Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agung Parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.
Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Guan Eng meminta surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).
"Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti," Katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.
Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.
Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan meminta parti menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.
"Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah," katanya.
Guan Eng berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus, untuk menyiasat perkara itu dan tindakan tegas akan diambil jika ada sebarang salah laku.
Tan didakwa telah menuntut RM2,000 daripada Pejabat Daerah untuk set televisyen dan pemain cakera padat yang hanya bernilai RM450. Beliau menafikan segala tuduan itu sebagai tidak berasas.
Sekiranya SPRM berani mendakwa Tan Beng Huat bererti tidak dapat tidak pilihanraya kecil akan dijalankan di Jawi Pulau Pinang dan tentunya ini amat ditakuti oleh kerajaan Barisan Nasional.
Ramai yang tertunggu-tunggu ayat keramat Tan Sri Ahamd Said Hamdan, "ada bukti kukuh" yang sering diungkapkan terhadap kes-kes siasatan yang melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang.
Di dalam pilihanraya umum yang lalu Tan Beng Huat telah memenangi kerusi ini mengalahkan calon BN dengan majoriti 3,790.
4 ulasan:
Itu yang sebaik-baiknya. Jikalau didapati bersalah bermaana sudah tidak bererti lagi memegang jawatan YB. Jangan jadi seperti Umno, sudahlah bersalah, tidak mengaku pula bahkan bangga pula menyalahgunakan kuasa. ContoH: Khir Toyo!
lanntak kome teman x campo
ia nya uatu tindakan yang yang bertangung jawab.
shabash..adun dap/pr semoga menjadi ikutan pada adun/mp satu malayssia.jangan jadi macam adun.mp umnobn. dah jelass kes pon buat muka tak malu.
kebenaran dan keadilan ada lah menjadi hasrat rakyat..bukan macam tukang sondol umno bn.
berani kerana benar, takut bererti kita bersalah, tahniah atas keberanian dan kebenaran yang YB tunjukan.
Catat Ulasan