Berucap pada majlis penutup program puasa sunat dan mogok lapar di Pejabat PAS Negeri Perak di Ipoh yang berakhir petang semalam beliau bagaimanapun yakin keadilan di cari akan didapat diperolehi di Mahkamah Persekutuan nanti apabila rayuan dibuat.
"Kita tidak mahu berpegang kepada kuasa yang diberikan mahkamah namun kita ke istana untuk mohon bubarkankan. Begitu juga sila Zambry ke Istana jumpa Tuanku untuk bubar DUN.
"Dalam tempoh sekarang, akhir-akhir ini dengan karenah UMNO dan BN saya pun jadi marah, sampai mengigau saya marahkan kepada Speaker (Haram) Ganesan dalam tidur," kata beliau secara berseloroh.
Datuk Seri Nizar berkata rakan sejawatnya dari Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri turut meraikan mereka yang berpuasa malah seluruh rakyat Pulau Pinang menyokong perjuangan Pakatan Pakyat di Perak.
Beliau juga mengumumkan Ketua Menteri itu akan melakukan perubahan kepada Jalan Tun Perak di Pulau Pinang sebagai peringatan untuk mengabdikan perjuanganrakyat di Perak.
"Sebelum ini rakyat tidak merasa kehidupan rakyat pelbagai bangsa berlaku di Perak tetapi setelah kita memerintah Perak, ini yang UMNO cukup cemburu.
"Saya teringat sebelum ini saya dapati Dato' Ngeh cakap Bahasa Melayu pun tidak lancar, selepas bersama kita dalam Pakatan Rakyat dibuktikan malam ini dia bercakap dengan baik, kalau puluh tahun akan datang dia akan boleh hafal Quran dan hadis," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sambil tersenyum.
Menteri Besar juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakyah Umno dan Barisan Nasional yang mengaitkan DAP dengan fahaman komunis.
"Kita kena berjaga-jaga dengan tohmahan DAP sebagai komunis, jangan termakan tohmahan ini. Kita ada prinsip dalam Pakatan Rakyat" ini.
"Mudah-mudahan untuk menuntut pembubaran DUN Perak merebak ke seluruh dunia sehingga kepada pelajar-pelajar kita di Timur Tengah menghantar memorandum supaya dibubarkanDUN.
"Semua pihak bersetuju, yang tidak setuju cuma UMNO kerana mereka tahu mereka akan kalah teruk," tegas beliau kepada hadirin.
Sebelum ini kami juga telah mendedahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak.
Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.
Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.
Ia boleh dibac di SINI
1 ulasan:
Bolehkah seseorang menganut agama dan juga komunisme? Sudah tentu tidak. Komunis menolak solat dan doa kepada Allah kerana bagi mereka materilsme itu yang teragung menentukan hidup mati manusia, bukan Allah. Walau bagaimanapun ada yang mengasingkan idelogi dan agamanya. Lantas, komuisme jadi ideologi, Islam jadi agama. Mengapa jadi bengap sampai begini? Bukankah Islam itu hadir sebelum ada sebarang ideologi dan lengkap kerana ia datang dari Allah?
Catat Ulasan