13 Jun 2009

PAS UMNO : Pahat Yang Berbunyi Selepas Muktamar

Banyak hal yang diperkatakan mengenai Muktamar ke 55 di Stadium Melawati tempohari. Selain dari isu Kerajaan Perpaduan, dua pahat lain yang masih berbunyi ialah isu penajaan dan isu pemilihan. Kecuali terdengar suara Timbalan Presiden yang tak sangka dirinya menang menyatakan "muktamar ini yang terbaik sekali".

ISU PENAJAAN

Isu berbangkit tidak putus-putus dibincangkan oleh ahli terutama hal mengenai penajaan sebuah syarikat kroni UMNO bernama Puncak Niaga yang mendapat peluang mengiklankan dirinya spuas-puasnya sepanjang muktamar.

Sehingga ke hari ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai isu tersebut samada oleh pihak penganjur mahupun pimpinan PAS sendiri. Orang yang dikatakan bertanggungjawab mengenainya iaitu Ketua penerangan PAS Selangor sdra. Roslan SMS (gambar) sehingga kini tidak mengulas apa-apa mengenainya di blognya.

Mereka "telah" terlebih kedepan menjayakan projek "Unity Government" sekalipun berdegar-degar menyatakan UG itu tidak ada dibincangkan di dalam muktamar, jadi mengapa heboh?

Kita menyatakan memang SURE HEBOH sebab ia melibatkan maruah ia melibatkan integriti dan kredibiliti parti. (Asalkan jangan jadi macam mufti Perak yang mengharamkan SUREHEBOH kemudian menjadi halal semasa Zambry menjadi MBnya).

Sebuah syarikat yang sekarang ini sedang bertelingkah dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kini menaja muktamar sebuah parti yang menjadi komponen Pakatan Rakyat.

Sumbangan tak sama dengan penajaan. Sumbangan boleh datang dari sesiapa, tetapi penajaan perlu diberikan perhatian. Di dalam dunia perniagaan, penajaan dilakukan sebagai satu pelaburan bagi memperkembangkan perniagaannya dan PAS memberikan ruang secukupnya untuk sebuah syarikat yang menjadi musuh kerajaan negeri bagi mempertajamkan lagi perselisihan di antara dua stake-holder berkenaan.

Pihak yang ditaja sepastikan akan ditaji jika nanti tidak memberikan sokongannya pula kepada penaja yang kemudian menjadi penaji.

Itu sebab kita meminta hal ini disiasat secara komprehensif, keputusan siapa mencari atau menerima penajaan Puncak Niaga Sdn Bhd, dan yang penting jawatankuasa-jawatankuaa adalah bersih dari sebarang penerimaan habuan dari penaja/penaji ini.

Mereka yang bertangungjawab perlu menjawab, bukan menikus. Kumpulan nasionalis di dalam PAS ini cuba menconteng arang ke muka parti disamping melemahkan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat yang kononnya dikatakan PR cuba diperkuatkan melalui penegasan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam ucapan dan kenyataan mereka. Satu bentuk penipuan halus terhadap peserta muktamar.

ISU PEMILIHAN

Soal pemilihan juga menimbulkan banyak keraguan. Datuk Mustafa Ali yang merupakan Penegrusi Jawatanluasa Pemilihan juga tidak menjawab isu yang dibangkitkan tetapi sentiasa memutarkan ia kepada isu-isu yang tidak relevan.

Wartamaya di dalam blognya menulis:

Kita sudah tahu bahawa PAS di dalam pengiraan undi memlih kepimpinannya Parti baru baru ini, menggunakan kaedah, zaman Jepun.

Di dalam proses yang tiada saksi, tiada wakil calun dan tiada ketelusan. Malah proses pengiraan dan pengumuman pemenang hanya di buat pada tempoh lebih 12 jam untuk mengira kira kira 1,000 undi perwakilan.

Selepas ini bagaimana agaknya PAS akan berdepan dengan ketidak telusan di dalam pilihanraya yang di selenggara oleh SPR?

Atau ... "Hello paku ... kau serpih la bro", kata dulang.

Apa pandangan anda yang budiman?


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah kalah terima la edrogan

Tanpa Nama berkata...

dah kalah? mungkin itu perancangan pro-muqabalah. siapa tahu ek?

lagi pun apa heran kalau menang tanpa maruah malah menjual maruah jemaah?

pokya berkata...

jolo dos

Tanpa Nama berkata...

apa nak jadi dengan melayu

Tanpa Nama berkata...

patut GB dedahkan semua senarai AJK Urusetia Muktamar dgn gambar2nya sekali biar semua ahli PAS tahu golongan yang menjual maruah parti kepada musuh.

pokya berkata...

erdogon ko gapo ko semua kart umno jah...

azlee berkata...

umno tolol pah ko sut

Tak Suka kacau berkata...

Bendo blah tumo tu pong nak ambik kira. Biarlah sapo taja pongg... terima je lah... beri kain kito pakai, bagi gula kita kacau.... apa lagi.... masalahnya... hok jadi tukang kacau tak habish2 mengacau. oooo teruk bebeno..... lah demo tu..

Tanpa Nama berkata...

beri kain kito pakai, bagi gula kita kacau

tak kena tempat la wei, kalau mengundi orait ler sbb ore tak tahu siapa demo ngundi

hok ni satu donia tahu siapa menaja..

akai x dak!

Tanpa Nama berkata...

Sudah tiba masanya PAS melaksanakan ketelusan dalam semua urus tadbirnya.Sebelum tuduh orang tidak telus pastikan PAS telus dulu.Sistem pengiraan undi cikgu Pa nampak macam x telus.Politik adalah persepsi.Harus tunjukkan persepsi yang bersih,telus dan professional.Jangan asyik nak mengata orang lain aja!

Tanpa Nama berkata...

Benar, Keadilan bukan sahaja terlaksana tetapi mesti dilihat dilaksanakan.