12 Jun 2009

UG Bersama UMNO : Jangan Cuba Menipu Ahli Jemaah Lagi

Perlantikan Mustafa Ali sebagai SU Agung amat amat menyedihkan saya. Mengapa? Kerana dimanakah maruah Parti Islam seperti PAS meletakkan orang yang pernah berbohong kepada AJK PAS Pusat berkenaan berjumpa dengan UMNO dalam gelap.

Bila dilihat kembali tahun lepas sewaktu khabar-khabar angin bertiup berkenaan berlakunya perjumpaan dalam gelap, Mustafa Ali menafikan keterlibatan beliau. Malahan, Ustaz Nasa juga menafikan. (seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Ini telah memaksa Mahfudz Omar menarik balik kenyataan beliau yang pada mulanya menafikan berlakunya perjumpaan antara UMNO dan PAS.(rujuk sini ).

Ini bererti berlaku pembohongan yang jelas oleh mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap bersama UMNO dan PAS. Ini juga bererti perjumpaan itu adalah “salah” dari sudut prosedur dan peraturan PAS serta niat perjumpaan juga adalah salah. Kalau tidak mengapa perlu berbohong?

Dengan kata lain, perjumpaan dalam gelap tersebut adalah perjumpaan yang berniat jahat dan bertujuan jahat. Itulah sebabnya sehingga hari ini Mursyidul Am menentang segala usaha yang dilakukan untuk merapatkan PAS dengan UMNO i.e. cadangan Kerajaan Perpaduan.

Rakyat Amerika yang Kafir Menolak Pimpinan Mereka yang Berbohong

Richard Nixon terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana terlibat skandal Watergate. Hakikatnya, beliau dipersalahkan bukan kerana terlibat dalam skandal tersebut, tetapi kerana telah berbohong kepada rakyat Amerika tentang keterlibatan beliau dalam isu tersebut.

Gary Hart terpaksa menarik diri dari menjadi calon Demokrat menentang G. Bush Senior kerana beliau telah berbohong berkaitan skandal seks beliau.

Namun, Bill Clinton tidak perlu pula meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana beliau telah mengaku dengan jelas akan keterlibatan beliau dalam skandal Monica Lewinsky.

Ini bererti, rakyat Amerika yang bukan Islam itu menunjukkan akhlak Islam yang lebih tinggi kerana menolak pimpinan2 mereka yang telah berbohong.

Perwakilan2 PAS pula telah menaikkan pimpinan2 mereka walaupun pimpinan itu terbukti berbohong.

Inikah dia akhlak Islami yang cuba ditunjukkan oleh PAS dan perwakilan-perwakilan PAS di seluruh Malaysia?

Bolehkah ahli-ahli PAS selepas ini mengatakan bahawa mereka membawa panji Islam apabila mereka terbukti mempunyai akhlak yang lebih rendah berbanding rakyat Amerika yang 90% bukan Islam?

Perlantikan Nasa dan Cikgu Pa membuktikan bahawa perwakilan2 PAS menerima amalan berbohong. Itulah masej yang telah dihantar kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan rakyat dunia.

Bagaimanakah PAS hendak dipercayai lagi selepas ini? BAgaimanakah PAS hendak menyampaikan dakwah Islamiyyah mereka selepas ini? -malaysianwaves

Ulasan Ringkas GB

Di zaman IT ini janganlah ada pemimpin yang cuba berdusta dengan orang bawahan. Semua maklumat di hujung jari.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asyik mende yang sama jer.. bosan tul..

Tanpa Nama berkata...

media siber, andai anda bosan, jgn la masuk .. ini Blog Pro Pas dan Pakatan. Kalo tak suka berambus jauh2.

Bro Gb,

salam.. saya berpendapat kita x boleh lg bg peluang kpd si Penipu memegang jwtn penting dlm Pas.

Kepada c Penipu yg menjahanamkan PAS, ketahui lah anda telah memporak perandakan Pas dan Pakatan Rakyat. Terima KAsih . Sepatutnya Anda2 yg menyebabkan berlaku Krisis Keyakinan ini berasa MALU !!

Menerima jwtn2 penting dlm Parti sedangkan anda menyebabkan Krisis Keyakinan dan pertelagahan dalaman adalah sikap yg tidak BERTANGGUNGJAWAB dan PENTINGKAN DIRI.

utk Presiden, Ust Nasa, Mustapha Ali dan Hassan ALi , Tahniah sekali lagi...

Kikir berkata...

Besar sangat ker dosa PAS buat mcm tu sampai dah tak boleh nak dipercayai lagi, klau tak leh nak percaya, nak percaya dkat sape lagi. Runtuhnya kerajaan PR di Perak, siapa yg kena tipu, yg dipersalahkan 3 org katak tu, tetapi ketua mereka yg sepatutnya menerapkan prinsip perjuangan kepada anak buah di dalam parti mereka tidak pula dipersalahkan. Bila PAS jer, bukan main lagi mcm nak buang dalam bakul sampah.

Tanpa Nama berkata...

Jadi..patutnya ahli PAS buat sesuatu..jgn jadi tungul kayu cam UMNOO..at least dalam PAS..pemimpin2 patutu tahu yg diorang tak ble wat sesuatu ikut suka nafsu diorang!!!

kia71 berkata...

salam.

TGNA kata sape yg sokong UG,dia boneka UMNO....

jd sesape yg teringin nk dpt gelaran boneka UMNO ,sokong le UG...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wr. wbt, Saya bersetuju dgn pandangan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) yang saya anggap mengambil jalan tengah di atas polemik yang berlaku. Pandangan beliau adalah benar dari sudut harakah Islam, tetapi kenyataannya perlaksanaannya tidak seperti itu. Saya meyakini apa yang berlaku adalah disebabkan pandangan-pandangan pemimpin tidak dibuat secara kolektif dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, jika tidak masakan berlakunya pertembungan sesama pimpinan sendiri dalam isu Kerajaan Perpaduan. Apakah idea Kerajaan Perpaduan ini lahir dari hasil perbincangan yang mendalam dalam mesyuarat PAS Pusat? Saya rasa tidak ada, kerana TGHH pun menyatakan perkara ini belum dibincangkan dengan masak oleh pimpinan. Apatah lagi TGNA sendiri menentang idea Kerajaan Perpaduan ini. Persoalannya bukan kerana ahli tidak memahami idea ini, tetapi ahli tidak pun diberi penjelasan khusus mengenainya. Sepatutnya ada perbincangan, muzakarah atau diskusi ilmiah dan diseminarkan jika mahu mengetengahkan idea ini dalam program-program parti. Jika pemimpin sendiri berbeza pendapat, apatahlagi ahli yg dhaif ini.
Saya sebenarnya bersetuju dgn kenyataan ustaz iaitu keputusan mestilah daripada keputusan jamaah kerana disitulah adanya keberkatan dan akan menghindarkan perpecahan sesama kita. oleh kerana itulah pandangan peribadi terutamanya oleh pemimpin tertinggi hendaklah dielakkan sama sekali. Laksanakan keputusan jamaah iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat. Jangan ada niat utk memungkiri persefahaman dalam Pakatan Rakyat kerana bukan akhlak kita utk memungkiri sebarang perjanjian yang telah dibuat. Jangan mengambil pendekatan utk mengeruhkan suasana yg telah terjalin secara baik dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Ketahuilah tak mungkin kita boleh memerintah secara bersendirian, namun kerjasama yg terbina mestilah diperkukuhkan dgn memperkasakan persamaan visi perjuangan, mengurangan pertikaian dalaman disamping memberi ruang kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat utk memahami perjuangan Islam yg dibawa oleh kita. Saya amat tertarik semenjak PAS berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya sudah kedapatan pemimpin bukan Islam menggunakan hujjah-hujjah berdasarkan ayat-ayat al-qur’an. Didoakan moga Allah memberikan hidayah kepada mereka semua sebagaimana Allah memberikan hidayah kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. yg mana mereka menjadi benteng dan perisai mempertahankan agama Allah dimuka bumi ini. Segalanya tidak mustahil bagi Allah s.a.w. Apa yang penting sebagai pemimpin mesti menunjukkan akhlak berjamaah/berharakah bukan sekadar akhlak berpakaian sahaja. Pimpinan mesti selalu mengamalkan konsep kepimpinan kolektif, bukannya kepimpinan “lone ranger” agar segala keputusan tidak dianggap keputusan peribadi. Jika semua keputusan dibuat secara kolektif, maka tidak timbul perbedaan pendapat kerana persetujuan telah diambil secara bersama (kolektif) dan keputusan tersebut akan menjadi satu keputusan yg kuat kerana akan dipertahankan oleh semua pihak. Pada saya, pandangan Ustaz Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) menyokong idea Kerajaan Perpduan ini sebenarnya tidak memenuhi akhlaq berjemaah yg menuntut diutamakan keputusan secara amal jamaiyy melebihi pandangan-pandangan peribadi serta hindarkan walaq membuta tuli dengan mengenepikan walaq yg sebenarnya iaitu walaq kepada keputusan jamaah samada melalui ketetapan yg dibuat dlm mesyuarat PAS Pusat, atau muktamar atau melalui Majlis Syura Ulama. Moga-moga Allah memelihara PAS utk terus berada dilandasan yang benar. Wallahu a’lam. (yg benar- Makkal Sakhti.

Tanpa Nama berkata...

TGHH nampaknya x peka dengan denyutan nadi ahli PAS akar umbi yang x setuju dengan muslihat Cikgu Pa.Tapi TGHH tetap melantiknya juga sebagai SU Agung PAS.Sama juga nampaknya TGHH x peka dengan undi x percaya yg dibuat oleh muktamar PAS Kota Melaka terhadap Ust Abd Ghani Abd Rahman.Ini satu tindakan politik yang kurang bijak.TGHH harus muhasabah dan berfikir jauh utk kepentingan jemaah bukan utk kepentingan individu tertentu sehaja.Fikirkanlah TGHH.Semuga ALLAH SWT selamatkan jemaah PAS dr pemimpin yang angkuh.Amiiin!!!