29 Mei 2009

NIzar Perak : Foto Sekitar Majlis Berbuka Puasa dan Penutup Mogok Lapar

Majlis berbuka puasa sebagai penutup program Puasa Sunat / Mogok Lapar anjuran Pakatan Rakyat untuk menuntut demokrasi dikembalikan di Perak telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Perhubungan Negeri Perak sebentar tadi.

Antara yang hadir adalah DS Nizar Jamaludin, Ust Ahmad Awang, Ngeh Koo Ham, Drs Khalil Idham Lim, Adun-adun Pakatan dan juga pimpinan parti.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah melapangkan masa bersama-sama isteri untuk hadir bagi menyatakan sokongan beliau terhadap tuntutan Pakatan dan rakyat Perak agar dun dibubarkan.

Selesai berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah didirikan.

Kemudian, Solat Hajat beramai-ramai bagi memohon agar kezaliman terhadap rakyat Perak dihentikan dan dun dibubarkan agar kuasa rakyat dapat dikembalikan.

Solat diimami oleh Ust Ahmad Awang. - ajijoi




1 ulasan:

imam perang berkata...

ramaike yang hadir