Peguam Sivakumar, Leong Chok Keng menyifatkan syarat oleh Ganesan itu sesuatu yang luarbiasa. Pihaknya akan mengemukakan bantahan terhadap bayaran sekuriti itu apabila kes itu didengar semula 17 Julai depan.
“Peguam Ganesan menghantar notis meminta bayaran sekuriti RM100,000 tanpa memberi sebarang alasan. Ini luar biasa, sudah tentu kami akan membantah,” kata Leong.
Menurut Leong pada kebiasaannya bayaran sekuriti itu hanya dikenakan kepada pihak yang bermastautin di luar negara dan atau seseorang yang berhasrat untuk pergi ke luar negara sebagai jaminan terhadap kes saman yang dihadapinya di negara ini.
Sivakumar adalah sebagai seorang wakil rakyat yang berada di dalam negara dan permohonan defenden untuk mengenakan sejumlah sekuriti seperti itu sebagai jaminan akan menimbulkan kesulitan kepada anakguamnya.
Leong bagaimanapun berkata pihaknya akan memfailkan satu lagi permohonan mengenai perkara itu apabila kes berkenanan disebutsemula 17 Julai depan.
Pada perbicaraan yang didengar di dalam kamar Hakim Datuk Azhar Mohamad siang tadi, peguam Datuk Ganesan yang diketuai Datuk Hafarizam Harun memohon mahkamah supaya menangguhkan kes itu dengan memberikan tiga sebab.
Mereka memberi alasan pertama iaitu memerlukan masa untuk memfailkan affidavit untuk menghalang permohonan Sivakumar membatalkan pelantikan Datuk Ganesan sebagai speaker DUN Perak.
Pihak defenden juga mahu mahkamah mengisytiharkan Mahkamah Tinggi Ipoh tidak layak untuk mendengar kes ini sebagai alasan kedua dan akhirnya mereka mahu mempastikan pihak plaintif menyediakan wang sekuriti RM100,000 terlebih dahulu sebelum kes didengar semula.
Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker selepas mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak. -TVA
4 ulasan:
Gila punya kerja!
Plaintif plak nak kena bayr sekuriti sedangkan dia yg nak mendakwa, bkn didakwa. Lawyer hutan rimba mana plak ni. Kalau wang jadi ukuran utk mendakwa. Habislah org teraniaya nak mendakwa org yg menganiaya. mana keadilan?
Bodoh punya kerja.
Corect, correct, correct!
itu le kamu. nak buka blog sangat. nak tunjuk pandai. baca undang-undang lebih sikit baru cakap. mudah sangat. buka bab cagaran sekuriti. dalam akta keterangan dan kanun acara jenayah pun ada. buka juga malaysia law journal. baca kes terdahulu. Lawyer kamu pun sama bodoh. cari le lawyer yang cerdik sikit yang dapat second class upper. ini lawyer yang lulus cukup makan je. itu yang dia terkejut tu. ha ha haha ha
hakim pun bisa d atur main dgn umno bn ni,tak ada apa dah yg tinggal,tokey2 tg atur hakim bebas melata pesta...muuaah.yg tinggal hanya hantu altantuya saja yg takut kot mai balik..najib jgn toleh belakang...
korek korek
Catat Ulasan