17 Jun 2009

PAS UMNO : DUA TAMPARAN KE MUKA NASHA

Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hari ini menerima dua tamparan, di luar parlimen dan di dalam parlimen ekoran kenyataan yang mengelirukan banyak pihak semalam yang telah menyambut baik baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan menyifatkan ia sebagai respons positif ke arah Kerajaan Perpaduan.

Di luar parlimen, beliau telah diminta oleh Mursyidul Am PAS supaya keluar parti dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok.

Sementara itu di dalam parlimen Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman hari ini ketika berucap di Dewan Rakyat menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Ustaz Halim berbahas hari ini dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009. Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam, demikian laporan Harakahdaily.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Jawapan Dato' Abd Halim itu menolak kenyataan beberapa pihak yang menyatakan isu kerajaan Perpaduan ada diputuskan oleh Majlis Syura.

Kenyataan Dato' Abd Halim juga kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, dilaporkan menyambut baik kesediaan Najib mengadakan perbincangan mengenai isu kerajaan perpaduan.

Katanya, merupakan reaksi serius pertama dari perdana menteri terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat bercakap bagi pihak PAS tetapi perlu membawa perkara itu kepada presiden dan pihak parti.

Namun begitu, katanya, PAS terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak.

Terdahulu, Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara semalam.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat bercakap bagi pihak PAS tetapi perlu membawa perkara itu kepada presiden dan pihak parti.

Namun begitu, katanya, PAS terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak."

Tanpa Nama berkata...

Nasha ni kalau bertanding kat mana-mana pun dalam Malaysia skrg ni sure kalah. tak horang yang nak bantu dia lagi.

lupa daratan

Tanpa Nama berkata...

x kut. pengundi ditempat dia x ckp apa-apa pun. xda pun bantahan. kira ok la tu.

sb dehlawi berkata...

Nasha suka cari pasal. suka cari kemarahan jemaah.

vagabond berkata...

bila tok guru dah marah mcm tu... org kelate bachok ke manik urai ke ....letak dia memang senang senang kalah ...siap dgn deposit sekali...

Tanpa Nama berkata...

Komponen PR seperti DAP dan PKR tak akan menolong Nasha, malah beberapa pemimpin PAS yang tegar dengan konsep UG.

abu jahil berkata...

saya setuju utz nasa letak jawatan sebagai ahli parlimen bachok kerana pas kelantan yg membenarkan.. jangan ikut ibrahim ali..(sbb bijak pas kelantan)tapi utz mesti kekal sebagai timb presiden pas krn perwakilan yg pilih...utk calon manik urai tak payah tunggu presiden.. umum aje...mane2 ahli pas yg pro-UG jgn datang kelantan..nampak gaya presiden,timb,naib(utz tmti),ketua permuda,nik abduh kena keluar dari kelantan..nanti kalah mereka dipersalahkan...

Tanpa Nama berkata...

Aku harap smua ahli pas tak masuk prngkap umno! jngn smpai pringkat perpecahan dah lah. Perbezaan pndpt dan kekliruan yg timbul ini insyaAllah akn terlerai nt. Man TGNA tak mgamuk, bukankah ari tua dia dah bg warning, knapa tegar dan beriya2 jugak nak sngat unity Govt tu? Kalu org kliru, jngan slh kan org, sbab idea tak bijak tu ditimbulkn oleh pmimpin yg kurang arif psikologi, kurang bakat tink tank, kurang daya strategist. Ni lah akibatnya.