Ketua Umum PKR itu berkata pelawaan Perdana Menteri untuk PAS bersama dengan BN sebagai sebuah kerajaan perpaduan mencerminkan betapa Najib terdesak untuk menarik sokongan yang semakin pudar.
“Jelas sekali Najib memerlukan sokongan, kerana kekuatan sokongan beliau sendiri semakin terhakis,” kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Najib hari ini mengumumkan Umno bersedia dan membuka pintu menimbang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam cubaan untuk memenangi sokongan PAS, Najib berkata beliau percaya idea PAS itu adalah ikhlas namun “kita perlu risik-risik terlebih dahulu.”
“Seperti kalau kita mahu kahwin, kita perlu siasat dulu. Jadi atau tidak (kerajaan perpaduan), takdir menentukan,” kata Najib.
Najib bagaimanapun tidak mengulas syarat yang ditetapkan oleh Hadi: bahawa sebarang perbincangan dengan UMNO hanya boleh diadakan jika BN sanggup mengembalikan kewibawaan sistem piliharaya, badan kehakiman dan menjamin kebebasan media.
Hadi juga akur bahawa cadangannya untuk diadakan muqabala dengan UMNO hanya ideanya sendiri dan tidak di bawa sebagai agenda perbincangan rasmi di peringkat parti mahupun Pakatan Rakyat.
Anwar berkata kenyataan Najib itu tidak sedikit pun mengubah reality: bahawa Presiden PAS adalah komited kepada Pakatan Rakyat dan soal kerajaan perpaduan dengan UMNo tidak timbul sama sekali.
“Saya telah dimaklumkan sendiri oleh Presiden Pas, dan beliau akan menjelaskan dalam mesyuarat Pakatan pada Isnin depan bahawa beliau komited kepada Pakatan,” kata Anwar.
Anwar turut menegur Najib kerana alpa terhadap ketetapan yang dibuat oleh Hadi bahawa sebarang pertemuan antara Umno-Pas akan hanya berlaku sekiranya Umno komited kepada reformasi demokrasi.
“Pas akan hanya berbincang bersama pemimpin Umno hanya jika Umno komited untuk memperbaiki sistem negara termasuk pilihanraya adil dan bebas serta pemulihan badan kehakiman,” tegas Anwar.
Mengulas atas perkara sama, Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa berkata Pas tidak berminat untuk menyertai Barisan Nasional atau menjadi “boneka” parti itu.
“Ini adalah respon serius pertama dari Perdana Menteri tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak Pas. Saya perlu merujuk perkara ini kepada Presiden dan parti.
“Isu Pas menyertai Umno atau BN tidak berbangkit sama-sekali. Pas bersifat terbuka kepada semua pihak dan pendirian ini telah diambil sejak tahun lepas dan sekali lagi di Muktamar tahun ini,” kata Ahli Parlimen Bachok itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Khalid Samad mengulangi semula pendirian tegas Pas bersama Pakatan Rakyat.
Beliau juga menganggap kenyataan Najib itu mempunyai udang di sebalik batu.
“Cubaan itu tidak lebih dari tipu-helah semata-semata. Kita mahu memperkasa Pakatan Rakyat dan tumpaskan Umno. Umno sedar akan hal ini tetapi mereka mahu mencipta kekeliruan akan halatuju Pas,” kata Khalid.
“Kita boleh merasakan Umno tidak ikhlas dalam isu ini. Isu ini diputar oleh orang-orang seperti Najib, sedangkan isu kerajaan perpaduan tidak pernah dibangkitkan dalam ucaptama atau resolusi muktamar. Isu ini berbangkit dalam satu sidang media dan ia diperbesar-besarkan,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Pusat Husam Musa berkata jika Najib ikhlas mahu bekerjasama dengan Pas, UMNO tidak harus bertanding pada pilihanraya kecil Manek Urai bulan depan.
“Jika UMNO ikhlas nak cakap pasal kerajaan perpaduan, tak perlulah bertanding di Manek Urai. Tetapi saya percaya UMNO tidak pernah ikhlas,” kata Husam. -sk
7 ulasan:
kini semua pihak dapat baca apa yang sedang bermain di pemikiran PM, contoh setiap PRK cuma di Batang Air - BN menang yang lain semua kalah, Rakan Cina dan India memang tidak dapat dinafikan telah bersama-sama PR, 2 kerusi Pas, Bukit Gantang dan Kuala Terengganu, dan 3 Keadilan, Permatang Pauh, Penanti dan Bukit selambu menunjukkan sokongan bukan Kepada calun Melayu amat memberansangkan. Ini Menyebabkan PM sentiasa keliru dan pening untuk menghadapi PRU13. Kepada PR teruskan usaha dan khidmat untuk memastikan pengundik terus menyokong kita.
Kepada PAS, fikir lah masak2 dan berbincang bersama semua rakyat ttg 'kerajaan perpaduan' tersebut. Bagi saya (sorang pengyokong PKR), tidak perlu la di teruskan niat perpaduan termasuk krn ia akan memakan diri sendiri. Dato Nik Aziz, betul pada pendirian nya, kerana dia telah merasakan pahit maung nya suatu masa dulu ketika perkara sama telah terjadi. Jgn jadikan pisang berbuah dua kali.....
BN dah nazak tunggu sakaratul maut je. Tak lama lagi umno akan jadi muzium. Itu pasal la Najib (najis) takut sebab kalau PR perintah najib dan barua2 nya tak dapat kaya makan duit haram rakyat.Kes2 yg melibatkan pemimpin umno akan dibongkar semula . Norita, Altantuya , rasuah dalam polis, mahkamah berleluasa. Takyah la buat perpaduan dgn parti laknat tullah. Habiskan boreh jo. kamu tungulah NAJIS ni akan diaibkan atas DOSA sendiri.
dari: penyokong telus dan adil.
tunggu la apa yg TGHH nak jelaskan isnin ini. lu orang x payah kalut mcm nak hancur pas... siot je...
ludin pencacai ug=pencacai umno
Berpuluh kali penjelasan pun kalau masih nak bergabung dengan umno tak payah. Suruhlah pas terengganu sahaja gabung dengan puak pakai baju biru
Nih..ada cerita cikit khabar angin mengatakan,
Survey yg di buat oleh beberapa pihak mendapati sokongan terhadap umno menurun lagi selepas perhimpunan umno yang lalu...
Dan ada berita juga dari utara malaysia (PERAK) yang mengatakan bahawa terdapat banyak bahagian UMNO kini sedang menunggu keputusan yang akan dibuat: Jika dun perak tidak dibubarkan dengan segera mereka akan beralih menyokong PR.
PELIK KAN....tetapi itulah realiti nya kerana kebanyakan pemimpin umno di perak tidak mendapat kerjasama daripada segenap mashyarakat /rakyat /orang kampung malah mereka merasa malu digelar PEROMPAK dan tidak ada maruah....
JKK dengan JKKP pun ada masalah jugak..sebab orang kampung masih lagi menghormati JKK-PR kerana mereka tergolong dari orang2 masjid...
sekadar khabar angin dari perak....
HIDUP PAKATAN......
Catat Ulasan