11 Jun 2009

UG BERSAMA UMNO : HADI TELAH BERSUARA

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat hari ini juga tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Abdul Hadi memberita demikian dalam sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat (AJK) PAS di ibunegara hari ini.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh
," katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Bidang keutamaan PAS

"Saya mahu kerajaan membuat perubahan dahulu, dan saya utamakan perbincangan mengenai demokrasi, bidang kehakiman dan kebebasan media.

"Kalau nak bincang perkara itu, kita sedia jumpa," katanya.

Katanya, ucapan beliau di muktamar PAS, telah menyentuh perubahan badan kehakiman dan suruhanjaya pilihanraya (SPR), tetapi tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media.

Abdul Hadi juga berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat.dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat AJK pusat hari ini juga, tambahnya, tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Menurutnya, beliau tidak tahu laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh," katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam. mcm na ust hadi x tau lim guan eng mahukan penjelasan. mana pembantu2 ust hadi? napa x bg tau maklumat terkini. kalo org bawahan sendiri tahu bkn shj lim guan eng shj yg mintakn penjelasan ttg UG, majoriti org bawahan PAS , penyokong Pakatan Rakyat dan msyrt menuntut penjelasan ttg UG.

saya kira slh 1 masala dlm pas adalah pembantu2 dan org terdekat degn presiden LEMBAB dan tak byk bg info terkini kpd presiden.

sbg pembantu dan org terdekat dgn presiden, tugas kalian adalah membantu mengemukakan maklumat2, berita2 dan informasi terkini waima hasrat hati org bawahan kpd ketua. Sukakah kalian bilmana wartawan bila bertanya presiden, dan presiden jwb tidak mengetahui sesuatu perkara itu sedangkan ianya telah menjadi pengetahuan umum masyrakat. Ini akan jadi peluru kpd pihak musuh.

sekian.
-jack

Tanpa Nama berkata...

saya setuju pada anon 7:59, memang 2-3 hari ini otak saya pun berputar tak tentu arah, mahu juga rasa nak ludah PAS, tetapi mengenangkan TGNA, malu rasa saya nak meluahkan amarah yang sememangnya telah lama di semai oleh BeEnd..harap Marang buat kenyataan dengan bloggers dan buka dengan lidah pengampu seperti Utusan Meloya.. errgg...puihhhh!!!!

Tanpa Nama berkata...

pelik TGHA ni cakap berbelit belit ...

Tok Kidam berkata...

Anon 7:59/Jack,

Macam mana Presiden PAS tu tak lembab, dah dia hanya dengar nasihat dari Timbalannya dan S/U Agong baru nya yang lebih lembab dan Bongok. Dah TGNA dan akar umbi kata jangan berperpaduan dgn UMNO, 3 ekor tu masih nak bersekongkol dgn UMNO. Heran aku, si Mustapa Ali tu dah la lembab, tak perfom, trengganu yang dia ketuai pun tak ke mana... alih2 promote jadi S/U Agong. Macam tu kata PAS nak menerajui pakatan rakyat.. benda macam ni pun tak dapat nak handle. Jangan terkejut lepas ni banyak orang akan beralih sokongan ke pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

sebab ada penyokong2nya dari ahli2 pas trg yg sama melaun todeh boneka umno

Tanpa Nama berkata...

Dalam sebuah jemaah, melenting dan beremosi itu biasa. Tetapi ia jadi luar biasa apabila emosi itu disalurkan kepada media yang boleh membuka pula pelbagai penafsiran. Macam tiada sms, telefon bimbit, twitter, facebook, atau emel untuk berbincang kalaupun tidak suka masuk mesyuarat dan meluat untuk bersemuka (lihat sini).

Jika gagal untuk berbincang dan bermesyuarat seperti manusia terpelajar maka duka cita dirujuk perlembagaan Fasal 7:

Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kurungan (d) kita akan dapati mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun; dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekiranya perlu).

Tanpa Nama berkata...

KONSEP ' UNITY GOVERNMENT '

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka dibayar oleh kerajaan ( Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" ( Kerajaan Campuran ) maupun 'National Front" BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT.
.
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja, yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI. Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.

04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT) . Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia, automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga. Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku wakil rakyat.

Tanpa Nama berkata...

06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT ) THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA

07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;

Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.

09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus dibawah kuasa Parliament ( DYMM Agong ) Justuru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala, dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utk menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma. Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.

10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman (sudisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif ( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu :

i] Judiciary (badan Kehakiman )
ii)]Badan Eksekutif dan
iii] Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.

THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen " (Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be abide to the present civil Law. Parliamen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian 'Global Economic Recession' bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba dan cengkaman kapitalisma monopolisma.

Tanpa Nama berkata...

04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT) . Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia, automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga. Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

-----------------------------------------------bukan kah skrg ni elaun2 anggota parlimen d byr oleh wang rakyat ? ( krjn)?

adakah konsep ini tidak bertentangan dgn perlembangaan negara ?

lagi satu aku tak paham.. kalo ada sesuatu yg diperjuangkan melalui parti , mcm na nk dptkan sokongan ahli parti sendiri dlm parlimen kalo dah semua pun dlm 1 parti sendiri bangkang membangkang sesama sendiri. alamat menghancurkan parti sendiri la

bukah kah nk membentangkan hudud perlukan undian dlm parlimen. UMNO terang2 tolak hudud. mana dia MP UMNO yg meyatakan sokong HUDUD. jd nk dptkan undian agar hudud dipersetujui sukar krn MP UMNO akan tolak. Cara terbaik adalah menggantikan MP2 UMNO melalui calon PAS atau keadilan masa pilihan raya mcm skrg agar MP kita d parlimen semakin betambah dr semasa ke semasa hingga mencapai majoriti. kalo ikut konsep krjn perpaduan saudra, semua calon dr parti pn akan bertanding. pecah undi dan calon yg mau kan hudud ada kebarangkalian tinggi akn tewas...

Tanpa Nama berkata...

lagi satu aku mau tanya mcm na dgn pembahagian jwtn2 dlm krjn perpaduan ni? mesti guna konsep sapa paling banyak kerusi kan. Katakan lah bg kuasa pd Agung. Agung kalo nk pilih pn dia mesti bg menteri bedasarkan kerusi parti mana yg byk. dlm situasi skrg ni, kerusi UMNO paling byk . jd UMNO jg la yg byk pegang kementerian2.

saudara ckp tiada lg pembangkang. jd sapa2 yg x setuju dgn sesuatu yg diputuskan mcm na? kalo amalan negara lain, sesuatu parti ( cth parti buruh ) akan keluar dr pembentukan krjn . so dlm konsep krjn pepaduan yg x da pembangkang ni mcm na la pulak?

katakan yg x setuju kena letak jwtn dan akan ada pilihanraya semula. Pas tu calon dr parti yg x setuju td menang lg. Tak kan nk buat pilihanraya lagi kot.

last sekali ... boleh tak bg contoh negara mana di dunai ni yg amalkan konsep Kerajaan tanpa pembangkang ni?

Tanpa Nama berkata...

SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '


01- Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an .

ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an .
iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah

02 - Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai .

03- 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.

04- 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi. Penghapusan JKKKP(Persekutuan); Hapuskan 'kerajaan dalam kerajaan' mengikut PRINSIP FEDERALISMA yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.

05- Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship' supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06- Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" , penghapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'

07- Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal, dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Tanpa Nama berkata...

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tanpa Nama berkata...

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan?

Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Tanpa Nama berkata...

Ketidak fajaman org yg berckap mengenai Kerajaan Perpaduan adalah ekoran kebodohan penerangan dari orang yang membawa idea dan gagasan itu.

Samalah dengan keadaan pasukan bolasepak yang tewas akibat kelemahan jurulatihnya.

Samalah dengan keadaan pelajar yg gagal kerana gurunya yang tidak mursyid untuk menjadikan muridnya sebagai pelajar yg cemerlang.

Tanpa Nama berkata...

tanya dato' seri tu... kalau tak de pembangkang dah... apa kata pas tarik diri je dari prk manek urai nanti.. buleh? tak yah la lawan-lawan... abih kan duit je nih... dah la duit tu banyak dari derma orang miskin...

dan pru nanti pun... nak lawan sapa??? tak yah buat pru je lah... korang main pilih je la sesama korang... senang... orang bawah pun tak yah gaduh amnu pas dah...

uniti gabement konon.. cheh!! cakap la kemaruk nak jadik menteri.. bagi menang terengganu dulu laaaa!!!!