17 Jun 2009

PAS UMNO : DI MANA PRESIDEN PAS BERADA?

Saya kerap tertanya-tanya, di mana Presiden PAS, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang berada sekarang ini tatkala parti dan negara diselubungi persoalan yang menuntut jawapan darinya.

Beberapa kali persidangan parlimen berlansung Haji Hadi gagal untuk hadir dengan alasan yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Tatkala krisis politik Perak meletup, dan sewaktu semua pihak tertanya-tanya dimanakah Presiden PAS berada bagi mempastikan kerajaan Pakatan Rakyat dibela dan dibantu secukupnya oleh pimpinan Pakatan Rakyat, Haji Hadi berada di luarnegara, dikatakan pergi menyerahkan sumbangan kepada Tabung Mangsa Kezaliman Usrael yang sepatutnya tugas itu boleh dilakukan oleh pimpinan yang lain.

Kemudian, tatkala isu Gobind Singh Deo digantung dimana suara dan bilangan ahli Pakatan Rakyat diperlukan untuk di dalam undian belah bagi, sekali lagi Presiden PAS tidak ada. Sekali lagi dikatakan berada di laurnegara.

Kini, apabila isu Kerajaan Perpaduan hangat diperbincangkan dan apatahlagi di dalam suasa parlimen sedang bersidang, Haji Hadi berada di luarnegara lagi.

Kita jadi hairan bagaimana seorang yang dilantik menjadi wakil rakyat untuk membawa suara rakyat dari kawasan parlimennya, tiba-tiba kerap benar tiada di dalam Dewan Rakyat tetapi terlalu sibuk dengan aturcara di luarnegara.

Apakah masalah negara sudah terlalu remeh baginya untuk diambilkira dan pengundi tidak perlu lagi diberikan perhatian, cukup dengan sekadar meletakkan dua orang pegawai di pejabat DUN dan Parlimen bagi menguruskan semua hal-hal rakyat?

Seingat saya, Haji Hadi, setelah memenangi jawatan sebagai Presiden PAS tanpa bertanding telah berjanji untuk memberikan khidmatnya yang terbaik tetapi nampaknya Haji Hadi lebih gemar untuk berurusan dalam hal-hal di luar negara berbanding dengan perkara yang berkaitan di dalam negara.

Saya tidak kata ke luarnegara itu tidak boleh, tetapi apakah wajar ia dilakukan sewaktu persidangan parlimen berlansung dan sewaktu negara sedang menghadapi masalah yang menuntut jawapan segera daripadanya seperti masalah Kerajaan Perpaduan? Apa tah lagi ia dilakukan terlalu kerap.

Kita jadi hairan yang kita terpaksa mendengar jawapan mengenai Kerajaan Perpaduan yang diberikan di satu majlis di London!

Perlu diingatkan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira kedudukan bahawa anda perlu merasa bertanggungjawab dan akauntabiliti untuk menjalankan amanah sebaik-baiknya bagi pengundi anda kerana kita khuatir akan berlaku peristiwa pilihanraya 2004 dimana ramai wakil rakyat Barrisan Alternatif ketika itu tewas akibat dari track record yang buruk.

Anda dibayar gaji oleh rakyat Malaysia untuk menjalankan amanah itu dan seandainya diluarnegara itu lebih penting, sebaik-baiknya lepas jawatan sebagai wakil rakyat di dalam negara supaya anda boleh menjadi wakil rakyat di luarnegara.

Kita marah wakil rakyat BN seperti Ong Tee Kiat berada di luarnegaara semasa Parlimen bersidang dan tatkala isu PKFZ hebat menuntut jawapan darinya, tetapi mengapa kita juga perlu ada pemimpin semacam itu?

Baliklah segera wahai pemimpinku kerana kelupaan menunaikan tanggungjawab itu amat besar bahananya kepada jemaah nanti.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bangang laaa si hadi nie

Pak Oncu berkata...

hadi ada runding TOP SECRET di london ,,,, agak den lahhh..........

Tanpa Nama berkata...

Dia ikut peel timbalan dia laa... dua2 tu ikut nasihat si Mustapa Ali laa... pasal tu jadi macam tu.. tak tau yang mana priority... itu lah sebab sebenarnya mengapa PAS terengganu tak boleh menang.... nama saja nak tawan terengganu, selagi pakai si Stapa Ali, mana nak berjaya. Orang pakai gear kedepan, Stapa Ali pakai gear gostan.

Tanpa Nama berkata...

hadi patut tidak bertanding di dua tempat... nak dun... amek dun saja, nak parlimen... amek parlimen saja, kalau tak mampu nak bawak keduanya...

menang itu amanah... mesti bertanggungjawab kepada rakyat, tak kira la mereka tu amnu ke, pas ke, dap ke... semua tu rakyat yang diwakili...

kalau asek takde je... susah laaa....

Tanpa Nama berkata...

korang cemburu sangat korang pwngundi kawasan dia ke?

Tanpa Nama berkata...

alaa x lama lagi kalah ler tu
penyokong atas pagar ramai
dulu hadi pernah kalah di marang, di rhu rendang pun sama

sekarang bila dah kaya raya menang kedua-duanya
asyik berjalan sana sini
dulu x dengar pun dia acapkali gi luar negara

Tanpa Nama berkata...

hadi dok berlatih jadi menteri luar...
Hadi ni jenis belajar sejarah tapi tak tahu nak praktis kat dalam negara. Dalam rakaman terbaru, dia dok cerita pasal UG banyak memberi kejayaan dalam menyelesaikan masalah negara, jadi dia pun nak buat lah kat malaysia... itu kata dia masa Pak lah, sekarang era najib dah x relevan. inilah gaya hadi... kejap a kejap b. tganu pun x leh nak tawan2 lagi.. dok nak bincang pasal UG, pirahlaaa... skarang jemaah dah bercelaru, dia dok kalut kat luar lg...

Tanpa Nama berkata...

kesian pulak aku tgk tghh nih...

patutnya bila umur dah sampai ke penghujung jadi semakin 'down to earth' dan di sanjung rakyat... tapi sebaliknya dia semakin tak tentu arah (maaf tanya, dia dah nyanyuk mcm dr m gak ke?) dan rakyat makin menyampah

mcm ada something wrong aje...