Maklumler tetiba jer jadi exco. Itupun masih tak puas hati sebab ada hajat nak jadi MB. Maka berkokokler deme yang deme nyebelah UMNO kerana Ngeh dan Nga sedang dan telah membonekakan MB Nizar. Banyak tanah di Perak telah diberi kepada Cina. Lama pulak tu, 999 tahun.
Hee Yit Fong pun kata camtu juga. Aku lompat bukan kerana duit. Gaji akupun banyak. Aku kanker Timbalan Speaker DUN Perak. Aku lompat kerana kesian kat MB NIzar yang dikaldaikan oleh Ngeh dan Nga. Aku tak sampai hati nengak bangsa aku Cina mengagih-agihkan tanah di Perak ni. Aku kesian pada Melayu sebab tak dapat tanah. Sebab ituler aku nyebelah UMNO. Sultanpun udah paham ngaper aku keluar PR. Takkan kome yang taraf rakyat macam aku tak boleh nak paham.
Tahniah teman kepada Hee Yit Fong. Tahun depan boleh dapat anugerah Tokoh Maal Hijrah. Kepada orang Melayu, iniler satu-satunya orang Cina yang tak sayangkan Cina. Iniler orang Cina yang lebih sayangkan Melayu. Kome jangan nak pertikaikan. Jangan nak derhaka pada kedaulatan tuanku. Karang kena tulah. Tapi kalo kome sanggup minum ayor basuh kaki, kome bolehler derhaka macam Hang Jebat. Kalo idak, jadiler macam Hang Tuah. Hang Tuah tu hero Melayu. Hee Yit Fong ini pulak adalah lebih lagi tarafnya berbanding Hang Tuah.
Hang Tuah terkenal dengan lima bersaudaranya. Hee Yit Fong pula terkenal dengan tiga bersaudara. Hang Tuah memerlukan empat lagi saudaranya untuk membolehkan dia jadi hero. Tapi Hee cukup dengan dua jer saudaranye. Hee ada Hang Behrang dan Hang Jering. Dengan bantuan Hee tiga bersaudara, maka tumbangler kerajaan rakyat pilihan rakyat di Perak. Hee tiga bersaudara telah membantu kebangkitan kerajaan UMNO di Perak.
Hee Yit Fong adalah hero merangkap heroin sebenar kepada kewujudan kerajaan UMNO. Hee Yit Fong telah mendaulatkan kerajaan tuanku yang juga kerajaan UMNO walaupun terpaksa menderhaka kepada 54% rakyat Perak. Hee yang berbangsa Cina telah menongkah arus apabila berpegang kepada prinsip yang hebat iaitu, UMNO didahulukan manakala rakyat dikemudiankan.
Kome yang mengundi Hee di DUN Jelapang, tak rasa banggaker mempunyai wakil rakyat yang jiwanya adalah Melayu? Melayu UMNOpun tak macam Hee. -dango mamamat
1 ulasan:
Nak jadi hero Melayu kononnya.Cakap Bahasa Melayu pun tungang langang.Malulah YB.
Catat Ulasan