12 Jun 2009

PAS UMNO : Boneka UMNO Menghina Nik Aziz Lebih Hebat UMNO Menghinanya

Nampaknya ada di kalangan barua dan boneka UMNO dalam PAS (geng-geng ustaz Nasharudin) mula mempertikaikan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Mereka juga mempersoalkan campur tangan TG Nik Aziz.... hingga ada yang dengan kurang ajar mengatakan TG Nik Aziz dah nyanyok.......... nampak sangat mereka bodoh dan dungu.

Memang Mursyidul Am PAS tiada kuasa eksekutif dalam Organisasi PAS... namun lupakah ustaz Nasharudin bahawa Mursyidul Am PAS adalah Pengerusi Majlis Syura PAS iaitu badan tertinggi dalam PAS....

Lupakah ustaz Nasha si tali barut UMNO bahawa Mursyidul Am mempunyai kuasa veto membatalkan keputusan Presiden yang pada pandangan Majlis Syura melanggar etika perjuangan Islam, merugikan PAS dan melanggar syariat Islam..... Lupakah mereka????

Nik Aziz punca PAS kuat

Lupakah ahli PAS semua bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah IKON yang menjadikan PAS kuat dan berpengaruh.... Ramai kalangan rakyat bawahan jatuh cinta dengan ketokohan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz dan itu menjadi punca kenapa mereka menyokong PAS.


Kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz terkenal di seantero dunia sehinggakan jika kita merantau ke ceruk Britain, Australia, Amerika..ramai kalangan imam-imam di sana menyatakan kekaguman terhadap Tuan Guru Nik Aziz....

Sehinggakan ramai Muslim Singapura dan Brunei sanggup datang ke Kelantan semata-mata untuk meminta Tuan Guru 'cukur jambul' anak mereka dan mendoakan anak mereka..malahan ada seorang hartawan Singapura yang kagum dengan sikap sederhana Tuan Guru telah memberi sumbangan besar dalam bentuk pelaburan ke Kelantan.

Anak-anak muda masa kini ramai yang sokong PAS bukan kerana ideologi yang dibawa oleh PAS...bukan kerana negara Islam PAS... TETAPI kerana jatuh cinta dengan kesederhanaan dan ketokohan Tuan Guru Nik Aziz yang menjadi IKON dan CONTOH terbaik seorang insan yang bertakwa.... dari situ baru mereka menerima PAS dan menyokong PAS.

Ramai kalangan bukan Islam khususnya orang Cina juga menyokong PAS kerana kagum melihat ketokohan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz.....

Sedarlah.... ramai menyokong PAS kerana jatuh cinta dengan ketokohan, kesederhanaan dan kewarakan Tuan Guru Nik Aziz......

Tuan Guru Hadi Awang????... tanyalah rakyat bawahan..mereka tak kenal pun...malahan semasa Hadi Awang jadi Menteri Besar Terengganu, ramai rakyat Terengganu bengang dan kecewa dengan sikap Hadi Awang yang terlalu ikut telunjuk Mustapha Ali dan Nasharudin si tali barut UMNO.. pengkhianat perjuangan Islam....... hingga kini...sukar bagi PAS menawan Terengganu....

Tidak dapat saya bayangkan PAS tanpa ketokohan Tuan Guru Nik Aziz.....kita sudah pun kehilangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, pemimpin lagenda PAS.... wahai ahli PAS, selagi masih ada Tuan Guru Nik Aziz bersama kita... hargailah..... dengarilah.. taatilah..sebelum dia melangkah pergi....

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai tuan guru antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan


- marul77

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

:)) tak caya .. tak caya . hahaa! macam kamu juga tidak percaya dengan apa yang kamu lihat selama ini

Tanpa Nama berkata...

:(( :((

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju 1000%: "TGNA punca PAS kuat". Saya rakyat malaysia cina sokong penuh PAS kerana TGNA. Hanya tiga pemimpin PAS saya hormati: 1)Almarhum Ustaz Fadzil Noor 2)TGNA MB Kelantan 3) IR Nizar MB sah Perak. Semoga senarai ini bertambah panjang sebelum PRU13.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju 1000%: "TGNA punca PAS kuat". Saya rakyat malaysia cina sokong penuh PAS kerana TGNA. Hanya tiga pemimpin PAS saya hormati: 1)Almarhum Ustaz Fadzil Noor 2)TGNA MB Kelantan 3) IR Nizar MB sah Perak. Semoga senarai ini bertambah panjang sebelum PRU13.

Betul. Saya pun setuju sama.

TGHH tak disenaraikan kerana hanya di sokong oleh ahli pas trengganu dan sekalian boneka umno. maaf.

tok iskandar berkata...

Tok perlukan bukti bila TG Nik Aziz digelarkan nyanyuk.Memang kita geram dengan konsep kerajaan perpaduan ini tapi kita kena ada fakta dan bukti yang kukuh.

kalau tak salah tok dulu,mustafa ali pernah jadi timbalan menteri ketika PAS sertai UMNO.kenapa tak serik-serik lagi dengan pengalaman lepas.ahli-ahli PAS tak nak masuk ke dalam tong taik.

pembaca budiman semua,berhati-hati dengan jarum halus yang cuba dimainkan umno di sini apabila mencadangkan agar diberikan kemenangan kepada UMNO dalam PRK Manek Urai.apa relevannya.sepatutnya kita cuba dapatkan majoriti lebih besar sebagai tanda protes kita terhadap kerajaan perpaduan dan sokongan padu kita kepada Tg Nik Aziz

Tanpa Nama berkata...

Hanya Johari yang mengenal ma'nikam.

Tanpa Nama berkata...

Peluang keemasan untuk PAS meletak calon anti UG atau pro UG bagi PKR MU. Lepas itu kita tunggulah keputusan pengundi!

orangjertih berkata...

aku dah kata...HAruntaibMustapaAli HadiNasya = HAMA H1N1

Sahibul Kahfi berkata...

marul77 ..ada bukti yang sahih lagi nyata tak tulisan anta ni ... jangan kerana tulisan anta ini menghancurkan kita sesama Islam ... Islam mengutuk sekeras kerasnya fitnah .. maka berhati hatilah dalam tulisan anta. Kerana memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

Tanpa Nama berkata...

Sahibul Kahfi,
benda dah jelas semua org tahu,
enta yang sengaja mencari dalih.
kisah pertemuan PAS UMNO telah berlaku
dan telah menjadi pengetahuan umum.