutnya ada masalah untuk saksi datang ke mahkamah memberi keterangan.

Mengenai saksi misteri yang duduk di galeri awam, beliau berkata:

"Mungkin mereka mahu mendedahkan identitinya hari ini."

Berhubung tindakan Gobind yang berdiri dan menjerit: "Apa yang anda cuba katakan?"

11.50 pagi: Gobind berkata, beliau tidak boleh memberi jaminan yang saksi boleh hadir lagi untuk memberi keterangan jika dipanggil memandangkan ramai saksi enggan tampil di khalayak berhubung dakwaan terhadap SPRM.

"Mereka malah tidak mahu memberikan nama mereka. Tetapi hari ini, kita ada saksi yang sudi tampil ke hadapan dan duduk di sini," katanya.

11.40 pagi: Mahkamah disambung semula. Koroner berkata, beliau menyebut tentang pendirian SPRM bahawa laporan itu tidak relevan. Bagaimanapun, ia bukan pendirian beliau.

10.53 pagi: Mahkamah berhenti rehat seketika untuk Koroner meneliti rakaman prosiding semalam.

10.25 pagi: Gobind membangkitkan mengenai saksi ke-19, pegawai SPRM Selangor, Mohd Ashraff Mohd Yunus, 25, tidak dipanggil oleh polis.

"Apa yang dimaksudkan beliau (Abdul Razak) dengan siasatan yang belum selesai sekiranya saksi tidak dipanggil oleh polis," tanya Gobind.

10.20 pagi: Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, beliau tetap dengan pendirian yang dibuat semalam untuk membenarkan saksi misteri memberi keterangan kerana laporan polis yang dibuat saksi tersebut relevan dengan fakta inkues.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan Abdul Razak yang kes dalam laporan itu masih dalam siasatan.

10.15 pagi: Peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Muda berkata, sebelum mahkamah membenarkan saksi misteri memberi keterangan, mahkamah perlu mengambil kira bahawa laporan itu telah dibuat 10 bulan sebelum kematian Teoh dan ia adalah satu jurang tempoh yang besar.

10.12 pagi: Peguam Gobind Singh Deo berkata, 'saksi misteri' berada dalam mahkamah dan sedia memberi keterangan.

9.45 pagi Inkues bermula. 'Lelaki misteri' yang dinanti-nantikan berada di galeri awam dengan memakai kemeja putih dan seluar kelabu. Dia duduk bersama keluarganya.

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock bermula pagi ini dengan semua yang hadir tertanya-tanya sekiranya 'saksi misteri' yang mendakwa didera oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi keterangan.

Lelaki misteri itu adalah seorang penolong pengurus syarikat, T Sivanasan. -MSTAR



Tiada ulasan: