15 Nov 2016

Rafizi Dijatuhkan Hukuman Penjara, PAS Bersorak Sakan(?)

Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan rasa sedihnya terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara, iaitu 18 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan serentak, berkaitan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan mukasurat 98 laporan Ketua Audit Negara, yang merupakan satu dokumen OSA.

Isi kandungan dokumen tersebut mengandungi maklumat berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan keseluruhan laporan Ketua Audit Negara itu masih tertakluk di bawah OSA.


"Ini merupakan satu hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, apabila seorang demokrat telah dihadapkan ke mahkamah kerana berani bersuara mempertahankan hak dan kepentingan rakyat," kata Wan Azizah di dalam satu kenyataan "Bebas Rafizi" yang dikeluarkan hari ini.

Presiden Keadilan itu menggesa Dato' Sri Najib Razak untuk menunjukkan keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan dari klasifikasi Rahsia Rasmi, lebih-lebih lagi kerana beliaulah yang mengarahkan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan tersebut di bawah OSA.

"Umum dapat melihat bagaimana di negara luar, seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland, siasatan dan tindakan mahkamah telahpun diambil terhadap beberapa orang yang mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB. Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak," katanya.

"Keengganan Putrajaya untuk mengeluarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dari klasifikasi Rahsia Rasmi hanya akan mengukuhkan persepsi sebuah kerajaan kleptokrat yang tidak mahu kebenaran diketahui umum.



Saya yakin seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan saudara Rafizi dengan penuh ukhuwah dan solidariti.

"Saya mendoakan agar saudara Rafizi dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang cukup mencabar ini. Bebas Rafizi!" katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Hj. Salahuddin Hj Ayub di dalam satu nota ringkasnya untuk Rafizi melahirkan kekagumannya terhadap perjuangan Rafizi dan mengakui mungkin keberaniannya tidak sehebat keberanian Rafizi di dalam kesungguhan menentang kezaliman pemerintah negara ini.

Kepada sahabatku Rafizi Ramli

Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan Islam.

Sebagai seorang Islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini.

Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin.

Saudara tidak pernah bersengama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa.

Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.

Berbeza dengan PAS, dimana di dalam satu status Pemuda PAS Terengganu, nampaknya PAS ersorak sakan dengan hukuman penjara yang telah dijatuhkan terhadap Rafizi:





Pesanan Rafizi Di jatuhkan penjara 3 TAHUN

Salam sahabat

Saya telah didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan rahsia 1MDB. Hukuman saya penjara selama 18 bulan bagi setiap pertuduhan, berjalan serentak, dengan jumlah 3 tahun.

Jangan berduka atau marah. Saya sedikit pun tidak ada rasa kesal. Jiwa yang paling aman ialah jiwa yang tetap kekal pada jalan yang benar.

Setiap institusi yang diamanahkan mentadbir negara ini secara adil telah dicacatkan. Satu-satunya cara untuk mengubah ini dan menjadikan Malaysia tanahair yang masa depannya cerah ialah dengan setiap dari kita memainkan peranan masing-masing. Sejak 6 bulan lepas, saya telah merancang dan melengkapkan INVOKE kerana saya tahu saya mungkin dihalang dari menyertai PRU14.

Jika anda sampai di invokemalaysia.org kerana anda baru mendapat tahu hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap saya, saya berterima kasih.

Marilah sertai saya untuk mengubah Malaysia.




FEATURED ADS



56 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Pas kata tuhan dah jawab doa mereka

Rafizi dah kena sebab hina hadi.. Allah dah jawab

Tapi bila hadi kena kencing dgn mabi najibullah.. Adakah Allah dah jawab???

P.s bila rafizi kena 18, bulan.. Ringgit makin menjunam rm4.80,ikut kata cimb ..

Kalau dah rm5 tak tau rakyat nak.makan apa... Semua barang impot u.s Dollar.

Takpe najibullah kata kita pergi komunis China makan mee kuning atau mee segera...

55b oooiii hampir 60,tahun nak bayar balik ..kpd komunis

Tanpa Nama berkata...

"Saudara tidak pernah bersengama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa". Tok lebai PIS ibarat burung kakak tua saja.

Tanpa Nama berkata...

Keapad Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah. Lihatlah betapa kejinya perangai pihak PAS. Sewajarnya PKR menamatkan tahaluf siyasi dengan PAS di Selangor kerana jelas PAS parti pengkhianat rakyat.

Tanpa Nama berkata...

PIS tunggu masa nak mampuh doh...kenyang makan dedok belako walaunta tuang presideng al dedaki

abrarmujahideen berkata...

Mcm haramjadah

Azim Alias berkata...

PIGS adalah macai umno

Tanpa Nama berkata...

ini la namanya akhlĂ k politik matang yg diamalkan oleh geng walaunta dan geng ostaz kopiah longgaq.

sizzly7761 berkata...

Pegi jalan da dengan ustaz2 terompah jamban dalam PIGS..nak lawan kemungkaran dan rasuah Najibun dengan lisan dan lantang pun penakut...jenis takde telo...lebih hina dari Rafizi

Tanpa Nama berkata...

Lost all respect for pas, esp the trengganu type

Tanpa Nama berkata...

Ini lah masalah dengan PAS. Macam boleh tahu rahsia Allah yang Rafizi di balas hukuman penjara kerana 'Langkah Kerajaan'.

Ya Allah Maha Adil. Aku redha Allah balas hukuman ke atas dosa aku dalam hal mengenai politik. Dan aku mahu macam itu lah juga Allah balas dosa PAS dan Hj Hadi.

Kalau Allah balas Rafizi dengan hukuman penjara kerana 'Langkah Kajang', bagaimana pula hukuman yang akan Allah tetapkan atas kesalahan mengkafirkan orang Islam yang tidak sehaluan dengan PAS, bagaimana dengan hukuman dosa kerana cenderung pada pemerintah yang zalim dan sudah tentu yang paling dahsyat ialah hukuman menjual ayat kitab suci untuk kepentingan politik.

Kita mengajak PAS dan Walaun-Walaun nya supaya sama-sama kita kembalikan hal kita kepada Allah yang Maha Adil.

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS Terengganu dan Nik Abduh perlu menilai semula segala amalan yang telah mereka lakukan. Nampaknya semakin hari mereka ini kian dibenci. Semakin lama mereka ini ditolak. Mulut mereka pula semakin lama semakin lancang mengeluarkan kata-kata hina. Hati mereka ini penuh dengan dendam dan kemarahan. Bukankah ini tandanya amalan mereka tidak diberkati tuhan. Tiada gunanya beramal ibadat, berjanggut dan berserban namun tiada keredhaan dari Allah. Buktinya jelas. Nik Abduh tidak perlu menegur Tun Mahathir agar sentiasa beramal ibadat sedangkan amalan Nik Abduh sendiri pun tiada "guarantee" diterima Allah. Tapi yang nyata Tun makin diterima umum sedangkan Nik Abduh sering disumpah seranah. Sesungguhnya keberanian dan keikhlasan Rafizi dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan agama memang dikagumi. Jika dibandingkan dengan Nik Abduh dan Pemuda PAS Terengganu ibarat membandingkan Pekan Pasir Mas dengan New York. Satu pesanan untuk Nik Abduh dan Pemuda PAS, berhentilah menjadi orang politik sekiranya "tiada telur" untuk memerangi kezaliman. Buang serban dan kopiah kalau jiwa boleh dibeli dengan dedak UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Salute to brother rafizi

Tanpa Nama berkata...

Tiadakah kata2 baik dari pihak saudara2 yg berkelakuan membelakangi akhlak Nabi? Jika ini cara Islam saudara, mmg susah nk dptkan sokongan mereka di sblh sana & atas pagar. Sbb, semua dianggap sama saja. Moral sama2 rendah.

Tanpa Nama berkata...

Terserlah sudah perangai dan busuk hati puak2 pasik ini..ya Allah kau hukumlah puak2 pasik yg bersama2 pemimpin zalim..amin

Tanpa Nama berkata...

dei thambi..jgn ckap banyak laa...p saman sarawak report dulu..lepas tu baru mai jumpa kami...rascal..full of shit..

Tanpa Nama berkata...

Itulah kita. Biar berpegang nasihat lama. Jgn kerana mulut badan binasa, atau biar adab (maruah0 dipelihara. Org tak mahu jaga adab ni, maruahnya pun sama tak mahu jaga. Tgk saudara Rafizi, dgn Tn. Speaker pun cakap baik-baik lg beradab. Sudah-sudah la bermusuhan sesama kita yg tak ramai mana. Jgn sampai tergadai negara, jgn harap bangsa lain senang-senang nak tolong kita tanpa syaratnya.

Tanpa Nama berkata...

Sampaikan juga pesanan buat ahli keluarga dan diri kita. Jgn sampai undang kemurkaan Allah Taala. Jgn ikut sangat amarah dlm jiwa. Kelak nnt rosak binasa. Biarlah kedukaan berlalu pergi. Fokus utk perjuangan pada pertiwi. Kelak nnt harap Allah berikan royalti. Agar kita bela nasib agama & bangsa-bangsa negara ini. dari terus ditindas insan perompak & pencuri.

Tanpa Nama berkata...

Utk para hakim2 islam..
Lain kalai kalau rasa perut tu teringin sangat nak makan babi, bedal terus aja walaupun tahu makan babi tu haram.
Kalau dah tahu mendedahkan mungkar itu satu kewajiban tapi bila kamu menyalahkan mereka2 yg mendedahkan dan mementingkan hukum dunia maka sama lah kamu2 mcm perumpamaan diatas.

Tanpa Nama berkata...

Itu sebabnya dalam Islam Allah peringatkan dgn masa. Tak salah mengingatkan manusia yg alpa & mudah terpedaya dgn dunia. Disamping berjuang utk betulkan kesilapan lalu. Ia sifat terpuji. Tapi jua kena betulkan apa yg dikatakan dulu, membunuh sesama Islam. Terbelakah keluarga mereka? minta maaf jualah bila lebih rela menyokong Syaitan dari malaikat yg tak langsung kenal. Itu sbb disuruh kembali kenal ibadat. supaya kita kenal hukum Iman yg patut diimani. Bila saudara seakhidah menegur, cuba ucapkan terima kasih tanda ketinggian akhlak kita. Baru mudah sesiapa pun tertarik dgn perjuangan ini. janganlah sama-sama jadi seperti kucing dan anjing, langsung tak blh ditegur atau berjumpa. Binalah semula akhlak junjungan Nabi kita. Setelah pergi para ulamak yg berakhlak, tinggallah kita yg serba jahil dgn berpandukan nafsu semata-mata. marilah kembali berpegang pada Al-Quran & sunnah Nubuwah. Jgn fikir nk berseronok & bermegah-megah. Jgn alpa, itu sikap yg tak baik di sisi Tuhan semesta alam. Ikhlas buat renungan bersama.

Tanpa Nama berkata...

Jiwa ulamak pas penuh dengan dendam kesumat, angkara ajaran tuan gurunya yang terlebih perasan dirinya ulamak bertaraf dunia. Nasihat saya banyakkan lah beristighfar dan bertaubatlah, termasuk tuan gurunya sekali, bertaubatlah. Jangan melihat penampilan kamu membuat kamu rasa lebih disukai Allah.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah di antara sebab-Sebab PAS langsung tidak boleh di terima untuk bersama pembangkang iaitu PH.

Antara mendedahkan rahsia untuk menyelamatkan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera dengan Langkah Kajang yang sesen duit Lembaga Tabung Angkatan Tentera tidak di usik, pun PAS tidak tahu perbezaan nya.

PH-BERSATU menentang Najib kerana 1MDB skandal kewangan terbesar di abad ini sehingga rakyat terbeban terpaksa membayar hutang negara.

PAS pula menyimpan dendam Langkah Kajang yang telah bertahun. Kajang bukan sebuah negeri tetapi bagi PAS lebih penting dari sebuah negara.

Masih kah Muhyiddin dan Azmin tidak sedar lagi yang PAS tidak layak bersama PH-BERSATU? Kalau nak satu lawan satu pun jangan lah semua ini tidak di ambil kira. Kerana PAS lah pembangkang akan kalah.

Ahmad Sahar berkata...

Syabas Rafizi kerana perjuangan. Semoga Allah jua yg membalasnya. Kepada PAS, tunggulah pilihanraya akn datang. Semoga Allah jua yg akan membalasnya.

Tanpa Nama berkata...

Drp 4 hakim, 3 drpnya masuk neraka jahanam

air gunung berkata...

Tetiba teringat kat satu mamat yg ngaku n boh gelaran taliban kat ujung nama dia.kalo x silap dia ada no ahli bukti utk ke syurga

Berapi2 bakar penyokong pakatan rakyat masa zamri rampas perak..alih2 dia entah kemana..org kebnyakkan plak yg kena penjara..

Malu ar kat rafizi yg entah pandai atau tidak bertahlil baca quran dgn tajweed..tp sanggup tido dlm penjara..

Entahlah...apa nk jadi dgn geng sarbanan neh.

kaltara 16 berkata...

Hadi Awang mana pernah rasa kena ISA, mana pernah BN nak tangkap dia. Orang macam Hadi Awang dkk, BN bela jadi perosak dari dalam PH. Dia lebih pentingkan Melayu dia dari Islam. Cakap Islam jer lebih tapi ponteng dan berkecuali dengan kezaliman. PAS ini rosak selepas Tuan Haji Nik Aziz Nikmat tinggalkan kita. Insyaallah perosak ini Allah tunjukkan jalan keluar untuk mereka. Kita tidak mahu bersahabat dan menjadikan pemimpin yang mahu dikencing berulang kali. Ya Allah musnahkan mereka yang menjual agama Mu dengan dunia.

Tanpa Nama berkata...

OSA IS ALSO SATU LAGI RULE YG SAMPAI SKG BELUM LAGI DIKEMESKINI SAMA SEL
SEPERTI AKTA ISA. ISA DAN OSA PERLU RAKYAT MEMBANTAH SBB 2 OBVIOUS KERAJAAN GUNA AKTA INI UTK LINDUNG KERAJAAN N NAJIB PALING BYK GUNA 2 RULE YG ZALIM NI UTK PROTECT DIRINYA.

Tanpa Nama berkata...

sudah2la. jgn bebal sgt. nampak nnt kita kurang cerdik bro. Apa yg dikata ada benarnya. Semak diri masing2. Pesan ulamak tertinggi jgk tu, saidina Umar. Kita ni saidina apa? Haprak pun belum tentu. Binalah kembali akhlak & adab diri. Jgn perasan diri kita saja yg syumul. Otg lain tak dak otak nk fikir. Org bela udang pun ddk fikir mcm mana nk pecahkan kita dulu... dh ketawa bergulong2.Nnt dia ckp tak susah mana pun. Ada org kata, bila berlakunya perbalahan, cari titk kesamaan. Itu yg nampak TS Muhyiddin buat. ada kah kita yg lama kata bersama duduk buat? Tak nampak. Itulah kelemahan kita yg bernama insan. Tundukkan ego, mulakan dgn maaf walaupun tiada kesalahan. Pasti nampak ketinggian peribadi. Dari duduk hilang pedoman, caci mencaci, maki makian tiada berhenti2.

Mohamad berkata...

Cendekiawan Islam mana..ni kerajaan hilang duit billion billion,jawapanya ada dalam laporan ketua audit negara.Punya pandai kerajaan dijadikan laporan tu OSA.Cara berfikir apa gaya ni.....saya tahu..selagi pemimpin tak rosak akidah selagi tu dia bebas buat apa sahaja...duit punah billlion bilion apa ada hal,tu semua boleh dicari.asalkan pemimpin tak jatuh kafir,wajib sokong dia.Padahal bab haram carum ASB dihalalkan atas sebab dharurah kemaslahatan umat Islam tak hilang kemampuan ekonomi.tengok berapa pentingnya duit dlm agama ni.Yang haram boleh jadi halal.Tapi billion billion hilang tu tak zalim ke namanya.Kerajaann Zalimm.Takkan nak diamkan aja ni.

Tanpa Nama berkata...

Woiiii..
Tak baik kata pada lebai2 Pas..Pis..Pus tu
Lebai2 tu kan ULARmak
Nanti kena belit dgn lebainya.
Hampa kata kat lebai2 tu nnt depa claim kata mcm hampa kata kat nabi.
Woiiiii..
Jangan main2 woooo
Kalau lebai2 ni kata kat hampa..tak dosa tau..
Hampa yg kata tu pulak yg dosa.
Jangan main2 dgn ULARmak

mazmad berkata...

Dlm Islam telah dinyatakan 2 Dari 3 hakim komfem me neraka..

wan amero berkata...

Lihatlah perangai pemuda PIS setelah berpresidengkan seorang ularmak gila dari mereng teganung.

wan amero berkata...

ambo setuju boss.Parti babi hijau ni memang tak boleh dipercayai tambahan presidengnya memang gila dan mereng.PH abaikan parti babi hijau ini.

wan amero berkata...

nik abuduh memang sah bodohh.Pemuda PAScai Teganung lagilah.Ambo dengar kalu tidak mereng dia orang tak approve permohonan jadi ahli.Presideng dia memang gila.

Tanpa Nama berkata...

Rafizi lebih mulia dpd puak2 lebai dedak kerana menentang kemungkaran dan kezaliman pemimpin zalim..yg hanya diam sbb perut dah penuh dgn duit haram..ulamak bangsatt

Tanpa Nama berkata...

Titik persamaan tidak berguna jika berpura-pura. Lain di cakap lain yang di buat. Sejarah ada lah pengalaman yang terbaik. Dalam disiplin memimpin dan mentadbir kesilapan yang kecil bweulang-ulang membawa kesan yang bwrat. Itu sebab sebelum dapat di bendang out you go. Itu lah prinsip negara-negara kafir.

Ibarat jam tangan, satu skru kecil longgar rosak menyebabkan jam boleh rosak.

Jadi maaf tu maaf juga tapi akauntabiliti tak boleh di ketepikan.

Dalam Islam ada satu titik persamaan, berapa mazhab dan berapa banyak fahaman ?

Dimana benar nya jika Rafizi silap Langkah Kajang tapi di hukum kerana menegakkan kebenaran ?

Walaupun tidak ada saidina tapi tak dunggu dan angkuh macam Hadi dan walaunta dalam PAS yang boleh berbincang dengan penyamun dan dari hari ke hari semakin teruk.

Muhyiddin perlu cari titik persamaan dalam PH sebelum nak cipta titik persamaan pada PAS. Dah duduk sama-sama dua tiga bulan baru lah tahu sesuai ke tidak PAS bersama PH. Ini baru dua tiga hari tubuh parti dah ikut suka dia.


Tanpa Nama berkata...

Siapa yang makan nasi kerabu dengan orang yang bela udang sambil ketawa beriya-iya ?

Yang nampak titik persamaan ketika itu ialah gelak. Dua-dua boleh gelak serentak dan harmoni yang sama.

Tanpa Nama berkata...

Bro

Apa yang di cakap oleh Salahuddin 'Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.' betul. Tidak ada keraguan.

Tunjukkan mana dia Syaitan yang jahat? Yang ada Najib yang jahat. Yang lain-lain dalam dan menyokong UMNO pun jahat. Tapi mana Syaitan yang semua umat Islam kata jahat ?

Kalau kebaikan itu di tafsirkan maka begitu lah kejahatan di tafsirkan.

Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang tidak baik (kejahatan) datang dari .... ?

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Respect lu rafizi..berani kerana benar..bukan spt ulamak balak...berani kerana dedak @ berani kerana balak...

Tanpa Nama berkata...

titik persamaan ye...
pas tuduh amanah KHIANAT--- tapi semua penyokong PH dan ramai rakyat menuduh pas itu yg KHIANAT. jadi pengkhianat sebenar adalah pas.

pas tuduh amanah BALACI dap--- tapi semua org percaya pas itulah yg jadi BALACI UMNO. sebabnya dlm dewan asyik berkecuali. sampai sekarang masih tidak saman sarawak report kes dapat dedak berjuta2. hadi pulak boleh sedondon dgn najib. hadi siap puji GST itu bagus. geng2 lebai terima jawatan dari umno. kini umno lebih suci walaupun masih duk baham duit. 1MDB sudah tidak dikisahkan lagi oleh pas walau satu dunia dah ambil tindakan. kini segala hukuman yg dikenakan oleh kerajaan umno ke atas PH akan disambut dgn sorakan gembira dari geng lebai. pas siap mengaku kena kencing dgn umno tapi xpe sudah biasa.

pas kata amanah suka MAKI HAMUN pas--- tapi pas lah yg asyik MAKI HAMUN amanah. dah serupa zikir harian. bukan setakat MAKI HAMUN, dituduh halal darah, dan macam2 caci maki. amanah hanya sindir pas sebab nak sedarkan keterlanjuran pas. tapi dibalas dgn kejian.

pas tuduh amanah TIDAK ISLAMIK--- tapi geng2 lebai pas inilah yg dituduh oleh umno sebagai pengganas dan parti ajaran sesat. dulu amanat hadi lah yg tuduh umno sudah gugur iman dan islamnya dah kira serupa kafir. tapi kini sedondon. dan pasal RUU ciptaan manusia, pas nak kafirkan org yg mempertikaikan RUU ni sebab siap nak suruh tanam mayat kat jerat cina. org bukan Islam yg tak senada dgn pas kini dituduh kafir harbi. yg Islam tak ikut cara pas dituduh liberal dan macam2 lagi. hanya Islam pas saja yg betul. kini semua org boleh lihat pas itulah TIDAK ISLAMIK. dengan kerajaan zalim pun pas boleh berkecuali. sepatutnya lebailah yg lebih berani menegur kerajaan yg zalim. rupanya lebai2 dlm pas adalah lebai malang. kini bila mesra dgn umno, makin masyuk dgn jemputan2 di surau dan masjid. buat program pun sudah tidak diganggu. inilah lebai2 duniawi. taawun dgn umno demi kesenangan dunia.

selagi pas tidak bertaubat. tidak mungkin ada titik persamaan. kerana seorg pembelot dan pengkhianat amanah rakyat, pendendam, backstabber, takfiri umpama kanser yg boleh membunuh. walau dilakukan rawatan kimoterapi, peluang utk pulih masih belum pasti. ia bergantung pada kekuatan iman dan takwa. jadi sama ada pas pulih dari penyakit kansernya atau pas mati dari penyakit kansernya. kerana bersahabat dgn najib and the geng akan mempercepatkan lagi pengakhiran buat pas.

daud ali berkata...

Saya ada dengar cerita seorang pelacur memberi minum seekor anjing dan hasilnya. Juga pernah dengar cerita sebaliknya....
Ujian Allah ni, perkara yg payah kita nilai, ianya terjadi dlm kita tak sedar. Jadi, biar lah orang nak cakap apa pun, kita buat apa yg kita yakin betul serta mohoh Allah tabahkan hati kita menghadapi apa2 ujian mendatang.
Allah lah sebaik baik hakim yg menghakimi.

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah perangai huduh walaun pigs skrg ni...nak harapkan walaun pigs yg main peranan utk dedahkan kepincangan kepimpinan negara...jauh panggang dr api...langsung tak boleh harap...tunggulah pru nanti wahai walaun2 pigs...

Tanpa Nama berkata...

kau selalu di hatu ku,bersemi di dalam kalbu....

Tanpa Nama berkata...

YB Rafizi anak didik Dato Seri Anwar seorang pejuang rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kesalahan rafizi kerana mendedahkan dokumen 1MDB yg mana rompakan terbesar ini diletak di bawah OSA bagi melindungi jenayah tersebut.

kesalahan rafizi kerana mendedahkn kpd rakayat yg rumah kita sedang dirompak oleh org yg diamanahkan menjaganya.

kesalahan rafizi ukan menuduh org edar pil kuda.


cuba lebai parti telur penyu Tanya diri sendiri, mendedah jenayah yg melibatkan rakyat adakah satu dosa atau tuntutan dalam agama?

kenapa dianggap Alah bayar cash? taksuban penyokong pas menganggap hadi adalah maksum ala ayatollah, kununnya Allah membalas org yg menyakiti hadi.

bila hadi menyakiti org lain dgn pelbagai lebel huduh, Allah 'sokong' je.

begitulah kesesatan fahaman penyokong pas. pemimpin mereka gembira kerana taksuban penyokong. senang utk mereka buat apa saja guna topeng ulamak maksum, maka penyokong tk berani lawan.

setahu kita sejarah mendedahkan bahawa ramai para ulamak dan pejuang islm yg terpenjara dan ramai pemimpin thoghut dan fasik hidup senang lenang sampai mati.

Syed Qutub digantung. Hassan Albana syahid. beribu2 pejuang ikhwan terpenjara dan ada yg mati. ramai pejuang islam yg syahid dan ada masa musuh diberi kemenangan. apakah Tuhan menyebelahi musuhNya?

Sudah sungguh gelap hati pas ini menganggap penjara sebagai tanda hukuman dari Tuhan. Siapa pas ni nak jadi wakil Tuhan....so nak tanya asas ni.... Tuhan tu Allah atau Hadi.

apa bukti Tuhan hukum rafizi kerana hadi?

apakah sikap pas ini kerana najib Bayar Ansuran 90j?

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...Lurus dan TERANG
Siratol MUSTAQIM...Telus dan TEMBUS
Siratol MUSTAQIM...Merit CEMERLANG
Hisab AUDIT nya...Cermat dan HALUS
Idea FIRASAT nya...Tinggi MENJULANG
Akal STRATEGI nya...Menagkap 'PAUS'
'PAUS' & Jerung...Yg Wajib diHAPUS!


Siratol MUSTAQIM...Lurus Mem-BERI
Mem-BERI Idea...Sumbangan BAKTI
Mem-BERI Tenaga...Pengorbanan yg SUCI
Mem-BERI kan 'Raga'...Nyawa dan BUDI
Demi KASEH mu...Kaseh yg Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Yg Tak Minta DiPUJI
Kaseh Mem-BERI...Yg Tak Minta DiKENALI
Menjadi FITRAH...Fitrah SYURGAWI
FITRAH Universal...Nabi dan WALI



Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber SERI
Tak Perlukan JUBAH...Kopiah & SORBAN
Siratol MUSTAQIM...Merit-n-INTEGRITY
Berani Ber HUJAH...Demi KEBENARAN
Bukan si PENAKUT...Yg FITNAH menCURI
PONTENG U-Turn...Bak Budak HINGUSAN


Siratol MUSTAQIM...Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Tak Penting kan DIRI
Yg Kaseh Mem-BERI..."Rela" Di SAKITI
"Rela" & REDHA...Apa Pun yg Terjadi
Demi CAHAYA...Terang Ber SEMI


"Rela" Di Penjara...Sampai Ke MATI













Ab Lukman Kay El berkata...

Apa yang dilakukan YB Rafizi seharusnya diberikan pujian dan sokongan, bukan disorak raikan apabila mahkamah jatuhkan hukuman. Bukankah mendedahkan kepincangan dan kemungkaran kerajaan sebahagian daripada amar makruf nahi mungkar? Nasihat saya kepada para walaun PIS: Bermuhasabahlah dan cermin muka sendiri. Dah berapa kali kena kencing UMNO masih tak sedar-sedar lagi. Kenapa begitu bebal sangat dan jahil sampai membiarkan parti punah ranah akibat terlalu mempercayai UMNO yang sejak dulu, kini dan selamanya bertuhankan wang ringgit kuasa dan kebendaan?

Tanpa Nama berkata...

Jadi mcm ni pun Kalau wan azizah dan pkr masih nk tgu pas..xtahu lah aku nk ckp apa.dan xtahu lah aku nk undi apa next pru nt....

Tanpa Nama berkata...

Jgn panggil puak2 ni ulamak..mereka ini hanyalah syaitan yg bertopengkan manusia..penuh kebencian terhadap org yg ingin menegakkan keadilan..

Tanpa Nama berkata...

Apa jua kenyataan Hj Hadi dan tindakan Hj Hadi di terima oleh penyokong PAS semua nya betul dan berpegang ada hikmah nya. Langkah Kajang di boikot oleh Hj Hadi dan hikmah nya Rafizi di hukum dengan penjara.

UMNO ada yang betul dan ada yang tak betul. PAS tidak sokong semua nya. Jika keseluruhan yang betul dan yang tak betul itu di timbang akhirnya ianya memudaratkan kehidupan rakyat, UMNO perlu di tumbangkan.

Kebaikan yang di hulur UMNO akan di lenyap kan oleh keburukan UMNO.

Dan setiap kali ada suara dalam PAS yang kata PAS lawan UMNO maka setiap kali itu lah Hj Hadi akan buat kenyataan UMNO dalam buruknya ada juga baik nya. Itu sebab penyokong PAS percaya pembentangan hudud pun ada hikmahnya .. ia itu selalu di kencing oleh UMNO.

Tanpa Nama berkata...

PAS TAK MUNGKIN MENGUTUK PEMERINTAH.
PERCAYALAH.
MANA BERANI.
BANYAK CAKAP RAHSIA BUKA.
BN DAH PEGANG FAIL SULIT PAS.
KITA AKAN TENGOK DARI MASA KESEMASA.
PAS TAKAKAN KUTUK UMNO.
PAS TAKAKAN KUTUK UMNO.
PAS TAKAKAN KUTUK UMNO.
PAS TAKAKAN KUTUK UMNO.
.......................POLITIK MATANG KATANYA.
BANYAK CAKAP RAHSIA BUKA.
BANYAK CAKAP RAHSIA BUKA
BANYAK CAKAP RAHSIA BUKA
BANYAK CAKAP RAHSIA BUKA.....

POLITIK PIJAK DARI BN.
POLITIK PIJAK DARI BN.
POLITIK PIJAK DARI BN......





Tanpa Nama berkata...

Jgn sampai pakatan harapan bertukar jadi pakatan haprak akibat masih menagih cinta pigs...aku pun dah smpai rasa nak maki dah ke pimpinan ph ni...apsallah duk gila lagi tunggukan pas pis pus tuu...

Faizal Zainal berkata...

Tanam jirat nanti

Tanpa Nama berkata...

kemarahan pd puak yg sekongkol dgn penyamun yg nak mengadai negara

puak yg bwrsorak gembira apabila pejuang kebenaran ditangkap

puak yg bertopeng agama yg sokong bangsa negara china gembira kerana diizin meratah negara.

SEPATUT ANON 10.26 TEGUR KEPADA PUAK SERBAN TERSEBUT YG TIDAK BERAKHLAK DN MENGGUNA NAMA TUHAN UTK SOKONG MEREKA....

Tanpa Nama berkata...

"Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman " (Hadis sahih riwayat Muslim)

kalau dah sedondon berpegangan tangan dgn kemungkaran? tiada imanlah kot?

Pencolekhangek berkata...

Inilah dia perangai orang yang kononnya dididik dengan Alquran oleh guru pondok, ustaz dan tuan guru tapi hasilnya perangai serupa syaitan. Itulah kuasa Allah swt tiada siapa boleh melawan. Ada manusia dibesarkan didalam rumah dan persekitaran yang nama Allah swt dan rasulNya tidak pernah disebut kecuali bersama cacian, menjadi Muslim yang sejati. Ada pula manusia yang dibesarkan dalam kalangan masyarakt Islam, namun bila dah tua nak nampus pun tak nampak perangai mulia Islam yang ditunjukkan oleh Rasulillah saw.

Tanpa Nama berkata...

Kesiannn... mkn dedak la tu.. duit jalan pinhorn