Walaupun niat murni dan suci itu berpadu, PAS kena melalui syarat-syaratnya kerana semestinya syarat mestilah didahulukan. Dalam apa juga perkara kerja buat syarat mendahului perbuatan kita. Lakukan begini syaratnya nak baik dan sebagainya sebagai contoh analogi.
Alasan syarat yang ada diberikan, kelompok pimpinan yang ada cuma 'sekadar' melontar idea. Analogi menyokong serta memperkuatkan hujahnya begini, macamlah satu ketika dulu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tempoh hari melontarkan idea supaya ITM membuka dan menambah 10% kouta kemasukan pelajar-pelajar bukan bumiputera. Katanya ada demontrasi seluruh ITM di Malaysia. Begitulah idea ini.
Kedua, alasannya nanti takut kata Presiden tiada idea maka dilontarkan idea. Nanti ahli marah pula dikatakan presiden tiada idea.
Hujah tambahan lain lagi, takkan lah presiden PAS tidak tahu. Jika kita sayang beliau lebih sayang, jika kita cinta beliau terlebihnya cintanya terhadap parti. Masakan hujahnya beliau tidak tahu akan apa yang dibuatnya.
Hujah lain, takkanlah masa UMNo lemah kita nak memberi talian hayat.
Namun, atas apa alasan sekalipun ahli, rakan-rakan dan para pencinta Pakatan amat terkilan dengan lontaran idea yang dirintis. Penafian kita sesekali mahu bergabung dengan UMNO nampak macam basi. Mungkin jika tiada bangkangan keras sebegini dah lama idea ini diterima. -perantaukite
8 ulasan:
makan nasi cicah budu,
minum air oren cap aye
ingat pese ore dulu-dulu,
wujudkah masyarakat penyanye
dua tiga kucing berlari
two trhee cat running running
where got the same the strip-stripe one
two thre people i can find
where got the same TGNA one!
orang politik nak cari makan senang2.Kita rakyat nak hidup begitu susah untuk isi perut.Wahai semua orang politik pikir lah untuk rakyat biasa ni!
mujurlah ada GB yang lantang mengeluarkan pendapat x sokong UG. Memang dua org ustaz keras kepala punya manusia. kalau dah tahu majoriti dalam Pas xsetuju buat apa menjuih mulut untuk canang UG. canangpula kepada media yang semakin terhakis di arus perdana. memang kena belitla. Lepas itu salahkan media tak masuk habis kenyataan kita. tak kan xtahu peranan mendia pro umno??? jadi kenapa kenapa terhegeh2 sangat beritahu ketika ditanya???
hanya GB saya tidak melambangkan majoriti ahli. Hanya puak buta kayu saja yang cepat melenting.
Tidak melambangkan majoriti ahli?
cubaler buat bancian atau undian kita tngok sama-sama.
yang buta kayu ialah yang tak pernah belajar dari kesilapan lalu, golongan pro muqabalah.
lebih baik kita melenting sekarang. kerana dengan lentingan kita mengecutkan perut ahli pas pakai baju biru. kalau tidak melenting aku tak tahu nasib pas nanti. agaknya berapa Pas dapat kementerian 10?? 20??? atau dimana nak duduk? di belakang Umno ada MCA dan MIC, di belakang MIC ada kompenen bn dari sabah@sarawak. Di Mana? jawabnya di belakang PPP la.
Catat Ulasan