17 Jun 2009

PAS UMNO : Kelantan Tuntut Royalti RM1 Billion

Kerajaan Negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Beliau berkata menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini.

Husam berkata adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebihlebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini, Husam berkata jika Barisan Nasional (BN) benar-benar serius untuk menjadikan agenda kerajaan perpaduan satu realiti, BN tidak perlu meletakkan calon untuk bertanding.

Beliau berkata dengan BN tidak meletakkan calon mereka, ia akan membuktikan keikhlasan BN dalam menjayakan agenda kerajaan perpaduan.

"Kalau serius BN tidak akan letak calon, kalau letak calon juga nampak sangat mereka mainmain mengenai kerajaan perpaduan," katanya.

Di KUALA LUMPUR, anggota Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu pada kempen pilihan raya kecil itu.

"Sekiranya negerinegeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benarbenar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

2 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Baru aku tahu bahawa Kerajaan pusat berhutang RMberbilion ringgit daripada negeri kelahiranku.. Macamna nak kerajaan perpaduan hutang royalti pun nak sebat

ANik berkata...

Jadi minyak dan gas asli Kelantan dah salur ke Siam la? Kera di hutan disusukan anak di rumah dibiar mati kelaparan... Tak apalah tak perpaduan pun... Orang rampas hak kita takkan kita nak berbaik dengan dia...