Dengan berterus terang TGNA menempelak TGHH dengan katanya, idea Kerajaan Perpaduan Hj Hadi itu sebagai mengarut.
Tetapi, terbaru kini, nampaknya TGHH nampak akur terhadap saranan TGNA supaya tidak mengadakan apa-apa perbincangan atau Muqabalah dengan Umno. Beliau dilaporkan sebagai berkata :
"PAS tidak akan mengadakan sebarang muqabalah, atau dialog, dengan Umno sehingga parti tonggak Barisan Nasional itu patuh kepada Perlembagaan, membebaskan media dari kongkongan dan memulihkan kewibawaan institusi mahkamah. [KLIK]
Macam mana dengan pendirian TGHH ini sebenarnya? Hari tu kata lain, kini kata lain. Janganlah sampai TGNA naik semput dibuatnya.
Laporan itu turut menyebut :
Menyentuh permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan supaya beliau memperjelaskan isu kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau akan berbuat demikian dalam perbincangan dari hati ke hati dan bebas daripada cubaan media arus tempatan untuk memutar belitkan kenyataan-kenyataannya.
Komen saya : Ini yang semakin keliru - apabila diminta beri penjelasan, TGHH masih terus memberikan pelabagai alasan dan alasan.
Tambah Hadi, isu kerajaan perpaduan BN-Pakatan ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia tidak dibahaskan secara menyeluruh oleh PAS, mahupun pada peringkat mesyuarat dasar Pakatan Rakyat.
Inilah yang menyebabkan ramai kalangan ahli di peringkat grass root malah pimpinan sendiri yang menentangnya kerana idea tersebut lebih bersifat pendapat peribadi Hj Hadi sahaja dan bukan kehendak jemaah PAS. Macamana orang nak faham dan bagaimana kami nak sokong kalau perkara tersebut 'tidak dibahaskan secara menyeluruh oleh PAS' bagi mendapatkan satu sikap dan pendirian yang tegas dan telus.
Kalau dari mula-mula dulu TGHH kata seperti mana [di sini] dan ikut sebagaimana keputusan Muktamar PAS 54 di Ipoh dulu,tentu tidak jadi kecoh. Rasanya tidak perlu TGHH nasihatkan kita semua supaya rajin membaca untuk memahami cetusan ideanya itu!(agaknya TGHH sedang buat projek menulis buku pasal UG - baguslah!)
Tetapi yang bertambah peliknya, walaupun isu Kerajaan Perpaduan Hj Hadi ini diakui sendiri oleh Hj Hadi bahawa 'ia tidak dibahaskan secara menyeluruh oleh PAS, mahupun pada peringkat mesyuarat dasar Pakatan' namun ada kalangan yang mendabik dada mengaku serba tahu berkenaannya dan marah-marahkan TGNA! - Al-Hussyen
6 ulasan:
Al-Hussyen,
Janganlah kita yang merasa risau akan tertubuhnya “kerajaan perpaduan” seperti apa yang dilaungkan oleh Hj. Hadi. Kalau dulu ramai pemimpin dari Barisan Nasional menjadi takut terhadap Datok Seri Anuar Ibrahim kerana mahu mencipta sejarah 16hb. September sebagai hari tertubuhnya kerajaan perpaduan, kini Allah telah memilih Hj. Hadi pula untuk mencipta kerajaan perpaduan ala PAS.
Kita semua perlu faham bahawa 'Unity Government' atau Kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan adalah melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.
Kita biasa dengar Datok Seri Anuar telah dicop sebagai ejen Yahudi oleh segelintir manusia atas alasan tertentu, kini Hj. Hadi pula mengikut acuan Israel-Yahudi membentuk kerajaan perpaduan. Cop jenis apa pula yang harus diberkan pada Hj. Hadi kerana mencontohi cara pentadbiran rejim itu…?
Walau bagaimana pun kebaikannya kerajaan jenis ini, ia ada pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, yang membolehkan badan kehakiman itu menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan.
Persoalannya, jika Perdana Menteri dan Menteri-menteri boleh didakwa di mahkamah, apakah pemimpin UMNO-BN bersedia menerima perubahan ini…? Lihatlah satu persatu wajah pemimpin UMNO-BN sama ada dalam kerajaan mahu pun dalam parti, apakah mereka dilihat bersih dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan jenayah..? Tapi kita semua maklum bahawa pemimpin dari parti UMNO-BN yang paling ramai melakukan jenayah kolar putih dan telah dilindungi oleh kuasa veto yang mereka miliki.
Cuba kita tinjau pula agensi kerajaan satu persatu seperti Media arus perdana, SPR, SPRM, Polis, Peguam Negara, Hakim, Mahkamah dan Institusi raja melayu…. keadilan yang sepatutnya mereka semua tegakkan tapi telah ditundukkan oleh Barisan Nasional dengan kuasa vetonya juga. Jika tidak dipantau, dicurigai dan dilawan seperti apa yang dilakukan sebelum ini maka tiada satu pun agensi kerajaan yang akan berlaku adil pada parti Pakatan Rakyat. Lihatlah apa dah jadi dengan kerajaan Negeri Perak sekarang.
Apa sebenarnya muslihat Hj. Hadi mencadangkan pada ahli partinya mahu menubuhkan kerajaan perpaduan…? Sebenarnya Hj. Hadi bukan mahu bergabong dengan UMNO-BN secara total tapi beliau mahu menggunakan “kerajaan perpaduan” sebagai bom c4 bagi menakut-nakutkan Mohd. Najib berserta dengan kuncu-kuncunya. Untuk melihat kebodohan dan ketakutan mereka, lihatlah kenyataan yang akan mereka cakapkan pada wartawan.
Kita berharap selepas ini semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu berlapang dada dan tidak terkeliru lagi dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu. Tidak perlu bersangka buruk terhadap Hj. Hadi kerana kerajaan perpaduan hanyalah khayalan yang tidak akan jadi kenyataan. Sama seperti cadangan untuk mewujudkan undang-undang hudud. Siapa yang melenting, siapa yang meracau jadi pengecut dan siapa yang membantah… kalau bukan pemimpin dari UMNO yang beragama islam…? Kini mereka juga yang akan melenting, terkejut, takut dan membantah tentang cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan. Ini adalah senda gurau politik PAS terhadap Perdana Menteri selepas muktamar tahunan ke55.
Berkaitan dengan bantahan Nik Aziz terhadap cadangan penubuhan kerajaan jenis itu adalah perbezaan pandangan sebagai seorang ahli politik dalam menangani sesuatu masaalah. Kesemua mereka itu tetap bersama kita warga Pakatan Rakyat. Insya Allah !
Walau apa pun alasannya apa yang tertulis ini adalah pandangan peribadi penulis terhadap Hj. Hadi.
Dan di bawah kepimpinan Abd Hadi, apakah PAS boleh membawa Abd Hadi ke muka keadilan 9sepertimana dibawah gagasan Kerajaan Perpaduannya PM boleh dihadap ke mahkamah) kerana telah menimbulkan kekeliruan dan perpecahan?
umar,
minta maaf.andai idea anuar 16 Sept benar2 bikin UMNO BN kelam kabut, haru biru, larikan MP, gelabah tak tentu pasal dan Pakatan rakyat dpt semangat, tapi aku tengok idea krjn perpaduan yg Hj hadi bg buatkan UMNO-BN gembira , seronok seoalh2 mendapat peluru utk membunuh Pas dan pakatan Rakyat.
memang UMNO TAK AKAN MAU kpd Kerjaan Perpaduan .. yg mereka mau peluru utk pecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat shj. WAlau juak2 UMNO berpekik setuju dgn krjn perpaduan tp itu hanya omomgan kosong dan alasan . Dan mrk tau Krjn Pakatan yg di ideakan oleh Presdien PAS terlalu rapuh penjelasaannya dan membuatkan ramai tertanya2.
lalu UMNO selepas ini akan mendakwa PAS yg x mau umat islam bersatu. PAS ikut telunjuk cina dan india dan x mau Melayu-Islam Bersatu.
Imej PAs akan tercalar . dlm 10 ribu orang paling tidak 1 ribu ada yg akn percaya Pas x mau kpd perpaduan. Bagi cadangan lepas tu tarik , hipokrit. UMNO akan ckp Pas parti penipu. Ramai dlmnya alim ulama tp menipu. dan Non Muslim akan lebih meragui Pas.
UMNO tak rugi apa pn skrg hasil idea Krjn Perpaduan ni. Yg betul2 rugi skrg adalah PAS dan Pakatan Rakyat (DAP , PKR).
salam.
Kerajaan BONEKA DAP lebih mulia dari :"Kerajaan Perpaduan".
Bah
Bah Lontok said...
Kerajaan BONEKA DAP lebih mulia dari :"Kerajaan Perpaduan".
Bah
Sebab BONEKA UMNO setiasa menikam kawan dengan kerisnya
Assalamualaikum wr. wbt, Saya bersetuju dgn pandangan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) yang saya anggap mengambil jalan tengah di atas polemik yang berlaku. Pandangan beliau adalah benar dari sudut harakah Islam, tetapi kenyataannya perlaksanaannya tidak seperti itu. Saya meyakini apa yang berlaku adalah disebabkan pandangan-pandangan pemimpin tidak dibuat secara kolektif dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, jika tidak masakan berlakunya pertembungan sesama pimpinan sendiri dalam isu Kerajaan Perpaduan. Apakah idea Kerajaan Perpaduan ini lahir dari hasil perbincangan yang mendalam dalam mesyuarat PAS Pusat? Saya rasa tidak ada, kerana TGHH pun menyatakan perkara ini belum dibincangkan dengan masak oleh pimpinan. Apatah lagi TGNA sendiri menentang idea Kerajaan Perpaduan ini. Persoalannya bukan kerana ahli tidak memahami idea ini, tetapi ahli tidak pun diberi penjelasan khusus mengenainya. Sepatutnya ada perbincangan, muzakarah atau diskusi ilmiah dan diseminarkan jika mahu mengetengahkan idea ini dalam program-program parti. Jika pemimpin sendiri berbeza pendapat, apatahlagi ahli yg dhaif ini.
Saya sebenarnya bersetuju dgn kenyataan ustaz iaitu keputusan mestilah daripada keputusan jamaah kerana disitulah adanya keberkatan dan akan menghindarkan perpecahan sesama kita. oleh kerana itulah pandangan peribadi terutamanya oleh pemimpin tertinggi hendaklah dielakkan sama sekali. Laksanakan keputusan jamaah iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat. Jangan ada niat utk memungkiri persefahaman dalam Pakatan Rakyat kerana bukan akhlak kita utk memungkiri sebarang perjanjian yang telah dibuat. Jangan mengambil pendekatan utk mengeruhkan suasana yg telah terjalin secara baik dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Ketahuilah tak mungkin kita boleh memerintah secara bersendirian, namun kerjasama yg terbina mestilah diperkukuhkan dgn memperkasakan persamaan visi perjuangan, mengurangan pertikaian dalaman disamping memberi ruang kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat utk memahami perjuangan Islam yg dibawa oleh kita. Saya amat tertarik semenjak PAS berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya sudah kedapatan pemimpin bukan Islam menggunakan hujjah-hujjah berdasarkan ayat-ayat al-qur’an. Didoakan moga Allah memberikan hidayah kepada mereka semua sebagaimana Allah memberikan hidayah kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. yg mana mereka menjadi benteng dan perisai mempertahankan agama Allah dimuka bumi ini. Segalanya tidak mustahil bagi Allah s.a.w. Apa yang penting sebagai pemimpin mesti menunjukkan akhlak berjamaah/berharakah bukan sekadar akhlak berpakaian sahaja. Pimpinan mesti selalu mengamalkan konsep kepimpinan kolektif, bukannya kepimpinan “lone ranger” agar segala keputusan tidak dianggap keputusan peribadi. Jika semua keputusan dibuat secara kolektif, maka tidak timbul perbedaan pendapat kerana persetujuan telah diambil secara bersama (kolektif) dan keputusan tersebut akan menjadi satu keputusan yg kuat kerana akan dipertahankan oleh semua pihak. Pada saya, pandangan Ustaz Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) menyokong idea Kerajaan Perpduan ini sebenarnya tidak memenuhi akhlaq berjemaah yg menuntut diutamakan keputusan secara amal jamaiyy melebihi pandangan-pandangan peribadi serta hindarkan walaq membuta tuli dengan mengenepikan walaq yg sebenarnya iaitu walaq kepada keputusan jamaah samada melalui ketetapan yg dibuat dlm mesyuarat PAS Pusat, atau muktamar atau melalui Majlis Syura Ulama. Moga-moga Allah memelihara PAS utk terus berada dilandasan yang benar. Wallahu a’lam. (post by: Makkal Sakhti)
Catat Ulasan