17 Jun 2009

PAS UMNO : Mursyidul Am Minta Nasharuddin Keluar PAS

Ekoran kenyataan yang mengelirukan banyak pihak semalam, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hari ini digesa meninggalkan parti dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

Semalam sewaktu ditanya oleh pihak media, Nasharuddin telah menyambut baik baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan menyifatkan ia sebagai respons positif ke arah Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan Nasharuddin tersebut telah menimbulkan keresahan dan kekeliruan dimana beliau yang sebelum ini menyokong pendapat dan nasihat Mustafa Ali (kini Setiausaha Agong PAS) supaya pemimpin-pemimpin PAS 'menutup mulut" megenai hal Kerajaan perpaduan, tetapi beliau sendiri melanggarnya dengan membuat kenyataan terbuka yang menyebabkan kekeliruan ahli-ahli PAS dan Pakatan rakyat.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Banyak pihak menyifatkan Nasharuddin keterlaluan semenjak isu ini terbongkar apabila beliau telah didapati salah seorang pemimpin yang sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan para pemimpin UMNO tanpa diketagui oleh ahli dan juga Mursyidul Am PAS sendiri.

Beliau yang diberi peluang untuk bertanding di Bachok Kelantan oleh Menteri Besar Kelantan dilihat telah mengkhianati dan menconteng arang ke muka Nik Aziz dengan menganggap selaran MB yang menyatakan Kerajaan perpaduan itu sebagai boneka UMNO sebelum ini sebagai pendapat peribadi Nik Aziz sedangkan Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS yang kedudukannya adalah yang tertinggi di dalam hirarki jemaah.

Akibat dari tindakan beliau, ramai penulis-penulis blog telah menyatakan bantahan malah ada yang mencadangkan supaya Timbalan Presiden PAS itu dipecat dari PAS lantaran kebiadabannya menentang keputusan muktamar yang majoriti perwakilan menolak idea Kerajaan Perpaduan.

Idea Kerajaan Perpaduan ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan yang hebat ditambahi dengan beberapa tindakan penulis-penulis yang kebanyakannya datang dari negeri Presiden PAS yang menyokong gagasan ini disiarkan melalui portal Harakahdaily sendiri serta Tranungkite Online yang dikuasai oleh mereka yang mendokong idea Kerajaan Perpaduan.

Malah kemenangan Nasharuddin mempertahankan jawatan timbalan presiden adalah kerana perwakilan mempercayai kata-katanya "bahawa tiada niat untuk menyertai UMNO" sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda PAS dengan perwakilan menharapkan idea itu )Kerajaan Perpaduan) tidak dibangkitkan lagi.

Tetapi setelah perwakilan memberikan kepercayaan itu, dan setelah memenangi jawatan tersebut, sewaktu beliau ditanya media, Nasharuddin masih terus galak mempromosikan idea Kerajaan Perpaduan.


Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali telah cepat untuk meredakan keadaan dengan menyatakan bahawa tiada Kerajaan Perpaduan tanpa PKR dan DAP turut serta dengan sebarang perbincangan dengan UMNO.

Sekalipun Mustafa dilihat oleh ahli sebagai grand-designer terhadap projek Kerajaan Perpaduan ini sehingga mendapat kepercayaan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang yang melantiknya sebagai Setiausaha Agong, kenyataan beliau hari ini adalah untuk meredakan bangkangan dan bantahan bukan sahaja dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat malah dari ahli PAS sendiri.

Di dalam satu bancian di blog kedahlanie, didapati 84% responden menentang gagasan kerajaan Perpaduan ini.




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAKBIR!!!
TAKBIR!!!
TAKBIR!!!

FikirBulat2 berkata...

seumur hidup aku x pernah aku tgk TGNA semarah ini..tp kali ni mgkn dh terlalu penat melayan kerenah 2 3 org pemimpin tertinggi PAS yg nmpknya x henti2 dgn idea nasionalisme mereka..klu difikirkan, mmg patut nasha keluar dr parti klu dh berbeza fhmn (dan x fhm teguran)..kisah nasha agak sama dgn Zaid Ibrahim, so ikutlah jejak beliau..join PKR..APE LAGI,,BLAH!!!!

TokMudim AL Siddiq berkata...

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa adalah dipilih oleh perwakilan. Sila hormati pendirian majoriti perwakilan.

Tanpa Nama berkata...

Dalam sidang media yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mensyaratkan supaya PKR dan DAP hendaklah diterima oleh UMNO dalam perbincangan untuk Kerajaan Perpaduan.

Ini adalah syarat baru, jelas beliau. Maksudnya, syarat lama ialah PAS dan UMNO sahaja. Bila dibangkang oleh akar-umbi PAS barulah letak syarat baru.

Hmmmmm, syarat lawak dan politik temberang beberapa individu pemimpin PAS. Umum memang tahu betapa lawak dan temberangnya mereka ini. Sudahlah tu. Ahli-ahli malu dapat pemimpin seperti budak-budak main di waktu petang.

Tanpa Nama berkata...

Malah kemenangan Nasharuddin mempertahankan jawatan timbalan presiden adalah kerana perwakilan mempercayai kata-katanya "bahawa tiada niat untuk menyertai UMNO" sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda PAS dengan perwakilan menharapkan idea itu )Kerajaan Perpaduan) tidak dibangkitkan lagi.

Tetapi setelah perwakilan memberikan kepercayaan itu, dan setelah memenangi jawatan tersebut, sewaktu beliau ditanya media, Nasharuddin masih terus galak mempromosikan idea Kerajaan Perpaduan.

NASHARUDDIN SAH MUNAFIQ

sb dehlawi berkata...

walaupun dipilih TPP nasharuddin tidak boleh sewenangnya untuk keluar kenyataan yang bercanggah dengan jemaah pas. Tambahan pula tugasnya adalah untuk menerangkan apa kehendak majoroti pas. bukan untuk memuaskan kehendak sendiri. TPP macam ni layak di tentang habis-habisan.

sb dehlawi berkata...

Harakahdaily pun dah jadi sampah masyarakat. semua kenyataan TGNA berhubung UG tak siar. Kenyataan mereka yang menjilat kerajaan perpaduan disiar besar!!!!!!! hampeh organ pas sama juga dengan akhbar lain. pilih bulu! kipas pemimpin! sedarlah, kalau tidak kerana ahli bawahan. aku nak tanya siapa yang lebih berautoriti dalam keluar kenyataan?? kan TGNA pemimpin tertinggi mengapa kenyataan beliau digelapkann!!!!

FikirBulat2 berkata...

TokMudim AL Siddiq, mmg benar nasha dipilih oleh perwakilan..tp sedarkah anta sapa yg lbh layak bersuara ttg pendiriran parti? Mursyidul Am atau tmbln presiden??sememangya isu UG ini telah dijadikan alat kempen oleh musuh..
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20090616234907/Article/index_html..
x nmpk lg ke kesannya??

unanjaga berkata...

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita dengan jelas,bagaimana busuknya hati mereka,walaupun kita dari ugama yang satu(islam),namun mereka tetap menyimpan rasa dengki yang diluar batas kemanusian bilamana hal itu berlawanan dengan parti politik mereka.Pada mereka jauh sekali untuk mendasari sesuatu perbuatan atau tindakan itu pada yang selayaknya.Seolah olah kerajaan bumi ini(Malaysia) hanya hak mereka seorang.Siapa sahaja yang dibawah pembangkang dianak tirikan.Namun ini adalah kisah lama yang perlu kita jadi ukuran,tetapi bila mereka benar benar iklas untuk berpadu dibawah tali Allah(mengikut pertunjuk Allah),kami semua berbesar hati untuk bersama mereka tanpa berbelah bagi.

joyah_laser berkata...

senang jer nak tahu UMNO ikhlas atau tidak. waktu pilihanraya 2004 BN menang besar, PAS pulak kalah teruk..ada tak UMNO sibuk2 nak suruh PAS fikir tentang melayu dan Islam?? jawapannya ialah tarakkkkkkk...

FikirBulat2 berkata...

aku sokong joyah_laser!!!

remy berkata...

Satu lagi cuba panggil Muktamar Khas dan buat undian tengok samada ramai ke tidak sokong UG tajaan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Dijamin mereka kecut teloq, sama mcm UMNO yang kecut teloq bila diminta DUN Perak dibubarkan!

Dollah Badwi berkata...

Kalau betul UMNO ikhlas nak ujudkan kerajaan perpaduan bersama PAS, mengapa KERAjaan UBN sanggup rampas Perak dari MB Nizar yang berfahaman PAS. Buta kayu betul puak2 nie!...

penangkaya berkata...

saya bersetuju dgn cadangan agar nik aziz bersara drpd politik. ini kerana kebelakangan ini kenyataannya berbaur nyanyuk, angkuh, cepat marah dan tidak meneliti sesuatu perkara dengan jelas dan teliti. saya berharap semua pihak dapat bersabar dan bertenang dgn isu Unity Goverment(UG) ini. jangan terburu-buru menghukum org itu dan org ini terutamanya presiden dan timblan.kita harus memberi peluang kepada pencadang UG untuk memberi penjelasan tentang kandungan Ug yang sebenarnya. saya yakin isu UG ini adalah satu strategi yg mungkin perlu digunakan apabila berlakunya penghakisan kuasa melayu islam di dalam parlimen atau mana-mana kerajaan samaada PR atau BN. perkara ini adlh sangat sukar utk dibincang secara terbuka. so, saya melihat idea UG oleh presiden adalah idea tersembunyi dan terkehadapan yg perlu difahami dan dibincang dengan hati dan minda yg terbuka. UG bukanlah untuk bersatu dengan UMNO tetapi utk mengimbangi kuasa antara kerajaan dan pembangkang agar sama2 memainkan peranan memajukan negara serta dapat memastikan kelangsungan pemerintahan melayu islam. PRESIDEN sedia bersatu bersama sesiapa sahaja asalkan PAS menjadi penunggang kuda dan bukan kuda tunggangan. oleh itu anda fikirlah sendiri.....

Tanpa Nama berkata...

penangkaya samada seorang UMNO atau seorang pencacai UMNO atau ahli nasionalis dalam PAS yang masih syg kepada UMNO.

Ayatnya ini merbahaya kerana masih memperjuangkan assabiyah: dapat memastikan kelangsungan pemerintahan melayu islam.

Sdgkan TGNA berkata Cina Islam pun boleh memerintah Malaysia, kita terima sebab Allah dan RasulNya tidak izinkan kita berjuang dengan semangat perkauman.