17 Jun 2009

PAS UMNO : Tiada Kerajaan Perpaduan Tanpa PKR Dan DAP

Tiada perbincangan berkaitan Kerajaan Perpaduan tanpa rtakan komponen Pakatan Rakyat yang lain selain PAS iaitu PKR dan DAP. Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali, lapor malaysiakini.

Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata Mustafa.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bantahan terhadap cadangan kerajaan perpaduan juga muncul dalam PAS, khususnya Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mustafa mengumumkan sikap terbaru PAS dalam satu sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib, yang juga perdana menteri, semalam yang menyatakan beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

that's more like it sir :-)

anyway, have unity talks with other bn parties; leave evil-umno out. then it's evil-umno vs ALL OTHERS.

4RAKYAT

ludin berkata...

wa dah kata, kerajaan perpaduan tu presiden maksudkan - kena libatkan semua parti. bukan isu pas masuk umno. lu semua taksub sgt dgn racun GB nih... insaflah GB. semua posting wa lu delete. lu takut ke apa? takut org tahu lu ni tulang besi TKO ke? bawak racun dlm jemaah. sudah2 lah...

Tanpa Nama berkata...

Dalam sidang media yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mensyaratkan supaya PKR dan DAP hendaklah diterima oleh UMNO dalam perbincangan untuk Kerajaan Perpaduan.

Ini adalah syarat baru, jelas beliau. Maksudnya, syarat lama ialah PAS dan UMNO sahaja. Bila dibangkang oleh akar-umbi PAS barulah letak syarat baru.

Hmmmmm, syarat lawak dan politik temberang beberapa individu pemimpin PAS. Umum memang tahu betapa lawak dan temberangnya mereka ini. Sudahlah tu. Ahli-ahli malu dapat pemimpin seperti budak-budak main di waktu petang.

sb dehlawi berkata...

Idea untuk melibatkan semua parti dalam UG hanya baru, malah untuk melepaskan batang tengkuk yang dirasakan tak mampu lagi menahan tentangan hebat oleh ahli Pas dan PR. Sebelum ini ada pujukan untuk pas bergabung dengan Umno di perak itu apa? bukankan itu perpaduan Umno dengan Pas sahaja?