Rakyat 1Malaysia cuba diperbodohkan oleh tindakan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.
Pengarah SPRM Selangor Jaafar Mahad memberitahu para wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang tadi bagi menafikan para pegawainya menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek.
"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM," katanya yang mengiringi para pegawainya membuat laporan polis itu bagi memberikan sokongan moral kepada mereka.
T Sivanesan seorang saksi yang dikemukakan oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo hari ini memberi keterangan pada inkues yang berjalan hari ini dan mendakwa beliau pernah didera oleh SPRM semasa disoal siasat.
Persoalan kini, reputasi apa yang SPRM ada ketika ini? Tiada siapa yang ingin menjatuhkan maruah SPRM tetapi SPRM yang sudah memang tidak bermaruah akibat dari kenyataan dan tindakan pegawai-pengawainya termasuklah Ketua Pesuruhjayanya sendiri Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon baru saja meminta Ahmad Said Hamdan dan pegawai-pegawai kanannya mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejas siasatan kematian Teoh Beng Hock.
Koh berkata adalah tidak wajar bagi mereka mengeluarkan komen terhadap sebarang kes yang sedang disiasat.
"Mereka hendaklah lebih sensitif terhadap perasaan keluarga Teoh yang kehilangan orang yang disayangi, tidak kira sebab kematiannya yang menjadi topik siasatan," kata Koh dalam satu kenyataan.
Koh memberikan respons terhadap kenyataan Ahmad Said bahawa Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong mempunyai beberapa kes suspek membunuh diri.
"Walaupun ini mungkin kenyataan fakta berkaitan ICAC, komen terbuka oleh ketua MACC pada ketika siasatan sedang berjalan boleh dianggap cuba mengandaikan bahawa bunuh diri mungkin menjadi sebab kematian Teoh, sedangkan siasatan belum mencapai keputusan konklusif," kata beliau.
Beliau berkata orang ramai mengharapkan hasil konkrit oleh MACC dalam memerangi rasuah, satu daripada enam bidang pencapaian utama nasional yang diumumkan Perdana Menteri.
Koh, yang bertanggungjawab menangani soal perpaduan nasional dan prestasi, adalah juga pengerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pencapai (Pemandu) di Jabatan Perdana menteri.
Koh berkata pegawai-pegawai MACC boleh menjelaskan kepada orang ramai mengenai dasar, perkara prosedur dan perangkaan kes yang disiasat.
"MACC mesti bebas dan dilihat bersifat demikian, dalam pengendalian sebarang kes,' ujar Koh.
Teoh, seorang pembantu politik kepada anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai selepas beliau disoalsiasat oleh MACC di bangunan yang sama
Rakyat melihat tindakan pegawai-pegawai SPRM yang mebuat laporan polis kononnya mereka tidak menggunakan kekerasn di dalam soalsiasat saksi-saksi adalah katun semata-mata dan mereka cuba untuk menyembunyikan diri dari kenyataan sebenar bahawa merekalah yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock.
Semakin mereka cuba untuk menipu dan menutup konspirasi itu, rakyat menjadi semakin curiga dan kebenaran akan semakin terdedah apabila lebih ramai saksi yang tampil nanti membuat pengakuan dan pendedahan.
Langkah yang diambil oleh pegawai-pegawai berkenaan adalah laksana meludah ke langit dan kahaknya tidak akan menimpa orang lain kecuali diri mereka sendiri.
Dan katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

1 ulasan:
Salam.
Alhamdulillah. Sekarang jelas dan terang bagaimana SPRM mengendalikan sesuatu siasatan.
Jika saksi ini tidak dikemukakan oleh keluarga mendiang Teoh sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan mengetahui dengan tepat betapa jijik dan kejinya SPRM.
Persoalannya mengapakah polis tidak menyiasat laporan yang dibuat oleh saksi tersbut sebelum ini.Setelah selesai inkues saksi tersebut barulah 5 pegawai SPRM terebut terhegeh-hegeh membuat laporan polis bagi menyangkal segala dakwaan.
Perbuatan pegawai SPRM itu ibarat dah terhantuk baru terngadah...sebelum ni BERAJA DIHATI BERSULTAN DIMATA.
Reputasi dan kredibility SPRM sekarang bukan lagi semakin dijernihkan tetapi semakin dikotorkan.
AHMAD SAID! Anda yang telah merosakkan suatu suruhanjaya yang dibiayai oleh wang rakyat yang bukan sahaja pencacai UMNOBN tetapi wang rakyat PAS,DAP dan KEADILAN.
Catat Ulasan