12 Jun 2009

PAS UMNO : Hadi Ulangi Kesilapan Asri

1. Tan Sri Datuk Mohd Asri Haji Muda adalah bekas Yang DiPertua Agung (kini dipanggil Presiden) PAS yang keempat selepas Haji Fuad Hasan, Dr Abbas Ilias (pemangku) dan Dr Burhanuddin Al Helmi.

2. Beliau juga adalah Presiden PAS yang paling lama memegang teraju kepimpinan – sekitar 14 tahun. Sewaktu PAS memperoleh kejayaan demi kejayaan – kemenangan 12 MP PAS dan penguasaan Kelantan pada tahun 1969, menguasai beberapa kementerian dan agensi kerajaan sewaktu PAS menyertai BN dan pelbagai lagi, Datuk Asri disanjung tinggi.

Cukup tinggi. Pada ketika itu, tidak sedikit ahli PAS yang taksub pada Datuk Asri lantaran kebijaksanaan strategi siasahnya, kehandalan berpidatonya serta PRnya yang menyenangkan.

3. Namun, dalam penceritaan sejarah Presiden PAS hari ini, Datuk Asri telah digambarkan sebagai seorang yang telah tercabut dari akar perjuangan. Beliau dikatakan telah membawa parti kepada ideologi Nasionalis Islam. Kepimpinan dan jasa beliau semacam tidak dikenang lagi. Seboleh mungkin nama Asri mahu dipadamkan terus dari sejarah PAS. Saya tidak pasti adakah pemuda-pemuda yang pernah memalukannya dalam muktamar dulu pernah memohon maaf pada akhir-akhir hayatnya sebagaimana Tun Mahathir menyantuni Tunku Abdul Rahman.

4. Dalam Muktamar Thanawi PAS 1982,beliau telah dijatuhkan sangat kasar dan biadab. Mahfuz Omar dan Mat Sabu adalah antara pemuda PAS yang berdiri sepanjang muktamar mengecam dan menghentam Asri. Laungan ‘Takbir’ dan ‘Marakbar Asri’ menguasai Tingkat 5, Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari itu. Datuk Asri akur dan berundur dalam kekecewaan yang tiada taranya.

5. Mengapa perkara itu berlaku pada seorang Presiden parti yang disanjung tinggi?

6. Apabila Asri memutuskan untuk menyertai BN pada 1973, majoriti masih menganggap keputusan itu betul. Apabila Asri memutuskan untuk keluar dari kabinet Tun Hussein Onn pada 1977 lantaran rampasan kuasa di Kelantan, majoriti ahli PAS masih menganggap beliau betul. Memang ada suara yang mengkritik, tapi masih sembunyi-sembunyi. Waktu itu blog pun belum wujud – tidak sebagaimana hari ini.

7. Apabila PAS kalah teruk dalam Pilihanraya Umum 1978 dan kemudiannya 1982, Asri Muda mula dipersalahkan secara besar-besaran. Ahli mula tersedar dan percaya bahawa Datuk Asri telah banyak membuat keputusan-keputusan yang tidak betul.

8. Wujud perancangan sulit untuk menjatuhkan beliau. Lebih halus, istilah Kepimpinan Ulama’ dicipta dan didoktrinkan kepada ahli. Kebetulan Timbalan Presiden PAS pada ketika itu adalah seorang Ulama’ – Tuan Guru Haji Yusuf Rawa. Kepimpinan PAS bertukar tangan kepada golongan Ulama’. Natijahnya tidak dinafikan baik, parti telah menjadi semakin kukuh dan PAS mula berpengaruh.

9. Tetapi satu fakta yang tidak boleh dinafikan adalah PAS berpengaruh melalui kesempatan, bukan kekuatan. Pada 1990, pakatan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan Semangat 46 serta 1999 – Era Reformasi pasca pemecatan Anwar Ibrahim. PAS belum pernah dan belum mampu mencipta kejayaan atas kekuatan yang dimiliki sendiri.

10. Mengapa ini berlaku?

11. Segala-galanya adalah berpunca daripada bagaimana cara ahli PAS berfikir. Baik 30 tahun dulu ataupun pada hari ini.

12. Mereka lupa bahawa pada era Datuk Asri dulu, ahli-ahli PASlah yang menyebabkan parti itu lemah. Parti itu lemah kerana Presidennya kerapkali membuat keputusan yang salah. Keputusan yang salah itu berlaku kerana ahli-ahlinya yang tidak menasihati Presiden. Ahli-ahli terlalu yakin dengan kebijaksanaan, kehebatan dan kemuliaan pemimpinnya itu. Lebih parah apabila sanjungan dan keyakinan ahli itu telah ditafsirkan sebagai mandat mutlak ahli kepadanya (Asri).

13. Mandat mutlak adalah punca kejatuhan banyak kerajaan demokratik di dunia. Apabila pemimpin menganggap bahawa kepimpinannya diterima secara mutlak, maka pemimpin itu cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan gerak hati sendiri, bukannya pandangan massa apatah lagi pendapat ahli-ahli bawahan yang dianggap pasti akan tetap menyokongnya dalam apa jua keadaan. Hasilnya – bercambahlah keputusan-keputusan yang salah. Keputusan-keputusan yang salah itu akan menyebabkan parti akhirnya rebah.

14. Apa yang berlaku pada 30 tahun yang lalu tidak mustahil akan berulang lagi.

15. Apabila Presiden terlalu yakin dengan kebijaksanaan peribadinya sehingga mengabaikan nasihat-nasihat yang baik dan kritikal terhadapnya, parti sedang dibawa ke lembah kebinasaan. Lebih parah apabila pimpinan-pimpinan utama dipilih dan dilantik dari kalangan yang sukar berbeza pandangan dengan Presiden. Semalam Cikgu Pa yang boleh dianggap veteran parti telah dilantik sebagai Setiausaha Agung (Saya akan mengulas dalam tulisan yang akan datang).

16. Pada masa ini, ahli masih tidak memberontak. Kalaupun ada, hanya letusan-letusan kemarahan di ruang-ruang blog dan kedai-kedai kopi. Pada masa ini kerusi PAS di Parlimen masih banyak, 2 kerajaan negeri masih dikuasai. Ahli-ahli masih berada dalam zon yang sangat selesa. Sangat selesa hinggakan ahli tidak perlu berfikir dengan kuat tentang apakah yang terbaik untuk parti.

17. Apabila keputusan-keputusan salah terus dibuat oleh pucuk pimpinan, hasilnya akan dilihat dalam PRU 13 nanti. Pada waktu itu PAS mungkin akan tewas di banyak kerusi parlimen. Kedah dan Kelantan mungkin kembali ke tangan UMNO. Jika itu berlaku, ahli-ahli PAS akan mula marah secara besar-besaran. Mereka akan mula lupa pada Kepimpinan Ulama’. Mereka akan lupa pada status Ulama’ seorang Presiden. Mereka akan lupa segala-galanya yang mereka sedang pertahankan pada hari ini.

18. Pada waktu itu, Ustaz Hadi mungkin akan diperlakukan lebih teruk daripada Asri Muda.Mungkin selepas itu konsep Kepimpinan Ulama’ akan terus berkubur.

19. Jika ini berlaku, PAS akan menunggu masa yang lama lagi untuk pulih.

20. Al Fatihah untuk Allahyarham Datuk Mohd Asri Haji Muda.

- hasbiemuda

22 ulasan:

Awanama berkata...

siapa enta nak komen sebegitu rupa kepada TG. kalau hebat benor enta ni, kenapa tak masuk dalam kelompok kepimpinan. setakat menjalankan satu blog aje, umno pun tau.

Awanama berkata...

Sy harap ramai ahli2 PAS membaca artikel ini.
Sy amat berharap ahli2 dan pemimpin2 PAS segera membetulkan keadaan yg bakal merugikan PAS.

Sy telah mengenali dan memerhati politik PAS sejak 40 tahun. Lebih byk cerita sedih berkenaan jatuh bangun PAS yg tidak diketahui ahli2 PAS. TGNA sebagai org lama PAS lebih arif.

Hamirdin b Ithnin berkata...

Saya rasa tulisan ini ada yang perlu difikirkan. Hasrat akar umbi perlu diberi perhatian oleh pemimpin. Pernah bedah siasat kenapa Terengganu jatuh kepada BN dalam tahun 2004?

Web Sutera berkata...

Assalamualaikum GB,

Izikan saya salin info ini utk blog saya.

faiz_selama berkata...

Laa yang dok kalut dan bising-bising lagi ni buat apa? Tuan WM GB dah jadi ahli PAS dah ke? mintak No Ahli... Sebenarnya yang lebih menjadi kalut dan memecah belah jamaah ialah org seperti anda. Isu sudah selesai di perbesar2 kan lagi. - faiz_selama

Awanama berkata...

Ini satu pandangan yang kritikal yang harus dibaca oleh semua ahli2 PAS termasuk pemimpin2 PAS.Kita harus belajar dari sejarah.Kalau kita gagal mengambil iktibar dr sejarah,kita akan pasti kecundang dan gagal.Kita yakin sungguh dengan perjuangan ISLAM,tapi harus kita belajar dr sejarah bgaimana kerajaan Islam dan khilafah Islam jatuh dan hancur dimamah oleh kesilapan dan keangkuhan Pemimpin Islam sendiri.
Kepimpinan Islam adalah berasaskan syura yang murni bukannya atas kehendak peribadi atau kelompok tertentu yang berkepentingan.
Kepimpinan Ulamak harus akur bahawa mereka tidak maksum seperti Rasul.Keputusan mereka mungkin silap,kerna itu sesuatu keputusan besar harus mendapat mandat penuh dari semua ahli PAS dengan cara REFERENDUM.Semua ahli harus bersuara dan memberi mandat bukan hanya sekelompok pemimpin.
Lebih2 lagi kalau hanya ulamak sehaja yang membuat keputusan pendapat selain ulamat x diambil kira.Ini sungguh merbahaya utk perjuangan Islam dan PAS.
Sekarang dilihat seolah2 semua kata ulamak itu harus ditaati tanpa soal.Hal poltik adalah hal ijtihadi bukannya qat'ie.Sedangkan hal2 fiqh pun walaupun dr sumber nas yg sama pun ada beberapa pandangan mazhab yg berbeza inikan lagi hal politik yang banyak sepak terajangnya.
Ulamak tidak boleh memaksa pandangan mereka kerana hanya mereka ulamak.Rasul sendiri menerima pandangan Salman dlm kes gali parit dlm perang khandak,kerna hal itu bukan wahyu tapi ijtihad Rasul SAW.
Ulamak PAS harus hati2 jangan sampai tersilap langkah.Takrifan Ulamak dalam PAS juga longgar dan boleh disalahgunakan.Kita pun ulamak ada macam2 jenis spt Ulama yg soleh ,ulamak su'dan juga ulamak mafia yang menggunakan agama utk dijual semata2 utk mendapat habuan dunia.
Semua jenis ulamak yang disebut diatas ada dalam peta sejarah.Kita harus belajar dr sejarah.Penghormatan pd ulamak harus diperolehi dari hati rakyat bukannya atas title ulamak atau atas kuasanya sebagai pemimpin yang dipilih.
Semuga ALLAH SWT selamatkan PAS dr mehnah dan fitnah ini.Amiiin!!!

faiz_selama berkata...

Perlu ingat! kita berjuang ni bukan kerana PAS atau kerana nak ambik hati PKR atau DAP... tapi kita berjuang krn Allah untuk mentadbir manusia dengan baik spt yang disuruh Allah. Dengan siapa pun kita boleh berunding, TGNAziz pun pernah berkata "Dengan setan pun boleh kerjasama kalau dia nak Islam" inikan pulak UMNO. Bukan bermakna kita gadai prinsip, atau lari dari matlamat.Siapa saja yang inginkan kebaikan kita boleh kerjasama. bayak bacalah sirah. Nabi pun pernah bersabda "Jika aku diajak kepadanya lagi, pasti aku akan menyertainya lagi" (merujuk kepada Perjanjian AlFudhul dizaman jahiliah) Jadi, apa masalah yang beasar sangat ni? kita takut hilang kawan dari DAP? atau PKR?.

Awanama berkata...

artikel yang mencelikkan mata semua pihak terutama pimpinan yang beriya-iya untuk mmenegakkan Kerajaan Perpaduan. Sejarah seorang guru yng tidak pernah menipu.

Pemimpin berjiwa besar sepatutnya berani mengakui kesilapannya dan kemudian menyembuhkan luka ummah.

UMNO perlu ditentang sehingga tidak mengelirukan Islam lagi di mata bukan-Islam.

FikirBulat2 berkata...

Aku sokong GB!!jangan gentar utk menzahirkan fakta..kita xnk jd mcm penyokong umno,depa hanya tahu angguk dgn setiap apa yg dilakukan oleh pemimpin mereka..seberapa murni pun hajat Hj presiden dn nasha,usul ini seharusnya perlu melalui saluran yg betul..ape guna kita ada mjlis syura yg ahli2nya golongan bijak pandai islam..bentang la dlm majlis syura terlebih dahulu..klu ahli majlis syura pun x setuju mcmn kami ahli2 nk setuju??diakui hj presiden mmg berilmu,cuma mgkn teruja dgn idea besar utk berBINCANG ini hingga terlupa usul ini patut dibincang dlm parti dl..

Faiz_selama berkata...

saya setuju, UMNO memang patut dinyahkan tapi kita perlu hentikan perbalahan ini. TGHH pun dah katakan perkara ini tidak pernah dibawa berbincang diperingkat pusat. Ini maknanya ia tidak lagi menjadi agenda PAS. Blogger tak payah la mengapi-apikan lagi hal ini nanti jadi barah dalah jemaah... Please... tuan WM GB

Awanama berkata...

bagus artikel ini...sama2 la penyokong PAS dan penyokong Pakatan Rakyat renungkan sejenak..ambil ikitbar..

seharusnya kita kuatkan saf dan barisan kita untuk sama2 benamkan UMNO dari bumi Malaysia...!!!

Awanama berkata...

salam.
pandangan saya ttg unity govt boleh dibaca dalam post yang sebelum ini.

saya menghormati pandangan tuan2 sebagaimana sy berharap pandangan sy dihormati.

Awanama berkata...

Ana nak ucapkan tahniah!!! kepada yang buat ulasan/artikel yang menyedarkan pemimpin dn ahli...X semua insan sempurna ,dan perlu di islahkan...Jangan jadi cm UMNO...x mau suara akar umbi ..menyebabkan demo tertonggeng PRU 12 dulu....jgn Pemimpin pas n Pakatan Rakyat jdi cm2 Sombomg membuta dah..kalau x bermimpilh Pakatan Rakyat untuk teraju Kerajaan Pusat...buat penyokong jagn taksub nanti makan diri...kita kna bantu pemimpin membtulkn keadaan ...bkan menyokong buta tuli..kita sama2 berganding bahu membetulkan apa yang tidak btul dalam pakatan rakyat..Baru Bleh tumbangkn UMNO and Barisan Nasional....Takbir2

serupasekala berkata...

UNTUK KETERANGAN CUACA SEMASA SEMUA PARA PENGUNJUNG BOLEH LAH KUNJUNGI LAMAN WEB JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA .

http://www.met.gov.my/.

CUACA SEMASA NEGERI DAN BANDAR.JEREBU, AMARAN HUJAN LEBAT,AMARAN ANGIN RIBUT . LAUT DAN BANYAK LAGI DATA CUACA
GAMABAR SETELIT , GAMBAR AWAN HUJAN YANG DIKESAN OLEH RADAR JABATAN METEOROLOGI.

JIKA PARA PENGUNJUNG INGIN DATA CUACA DI TEMPAT SAUDARA TUAN BOLEH MEMBUAT SURAT PERMOHONAN KE .

PENGARAH
BAHAGIAN KAJIKLIM
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
JALAN SULTAN
46667 PETALIN JAYA SELANGOR.

BAGI INDIVIDU DAN SWASTA DIKENAKAN SEDIKIT BAYARAN.

BAGI AGENCI KERAJAAN DIBERI PERCUMA DAN UNTUK IPTA/SEKOLAH SEKOLAH SEBAGAI RUJUKAN KAJIAN DIBERI PERCUMA.

FikirBulat2 berkata...

sekali ade info cuaca daaaa...serupasekala,ko ni saje je kan..tukar topik lak..tp bgs gak,mls dah nk lyn psl ug ni..hampeh je..klu btl nk buat pn,kena kaji abis2 dl..maunya 2 tahun br dpt gabung..nasionalisme konon...piiiirraaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh

Awanama berkata...

untuk faiz_selama,

kita tidak menolak kepimpinan tghh. kita cuma mempertikaikan beberapa pertimbangan politik tghh dalam hal kerajaan perpaduan.

1. kenapa mewar-warkan UG kepada umum sedangkan perinciannya tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat dalaman. kita ada majlis syura, jawatankuasa kerja dan dewan dewan. bincanglah semasak masaknya sebelum melontarkan kepada umum. sekiranya telah dipersetujui, barulah hebahkan. bukankah itu lebih selamat dan dapat dokongan dari semua pimpinan.

2. memang islam menggalakkan perdamaian. persoalannya sekarang ialah dengan siapa yang patut kita berdamai. UBN ni tak pernah lagi menyatakan mereka menyesal dengan perbuatan yang lepas dan bertaubat. mengadakan perbincangan dengan mereka beerti (seolah olah) mengiktiraf kejahatan mereka. kalau PKR DAP tidak mengiktiraf negara islam, adakah UBN pernah mengiktiraf negara islam???

3. kenapa dalam muktamar yang lalu TGHH tidak meminta perwakilan supaya memperbahaskan tentang UG ni semasak masaknya? kenapa selepas selesai muktamar, mereka telah menang jawatan, dalam sidang akhbar, buat kenyataan tentang nak meneruskan UG ni? bukankah ini MENGKHIANATI amanah ahli ahli PAS? cuba cakap siang siang sebelum pemilihan, saya (TGHH) akan membawa agenda UG sekiranya saya menang. Ust Nasa pun macam tu jugak. Baru perwakilan tahu siapa yang nak dipilih.

4. Kenyataan UG selepas muktamar memang sangat tidak sesuai. rakan Pakatan jadi marah, rakyat yang menyanjungi kepimpinan Ulamak yang mengundi jadi keliru, media BN ambil kesempatan dan byk lagi yang tak baiknya. sampai sesetengahnya menyatakan presiden PAS ni waras ke, kerana implikasi buruk dari kenyataan beliau sangat nyata dan merosakkan keharmonian kesatuan PR dan PAS khususnya.

Selepas buat kenyataan dan lihat respon orang ramai barulah S/U Agong (mentor TGHH dalam politik) terhegeh hegeh buat kenyataan, hentikan polimik UG.

KENAPA TAK SYURA DULU, KENAPA GOPOH SANGAT...

Harap pimpinan tertiinggi PAS buat sesuatu untuk redakan kegelisahan ini.

Awanama berkata...

kritikan melampau pada presiden yang dikenali secara dekat oleh ramai ahli jemaah hanya membuatkan ramai membenci pengendali blog ini. saya yakin ramai lebih terdahulu mengenali presiden PAS sebelum diceritakan disini. Ramai yang kagum dengan kehebatan kerajaan umar abdul aziz, tapi mereka lupa kerajaan itu hanya bertahan 2 tahun lebih sahaja, ramai yang mempersoalkan tempoh kerajaan PAS terengganu tanpa melihat isi pemerintahannya yang telah berjaya menggubal undang2 tubuh negeri Terengganu dalam hanya 4 tahun pemerintahan.

Awanama berkata...

Kepada Orang Atasan,TGHH dan Us Nasa Dan Cikgu Pa- Kembali kepada kehendak ahli dan Dengarlah nasihat TGNA, semuanya berharap isu UG dapat diredakan. Taubatlah

Awanama berkata...

"Anonymous said...
kritikan melampau pada presiden yang dikenali secara dekat oleh ramai ahli jemaah hanya membuatkan ramai membenci pengendali blog ini."

yang membenci pengendali blog ini ialah para boneka UMNO yang kebanyakan terdiri dari PAS Trg sahaja dan skalian nasionalis di dalam PAS.

Jgn bimbang GB. Teruskan perjuanganmu.

Faiz_selama berkata...

Terima kasih Anonymous 9:02 am
Apa yang diharapkan kritikan biarlah beradab. Kitakan dalam jemaah Islam takkanlah hanya mengutarakan pandangan UG kita sudah sangat melenting hingga hilang akhlak Islam. Hadi+ Nasa kita sanggup samakan H1N1! UMNO, Kpr Singh dll kutuk Islam lebih teruk kita pejamkan mata saja. Tak da gelaran apa-apa pun. Dimana akhlak pejuang Islam? Kita hanya pandai mengkritik pemimpin kita yang buat salah, tak hormat ahli akar umbi la... tapi mana etika akhlak kita sebagai ahli. Gunakan pendekatan yang berhemah. Gunakan ayat ayat yang berakhlak. Kalau terus macam tu samalah kita dengan si Karpal dan puak-puak UMNO tu yang tak reti hormat org.

Awanama berkata...

wahai faiz_selama,

Siapa yg melenting sebenarnya bila ditegur oleh TGNA? Bukan ker puak pro-muqabalah sehingga ada yang tuduh TGNA nyanyuk dan sebagainya?

kalau pro-muqabalah menentang TGNA, itu berakhlak mulia? jika sebaliknya orang menegur TGHH, itu tak boleh kerana TGHH itu sempurna?

Abuzar berkata...

GB,

Analisis yang berfakta. perbandingan sejarah yang baik. Asri joint BN selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Tun Razak menjemput atas kepentingan Melayu dan Nasional. PAS terima dengan hati terbuka. Politik Malaysia & Melayu pada 1972-1977, agak tenang. Selepas Tun Razak, UMNO dikuasai oleh kumpulan lain bukan berfikrah Tun Razak, Kerajaan PAS Kelantan disabotaj. PAS ditendeng keluar dari BN. Krisis kepimpinan PAS bermula dan Kelantan diMEGERANkan. PAS kalah teruk pada 1978 dan 1982 kerana corak kepimpinan yang "hebat berpidato", pandai cakap & kritik tapi tak tahu buat dan mentadbir. Para pemimpin PAS masa itu ramai yang jenis - "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" - "CAKAP BERDOLAK DALIK" - "WATAK-WATAK BERJUANG MENGEJAR DUNIAWI" . Rakyat curiga & terus menolak PAS!

Tetapi selepas 1982, bangkit pejuang2 PAS yang jujur memulih imej negatif PAS. Nama2 Tn. Hj Yusuf Rawa, Tn. Guru Nik Aziz, Ustaz Fadhil Nor, dll masih segar dalam ingatan. Mereka mengambil peluang yang strategik untuk PAS dan rakyat Malaysia. Pada tahun 1988 krisis kepimpinan UMNO. PRU 1990, kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, PAS mengembalikan penguasaan Kerajaan Negeri Kelantan. Krisis pemecatan Anwar Ibrahim, 1998, PAS mengorak langkah menguasai Kerajaan Negeri Terengganu selepas PRU 1999. Kesepakatan pembangkang melalui Pakatan Rakyat & faktor Anwar Ibrahim, PAS mencapai keputusan paling gemilang dalam sejarahnya dan menguasai 3 negeri: Kelantan, Kedah & Perak serta menyertai 2 kerajaan negeri pembangkang yang lain.

Apakah PAS buta dari menganalisis dan menilai punca sebenar kekuatannya selain dari mendasari konsep Islam yang hakiki itu?

Sekarang ini UMNO amat sedar kelemahan dan kekuatannya. UMNO juga amat sedar kelemahan dan kekuatan PAS, PKR & DAP - PR. UMNO seboleh2nya ingin rungkai keakar umbi segala kekuatan pembangkang. UMNO cipta pelbagai cara untuk tujuan itu. PR, PAS, PKR & DAP, Anwar Ibrahim perlu dipisahkan dari hati rakyat. Cipta segala kekeliruan dan kebencian rakyat kepada PR demi survival UMNO pada PRU13 nanti!

Kini PAS dalam PR menjadi senjata yang ampuh kepada UMNO bagi tujuan tersebut. - "kepentingan MELAYU" - Apakah sebahagian pimpinan PAS yang dijulang ahlinya itu, tidak tercium akan telatah & gelagat sumbang UMNO itu?

Saya amat setuju terhadap ulasan artikel ini, senario hari ini dilihat mengulangi sejarah silam PAS diatas.

PAS perlu berhati2 dan bertindak membetulkannya. PAS perlu ramai PEMIKIR dan AKTIVIS yang jujur daripada TUKANG SYARAH tapi CAKAP TAK SERUPA BIKIN!