12 Jun 2009

PAS UMNO : PAS Terengganu Lebih Selesa Berada Di bawah UMNO BN

GB menerima banyak email yang meminta GB mengulas lagi isu Kerajaan Perpaduan.

Namun setelah memaparkan dengan detail mengenai kisah-kisah Ummi Maktum, Perjanjian Hudaibiyah dan Perang Siffin (hasil tulisan YB Khalid Samad), GB rasa memadailah ia kerana pihak pro UG pun sehingga kini tidak pernah mengeluarkan sebarang tulisan yang komprehensif mengenai Kerajaan Perpaduan.

Tiada satu pun tulisan dan suara para blogger yang didengari dan dihormati oleh Presiden dan pimpinan PAS. Mana yang tak disukai ahli itulah yang menjadi keputusannya. Penyokong tegarnya pula gemar menuduh kita yang bukan-bukan kononnya kita pemfitnah kerana idea itu dah ditarik balik (kalau ditarik balik kenapa sibuk warwarkan semula?), kononnya ia tak disebut dalam Ucapan Dasar (kenapa sibuk menjawabnya semasa di tanya wartawan), kononnya ia hanya sekadar satu idea (kenapa lontarkan ke tengah masyarakat sebelum ia dimesyuawarahkan) dan pelbagai hujjah untuk menegakkan benang yang basah.

Terus terang kita nyatakan UG hanyalah suatu idea dan gagasan kosong untuk memenuhi cita-cita untuk menjadi PM. Untuk apa melayaninya jika beliau sendiri sudah tidak mahu mendengar permintaan kita supaya diterangkan sejelas-jelasnya idea dan gagasannya itu atau setidak-tidaknya dikonvensyenkan?

Tuan Guru Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz menyifatkan ia sebagai mengarut dan mereka yang menyokongnya adalah boneka UMNO. Memang tepat.

Kini kita beralih mengenai barisan pimpinan PAS Terengganu,

Prof Dr Hamirdin Ithnin di dalam blognya telah membuat ulasan di bawah tajuk PAHIT TERENGGANU BERULANG.

Ingat lagi pilihanraya 1999? Terengganu jatuh ke tangan PAS. Ingat pilihanraya 2004? Terengganu terlepas daripada tangan PAS. Mengapa Terengganu dirampas daripada PAS? Senang saja jawapannya. Pengundi hantu!

Tetapi benarkah Terengganu jatuh disebabkan oleh pengundi hantu? Atau mungkin ada faktor faktor lain yang beroperasi tetapi tidak diendahkan? Tidak dihebuhkan dan tidak didedahkan di manakah salahnya sehingga Terengganu dirampas daripada genggaman PAS. Tetapi tim yang menatang Terangganu pada ketika itu kita ketahui.

PAS sekarang berada dalam genggaman tim sama yang meleburkan penguasaannya terhadap Terengganu. Peleburan sokongan kepada PAS adalah sesuatu yang boleh berlaku. Ia pernah berlaku.

Tim yang ada sekarang, dengan track record yang mereka punyai, sekali lagi cuba membawa PAS ke gaung keperitan.

Nak lihat dan perhati sahaja? - Prof. Dr. Hamirdin Ithnin


Tulisannnya diatas sudah cukup jelas yang GB rasa tak perlu diulas panjang.

Terengganu kini memegang beberapa jawatan penting PAS Pusat apatah lagi menguasai jawatan Presiden dan Setiausaha Agong yang mana kedua-duanya adalah akitek Kerajaan Perpaduan yang menjahanamkan jemaah itu.

Beberapa orang sahabat dari komponen Pakatan Rakyat menyatakan jika kita sudah mengetahui sikap dan stand PAS Terengganu, naper perlu susah payah untuk bantu mereka lagi seperti PRK Kuala Terengganu di dalam pilihanraya akan datang? Bukankah mereka sebenarnya lebih suka, selesa dan rela duduk di bawah naungan UMNO BN?

Itu pilihan mereka. Maka kita hormatinya. Tak payah nak bising-bising kerana anda sudah ada Mustafa Ali sebagai S/U Agong PAS Pusat yang cukup pandai dan bijak untuk memanipulasikan apa saja untuk menjayakan missi dan visinya termasuk harakah dan harakahdaily. Gandingan beliau dengan Presiden melengkapi konsep kediktatoran di dalam PAS yang tak pernah mahu mengaku salah dan tak pernah mahu mendengar kata-kata orang bawah sebab mereka sudah pun merasa terlalu pandai dari sekalian manusia di atas dunia ini. Baik kita tumpukan usaha di negeri-negeri yang mahu setia bersama Pakatan Rakyat.

Apatah lagi bagi Tuan Presiden, golongan profesyenal tak penting dalam PAS apa tah lagi kita-kita yang bukan ulamak dan bukan prosyenal ini, lagi ler sikit habuk pun tak der nilai pada matanya.

Tak mungkin Teresa Kok, Ronnie Liu, Gobalakrishnan, Lim Guan Eng sanggup bersusah payah seperti dulu lagi apabila Mustafa telah menutup mulut mereka. Hati mereka belum tenang lagi wahai Mustafa!

Biarkan saja PAS Terengganu seperti Si Luncai dengan labu-labunya
Biarkan saja penyu terus menangis lagi tanpa lagu
Biarkan saja PAS Terengganu memilih jalannya sendiri
atau nyanyikan sahaja lagu Pak Pung Pak Mustape untuknya setiap hari


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 100%.
Pinggan tak retak nasi tak dingin
orng x hendak kami x hingin!

Terengganu akn terus diperintah oleh BN.

pernah bantu berkata...

kan aku dah kata ...selepas PAS menang 1999 HAMA H1N1 lupakan semua jasa2 org lain yang membantu memenangkan PAS. PRU12 2004 pula (aku syak) HAMA H1N1 sengaja melepaskan Trg kepada BN. Apa yang mereka dapat? Aku tak tau...apakah kayu kayan?

Tanpa Nama berkata...

ape susah gb, kuar la pas (klu ahli la), masuk pkr/dap

remy berkata...

apa ler anonymous suruh GB keluar paas, anonymous ingat PAS dia punya ker...

yg boneka UMNO pasti diterajang kelaur dari PAS oleh Allah s.w.t.

Haji Hadi mencelakakan orang, kini dirinya dna penykongnya akan ditimpa kecelakaan. Stu jari tujuk ke orang lain, lupa 3 jarinya menunjukkan kpd diri sendiri.

kami sokong GB..

Tersipu berkata...

senang-senang mcm ni GB, ko suruh jer PAS tukar presiden lain... puas hati... tapi hari tu menang tanpa bertanding... kenapa yek...

Tanpa Nama berkata...

Tersipu said...

senang-senang mcm ni GB, ko suruh jer PAS tukar presiden lain... puas hati... tapi hari tu menang tanpa bertanding... kenapa yek...

sebabnya TGHH telah menarik balik gagaan Kerajaan Perpaduannya beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Maka itu sbab beliau diberikan kepercayaan lagi untuk memimpin.

tetapi selepas menang, sewaktu ditanya wartawan, beliau melontarkan kembali gagasannya.

jelas beliau mengkhianati kepercayaan jemaah.