13 Jun 2009

PAS UMNO : Nabi Tak Pernah Tutup Mulut Orang

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, marah dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu dalam Pas yang meminta pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kerajaan perpaduan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat.

Nik Aziz berkata, langkah itu tidak perlu kerana percanggahan pendapat itu bukannya datang dari Pas tetapi diwujudkan oleh orang-orang tertentu dalam Pas.

“Arahan tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut.

“Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut. Dalam demokrasi tidak ada tutup mulut. Nabi Muhamad SAW tidak pernah tutup mulut orang. Tidak boleh, kerana semua soalan ada jawapan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan siapa yang mewujudkan dan menimbulkan kecelaruan dalam Pas.

“Yang menimbulkan kecelaruan itu siapa dia, orang Pas atau orang perpaduan? Orang yang menimbulkan kecelaruan itu sedar perkara itu bukan dari Pas sebaliknya daripada orang tertentu di dalam Pas yang menjadi boneka UMNO. Itu jelas pada saya.

“Benda tutup mulut ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa sekarang baru berlaku? Ini soalan, tidak pernah berlaku pemimpin Pas mengarahkan orangnya supaya tutup mulut. Sekarang ini baru timbul kerana apa? Kerana dia sendiri mengeluarkan perkara yang mencelarukan.

“Itu logik. Kenapa wujud arahan dari orang tertentu dari pusat supaya tutup mulut, kenapa? Sedangkan demokrasi suruh buka mulut. Dalam Islam hanya satu benda yang tidak boleh iaitu Zat Allah. Saya memang marah. Marah ini Islam suruh, Islam minta manusia ini benci pada kerja-kerja derhaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang meminta supaya isu berkenaan tidak diperkatakan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir pihak tertentu termasuk dalam kalangan pemimpin PR sendiri.

Mustafa dalam kenyataannya dilaporkan meminta seluruh pimpinan Pas dan PR menghentikan segala kenyataan berkaitan isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong Pas berkaitan kerajaan perpaduan.

Mustafa berkata, idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah sekadar teori dan konsep dan idea itu tidak relevan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mengulas mengenai cadangan itu, Nik Abdul Aziz turut membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan itu dan menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

“Saya hanya mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu.

Saya sokong Pakatan Rakyat. Kita masuk pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini pun atas dasar Pakatan Rakyat. Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian keputusan kita.

“Perjanjian itu adalah keputusan muktamar Pas. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat bukannya menyokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Tidak ada. Hal perpaduan ini adalah boneka UMNO,” katanya.

Beliau berkata jika ada pihak yang memperkatakan cadangan itu ia sebenarnya ilham UMNO memandangkan perkara itu tidak ada dalam agenda dan tidak dibincangkan di dalam muktamar.

“Tiada dalam ucapan dasar pun. Cadangan itu dibuat selepas daripada sidang. Insya-Allah kita boleh selesai masalah ini. Bagi saya tak perlu langsung buat kajian semula,” katanya. -wfauzdin

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kan ayat dia merayu, maknanya memang dia xhak untuk tutp mulut sebab tu dia merayu agar tutup. bukan mengarah.

Tanpa Nama berkata...

tak boleh mengarah sebab masa tu dia tak der jawatan lagi.

jadi rau dengan arah hanya kerana "jawatan" yg mengasingkannya.

lagipun apasal merayu suruh tutup mulut. Nabi ada rayu orang berbuat gitu?

TGNA kata Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut."

TEPAT SEKALI!!!

Tanpa Nama berkata...

takbir......ana setuju dgn pendirian TGNA,tlglah TGHA jangan ulangi kesilapan datok Asri,tak kan tuan guru tak faham lagi permainan ubn laknatullah........ana sebenarnya tak layak nak komen tuan guru tapi......sebelum nasi menjadi bubur ada baiknya kita saling ingat memperingati.....salam

tok iskandar berkata...

Operasi tawan Selangor yang dikepalai Najib dan gerombolannya sudah bermula.Hari ini 1 Malaysia berkata,rundingan air tertangguh kerana kerajaan negeri Selangor kemukakan harga yang tak munasabah kepada kerajaan persekutuan untuk ambil alih pengurusan air negeri.
inilah putarbelit 1 malaysian.setahu tok dan rakyat selangor,syarikat konsesi air yang kemukakan tawaran tak munasabah dengan keuntungan lebih 300% kepada kerajaan negeri Selangor jika hendak mengambilalih pengurusan air negeri.syarikat judipun tak boleh dapat untung banyak macam tu.

sebenarnya yang tamak ialah kerajaan persekutuan dan syarikat konsesi air.jika pengurusan air negeri selangor berjaya diambilalih,harga air di lembah kelang akan dinaikkan sehingga 30%.jangan haraplah time tu nak dapat air free.kena bayar lebih adalah.

sekarang kerajaan pusat BN tak boleh tipu rakyat sewenang-wenang dengan menaikkan harga minyak dan tol sesuka hati.terpaksalah najib beralih kepada air yang tidak disedari ramai boleh mengembungkan kocek tokey-tokey konsesi air.kerajaan dah nampak dan sedar perkara ni.eloklah rakyat selangor buat demo besar-besaran bantah pengambilalihan air ni macam demo BERSIH atau PPSMI.

Khabarnya,kem najib melalui ezam and the gang dah mula memujuk adun-adun PKR melompat parti.sebaik sahaja anwar didapati bersalah dan dipenjarakan,huru-hara akan berlaku dalam PR dan PKR.Siapa pula pemimpin PR waktu itu?inilah yang ditunggu-tunggu oleh najib yang juga ketua perhubungan umno selangor.

Abuzar berkata...

Puak2 pro-muqabalah UMNO nih mengapa cadangkan KERAJAAN PERPADUAN saja, kan baik lagi tepat kalau cadangkan kepada UMNO/BN dengan KERAJAAN NEGARA ISLAM.

Idea Kerajaan Perpaduan ini susah nak terjemah, hurai dan tafsir kepada rakyat kerana perlu ilmu yang amat tinggi-makam wali kutub kot?

Kalau konsep KERAJAAN NEGARA ISLAM - ahli PAS biasa dan lebai kampong pong dah boleh hurai. Cina, India pong dah fahang doh. Cuma UMNO saja buat pekak badak dengan daulah Islam. alasan takut kudung tangan, kena sebat,pelabur & pelancung lari la, tak membangun, ekonomi jatuh la, dll. ..

TGNA marah sangat nih mungkin puak2 ni dirasakannya macam la Boneka UMNO. Bercakap BERDOLAK-DALIK. Tidak pegang janji (ikrar/aqad) dalam muamalat. BerMUKA-MUKA. berBOHONG. Ada udang disebalik batu. Tidak telus dan berintegriti. Mengkhianati ikatan persahabatan. nak jaga kepentingan individu bukan jemaah & ummah. Memperalatkan kedudukan dan jawatan dalam parti untuk tujuan peribadi. Mengkhianati amanah ahli PAS dan harapan rakyat.

Kerjasama dan perpaduan dengan semua pihak adalah harus. Terutama untuk amar maaruf nahi munkar. untuk kebajikan dan ketaqwaan. Itu ajaran Islam.

Tapi jika kerjasama & perpaduan dengan "musuh" untuk merosakkan perjuangan kebenaran, keadilan dan harapan rakyat, ini perlu dinilai semula. Kisah Nabi Harun membisu terhadap kesyirikan Samiri demi perpaduan bani Israel, telah diherdik oleh Nabi Musa sekembalinya dari munajab 40 hari di Bukit Tursaina. Kisah Ulamak Yahudi, Bal'an Barsisho bersengkongkol dengan raja yang memusuhi Nabi Musa juga satu iktibar. Kisah Hatim yang bekerjasama dengan musyrikin Makkah untuk serang kerajaan Islam Madinah pun satu lagi hujjah yang jelas. dan banyak lagi lah ....

Gerakan sulit "PAS bermuqabalah dengan UMNO" dan impian "Kerajaan Perpaduan" telah mengundang polemik yang berlarutan. Apakah PAS hendak menunggu parah dulu baru sedar dan bertindak?

Sebenarnya kredibiliti pemimpin2 PAS yang pro UMNO sudah sangat dicurigai dan dipertikaikan walau sebahagian besar perwakilan muktamar PAS ke55 menyokong mereka. Keputusan perwakilan tindak menggambarkan realiti ahli dan rakyat. Perwakilan mungkin dijerat dengan takrifan "kepimpinan ulamak" yang sempit.

Usaha dakwah Islam melalui PAS kepada seluruh rakyat Malaysia akan terenjat oleh golongan & pimpanan PAS yang menjurus kepada acuan/boneka UMNO ini!