Putus asa dengan politik Umno, ribuan penduduk Seksyen 19, Shah Alam kini meletakkan harapan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk memindahkan kuil Sri Maha Mariamman yang terletak hanya 20 meter daripada rumah mereka.
Kuil itu wujud lama sebelum Shah Alam dibangunkan dan amat ketara lokasinya tidak sesuai dalam realiti kehidupan harian penduduk setempat.
Untuk lebih 20 tahun, mereka dijanjikan penyelesaikan oleh kerajaan negeri janji itu tidak ditunaikan oleh Umno-BN.
Bilal Masjid Seksyen 19, Mej (B) Ismail Abbas berkata, penduduk tidak mahu isu itu berlarutan dan menyifatkan gelagat mereka yang mengapi-api sentimen politik perkauman, menyusahkan mereka.
"Dari bapa ke anak, masalah tak selesai-selesai," katanya kepada Suara Keadilan, merujuk kepada Bekas Exco Selangor, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan bapanya, juga bekas Adun Batu Tiga. Kedua-dua wakil rakyat Umno itu menabur janji menyelesaikan masalah itu tetapi membiarkan ia berlarutan.
"Saya banyak kali berurusan dengan Ahmad Nawawi mahupun bapanya tapi keadaan sama saja. Ahmad Nawawi sendiri mengaku masalah kuil ini sudah ada sejak bapanya masih Adun," katanya.
Ismail berkata beliau sendiri tidak faham kegagalan pemimpin Umno menangani masalah itu ketika berkuasa dulu, kerana kesudian penganut Hindu untuk bersepakat mencari penyelesaian.
"Pasti ada situasi menang-menang, asalkan jangan ada yang mahu mengambil kesempatan politik," katanya.
Beliau turut menyalahkan kepimpinan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang lalu sebagai punca masalah kerana kuil itu 'dipadamkan' dari pelan induk pembangunan kawasan itu.
Sementara itu, Ketua Kuil Seksyen 18, M Vadiveloo berkata, mereka sedia berpindah ke lokasi lain tapi meminta supaya isu itu tidak dipolitikkan demi kelangsungan pemimpin politik tertentu.
"Kecoh-kecoh pasal kuil ini bukan pasal orang Melayu atau orang Islam tapi kerana orang politik masuk campur, jadi banyak masalah terjadi. Kita orang biasa boleh bincang baik-baik," katanya.
Penduduk, Ramdzan Mohd Nata, 56, menyalahkan BN kerana gagal mengatasi masalah itu tapi menggesa Pakatan Rakyat menumpu perhatian kepada usaha pemindahan kuil daripada terjebak dalam mainan politik Umno.
"Sebaik-baiknya, kita cari penyelesaian dan tidak gaduh-gaduh, nanti semua orang susah," katanya. -TVS

1 ulasan:
akum> pada 13/09/09 selepas solat terawikh akan diadakan tazkirah ramadhan oleh tuan guru dato sri abdul hadi awang president PAS dimasjid AL-HIDAYAH seksyen 18 shah alam> datanglah beramai-ramai kemasjid tersebut. wslm tolong sebarkan
Catat Ulasan