13 Jun 2009

PAS UMNO : Rais Yatim Puji Hadi dan Nasharuddin

Gigit Mee Tak Putus
Oleh Prof Dr. Hamirdin Ithnin

Assalamualaikum

Punyalah lembut budi bahasa dan perungkap UMNO terhadap PAS pada hari ini seperti seorang gadis yang sangat sopan dan sangat santun. Bila bercakap penuh dengan adab diseri senyum melirik, bila bersuara lembut bergurindam, bila berjalan longlai pengantin. Begitulah manisnya UMNO cuba melamar PAS.

Betapa tidak, cuba perhatikan apa kata Rais Yatim yang satu masa dulu kudakan PAS: "Dalam hal ini, saya tetap dengan pandangan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa merupakan kategori pemimpin yang berpandangan jauh sedangkan yang lain hanya mengamalkan politik populis. Langkah Abdul Hadi itu langkah negarawan yang layak diberi penghargaan."

Lembutnya dan kasihnya dan mesranya UMNO terhadap PAS dan pemimpin pilihan mereka. Ini adalah kerana mereka telah nampak yang perangkap telah tersedia. Bukan mereka yang pasang, tetapi dipasang oleh beberapa pemimpin PAS untuk UMNO memerangkap PAS. Jadi kenapa tidak sambar peluang yang terbuka sekarang ini?

Sekarang UMNO sedang sangat lembut terhadap PAS. Mereka gigit mee pun tidak putus.



PUTRAJAYA 12 Jun - Pertikaian di kalangan anggota pakatan pembangkang termasuk sebilangan kepimpinan Pas terhadap idea kerajaan perpaduan menunjukkan mereka umpama 'menanam tebu di bibir' mengenai soal perpaduan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas idea Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyerlahkan 'muka sebenar' sebahagian besar pemimpin Melayu pembangkang yang tidak jujur memperjuangkan Islam sebagai agama harmonis dan perpaduan.

''Dan tentu sekali Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasakan jika Pas mempelopori idea ini, maka ia menampakkan parti itu (PKR) sudah muflis dan meleset dari segi idealisme berjangkauan jauh.

''Dalam hal ini, saya tetap dengan pandangan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa merupakan kategori pemimpin yang berpandangan jauh sedangkan yang lain hanya mengamalkan politik populis. Langkah Abdul Hadi itu langkah negarawan yang layak diberi penghargaan," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Rais mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam membidas golongan dalam Pas yang terus mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai 'boneka UMNO'.

Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengakui banyak pihak 'terasa' jika kerajaan perpaduan akhirnya direalisasikan, maka ramai kalangan mereka akan turut kehilangan tempat.

''Tapi matlamat perjuangan kita bukan yang itu sebaliknya lebih penting lagi mahu memastikan orang Melayu berjaya dalam perjuangan dua arena iaitu agama dan kenegaraan," katanya.
UTUSAN MALAYSIA


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Prof kankung mana plak ni.

Tanpa Nama berkata...

bila x bersesuai dengan pro-muqabalah, tuduh prof kangkung.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH HADI, NASHA DAN SEMUA PRO MUQABALAH,
DAH PUN DAPAT PUJIAN DARI MENTERI PENERANGAN UMNO.

APA LAGI PERGI LE JUMPA CEPAT MINTA MASUK RTM UNTUK JALANKAN TUGAS DAKWAH.

MALU-MALU KUCING PLAK.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha org-org yang bising2 akhir akan diam je sebab malu sendiri. Prof kankung ke bayam yang tak diminta pendapat pandai plak bg pendapat. nak tolong majukan Pas xnak.

Tanpa Nama berkata...

Puji ada makna tu!!!!.