13 Jun 2009

UMNO Ingin Lakukan Kejutan Di Manek Urai?

Pilihanraya Kecil Manek Urai menunjukkan Umno seperti tidak berminat untuk bertanding di sana. Mungkin Umno merasakan peluang mereka untuk menang adalah tipis berdasarkan Manek Urai merupakan sarang dan kubu kuat Pas sekian lama. Walaupun diakui Pas pernah tewas pada 2004 disebabkan isu nasional serta rakyat tertipu dengan imej Islam Hadhari ketika itu.

Perkembangan isu semasa juga tidak memihak kepada Umno walaupun mereka cuba memainkan isu kerajaan perpaduan siang malam. Bagi penduduk Manek Urai isu kerajaan perpaduan tidak memberi apa-apa makna kerana mereka hanya inginkan bulan purnama berbanding dacing yang senget sebelah.

Tetapi saya menjangkakan Umno akan membuat kejutan bagi saya sesuatu yang tidak mengejutkan. Umno mungkin akan meletakkan juara dan pakar lompat seantero dunia sebagai calon di situ. Mungkin juga si kaki lompat tidak dipilih menjadi calon tetapi akan mengistiharkan memasuki Umno sebelum atau semasa pilihanraya kecil Manek Urai berlangsung untuk meningkatkan imej Umno di Manek Urai.

Ini berdasarkan perkembangan muktahir bahawa si kaki lompat tadi kelihatan begitu telioq dan kebuloq untuk memasuki Umno kembali untuk kali ke berapa tahh... Gambar di atas mungkin dapat menceritakan segala-galanya.

Bagi saya letaklah siapa pun sama ada kaki lompat, kaki terbang atau kaki temberang sekalipun sebagai calon Umno, Umno akan ditewaskan di Manek Urai. Berdasarkan sokongan padu kepada Pas dan kepimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tak ada sebab penduduk di Manek Urai hendak menyokong Umno. Seperti kata-kata popular Tok Guru satu ketika dulu... Tak ade sebab demo nak lawe kawe.... -angkasanuri


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul, ketokohan dan kewibaan Tok Guru TGNA paling terselah dan saya sebagai bukan islam amat kagum dengan keikhlasan Tok Guru. Patut beliau jadi Perdana Menteri Malaysia - maka sistem perundangan,polis,MACC semua badan akan jadi telus n jujur dengan pentadbiran Tok Guru Kita. Saya sangat hormati dan sanjung tinggi Tok Guru -kurniaan Tuhan kepada rakyat Msia.

Tanpa Nama berkata...

macam kenoi je...gambor atas...berapa banyak kaki lompat lah Kt Malaysia nih..buat malu Negara je...Next time ..yang kaki lompat jangan bagi bertanding..menyakitkan hati je..lpas 2 saman bagi kering...pengkhianat amanah rakyat....:-L

Abah berkata...

Saya cadangkan Ibrahim Ali Alkataki (Bebas@PAS) letak jawatan dan bertanding atas tiket UMNO di Manek Urai. Amacam setuju?????

Abuzar berkata...

Kekuatan personliti & kredibiliti TGNA tak boleh dipertikaikan, tapi dalam PRK Manik Urai ni kena berhati2. Pengundi Manik Urai nih bercitarasa lain sikit. Parti,parti jugak tapi personaliti calun jugak penting. Serupa ko dengan feel arwah Pak Su Wil. PAS pernah kalah pada 2004 sebab Calun PAS tidak digemari pengundi, walaupun dah dikira "kategori ulamak/ustaz".

PAS perlu letak calun yang MESRA RAKYAT SETEMPAT - tak kira la ustaz atau tidak, profesional atau tidak, intelek atau tidak ..... yang penting "RETI BBASO" dengan kerenah rakyat Manik Urai! Jangan sesekali yang "hidung tinggi", "sombong berlagak - meta", "kkecek agah", "kupit-tangkai jering", "hambuk gheng", ...............

Insya Allah, UMNO ternganga lagi ...... dan "dok bilang ari" nak *********** ......

Tanpa Nama berkata...

dari dulu lagi saya tak menyokong Ibrahim Ali bertanding diatas tiket PAS di Pasir Mas.Dia ni specis katak.Ceramahnya penuh dgn kata2 kesat,maki hamun,sumpah menyumpah seperti orang jakun.Biarlah dia bersama2 UMNO sampai keahkir hayatnya.PAS tidak akan rugi tanpa ibrahim ali.PAS tidak perlu org yg tidak ada prinsip perjuangan dan pegangan hidup.kalau dah specis KATAK tentu sifatnya MELOMPAT..










.

Tanpa Nama berkata...

Mudahan mudahan, mcm biasa rakyat Klate yg terbukti pandai berpolitik TAK AKAN DAPAT DIBELI DENGAN RM!

Tanpa Nama berkata...

Kalau saya PM saya akan minta sokongan semua pihak supaya seorang pemimpin etnik Cina di lantik jd Timbalan Perdana Menteri Kedua, dan seorang keturunan India Timbalan Perdana Menteri Ketiga. Wujudkan 2 jwtn perpaduan itu walaupun ia satu jawatan yang bersifat "ceremonial" saja yg tidak ada full power. Politik perkauman kini sudah semakin tiada tempat lagi. Orang politik sekian menggunakan kebodohon pengundi (guna isu "Melayu" "Cina" "India" dll supaya bulu roma kaum2 ini tegak (menyangka betul2 ahli politik membela mereka semua, walhal retorik politi semata2 untk batu loncatan pegang jwatan, kuasa, kedudukan. Rakyat terpesona dgn pidato ! Pemimpin terpesonada dgn RM, $$$$$. Maaf cakap. Terpaksa cakap.